Ahad, 2 Oktober 2011

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


PILIHAN LOT GAHARU BULAN SEPTEMBER <b>DI</b> BUKIT LADA,<b>SETIU</b>.

Posted: 25 Sep 2011 07:48 PM PDT

Pihak syarikat telah membuka satu lagi projek tanah lot gaharu di Kampung Bukit Lada,Mukim Hulu Nerus, Setiu .Harga lot bermula dari RM20K hingga RM25K dengan anak pokok gaharu siap ditanam di lot.
LOT GAHARU/DEPU/KARAS: PELABURAN HARTANAH YANG BIJAK

Anak pokok siap ditanam1. Lot TELAH ditanam gaharu.Benih baka gred A bernilai tinggi "AQUILARIA CRASSNA".
2. Jangkaan tuaian 6 tahun. 3 kali tuaian dalam masa 18 tahun.
3. Jangkaan hasil yang lumayan RM260k sekali tuaian bahagian pemilik tanah*(mengikut harga pasaran gaharu)
4. Kos menanam, penjagaan,inokulasi dan pemasaran ditanggung sepenuhnya oleh syarikat
5. Pembahagian keuntungan 60 syarikat:40 pemilik tanah
6. Perjanjian menggunakan khidmat peguam bertauliah
7. Pembeli adalah pemilik tanah tersebut dan geran hakmilik dijangka dapat dalam tempoh 8 bulan paling cepat dan selewat-lewatnya 2 tahun.
8. Harga lot mampu milik antara RM20,000 hingga RM26,000*(harga berbeza-beza mengikut lokasi dan saiz lot).Harga akan meningkat oleh itu sila bertindak segera. Hubungi En.Rahimin 012-9522559.

sebarang pertanyaan melalui email: admin@gunungcipta.net

JENTIK MINDA!!
Untuk sesuatu itu boleh berlaku, kita perlu bertindak.Kita mungkin mempunyai banyak pengetahuan dan kebijaksanaan,tetapi jika tidak bertindak,tidak ada apa yang berlaku.

Memang tiada siapa yang dapat menjamin 100% anda akan berjaya jika bertindak.Lumrah kehidupan memang begitu.Tetapi yang pasti selagi anda melakukan perkara yang sama,anda akan terus mendapat hasil yang sama juga dan yang pasti kehidupan anda sama sahaja sampai bila-bila.

Untuk merubah keadaan,anda perlu melakukan perkara yang berbeza,bermakna anda perlu mengambil sesuatu tindakan.Bertindak dan bertanggungjawab.Tindakan yang tepat dapat merubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik.

Benar, kami faham konsep "High Risk, High Return". Tetapi hartanah adalah instrumen pelaburan yang unik, tidak seperti intrumen pelaburan moden.

Tanah tidak bergolak seperti saham yang boleh dispekulasi. Nilai fundamental tanah akan sentiasa meningkat dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Contoh paling mudah untuk persoalan ini, lihatlah sendiri kawasan tempat tinggal anda. Bandingkan harga tanah disitu 5 tahun lepas dan harga tanah pada hari ini.

Apakah nilainya merosot? Sudah tentu tidak bukan.

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Belajar Coklat Homemade <b>di Paka</b> - blog*spot

Posted: 02 Oct 2011 12:43 AM PDT


2)Teknik mencairkan Coklat Courverture dan seterusnya membuat coklat praline .
3)Teknik mencairkan Coklat Compound dan seterusnya membuat beberapa jenis coklat dgn mold yg telah diwarnakan.
4)Teknik serta Tips mewarna mold dgn mudah dan kemas diajar.
5) Anda akan membawa pulang coklat berikut :
~ Coklat Praline Courverture
~ Coklat Praline Compound Rose 
Untuk membuat tempahan @ temujanji kelas dengan lebih mudah dan cepat..sila
Hubungi @ sms 013-6332738 atau 0196463967 atau anda juga boleh..
Email detail tempahan @ pesanan @ pertanyaan ke anissalleh@yahoo.com
BERMINAT DENGAN COKLAT YG DI BUAT SNDIRI??
JOM SERTAI KELAS COKLAT YANG AKAN BERMULA PADA BULAN NI..
DUNGUN
(Taman Permai Indah, Kampung Gemia)
(belakang sekolah rendah cina, paka) 
YURAN ~ RM200.00 seorang
Deposit / booking fees ~ RM50
(Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya anda menarik diri disaat terakhir)
 
JADUAL KELAS : Jumaat dan Sabtu  
Masa : 9pg atau 10pg atau 11pg ~ hingga selesai
(anda boleh memilih masa yg sesuai dgn anda)
Cuti Umum : Akan diadakan atas permintaan
Masa : Sama seperti diatas
Cuti Sekolah : Kelas akan diadakan setiap hari
Masa : Sama seperti diatas
Sila hubungi kami untuk booking tarikh dan masa kelas. tempahan awal amat digalakkan untuk mengelakkan sebarang masalah.
Hanya 2 orang untuk setiap kelas /sessi
(3 ke 4 orang akan/boleh dipertimbangkan jika ada permintaan)
Jika berminat sila hubungi @ sms 013-6332738

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


<b>Pulau Redang</b> Tutup Empat Bulan Mulai Pertengahan Oktober <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2011 11:18 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 7 Sept (Bernama) — Segala aktiviti pelancongan ke Pulau Redang, sebuah pulau peranginan yang terindah di negeri ini akan ditutup selama empat bulan mulai pertengahan Oktober ini.

Setiausaha Persatuan Pengurusan & Operator Kepulauan Redang Terengganu Lorenz Law berkata ini berikutan musim tengkujuh di Pantai Timur pada waktu itu.

"Segala aktiviti pelancongan akan ditangguh sementara dan semua chalet dan resort juga akan menggunakan tempoh itu untuk menjalankan pengubahsuaian," katanya kepada Bernama Rabu.

Lorenz berkata kesemua 16 resort di Pulau Redang akan menyambung semula operasi mereka selepas 1 Mac 2012.

– BERNAMA

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Lensa ALAM RIA PASTI TERENGGANU 2011 <b>di Besut</b> | PASTI Kemaman

Posted: 11 Sep 2011 01:40 AM PDT

Pasti Kemaman | 1:40 AM | 0 comments

Ustaz Ridzuan Hashim, Timbalan Ketua DPPNT sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup.

Ustaz Sulaiman Sulong, Pengarah PASTI Terengganu sedang memberi ucapan alu - aluan.

Timbalan YDP Besut bersama tetamu jemputan.

Ustaz Sulaiman (kanan) bersama Badaruddin (kiri) kelihatan segak dan bergaya.

Adik Nur Anis Afiqah Rais Ahmad dari PASTI Kemaman sedang menyampaikan pidatonya.

Peserta azan suboh sedang memperdengarkan azan.

Salah sebuah pasukan nasyid PASTI Kawasan sedang mempersembahkan nyayian.

Nampak kemas dan ceria dengan warna sedondon.

Pasukan nasyid PASTI Kawasan Kemaman menyampaikan lagu 'Adab Bersyukur'.

Peserta PASTI Marang yang muncul sebagai Juara Acara Azan Suboh.

Aksi menarik dari peserta acara bercerita kategori lelaki.

Salah seorang peserta nasyid PASTI Kemaman penuh debaran menunggu saat persembahan.

Peserta nasyid PASTI Kemaman yang ini nampak 'cool and calm' saje.

Adik Nur Afifah Najihah dari PASTI Kemaman menerima hadiah dari Pengarah PASTI Terengganu.

Ustaz Ridzuan Hashim sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang acara nasyid.

Pengarah PASTI Terengganu menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua DPPNT sambil diperhatikan oleh Penyelaras PASTI Kawasan Besut.

Pasukan nasyid PASTI Dungun sedang mendendangkan lagu 'Sepohon Kayu'.

Peserta acara hafazan kategori perempuan dari PASTI Kawasan Kemaman sedang beraksi.

Peserta bercerita kategori lelaki nampak bergaya dengan baju raya.

Aksi adik Nur Afifah Najihah dari PASTI Kemaman muncul sabagai Juara Alam Ria PASTI Negeri Terengganu acara bercerita kategori perempuan.

Category:

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Pelajar <b>Hulu Terengganu</b> ditawar mengaji <b>di</b> Universiti Oxford <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2011 05:08 PM PDT


Mohd Firdaus Samsudin, 23, dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu ditawarkan mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang Sains Biochemistry di Universiti Oxford. – Gambar oleh Zulkipli Putra.

Seorang pelajar yang berasal dari kawasan pedalaman mencipta sejarah apabila beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka dunia, Universiti Oxford, akhir tahun ini.

Pelajar berkenaan, Mohd Firdaus Samsudin, 23, dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu baru saja menamatkan pengajian peringkat ijazah di bidang Bioteknologi di Imperial College, London.

Kini bekas murid Sekolah Kebangsaan Kampung Kemat itu ditawarkan pula mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang Sains Biochemistry di Universiti Oxford.

Beliau yang pernah dinobatkan sebagai antara pelajar terbaik lulusan Sijil pelajaran Malaysia 2005 peringkat kebangsaan, amat terharu apabila menerima tawaran melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan yang menjadi impian para pelajar dari seluruh dunia.

"Saya terima tawaran melanjutkan pelajaran di Universitu Oxford dan berazam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat kelulusan yang terbaik," katanya ketika ditemui Teganukita di rumahnya di Kampung Kemat, malam tadi.

Beliau yang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) pada 2001 selepas mendapat 5 A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), kini sedang bercuti dan menunggu majlis konvokesyen di Imperial College, selepas Hari Raya Puasa nanti.

Mohd Firdaus yang mendapat tajaan Yayasan Terengganu (YT) untuk mengikuti pengajian peringkat A Level di Kolej Yayasan UEM, Selangor dan Imperial College, turut ditawar melanjutkan pelajaran di bidang bioteknologi di Imperial College, tetapi dia sudah tekad untuk belajar di Universiti Oxford.

"Saya mengambil keputusan ini kerana taraf Universiti Oxford jauh lebih tinggi dan bukannya mudah untuk diterima masuk ke sana. Lagi pun belajar di Universiti Oxford merupakan impian ramai pelajar kerana lulusan universiti ini menjadi kebanggaan seluruh dunia," ujar anak kedua daripada empat beradik itu.

Mohd Firdaus amat bangga menjadi anak jati Terengganu dan berharap pelbagai kejayaan yang ditempanya sepanjang menjadi pelajar di negeri ini, akan dicontohi generasi pelajar tempatan.

"Semasa di sekolah banyak kem kecemerlangan diadakan hasil bantuan dana yang disalurkan kerajaan negeri. Pelajar negeri ini amat bertuah kerana banyak program diadakan di sekolah bagi membantu kecemerlangan pelajar, hasil sumbangan kerajaan negeri," katanya.

Sementara itu, bapa Mohd Firadus, Encik Samsudin Mamat, 61, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri dan YT kerana banyak membantu anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi hingga ke luar negara.

"Sewaktu masuk tingkatan satu, anak saya diberi bisiswa kecil dan setiap kali mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan bermula dari UPSR hingga A Level, pihak YT akan memberi wang hadiah galakan.

"Selepas itu, anak saya ditaja oleh YT untuk melanjutkan pelajaran peringkat A Level selama dua tahun dan masuk pula universiti di luar negara, semuanya diatur oleh YT," katanya.

Bekas pesara Felcra itu mengakui tanpa bantuan yang berterusan daripada kerajaan negeri dan YT, anaknya tidak mampu melanjutkan pelajaran di luar negara dan mendapat kejayaan tersebut.

Beliau berkata, hanya Allah s.w.t saja yang mampu membalas jasa pemimpin kerajaan negeri Terengganu yang sentiasa memikirkan kaedah bagi membantu kebajikan pelajar dan berusaha meningkatkan kecemerlangan bidang pendidikan di negeri ini.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Bersantai <b>di Pulau Perhentian</b> « CORETAN DAN WARNA <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2011 07:46 PM PDT

Seronok betul penulis dapat membawa anak-anak ke Pulau Perhentian pada 14 hingga 16 Julai 2011 baru-baru ini. Lihat saja aksi-aksi anak penulis di bawah umpamanya;

Tapi satu sahaja yang penulis tidak puas hati. Tarikh dalam kamera penulis tidak diset betul-betul menyebabkan tarikh sebenar bukanlah dari tarikh asal gambar itu diambil. Penulis akan kongsikan pengalaman dan gambar-gambar penulis ke sana untuk tatapan anda dan bagi yang tidak pernah ke sana….Tunggu ketibaannya ok….??? Ini sebabnya penulis malas lagi untuk mengarang buat masa ini. :)

penulis: Jom pakat pergi Pulau Perhentian.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


[Gambar] Ribut <b>di Kuala Terengganu</b> – 27/09/2011 | SKYPE CREW™

Posted: 28 Sep 2011 11:52 PM PDT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti yang kita telah ketahui, 2 hari yang lepas telah berlaku ribut di Kuala Terengganu lebih kurang jam 9 malam dan telah menyebabkan beberapa kerosakan di kawasan dataran Shahbandar & sekitarnya. Tempat lain tak silap aku ade jugak yang kena ribut..tapi apa nama tempat tu aku tak pasti sebab semalam just baca sekali lalu jer.

Ribut nie adalah ribut kedua yang berlaku selepas ianya berlaku pada Jun 2011 yang lalu. Mengikut berita-berita yang dilaporkan & updates status rakan2 melalui facebook, ribut nie berlaku dalam 10 minit..ade jugak yang cakap 30 minit. So, meb ni depends on tempat kot.

Aku ade beberapa keping gambar yang di share ngan korang. Gambar di ambil kat fan page Ustaz Azhar Idrus.

Sama-sama kita renungkan…

Ribut KT01Sekitar padang Syahbandar..

 Ribut KT02Sekitar padang Syahbandar..

Ribut KT03  Sekitar padang Syahbandar..

Ribut KT04Pekerja bandaran sedang membersihkan tempat kejadian..

Ribut KT05 Pokok tumbang merata tempat...

Ribut KT06Ntahla, TM punya ke TNB punya..

Ribut KT07  Tiang bendera yang diterbangkan ribut..

Ribut KT08Jeti bot penambang runtuh..

Ribut KT09Jeti bot penambang yang baru siap..

Ribut KT10   Sekitar dataran Shahbandar…

Ribut KT11 Pentas nyayian/tarian…

Ribut KT12 Papan tanda ini menimbulkan sedikit keraguan/tanda tanya…

 

p/s: ALLAH nak turunkan bala tak kira tempat, tak kira negeri, tak kira parti apa yang memerintah sesebuah tempat itu TAPI mungkin ada sesuatu ALLAH nak tunjukkan kat kita kenapa ALLAH turunkan ujian/bala macam nie kat kita.

Salam Ukhwah,

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Waris mahu bela penduduk luar bandar | Free Malaysia Today

Posted: 28 Sep 2011 10:09 PM PDT

"Kerajaan negeri Terengganu nampaknya tidak langsung membantu memajukan Ketengah," kata Ketua Waris, Roslan Ismail.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), telah ditubuhkan untuk membela dan memperjuangkan nasib penduduk di kawasan pedalaman negeri Terengganu khususnya di bawah tadbir Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah  (Ketengah).

NGO tersebut yang diberi nama Waris dan diketuai Roslan Ismail bernaung di bawah Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS.

"Saya mendapati wilayah dalam Ketengah ini sangat ketinggalan walaupun ia dibuka lebih 40 tahun lalu. Kerajaan negeri Terengganu nampaknya tidak langsung membantu memajukan Ketengah," katanya.

Ketengah mula dibangunkan pada 1973 dan kini mempunyai penduduk kira-kira 70,000 orang meliputi kawasan seluas 653,075  hektar di Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun.

Menurut Roslan, penduduk Ketengah masih berada di bawah paras kemiskinan kerana tidak ada projek ekonomi di kawasan tersebut.

"Penduduk tidak ada pendapatan tetap dan malah ada yang tidak ada pendapatan langsung sejak kilang yang ada ditutup dan tidak ada pelan strategik untuk memajukan lagi kawasan ini," tambahnya.

Berikutan itu, kata Roslan Bandar Ketengah Jaya yang terletak di wilayah Ketengah tidak boleh diiktiraf sebagai bandar seperti Bandar Permaisuri di Setiu.

Miskin tegar

Menurutnya, majoriti penduduk Ketengah masih lagi dibawah garis kemiskinan tegar dengan pendapatan di bawah RM450 sebulan.

Katanya, keadaan tersebut adalah disebabkan oleh kepimpinan Ketengah terutamanya kepimpinan politik.

"Ini berpunca daripada apa yang kita namakan sebagai 'kelalaian' pimpinan, terutama sekali kepimpinan politik sebab Pengerusi Ketengah ini ialah Menteri Besar Terengganu (Datuk Ahmad Said) sendiri," jelasnya.

Roslan berkata, penduduk yang berjumlah hampir 70,000 orang ini, mencatat angka migrasi yang sungguh pelik (luar biasa) mereka (terpaksa) pindah ke bandar-bandar berhampiran untuk mencari rezeki. Kadar migrasi buruh harian amat tinggi," tegas Roslan.

Akibatnya, menurut beliau, penduduk yang tinggal dalam Bandar Al-Muktafi Billah Shah tidak mampu menggerakkan ekonomi.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Senarai perangkap hadlaju (speedtrap) <b>di</b> jalanraya Malaysia

Posted: 02 Oct 2011 05:23 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Image Hosting
Siapa suka kena saman sebab 'speed trap? Memang menyakitkan hati bila terima surat samankan. Jadi disini OhPemandu nak kongsikan senarai tempat yang patut anda ambil perhatian:-

PLUS North Bound (ke Utara)
* Di bawah jambatan di kira-kira 456km, Sg Buloh simpang.
* Di bawah jambatan di kira-kira 459km, Bukit Lanjan interchange.
* Di bawah restoran jejantas di Sg Buloh.
* Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
* Di bawah jambatan di 296.5km, persimpangan Bangi.
* Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
* Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.
PLUS South Bound (ke Selatan)
* Di bawah papan tanda pada kira-kira 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby.
* Di bawah jambatan selepas simpang Subang pada 11.3km.
* Di bawah jambatan di 22km, simpang Bukit Lanjan
* Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja!
* Di bawah jambatan di 302.8km, persimpangan Kajang.
* Kira-kira 1km selatan persimpangan Bangi
* Di 296.5km and 297km, persimpangan Bangi
* Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Nilai Utara .
* At 285.5km dan 285.8km, persimpangan Nilai Utara.
* Pada pembahagi pusat 251.8km dan 253km selepas simpang Senawang .
* Selepas simpang Alor Gajah at 213.9km, sebelah taman tema air.
* Di  halangan kanan pada 198.4km.
Elite Central Link East / North Bound
* Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar
* Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
Elite Central Link West / South Bound
* Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
* Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling
flyover.90km / h


NKVE East / North Bound

* 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km / h!
* Di sebalik halangan kemalangan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta, di 24.9km 80km / h sahaja.
* Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km NKVE West / South Bound
* Di sebalik halangan  di sebelah kiri apabila keluar tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h sahaja!
* Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h sahaja!
* Dari Jln Duta, di terowong Sg Buloh persimpangan-Y, 22km.
* Di sebalik halangan n di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
* Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
* Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.

Kesas East Bound
* Di bawah jambatan di 44.8km, turun bukit yang  selepas simpang Puchong.

Kesas West Bound
* Di tepi Sg Besi Tol Bound Timur. Kuala LumpurCity
* Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.
Klang
* Jalan antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada  kira-kira 13 km kilometer batu. 70km / h sahaja!
Pantai Timur
* Tanda Jalan di Karak lebuh raya adalah tidak mencukupi terutamanya di simpang Y; jika anda
unfamilar, pergi perlahan.
* East terikat, turun bukit dijalankan selepas Raub persimpangan.
* Maran, 60km / h zone.
* Paya Bungor, 70km / h zone.
Perangkap Hadlaju  DI JOHOR South Bound
* Persimpangan Tangkak.
* Di bawah jambatan selepas Yong Peng Utara persimpangan
* Pada 97.3km.
* Persimpangan Ayer Hitam
* Persimpangan Sedenak

Perangkap hadlaju DI PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG

North Bound
* Around Ayer Hitam in 60km / h zone.
* Sebelum Perwaja Steel.
* Sg Petani persimpangan.
* Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.

South Bound
* PenangBridgeisland akhir. Had laju 80km / j.
* Kira-kira 2 km sebelum Juru Toll Speed ??had 90km / j.
Perangkap HADLAJU DI PERAK North Bound
* Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, Simpang selepas Kamunting.
* Di bawah jambatan di 204.3km, selepas simpang Kamunting.
* Di bawah jambatan di 208km, sebelum simpang Junction.
* Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum simpang Kamunting.
* Ipoh Vista Point pada kira-kira 263km. Had laju 80km / j.
* Di bawah jambatan di 271km,simpang utara Ipoh .
* Di bawah jambatan di 274.4km, simpang utara Ipoh South .
* Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai .
* Di bawah jambatan di 296km, Gopeng.
* Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Sungkai.
* Di bawah jambatan di 353km, Sungkai .
* Di bawah jambatan di 373km, Slim River.
South Bound
* Di bawah jambatan di 199km, sebelum simpang Kamunting simpang.
* Di bawah jambatan di 241.9km, at Kalau Kangsar.
* Di bawah post tanda di 296.1km, sebelum Gopeng.
* Di bawah jambatan di 297km, Gopeng .
* Di bawah jambatan di 300km, selepas simpang Gopeng.
* Di bawah jambatan di 308.6km, selepas Gopeng .
* Di bawah jambatan di 372.6km, di SlimRiver.
Sabak Bernam
KM. 64 T / INTAN – KLANG,
KM. 62 T / INTAN – KLANG,
KM. 60 T / INTAN – KLANG, (KM.60 Sg.Nibong)
KM. 54 T / INTAN – KLANG
Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
SUBANG JAYA KM 8,5 L / RAYA ELITE,
Bentong KM40 L / RAYA KL-Karak,
Spt (B / Mertajam) KM 142,6 LRUS,
Hulu SELANGOR (KKB), KM 400 LRUS,
S / RIVER (B / SANDAKAN) KM 122 JLN IPOH-K/LUMPUR

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Lain-lain
1. Kilometer 1.13.5th Lebuhraya Ayer Keroh
2. Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan;
3. Kilometer 81 jalan Jerangau-Jabor;
4. Kilometer 51 Jalan Alor Star-Butterworth;
5. Kilometer 85.5th Jalan Kuala Lumpur-Ipoh;
6. Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
7. Kilometer 15 Jalan Tampin-Segamat;
8. Kilometer 36 Jalan Kuantan-Kemaman;
9. Seksyen 57, Jalan Kota Tinggi-Sg Rengit;Kilometer 10.184th Jalan Johor Bahru-Kuala Lumpur;
11. 83 Street dan kilometer 62 Gua Musang-Kuala Krai;
12. Jelutong Expressway di Pulau Pinang;

Memandangkan ianya ditranslate, ada yang mungkin salah.Harap maaf.Selain tu,jangan terlalu bergantung pada senarai ni.Mungkin ia boleh berubah bila-bila masa.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Arkib Rakam Dan Dokumentasi <b>Pulau Bidong</b> | Darul Iman

Posted: 02 Aug 2011 05:08 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 2 Ogos (Bernama) — Arkib Negara Cawangan Terengganu menyiapkan rakaman dan dokumentasi Pulau Bidong, di Laut China Selatan untuk simpanan dan rujukan generasi akan datang.

Pengarah Arkib Negara Cawangan Terengganu Mohd Nasir Ismail berkata penggambaran yang mengambil masa dua hari mulai 29 Jun lepas sangat mencabar kerana pulau yang penuh dengan sejarah itu berbukit serta dipenuhi semak samun.

"Gugusan Pulau Bidong mengandungi enam pulau dan rakaman dibuat meliputi dari arah laut dan daratan yang curam serta semak dengan tumbuhan meliar.

"Apa yang menarik tentang pulau itu ialah mengenai peninggalan sejarah silam kepada negara khususnya Terengganu apabila ia dijadikan penempatan pelarian Vietnam selama lebih 15 tahun bermula 1975 hingga 1991," katanya ketika ditemui Bernama di sini Selasa.

Mohd Nasir berkata pulau milik kerajaan Terengganu itu pernah dipinjamkan kepada kerajaan persekutuan pada Ogos 1978 dan diwartakan sebagai penempatan kem pelarian di bawah kawalselia serta pengurusan Pesuruhjaya Tinggi Bagi Orang Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Mohd Nasir berkata apabila kumpulan terakhir pelarian Vietnam keluar dari pulau itu pada 1991, Pulau Bidong diserah kembali kepada kerajaan negeri tetapi terus ditutup kepada orang ramai sehingga tahun 1999.

Beliau berkata sejarah pulau yang tidak berpenghuni itu hampir dua dekad berlalu dan kini hanya kelihatan sisa-sisa runtuhan binaan seperti rumah panjang, sekolah, kedai, klinik dan bengkel.

Bangunan usang lain yang masih kelihatan ialah tokong, gereja, kubur di mana sebahagian binaan konkrit seperti ukuran dan replika patung kelihatan masih utuh, namun kurang jelas kerana diseliputi semak samun yang meliar.

Mohd Nasir berkata pendokumentasian pulau itu melibatkan empat krew dari Arkib sendiri yang diketuai Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan dan Pengembangan Wan Hussin Wan Mohd dengan kerjasama jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

Beliau berkata Arkib juga bercadang meneruskan kerja mendokumentasikan pulau-pulau lain di sekitar perairan negeri itu seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol, Pulau Lang Tengah, Pulau Gemia dan tempat-tempat strategik di sepanjang jajaran pantai Terengganu.

Rakaman yang akan dibuat dari semasa ke semasa itu sebagai satu langkah mengumpul koleksi bahan arkib sebelum aktiviti pembangunan menjarah ke kawasan berkenaan, katanya.

– BERNAMA

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Ribut Bagai Tsunami Melanda <b>Di</b> Felda <b>Kerteh</b> | My Berita

Posted: 18 Sep 2011 09:03 PM PDT

KEMAMAN – Lebih 220 buah rumah milik peneroka Felda Kerteh 5 dan Felda Kerteh 6 dekat sini rosak akibat dipukul ribut dan angin kencang kelmarin.

Kejadian pada pukul 4 petang itu berlaku hanya dalam tempoh lima minit.

Sekurang-kurangnya lebih sepuluh batang pokok turut tumbang di sepanjang jalan memasuki ke Felda itu.

Pokok-pokok itu turut merosakkan pelbagai harta benda termasuk beberapa buah kenderaan.

Seorang peneroka, Mekzah Daud, 46, berkata, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di Felda Kerteh sejak lebih 20 tahun dia tinggal di sini.

Katanya, hujan lebat yang turun disertai angin kencang mengingatkan dia kepada kejadian tsunami yang pernah ditonton melalui televisyen apabila rata-rata atap rumah di kampung berkenaan tercabut dan rosak teruk.

"Keadaan ketika itu menakutkan ekoran bunyi bising apabila atap rumah tiba-tiba pecah ditiup angin sehingga menyebabkan air memasuki rumah.

"Ketika itu, saya dan enam orang anak saya terus memasuki sebuah bilik sambil berpelukan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ibu tunggal, Zawiyah Mohd., 47, pula berkata, kejadian angin kencang itu berlaku dalam tempoh singkat namun kesannya amat menakutkan.

"Rumah di kampung ini terletak berdekatan antara satu sama lain dan saya dapat lihat atap rumah jiran diterbangkan angin," cerita wanita itu.

Sumber

ads