Ahad, 2 Oktober 2011

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Waris mahu bela penduduk luar bandar | Free Malaysia Today

Posted: 28 Sep 2011 10:09 PM PDT

"Kerajaan negeri Terengganu nampaknya tidak langsung membantu memajukan Ketengah," kata Ketua Waris, Roslan Ismail.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), telah ditubuhkan untuk membela dan memperjuangkan nasib penduduk di kawasan pedalaman negeri Terengganu khususnya di bawah tadbir Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah  (Ketengah).

NGO tersebut yang diberi nama Waris dan diketuai Roslan Ismail bernaung di bawah Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS.

"Saya mendapati wilayah dalam Ketengah ini sangat ketinggalan walaupun ia dibuka lebih 40 tahun lalu. Kerajaan negeri Terengganu nampaknya tidak langsung membantu memajukan Ketengah," katanya.

Ketengah mula dibangunkan pada 1973 dan kini mempunyai penduduk kira-kira 70,000 orang meliputi kawasan seluas 653,075  hektar di Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun.

Menurut Roslan, penduduk Ketengah masih berada di bawah paras kemiskinan kerana tidak ada projek ekonomi di kawasan tersebut.

"Penduduk tidak ada pendapatan tetap dan malah ada yang tidak ada pendapatan langsung sejak kilang yang ada ditutup dan tidak ada pelan strategik untuk memajukan lagi kawasan ini," tambahnya.

Berikutan itu, kata Roslan Bandar Ketengah Jaya yang terletak di wilayah Ketengah tidak boleh diiktiraf sebagai bandar seperti Bandar Permaisuri di Setiu.

Miskin tegar

Menurutnya, majoriti penduduk Ketengah masih lagi dibawah garis kemiskinan tegar dengan pendapatan di bawah RM450 sebulan.

Katanya, keadaan tersebut adalah disebabkan oleh kepimpinan Ketengah terutamanya kepimpinan politik.

"Ini berpunca daripada apa yang kita namakan sebagai 'kelalaian' pimpinan, terutama sekali kepimpinan politik sebab Pengerusi Ketengah ini ialah Menteri Besar Terengganu (Datuk Ahmad Said) sendiri," jelasnya.

Roslan berkata, penduduk yang berjumlah hampir 70,000 orang ini, mencatat angka migrasi yang sungguh pelik (luar biasa) mereka (terpaksa) pindah ke bandar-bandar berhampiran untuk mencari rezeki. Kadar migrasi buruh harian amat tinggi," tegas Roslan.

Akibatnya, menurut beliau, penduduk yang tinggal dalam Bandar Al-Muktafi Billah Shah tidak mampu menggerakkan ekonomi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads