Khamis, 13 Mac 2014

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search

Lapan penduduk dengar bunyi dentuman buat laporan polis di ...

Posted: 11 Mar 2014 03:00 AM PDT

MARANG – Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu.

"Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau.

Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu. – Bernama

#MH370: Penduduk dengar dentuman kuat di Marang | Pilihan Anda

Posted: 11 Mar 2014 05:01 AM PDT

MARANG 11 Mac - Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu. "Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau.

Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.

- BERNAMA.

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search

T E G A N U K I TA: 50 Bantah Teresa Kok di Setiu.

Posted: 13 Feb 2014 12:41 AM PST

BANTAH...seramai kira-kira 50 ahli Wanita, Pemuda, Putri UMNO Bahagian Setiu dan Majlis Belia Daerah Setiu hadir membuat laporan Polis membantah klip video yang dikatakan menghina Perdana Menteri dan isterinya pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Laporan dibuat berikutan, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang didakwa terbabit dalam pembikinan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia' sempena Tahun Baharu Cina itu dan dimuat turun dan tersebar meluas dalam laman YouTube.

Laporan dibuat di Balai Polis, Ibu Pajabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Bandar Permaisuri, Setiu antara jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari, hari ini. Adun Jabi yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu, Mohd Iskandar Jaafar, berkata laporan itu dibuat meminta polis bertindak terhadap pihak yang terbabit dalam mengarah dan menerbit klip video yang disifatkan boleh menggugat perpaduan dan keamanan negara ini.

"Dengan bantahan ini, membuktikan bahawa kita bersungguh-sungguh supaya kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat perpaduan dan kestabilan negara.

"Perbuatan pemimpin pembangkang itu boleh mencetuskan masalah perkauman di negara ini dan kami meminta KDN betul-betul bertindak dan jangan memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang cuba mengugat kestabilan dan keharmonian negara ini," katanya.

Iskandar yang juga Biro Sosial Etika Pemuda UMNO Malaysia itu mahu orang ramai serta golongan muda di negara ini sedar bahawa tindakan pemimpin pembangkang itu adalah satu penghinaan secara halus.

"Semua pihak perlu kekalkan keamanan negara ini dan kumpulan majoriti tidak perlu tunduk kepada golongan minoriti yang cuba mencetuskan pelbagai isu di negara ini," katanya.

"Kami berharap Teresa Kok meminta maaf dan menarik balik klip video itu," katanya selepas hadir bersama-sama kumpulan itu membuat lapan laporan Polis di IPD Setiu, hari ini. - Aminudin.

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search

Kemalangan di LPT 2, Ajil Terengganu, Berpantang Maut Sebelum ...

Posted: 04 Jan 2014 09:29 PM PST

Kemalangan pagi tadi di LPT 2 berhampiran Ajil Terengganu melibatkan sebuah kereta Proton Preve yang terbabas lalu melanggar penghadang jalan dan terbalik beberapa kali. Keadaan kereta agak teruk hinggakan enjin tercampak keluar. Namun pemandunya (wanita berbaju oren) selamat dan tidak mengalami kecederaan. Mangsa dalam perjalanan dari Kg Serdang ke Jerteh, Besut.

1

2

3

4

sumber

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

Pelajar Diserang Babi Tunggal - MYNEWSHUB.MY - PORTAL ...

Posted: 08 Mar 2014 06:43 PM PST

KUALA TERENGGANU – Kelekaan seorang pelajar tingkatan empat memasang jerat ayam hutan tanpa memandang kawasan sekeliling mengundang padah apabila dia disondol seekor babi tunggal yang mengamuk di Rancangan Tanah Felda Rasau, Kerteh di sini.

Mangsa, Nik Hasbullah Nik Daud, 16, berkata ketika kejadian, dia bersama abangnya Nik Hazaha Nik Daud, 36, masuk ke ladang kelapa sawit berkenaan pada kira-kira jam 7.30 pagi Selasa lepas.

"Selepas dapati ada ayam hutan di tempat berkenaan, saya mula memasang jerat dan tidak sangka babi itu entah datang dari arah mana, tiba-tiba sondol saya.

"Saya pernah terserempak dengan babi semasa menahan ayam hutan sebelum ini dan apabila saya menjerit, binatang itu biasanya akan lari, namun kali ini.

ia tidak meninggalkan tempat berkenaan, malah terkam serta menggigit belakang, lengan dan kepala saya dengan taringnya yang panjang," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teja Putra di Ketengah Jaya itu berkata, haiwan buas itu meninggalkannya selepas puas mengganyangnya.

"Dalam kesakitan saya dapatkan motosikal dan terus pulang sebelum mendapat rawatan di Klinik Ketengah Jaya dan kemudian dihantar ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah," katanya. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Pelajar Diserang Babi Tunggalhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Babi-Hutan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Babi-Hutan-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

KUALA TERENGGANU - Kelekaan seorang pelajar tingkatan empat memasang jerat ayam hutan tanpa memandang kawasan sekeliling mengundang padah apabila dia disondol seekor babi tunggal yang mengamuk di Rancangan Tanah Felda Rasau, Kerteh di sini. Mangsa, Nik Hasbullah Nik Daud, 16, berkata ketika kejadian, dia bersama abangnya Nik Hazaha Nik Daud,...

KUALA TERENGGANU - Kelekaan seorang pelajar tingkatan empat memasang jerat ayam hutan tanpa memandang kawasan sekeliling mengundang padah apabila dia disondol seekor babi tunggal yang mengamuk di Rancangan Tanah Felda Rasau, Kerteh di sini.

Mangsa, Nik Hasbullah Nik Daud, 16, berkata ketika kejadian, dia bersama abangnya Nik Hazaha Nik Daud, 36, masuk ke ladang kelapa sawit berkenaan pada kira-kira jam 7.30 pagi Selasa lepas.

"Selepas dapati ada ayam hutan di tempat berkenaan, saya mula memasang jerat dan tidak sangka babi itu entah datang dari arah mana, tiba-tiba sondol saya.

"Saya pernah terserempak dengan babi semasa menahan ayam hutan sebelum ini dan apabila saya menjerit, binatang itu biasanya akan lari, namun kali ini.

ia tidak meninggalkan tempat berkenaan, malah terkam serta menggigit belakang, lengan dan kepala saya dengan taringnya yang panjang," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teja Putra di Ketengah Jaya itu berkata, haiwan buas itu meninggalkannya selepas puas mengganyangnya.

"Dalam kesakitan saya dapatkan motosikal dan terus pulang sebelum mendapat rawatan di Klinik Ketengah Jaya dan kemudian dihantar ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah," katanya. - BERNAMA