Sabtu, 11 Januari 2014

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Anak derhaka ugut bunuh bapa <b>di Seberang Takir</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2013 07:05 PM PST

Suspek bertindak kasar menendang pintu rumah hingga pecah.

"Aku bunuh suami mu di hadapan mata mu!" Itulah kata-kata ugutan yang tergamak diluahkan oleh seorang anak derhaka terhadap ibunya, dipercayai selepas tidak berpuas hati berhubung perselisihan faham antara mereka dua beranak.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 malam di sebuah kediaman di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, di sini, Rabu lalu.

Menurut sumber, semasa kejadian, suspek yang berusia 25 tahun itu berada di luar rumah sebelum bertikam lidah dengan mangsa, 40-an, yang ketika itu berada di dalam rumah.

"Sebelum itu, kedua beranak tersebut hanya bertengkar mulut sebelum anaknya itu mula naik angin dan cuba untuk masuk ke dalam rumah, tetapi berjaya dihalang oleh mangsa.

"Tidak puas hati dengan tindakan mangsa itu, anaknya mula bertindak kasar dengan memecahkan dinding dan memecahkan pintu besar di bahagian depan rumah mereka, namun masih gagal kerana mangsa bertindak berani menghalangnya," katanya.

Sumber berkata, tindakan nekad mangsa yang menghalangnya daripada masuk ke dalam rumah menyebabkan kemarahan suspek semakin membuak-buak sebelum tergamak meluahkan kata-kata ugutan akan membunuh ayahnya, 48, sebelum meninggalkan rumah.

Jelas sumber, semasa kejadian, suami mangsa berada di masjid dan telah dimaklumkan berhubung insiden itu sejurus dia pulang sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.-sh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Detik senja indah <b>di Seberang Takir</b>, Kuala Terengganu

Posted: 11 Dec 2013 06:01 AM PST


Suatu hari blogger dan keluarga mengunjungi Kg Seberang Takir, Kuala Terengganu. Terletak di seberang sungai Terengganu berhadapan dengan Pasar Pasar dan Bukit Puteri sememangnya indah dan menarik terutaa pada waktu senja.
Menikati keindahan Kuala Terengganu dari Seberang Takir sememangnya suatu yang amat indah dan tentunya menjadi fokus lensa dan penggemar fotografi.
Apapun blogger yang berada disitu pada waktu senja menikmati detik-detik indah senja di Seberang Takir. Amat sukar mengungkap dengan kata-kata keindahan panorama alam ciptaan Allah swt  ini.
Detik indah walaupun hanya seketika sebelum mentari ditenggelami kegelapan malam terus melekat dalam memori kita.

<b>Seberang Takir</b> hab perdagangan Negeri Terengganu - teganuki ta

Posted: 30 Dec 2013 10:47 PM PST

Seberang Takir, kawasan pesisir pantai yang dipisahkan dengan pusat bandar raya ini oleh muara sungai Terengganu akan dibangunkan sebagai hab perdagangan utama negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beta Asset Sdn. Bhd., anak syarikat kumpulan Akmam yang diberi peluang untuk memajukan kawasan seluas 11.8 hektar, merancang projek hartanah bersepadu dengan pelaburan dianggarkan RM1.5 bilion di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pengerusinya, Datuk Mohd. Johar Abas memberitahu, sekiranya menjadi kenyataan sepenuhnya, lebih 3,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan di samping menjadi penjana kepesatan perkembangan ekonomi setempat dan pemangkin kepada kemasukan pelabur lain.

''Beta Asset akan membangunkan hospital pakar setelah menerima kelulusan zon daripada Kementerian Kesihatan di samping pusat pengajian, kompleks perniagaan, hotel butik, hotel lima bintang, kondominium dan apartmen dengan pemandangan laut yang indah.

''Cadangan pembinaan hospital pakar, pusat pengajian dan hotel lima bintang akan dilakukan mengunakan konsep bina - pajak - pindah (built - lease - transfer) bagi memastikan pendapatan kumpulan terjamin pada masa hadapan," ujarnya.

Projek pembangunan bersepadu di Seberang Takir itu merupakan salah satu daripada 12 projek pelaburan baharu ECER yang diumumkan dan Beta Asset turut dipilih oleh ECER menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan pertukaran dokumen di Putrajaya baru-baru ini.

Katanya, Majlis Pembangunan wilayah ECER (ECERDC) memberi pelbagai insentif menarik termasuk pelepasan cukai kepada syarikat yang beroperasi di wilayah berkenaan.

Menurut beliau, bagi menjayakan perancangan tersebut, Beta Asset telah melantik pengurus dana, Ingenious Billion Berhad (IBB), bersama Anametrics Holding Ltd., untuk menguruskan dan meraih dana berjumlah RM3 bilion.

''Sebanyak RM1.5 bilion adalah untuk membiayai projek-projek pembangunan bercampur di ECER manakala RM1.5 bilion lagi untuk menampung projek semasa dan masa hadapan kumpulan termasuk projek pesawat pemantauan dan maritim.

''Bahagian pesawat pemantauan dan maritim akan menjadi teras perniagaan kumpulan pada masa depan, satu lagi sumbangan kukuh pendapatan dan aliran tunai bagi kumpulan dalam waktu terdekat," ujarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya turut bercadang melebar dan mempelbagaikan lagi penglibatan pembinaan hab perdagangan termasuk pelabuhan di Wilayah Utara pada masa depan.

''Dalam usaha mengembangkan itu, kami merancang untuk melakukan dua penyenaraian di pasaran bursa saham tempatan dan antarabangsa," ujarnya.

 

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


4 Gambar Kemalangan Ngeri Ragut Nyawa Suami Isteri <b>Di Marang</b> <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2013 06:05 AM PST

Marang: "Saya menekan brek dengan kuat sebaik saja melihat sebuah lori itu merempuh kereta dari arah bertentangan," kata Suhaimi Ali, 45, saksi kemalangan ngeri mengorbankan pasangan suami isteri di Kilometer 47, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Pasir Putih, dekat sini, petang tadi.

Kemalangan kira-kira jam 5 petang itu mengorbankan Mohamed Hanafi Abdul Manaf, 62, bekas Penyelia Teknikal Loji Percetakan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Kuala Lumpur dan isterinya Rabiah Mat Hussin, 55.

Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori dua tan dalam perjalanan dari arah Dungun ke Kuala Terengganu, dipercayai memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan Perodua Kancil dinaiki pasangan itu yang datang dari arah bertentangan.

Berikutan rempuhan kuat itu, sebuah van dipandu Che Fauzi Ali, 45, dari Kampung Padang Pulut Dungun yang berada di belakang kenderaan mangsa mengelak ke kanan dan turut dirempuh lori terbabit.

Pasangan suami isteri yang tinggal di Kampung Batu Tiong, Dungun itu meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian selepas parah di bahagian kepala dan mengalami kecederaan dalaman selain patah kaki.

Bagaimanapun, pemandu lori terbabit, Mohd Nor Su yang berusia 30-an dari Kuala Abang, Dungun dan Che Fauzi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Suhaimi berkata, ketika kejadian, dia bersama ahli keluarganya dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Dungun sebelum terserempak dengan kemalangan itu.

"Saya terkejut dengan tindakan pemandu lori terbabit yang terus merempuh kereta dinaiki pasangan itu sehingga berpusing dan menghala semula ke Kuala Terengganu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, petang tadi.

Menurutnya, dia bersama beberapa pengguna jalan raya lain bergegas membantu dan sebaik membuat pemeriksaan nadi kedua-dua mangsa yang tersepit di tempat duduk kenderaan ketika itu sudah tidak bernyawa.

"Mujur saya sempat menekan brek dan mengelak ke tepi. Jika tidak, sudah tentu saya dan keluarga akan turut merempuh lori terbabit," katanya.

Sementara itu, rakan Allahyarham Mohamed Hanafi, Zulkifli Idris, 35, berkata dia langsung tidak menyangka mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu rakan baiknya.

"Saya berhenti di tempat kejadian dan tidak menyangka Perodua Kancil dinaiki arwah yang terbabit dalam kemalangan itu kerana nombor pendaftaran kereta berkenaan hancur.

"Selepas melihat kad pengenalannya yang dipegang pegawai penyiasat polis, baru saya tahu dan sangat terkejut kerana dia sahabat saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Suprintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

"Polis sudah memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga mangsa dan siasatan lanjut berhubung dengan kejadian itu sedang dijalankan," katanya.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

WeLcOmE To InFo TeRkInI: Rompakan <b>Di Marang</b>

Posted: 18 Dec 2013 06:51 PM PST

MARANG – Tiga lelaki bertopeng melarikan selaras senapang patah jenis Steven, peluru hidup, wang tunai serta peralatan elektronik milik seorang guru besar di sebuah rumah di Kampung Rambai Jantan, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, mangsa, Radzali Abdullah, 55, lega apabila kumpulan penjenayah terbabit meninggalkan semula senapang patah dan peluru hidup berdekatan rumahnya sebelum ditemui sekumpulan anggota dan pegawai forensik serta Cawangan K9.

"Saya tiada di rumah dalam kejadian berlaku kira-kira 3.30 pagi itu dan hanya mengetahui ia menimpa isteri, Rabiah Abdul Rahman (51) dan anak, Fatin Nazariah (24) serta tunang anak perempuan saya kira-kira jam 5.30 pagi," katanya.

Radzali yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Marang berkata, dia yang menginap di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu kerana menghadiri kursus kemudiannya bergegas pulang ke rumah setelah dihubungi anaknya.

Menurutnya, tiga lelaki bertopeng itu memasuki rumahnya setelah merosakkan gerigi dan mengumpil pintu hadapan rumah sebelum mengikat tangan dan kaki isteri, anak serta tunang anak perempuannya.

Akibat kejadian itu, katanya, keluarganya mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM2,500, kehilangan tujuh telefon bimbit, dua lap top dan dua 'tablet' dan barangan lain.

"Penjenayah itu turut melarikan selaras senapang patah dan lebih 30 biji peluru yang disimpan di tempat berkunci, namun mereka sempat berpesan kepada isteri saya agar jangan bimbang kerana akan memulangkan semula senapang dan peluru itu.

"Ternyata tiga lelaki bertopeng yang lengkap bersarung tangan itu tunaikan janji mereka apabila senapang patah dan peluru hidup itu ditinggalkan di kawasan semak berdekatan rumah dan ditemui semula sepasukan anggota polis," katanya.

Radzali berkata, dia bersyukur kerana ahli keluarganya selamat malah, tidak menyangka tiga lelaki bertopeng terbabit berpegang pada janji mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

KREDIT TO: Sinar Harian

Remaja lemas ketika mandi di tali air <b>di Marang</b> | Terengganu Today

Posted: 12 Dec 2013 02:02 AM PST

Orang ramai memenuhi tebing tali air di Kampung Alor Parit untuk melihat kerja-kerja mencari mangsa.

Hasrat seorang pelajar untuk menghadiri sesi temu duga kemasukan ke Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin di Ladang selepas mendapat 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas.

Muhammad Asyraaf Zulkifli, 12, yang beralamat di Jalan Khatib Abas, Kampung Undang lemas ketika mandi manda bersama rakan-rakannya di sebuah tali air di Kampung Alor Parit yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah keluarganya di sini, malam kelmarin.

Mayatnya ditemui kira-kira jam 9.40 malam selepas kerja-kerja mencari dijalankan sepasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Wakaf Tapai, Marang, pasukan polis serta Jabatan Pertahanan Awam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Penguasa Bomba, Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, mayat remaja terbabit ditemui selepas 20 minit anggota skuba melakukan operasi mencari dan menyelamat.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 petang, namun mayat mangsa hanya ditemui apabila sepasukan anggota skuba dari balai ini dihantar ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa kira-kira jam 9.20 malam (kelmarin).

"Mereka ambil masa kira-kira 20 minit sebelum menemui mangsa kira-kira jam 9.40 malam di dasar tali air itu, berdekatan tempat mangsa lemas," katanya ketika ditemui di Kampung Alor Parit di sini, malam kelmarin.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya malam kelmarin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Undang semalam.

JENAZAH Muhammad Asyraaf  Zulkifli dibawa ke HSNZ, semalam.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi bilik mayat di HSNZ apabila bapa mangsa, Zulkifli Mohd Ravi@Mohd Ruddin, 41, dan saudara serta guru Pendidikan Agama Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Undang, Samsuddin Zakaria, 56, berkumpul menuntut jenazah.

Zulkifli berkata, sebelum kejadian anak ketiga dari enam beradik bersekolah di SK Undang itu sempat meminta wang daripada isterinya, Rohana Mat Amin, sebanyak RM1 sebelum berbasikal keluar dari rumah untuk ke kedai runcit berdekatan.

"Namun, saya tak sangka selepas itu dia sanggup berbasikal dalam hujan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh satu kilometer dari rumah kami semata-mata untuk mandi manda bersama rakan-rakannya di kawasan tali air itu.

"Malah, arwah tak pernah ke sana sebelum ini mahu pun mandi di kawasan tali air tersebut dan selalunya hanya bermain di kawasan sekitar rumah sahaja," kata kakitangan Jabatan Perhutanan itu kepada Sinar Harian.

Zulkifli berkata, sebelum kejadian Muhammad Asyraaf juga tidak menunjukkan sebarang perubahan dari segi perwatakan dan sebagainya.

Guru pendidikan agama, Samsuddin Zakaria, 56, yang juga berada di bilik mayat HSNZ berkata, Muhammad Asyraaf merupakan seorang pelajar pintar dan berdisiplin, malah ringan tulang kerana sering membantu guru-guru di sekolahnya.

"Apa paling menyedihkan saya adalah arwah sepatutnya menghadiri temu duga kemasukan ke Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin di Ladang, Kuala Terengganu pada hari Khamis (hari ini) namun, hasratnya itu tidak kesampaian.

"Muhammad Asyraaf mendapat 3A 2B dalam UPSR pada tahun ini dan keputusan peperiksaan itu telah melayakkannya untuk menghadiri temu duga itu," katanya yang memberitahu anaknya juga berkawan baik dengan arwah.-sh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Pemancing dari <b>Paka</b> Meninggal Dunia <b>Di</b> Dalam Bot - Gi Mari Gi Mari

Posted: 28 Nov 2013 12:26 AM PST

Allahyarham en Shafei Sari 53 tahun dari Paka meninggal dunia dalam boat fiber seorang diri semasa mengail ditengah laut,yb bersama kawan2 menggunakan bot laju utk membawa arwah kepengkalan marin kemaman....


sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Shafie Sari, 53, yang ditemui maut dalam bot fiber kira-kira 8 batu nautika dari perairan Kemaman, pagi semalam.
Menurutnya, Shafie yang juga bekas pekerja sebuah syarikat petrokimia di Kerteh adalah kenalan beliau.
Allahyarham Shafie"(Allahyarham Shafie) adalah kenalan saya, saya ucap takziah dan berharap supaya pihak keluarga tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT,"ujarnya sebaik mendapat khabar dukacita tersebut.
Bot Shafie dikesan berada di sekitar perairan Kijal kira-kira jam 5.30 pagi melalui GPS
Penemuan bot mangsa kira-kira jam 9.30 pagi itu mengungkap misteri kehilangannya yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Merah, Paka, Dungun, sejak malam kelmarin selepas keluar menangkap ikan seorang diri.

sumber dari fb:yb Hj Hanafiah Mat

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Kemalangan <b>di</b> Simpang Balai Polis <b>Kuala Berang</b> pada pagi 8 <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2014 09:03 PM PST

Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta Perodua Myvi. Penunggang motosikal dikatakan cedera parah manakala pemandu kereta pula cedera ringan. Mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan.

20140108-125708.jpg

20140108-125801.jpg

20140108-125912.jpg

20140108-125956.jpg

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Tempat menarik <b>di Kuala Terengganu</b> | ! Love Is Cinta !

Posted: 31 Dec 2013 10:42 AM PST


Tempat menarik di Kuala Terengganu memang banyak! tapi biasanya bila ke Terengganu cuma singgah di Pantau Rhu 10 sahaja. pantai yang sangat cantik dan nyaman, terasa tenang bila berada di situ. tapi untuk kali ini berlainan sedikit kerana mek cah diberi peluang untuk berkunjung kebeberapa tempat yang menarik di Kuala Terengganu. terima kasih Sumai Hotel Apartment kerana membawa kami dari bloogers.com ke beberapa tempat yang menarik di Kuala Terengganu. 
Misi jelajah bandar Kuala Terengganu bermula dengan Bukit Panorama yang terletak berhampiran Sumai Hotel yang kami menginap. hari yang hujan tidak menghalang aktiviti kami melihat panorama bandar Kuala Terengganu dari bukit yang indah lagi nyaman. sangat cantik melihat lautan luas ciptaan Allah. subhanAllah sungguh cantik negeri Kuala Terengganu. so syokk! bergambar!
Kedatangan kami di sambut baik oleh pihak Museum, siap ada diskaun lagi untuk tiket masuk ke sana. untuk maklumat lanjut tentang Museum Terengganu boleh ke laman web rasmi iaitu "http://museum.terengganu.gov.my/". :P
Alhaii, terasa macam budak sekolah bila bunyi museum. walaupun jiwa ku bukan berjiwa seni ataupun sejarah maka aktiviti ini mampu memupuk diri mek cah supaya lebih cintakan sejarah melayu dan mengetahui serba sedikit tentang sejarah. kepada pencinta sejarah dan kesenian boleh la berkunjung ke sini kerana selain dari melihat sejarah-sejarah melayu tetapi banyak juga aktiviti lain yang disediakan seperti pertunjukan ular, dan sebagainya.
kepada yang berani boleh la tengok aksi yang ganas ini. geli tau tengok ular besar macam ni, takut termimpi-mimpi okay! yang pasti layan sahaja. Lolzz
Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ."
RIVER CRUISE, TAMAN TAMADUN ISLAM
sesi mendengar taklimat dari yang berpengalaman sbelum kami dibenarkan menaiki bot mengelilingi Pulau Taman Tamadun Islam. yang kami gelak tu disebabkan tut!! opsss nanti sila pakai jaket keselamatan dengan betul, pastikan perempuan memakai seluar sepanjang aktiviti ini berlangsung. lolzz
menaiki River Cruise yang dikemudi oleh dua orang kapten. Bayaran sebanyak RM 20.00 seorang akan dikenakan untuk satu trip. Ok sila pakai jaket keselamatan dengan betul. eh! macam syokk je kitorang posing!
STR SDN. BHD [ Batik . Kain Putih . Pencelup . Kain Songket ]
Pencinta barangan batik asli terengganu boleh la ke STR SDN. BHD. banyak koleksi batik yang membuatkan korang rambang mata. batik asli terengganu boleh dijadikan ole-ole tanda kenangan bila ke sini. harga yang berpatutan dan kualiti yang mantap!. bila ke sini kami diberi peluang untuk mencanting dan mewarna batik dengan sendiri. memang rumit tapi akhirnya kami dapat menghasilkan 1 batik tema blogging. ohsem dan sweet tak kami?Mihmih
"Hotel Sumai : Hotel Apartment Murah", mampu membantu korang mencari jawapan di mana keistimewaan negeri Terengganu. Na na na Ganung kiter. Terima kasih SUMAI HOTEL APARTMENT kerana menaja percutian kami. :)
# SUMAI HOTEL APARTMENT menyediakan beberapa pakej trip untuk anda kunjungi sekiranya anda menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT . Untuk maklumat lanjut sila ke entri ini "Hotel Murah di Kuala Terengganu" dan dapatkan harga promosi . harga istimewa menanti pembaca blog ini. Papaii.

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


UMNO Online - 2014 Belia Di Dun <b>Bukit Besi</b> Terima Wang Dana <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2013 09:12 AM PST

Kategori Berita Pilihan

2014 Belia Di Dun Bukit Besi Terima Wang Dana Bakti Remaja

DUNGUN, 26 Dis –  Lebih 2,000 belia di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Besi hari ini menerima manfaat daripada Program Dana Bakti Remaja yang diberi oleh kerajaan Terengganu kepada golongan bujang berusia 21 hingga 40 tahun.

dana-program-kerajaan-negeri-terengganu-bakti-remaja

Masing-masing menerima wang tunai RM200 yang diserahkan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi Roslee Daud yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu.

Bagi Mohd Aizat Zakaria, 26, dari Kampung Jengai, wang tersebut akan digunanya untuk meringankan beban keluarga selepas kediaman mereka terbabit dalam bencana banjir baru-baru ini.

"Saya mahu beli peralatan dapur rumah yang rosak," katanya yang turut memberitahu Bernama ini kali ketiga dia menerima dana itu.

Nik Aimuni Najiha Nik Adnan, 21, dari Kampung Jerangau Sungai pula bersyukur dengan sumbangan itu yang dapat dijadikan duit belanja semasa mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajiannya bulan lepas.

Seorang lagi penerima Aishah Ahmad, 23, dari Bandar Al Muktafi Billah Shah, berkata dia bersyukur kerana negerinya diperintah oleh sebuah kerajaan yang prihatin akan nasib orang muda sepertinya.

"Bukan senang orang nak bagi kita duit percuma macam ni, mujur ada kerajaan yang baik dan prihatin terhadap remaja, dapatlah juga saya merasa duit dana ini," katanya.

Sementara itu Roslee berkata sebanyak 2,041 belia dari 26 buah kampung menerima wang berkenaan hari ini.

"RM200 ini memang bukan nilai yang besar untuk mereka yang bekerja dan mempunyai gaji yang besar, tetapi untuk golongan belia yang masih tidak mempunyai pekerjaan dan hanya bergantung pada ibu bapa ianya sangat cukup bernilai," katanya.

Beliau turut berharap penerima bantuan itu memanfaatkan sebaik-baiknya sumbangan berkenaan.-MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 27 December 2013 1:12 AM

ads