Rabu, 25 April 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


PUST: PAS <b>DI Seberang Takir</b>

Posted: 22 Apr 2012 10:47 PM PDT

Seberang Takir 23 April 2012. Zakaria Dagang di dalam kenyataan di Sinar Harian pada hari ini mengatakan akan merampas Seberang Takir pada PRU 13 nanti. Beliau mengakui untuk menang pada pilihanraya akan datang adalah amat sukar dan bukan kerja mudah. tetapi beliau berkata kekalahan di Seberang Takir bukan dari rakyat dan ianya adalah kerana undi POS. Beliau akan giat turun padang dari masa ke semasa dan akan mengimbangi program yang di lakukan oleh pihak BN.Beliau juga berkata program ceramah mereka dapat sambutan dan akan memberikan kelebihan pada pakatan Rakyat.Belia juga yakin akan dapat menawan Seberang Takir jika undian awal di kira.Ini akan memberikan saingan yang sengit kepada BN di seberang Takir. Ya dagang sebenarnya sentiasa memberikan semangat kepada dirinya sendiri supaya tidak putus asa kerana telah lama ingin menduduki kerusi DUN Seberang Takir yang ternyata merupakan kubu kuat BN. Kenapa PAS tidak akan berjaya untuk menawan Seberang Takir?- 1. Seberang Takir kini di pimpin oleh seorang Individu yang masih muda dan mempunyai tokoh kepimpinan yang tinggi. Beliau adalah YB Ahmad Razif Abd Rahman yang menang pada PRU ke 12 dengan majoriti yang besar iaitu 2430. YB Razif adalah seorang yang kuat bekerja dan sangat suka tolong orang yang memerlukan bantuan yang dalam kesusahan. Kerja kuat YB Razif pada hari ini menjadi buah mulut di setiap genap lapisan Masyarakat di Seberang Takir.Cubalah pergi di mana sahaja di Seberang Takir. Nama beliau di bibir rakyat kerana sifat prihatin beliau kepada penduduk kampung seberang Takir. Ya Dagang perlu tanya pada orang Kg Batin pada hari ini tentang YB Razif yang mana kita semua tahu tentang kubu kuat PAS di Seberang Takir itu. Ya Dagang tahu situasi ini dan mengharapkan keajaiban berlaku. Kg Batin pada hari ini telah bertukar wajah dan penduduk kampung mula berpaling kepada BN setelah faham dari penjelasan dari masa ke semasa. Mereka sekarang telah mula menerima bantuan dari pihak Kerajaan yang sebelum ini di perbodohkan oleh pemimpin PAS. 2. Ya Dagang kata BN menang kerana undi POS tetapi ini lah kata-kata semangat yang di luahkan oleh seorang pimpinan PAS Seberang Takir walaupun tahu PAS tidak akan bertanding di Seberang TAkir.Cuba lihat jadual di bawah:- Kalau kita lihat analisa di jadual mennujukkan PAS kalah di setiap peti undi DUN Seberang Takir kecuali di Peti Undi Kg Batin iaitu BN kalah 77 undi. Bagaimana Ya Dagang kata rakyat telah tolak Barisan nasional. Rakyat sebenarnya tolak PR yang hanya dapat 4010 undi sedangkan BN mendapat 6440 lebih undi. PR juga memperolehi undi POS sebanyak 65 undi dan rakyat hanya 3000 lebih sahaja yang sokong PR. Inilah pembohongan oleh puok PAS yang telah terdesak kerana meraka merasakan semakin hari semakin teruk di tolak oleh rakyat.Lepas ini boleh tutup markas pasal PKR lagi yang akan bertanding. SPR sudah bersih dari awal lagi kalau tak dah lama Rhu Redang kita menang. 3. Ya Dagang mengatakan yang program mereka mendapat sambutan?.... itulah telah di katakan tadi hanya untuk sedapkan hati seperti Doktor yang memberi tahu pesakit cancer yang mana sakitnya adalah biasa sahaja dan masih boleh di rawat tetapi realitinya hanya tingggal 2 hingga 3 bulan sahaja. Contohnya boleh datang ke Seberang Takir pada ceramah mereka purata yang hadir hanya 10 hingga 30 orang. tetapi jika BN menganjurkan ceramah ribuan akan hadir . Ceramah Perdana PAS sekarang ini hanya setaraf ceramah kecil cawangan UMNO Seberang Takir sahaja yang mampu mengumpulkan hadirin 30 hingga 50 orang di rumah ketua cawangan. PAS sekarang akan berfikir 2 kali jika ingin adakan ceramah di Seberang Takir. Di fahamkan penceramah juga tidak mahu datang kerana kutipan derma sangat rendah? inilah perjuangan PAS di Seberang Takir.Ya Dagang juga mengakui Program BN di Seberang Takir ramai sambutan kerana ada umpan. Umpan yang di maksudkan oleh YA Dagang adalah bantuan yang YB razif usahakan kepada rakyat seberang Takir contohnya pada baru-baru ini Karnival 1Malaysia di dataran permata seramai 610 orang miskin di agihkan bantuan, YB razif usahakan 600 warga emas, orang miskin dan pelajar miskin dapatkan cermin mata percuma oleh SANADI opt. Pakar dari IJN datang seramai 50 orang termasuk pertugas hadir bagi memberi saringan awal sakit jantung kepada 1000 penduduk Seberang Takir. Begitu juga khidmat JPJ yang memudahkan orang ramai berurusan. 4. PAS sekali lagi boleh mengigit jari kaki pada PRU13 kerana PKR sekali lagi akan menduduki untuk pertandingan PRU13 sekali lagi. Kerja tak beberapa keras PAS makin tidak berharga dek kerana bukan dari kalangan mereka yang beranding. Kesian PAS dan pengikut mereka banyak mempersoalkan kewibawaan pimpinan atasan mereka yang di kuasai oleh pihak profesional dan bukan dari pihak ulamak yang codong pada pluralisme dan liberelisme dalam agama. Boleh di katakan PAS dan PR di Seberang Takir lumpuh sama sekali kerani perebutan PAS dan PKR. PKR kata PAS Bodoh tak pernah menang dan PAS kata PKR pula bodoh tak ada jentera dan tak pernah buat kerja... inilah hakikat sebenar yang berlaku di antara PAS dan PKR di Seberang Takir. UMNO dan BN di seberang Takir sudah 4 tahun berkerja keras memadangkan Seberang Takir adalah penentu kepada kemenangan Parlimen Kuala Nerus. hanya kemenagan Parlimen adalah hadiah kepada rakyat dan juga pemimpin no 1 Malaysia Datuk Seri Perdana Menteri. bye bye PAS aku masih ingat anak-anak kecil di halau dari tadika... masih aku ingat dan akan ingat selama-lamanya. aku tahu asal ususl mu.............. Anak.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Pilihan Anda!: Padah mandi bogel, remaja dirogol oleh abg ipar <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2012 07:32 PM PDT

|

"Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami," jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.

Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa.

Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.

Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh.

Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.

Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

SINAR


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 10:32 AM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Suara dari Bumi Semantan: Menjejak Keluarga

Posted: 24 Apr 2012 09:16 PM PDT

Mendengar cerita dari Khatib Ali ( 98 tahun), Moyang Seh datang dari Batang Kali, Selangor merentasi Banjaran Titiwangsa dan singgah di Kg. Durian Sebatang, Dong, Raub berjumpa kaum keluarga dan sahabat handai. Nak dijadikan cerita, disitulah pertemuan Moyang Seh dan Moyang Nor. Moyang Nor menetapkan syarat iaitu Moyang Seh perlu mencantumkan kembali batu asah yang telah patah dan Moyang Seh berjaya melakukannya. Jadilah mereka berdua suami isteri dan dikurniakan 3 orang anak; Wook, Omar dan Dollah.
Ayahanda Moyang Seh tinggal di Raub, manakala datuknya berada di Lanchang. Moyang Seh mengikuti Moyang Nor ke Kg. Bolok, Lanchang dan tinggal disana hingga ke akhir hayat. Tok Wook dan Tok Omar mempunyai jarak umur yang dekat berbanding adiknya Dollah yang jauh tengka umurnya. Pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Tok Wook dan Tok Omar begitu nakal hinggakan askar Jepun ditamparnya menyebabkan mereka berdua diburu. Mereka berdua bersembunyi didalam timbunan petai yang dibawa untuk berniaga ke Temerloh, akhirnya mereka tiba di Kuantan. Tok Wook berkahwin dengan Timah binti Abdullah dan tinggal di Kg. Melayu Alor Batu, Jabor manakala Tok Omar pula berkahwin dengan Selamah dan tinggal di Kg. Darat Sekolah, Beserah. Adiknya yang bongsu tinggal bersama ibunya, Moyang Nor binti Bahaman di Irung Kg. Bolok.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


CikLilyPutih Story&#39;s: Blogger Bergembira <b>Di</b> Awana <b>Kijal</b> Resort <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 09:26 PM PDT


Sebelum baca kat bawah ni, baca sini dulu then baru faham tau.
Walaupun aku dah berfamily dengan Mr Big but still consider single lagi coz blom ada kids. So Mr Big selamat tinggal ye. Tolong jaga lagi Acai dan Jemah ek. So tempat berkumpul depan Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail tuh. Ramai betul orang lalu lalang kat situ yelah time kerja.
Bas datang dalam kul 9.30am cam tu. Kembara Tirai tapi sekali pandang cam Kembara Thai. Hehehe. Naik je bas terus pilih seat duduk sorang satu. Alah bukan ramai pun. Tak boleh jalan lagi, kena tunggu Team Genting dan media lain. 
Bila dah tunggu lama sangat, bosan plak jadinya kan. So ktorg di hadiahkan secawan Mocha dari Coffee Bean. Apalagi teguk dengan rakusnya air sedapkan.
Aku yanG palinG kecik kan ehehehe 
Ktorg start jalan dalam pukul 10 lebih cam tu. Naik je tol Gombak memasing dah mula lelap coz malam tadi tak leh nak tidur coz excited sangat kan. Dalam pukul 2pm cam tu ktorg sampai area Cherating coz nak pi makan Chinese food. Restoran Pak Su ni betul-betul menghadap laut. Sementara tunggu makan, bercamwhore sepuasnya. Pasal makan nanti aku citer kat entry lain ye.
Sampai Awana Kijal Resort dalam pukul 4pm cam tu. Sesampai je terus dapat welcome drinks dan wet towel dari staff yang bertugas. Minum tak henggat. Memasing nur cahaya excited dah terpancar dah. 
BoleH intai oranG time mandi
Ktorg geng #Meja Bulat dapat bilik sebaris di tingkat 5. Sebelah menyebelah plak tuh. Geng family dapat tingkat 6. Apalagi terus bergambo plak dalam bilik kan. Snap sana snap sini then bersiap untuk dinner plak.
Buffet dinner plak kat Restoran Kampung Meraga Beris. Makan je apa yang ada tanpa segan silu dengan orang lain. Duduk plak betul2 dekat table buffet. Tapi tak leh nak makan bebanyak coz lepas tu ktorg nak ke tempat tengok kelip-kelip. 
Nama tempat tu Kelip-kelip Yak Yah. Memang new experience for me lah. Naik sampan dalam keadaan gelap dan sunyi sepi. Kau hado? Tak do kan. Hakahkahak Itu pun aku citer dalam entry lain ye.
Kemudian ktorg di bawa ke City Of Light kat Paka. Tengok lampu-lampu dari Petronas Complex. Memang cantik betul. Tak sempat amik gambo pun coz tengok dari dalam bas tu.
Masuk je bilik, tengok tv kejap then terus terbungkang tidur sampai pagi. Banyak penat lah. Satu hari duduk dalam bas.
So tunggu entry seterusnya ye..
CLP notes : Actually letih makan je sebenarnya hkahakhakahkah

ads