Sabtu, 2 Jun 2012

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Loji Petronas <b>Di Paka</b> Meletup ! | wootmedia.MY

Posted: 10 May 2012 12:16 PM PDT

Nak tahu sifat tersembunyi dalam diri anda ?

kilang petronas meletup

Loji Petronas Di Paka Meletup – Seramai 10 orang cedera setelah Loji Pemprosesan Gas 3 milik Petronas di Paka,Terengganu meletup pada pukul 3 petang semalam. Empat daripada 10 mangsa tersebut mengalami kebakaran peringkat 4

Bomba berjaya memadamkan kebakaran selama 20 minit.Mangsa mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Dungun.Punca letupan masih belum dikenal pasti  -wootmedia

Tagged , ,

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Gambar : Tok Guru Nik Aziz <b>Di Besut</b>

Posted: 20 Apr 2012 07:17 AM PDT






Tok Guru Nik Aziz singgah berkhutbah dan solat Jumaat dimasjid Padang Landak, Jerteh, Terengganu dalam perjalanan beliau ke Dungun.Beliau juga sempat membelah mulut seorang bayi
.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


<b>Jerangau</b> Merah

Posted: 05 Mar 2012 05:25 AM PST

Selamat sejahtera rakan2 sekalian..
Jerangau Merah ini sukar untuk ditemui kerana ianya berpenunggu.

Jerangau ini terdiri daripada 2 jenis :
1. Jerangau Putih
2. Jerangau Merah
i. Anti Rasa – Cili dimakan tidak pedas, garam dimakan tidak masin.
ii. Penawar Racun / Anti Buatan Orang- Buktinya : Ikan dimasukkan dlm air bersama racun rumpai, dibiarkan beberapa minit,ikan tidak matidan kekal hidup.
– Apa2 buatan orang spt menyimpan racun dalam cawan, cawan akan pecah. Ini merupakan pelindung diri.

3. Jerangau Merah (Tunggal)
Ini merupakan jerangau yang tiada bandingan dari jerangau2 diatas kerana melalui mimpi dan nasib saja kita akan bertemu dan terjumpa jerangau tunggal. Ini tidak berkelompok spt jerangau lain tetapi hanya satu saja tidak hiudp bersama jerangau yg lainnya.
Simpan saja di dompet, digantung di pintu rumah. Kalau bagi yg dianiayai, mungkin ditanam dibawah rumah atau di mana2 tempat, rendamkan air ini selama mana yg mungkin, nescaya anda akan diberi petanda mahupun mimpi sekiranya terdapat kejadian spt ini berlaku. Spt saya, bbrp hr ini saya dan pak cik saya merendam jerangau ini tujuan menguji sama ada ianya anti rasa, tetapi selepas mandi, saya masuk ke bilik dan nak tutup sliding window ttp sukar nak tutup, rupa-rupanya ada sebotol minyak hitam diselitkan di situ dan kelihatannya agak lama. Mengapa skrg baru muncul sdgkan saya setiap hari mengemas? Dan botol itu telah kami buang dgn doa sendiri bagi mengelakkan perkara yg tak diingini berlaku apatah lagi belum tahu apakah tujuan botol itu berada dibilik saya. Mlm itu jg saya bermimpi yg banjir melanda, kelihatan seekor ular tedung hitam bergulung dan menjalar di bawah sinki dapur dimana tpt kami menuangkan air rendaman jerangau tunggal. Setelah ditafsirkan, ad yg berniat jahat dan menutup pintu rezeki buat saya serta membuatkan suami membenci pada saya. Saya dpt rasakan kelainan itu selama ini tp atas dasar agama, saya bersabar dan berdoa dan akhirnya segalanya terbongkar pada hari itu. Sekarang saya sedang beriktiar utk berubat tradisional utk memulangkan semuanya semula pada pengirimnya.

Inilah salah satu kisah yang blh saya kongsikan bersama kalian kerana pak cik saya merupakan seorang pencari gaharu serta hidupan hutan spt ini di Borneo. Bukan mainan dan jgn dicabar benda spt ini. Maafkan saya sekiranya saya terkasar bahasa atau menyinggung pihak2 disini, ternyata dan benar kita perlu kongsikan bersama utk pengetahuan smua.

Semoga ini akan dijadikan iktibar serta teladan buat semua.

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Mengapa Kuari <b>Di</b> Bukit Apit <b>Ajil</b> Diluluskan Tergesa-gesa

Posted: 24 Apr 2012 10:39 AM PDT

Saya mengambil kesempatan untuk menulis beberapa faktor yang mahu saya sebut dalam perbahasan Di Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 5 tetapi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri telah menutup tempoh perbahasan yang menjadikan ramai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu tidak mendedahkan penyelewengan UMNO dan Kerajaan BN.

Titah Diraja meletakkan hasrat yang besar demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tapi UMNO dan Kerajaan BN tidak mempedulikan hasrat mulia ini.  Demi mencapai kesejahteraan rakyat, saya mengharapkan rakyat menilai dan membuat tindakan yang adil dalam menentukan pendirian dalam PRU 13.  Kekayaan negeri bukan milik UMNO dan Barisan Nasional tetapi satu amanah dan pinjaman sementara untuk mana-mana pemerintahan untuk diurus dengan baik dan maslahat rakyat.

Saidina Umar bin Al-Khattab yang memerintah Kerajaan Islam yang lebih luas daripada Malaysia dan Terengganu, pernah menyebut dalam khutbah di Masjid Madinah, katanya :
أنما أنا فى مالكم كوالي اليتيم
Maksudnya : "Sesungguhnya saya pada harta kamu seperti penjaga anak yatim."

Oleh itu, apabila seorang lelaki yang jahat dan dibenci oleh Saidina Umar dengan sebab buruk akhlaknya, datang menemui saidina Umar, Amir Mukminin dengan berkata : "Wahai Amiral Mukminin ! Adakah Tuanku suka kepada saya ? Jawab Saidina Umar : Tidak. Lelaki itu berkata lagi : Adakah engkau akan memberi, jika aku meminta sesuatu?. Jawab Umar : Ya kerana engkau berhak mendapatkannya.

Bagaimana sikap dan pendirian Umar Al-Khattab,  sahabat Rasulullah mengajar mana-mana Kerajaan supaya bersifat adil dan mengutamakan kesejahteraan serta kebajikan rakyatnya.

Saya mahu menyebut beberapa perkara yang kemungkinan sengaja dilakukan untuk menimbulkan  kesusahan dan kepayahan hidup rakyat.

1-    Isu Penamatan Pinjaman Taja Yayasan Islam kepada beberapa pelajar yang sedang menuntut di Pusat Pengajian Tinggi Mesir. Penamatan ini dimaklumkan kerana sikap pelajar-pelajar tersebut yang ghairah untuk menghayati tuntutan perlembagaan Malaysia dan hak-hak kemanusiaan yang dipelajarinya. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat jelata Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan. Ini membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang demokratik.

Jika pelajar-pelajar tersebut dianggap salah kerana memakai baju kuning, sudah pasti  Kerajaan ini sangat marah pada rakyat yang memakai pakaian kuning. Apakah kesalahan pada warna ? Jika salah pada kalimah Bersih, sudah tentu kerajaan benci tulisan bersih yang ada kadang2 pada jalan yang tercatat Zon Bersih.

Apakah kerajaan mahu menafikan hak mereka untuk bersuara dan bercakap ? Mereka bukan Anti Kerajaan tetapi menjunjung tinggi hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Apakah Kerajaan Terengganu tidak memperakui hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan ?.

Mungkin pihak kerajaan mahu Mahasiswa jangan berpolitik dan terlibat dalam parti politik. Tetapi pelik, kenapa pihak kerajaan bersikap tidak adil dengan membiarkan mahasiswa terlibat dengan kelab UMNO yang memang pertubuhan yang terlibat dengan parti politik ?. Jika terlibat dengan kelab UMNo boleh, kenapa dengan pertubuhan dan badan-badan lain tidak boleh. Mana kebebasan ? Mana amalan demokratik yang diamalkan ?

Perdana Menteri berucap di Majlis Perlancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Kampus 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, malam Rabu.

Menurut Perdana Menteri : "Apabila AUKU dipinda mahasiswa-mahasiswi berpeluang untuk ke mana pun, boleh pergi mana...boleh dengar ceramah siapa pun dan boleh juga menjadi anggota parti mana pun tapi bila dalam kampus hendaklah tumpu pada pelajaran masing-masing. Tak ada siapa boleh kata bahawa kita menutup minda pelajar kita...kita tak tutup minda pelajar kita, mereka boleh dengar siapa pun."

Mungkin pihak Kerajaan Terengganu tidak sealiran dengan Perdana Menteri atau tidak mengambil tahu janji-janji Perdana Menteri terhadap Mahasiswa.
Apakah pihak Kerajaan pimpinan Menteri Besar hari sangat tidak memberi ruang untuk Mahasiswa merayu dan memang tiada belas kasihan ? Sedangkan, pihak kerajaan mesti sedar bahawa Mahasiswa ini mungkin akan memberi khidmat  dan kebaikan pada Negeri ini pada masa depan selepas mereka pulang. Anggaplah pelajar-pelajar ini seperti anak-anak yang sedang menghadapi banyak perkara yang sedang dipelajarinya. Hadapilah mereka seperti anak-anak dengan kasih sayang bukan balas dendam.

2-    Isu Kuari Di Bukit Apit Ajil yang baru diluluskan. Kuari bukan berada dalam kawasan saya tapi untuk kesejahteraan seluruh rakyat. Kerajaan boleh beritahu kepada dewan tentang syarikat yang diluluskan untuk mengendalikan Kuari ini. Dimaklumkan bahawa ia baru diluluskan dalam tempoh beberapa minggu ini. Kelulusan pembukaan Kuari ini akan menggangu dan menggugat kesejahteraan rakyat sekitar.

-    Saya dimaklumkan Kuari ini  akan menyebabkan gegarkan yang menjejaskan keharmoniaan pendudukan-penduduk setempat. Gegaran ini kemungkinan akan menyebabkan keretakan pada rumah-rumah kediaman dan terdedah dengan keruntuhan kerana Kuari ini berada kurang daripada 500 meter daripada kawasan kediaman rakyat. Dimaklumkan, pihak JPS dan bomba tidak bersetuju untuk meluluskan pembukaan Kuari ini. Disamping itu, Kuari  ini berada kurang  satu KM daripada Tangki Air Bukit Apit, Ajil.

-    Permasalahan kedua ialah Kuari-Kuari batu sudah banyak. Syarikat2 yang mengusahakan Kuari tahu bahawa permintaan batu sangat kurang  dan mengalami kemelesetan. Bahkan ada syarikat yang dijual kepada bukan melayu kerana tidak mampu menguasahakannya lagi.

-    Apakah Kuari ini diluluskan dengan gopoh tanpa mengambil kira pandangan pihak JPS dan bomba ? Kenapa ? Persoalan, kuari diluluskan kerana kepentingan syarikat yang mempunyai hubungan erat dengan OKU (Orang Kuat UMNO).

3-    Yayasan Pembangunan Keluarga dan Yayasan Islam sudah pasti berperanan untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Aset-aset yang dimiliki oleh YPK dan YIT semestinya diurus dan dimajukan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Akhir ini, timbul beberapa persoalan yang berkaitan dengan tanah-tanah milik YPK dan YIT. Persoalannya, adakah tanah-tanah tersebut telah dijual kepada pengusaha-pengusaha ?. Kenapa ia dijual ?

Dikatakan bahawa ia dijual dengan harga murah. Tanah YPK depan Sekolah Sultan Sulaiman 1 akan dibina apartmen mewah setinggi  25 tingkat. Adakah tanah YPK di mukim Banggol, Kemaman seluas 12 hektar lebih telah dijual kepada Syarikat TOTAL MERIT Sdn Bhd. Adakah tanah Yayasan Islam sebelah bangunan Wisma Darul Iman, sebelah Sekolah Tg Ampuan Meriam juga telah   dijual ? Berapa harganya ? Tanah Yayasan Islam yang menjadi tapak tadika/kelas KAFA sebelah Sekolah Tg Ampuan Meriam akan dirobohkan.

Akhirnya, saya menyeru kepada seluruh rakyat dan pengundi agar menilai Kerajaan UMNO yang terus memerintah dengan rakus dan sombong pada PRU 13. PAS ganti UMNO.

**** Artikel di ata ada;ah Ucapan Perbahasan ADUN Bukit Payong yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah

Komen:

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Penjenayah Samun Guna Kereta Peronda trafik Mati Ditembak <b>...</b>

Posted: 19 May 2012 07:18 PM PDT

Seorang penjenayah bertindak berani melarikan kereta peronda trafik dan sempat berhenti untuk menyamun dua mangsa sebelum dia sendiri mati ditembak dalam kejadian di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Kuantan semalam.

Lelaki terbabit, Chiang Hon Hing, 39, yang berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dikatakan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan susur masuk Plaza Tol Lanchang, LPT menghala ke Kuantan sebelum sebuah kereta peronda trafik jenis Proton Waja yang dinaiki dua anggota berhenti menyiasat pada pukul 1.10 pagi semalam.

Dua anggota itu bagaimanapun dikejutkan dengan tindakan Hon Hing mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan tetapi tersasar.

Suspek kemudian sempat melarikan kereta peronda itu dan dikejar pula oleh sebuah lagi kereta peronda trafik yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Namun, suspek berjaya meninggalkan kenderaan itu di belakang dan berhenti di Kilometer 113.6 lebuh raya untuk menyamun dua lelaki yang turut menaiki sebuah kereta Proton Waja.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, kedua-dua mangsa tidak dicederakan tetapi suspek telah meninggalkan kereta peronda itu dan melarikan pula kenderaan mereka.

"Suspek terus memecut sehingga ke Tol Jabor dan apabila ternampak sekatan jalan raya di situ dia berpatah balik menghala ke arah Kuala Lumpur.

"Tiba di Kilometer 249.2, kereta yang dipandu suspek rosak dan berlaku kejadian tembak menembak antara dia dengan anggota polis yang menaiki kereta peronda yang mengejarnya dari Jabor," katanya.

Hon Hing yang rebah di atas jalan raya selepas cedera ditembak di perut disahkan mati di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd. Jarizan Md. Jid turut cedera setelah terkena tembakan di lengan kanannya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol jenis Baretta yang digunakan suspek.

Incoming search terms:

9 out of 10 based on 10 ratings. 9 user reviews.

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Ikan Pelik Ditangkap <b>di Kerteh</b>

Posted: 29 May 2012 06:12 PM PDT

ikan pelikKERTEH: "Saya terkejut melihat rupa bentuk ikan berkenaan sebelum membuat keputusan membelinya," kata Othman Abu Bakar, 63, yang membeli ikan mempunyai fizikal ganjil sepanjang tiga meter dan berat sembilan kilogram daripada seorang nelayan di jeti Kuala Kerteh, di sini, kelmarin.

Othman berkata, ikan berkenaan berwarna putih dan mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga, manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan.

Katanya, ikan berkenaan dibawa pulang nelayan terbabit jam 11 pagi kelmarin dan dia yang secara kebetulan berada di jeti berkenaan tertarik hati untuk membelinya.

"Orang ramai yang ada di situ hairan melihat ikan berkenaan yang menyerupai naga, tetapi berwarna putih dan mempunyai kulit kasar seperti pari, namun tidak bersisik manakala sirip dan kepalanya seperti naga serta badannya lembik seolah-olah tidak bertulang.

"Saya meminta kebenaran nelayan berkenaan membeli ikan itu kerana selain tidak pernah melihatnya sebelum ini, saya juga berhajat membawanya pulang bagi ditunjukkan kepada penduduk kampung," katanya yang enggan memaklumkan harga dibayarnya bagi membeli ikan berkenaan.

Menurutnya, sebaik pulang ke rumah di Kampung Telaga Papan, di sini, dia dimaklumkan beberapa jirannya mereka juga tidak pernah melihat ikan berkenaan.

"Bagaimanapun, ketika ikan itu dibawa naik ke darat, sebahagian kepalanya sudah hancur mungkin kerana tersangkut pada pukat yang digunakan nelayan.

"Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya melihat ikan sedemikian rupa dan rakan nelayan di kampung ini juga tidak pernah mendapat tangkapan sepelik itu," katanya yang bekerja sebagai pengeluar minyak urut.

Othman berkata, dia mungkin mengeringkan ikan itu dan cuba dijadikan ramuan menghasilkan minyak urut.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Departmen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin, Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, ikan itu dikenali sebagai ikan naga daripada keluarga Regalecidae yang juga ikan bertulang terpanjang di dunia.

"Laut China Selatan adalah satu daripada habitat ikan berkenaan dan bukan mustahil ia tersangkut pada pukat nelayan.

"Mengikut rekod jabatan, pihak kami pernah menerima ikan spesies itu daripada nelayan tempatan sekitar tahun 1990-an," katanya yang memberitahu ikan naga terpanjang pernah ditangkap di Vietnam sepanjang 10 meter. – myMetro

Lagi Berita Menarik

ads