Selasa, 18 September 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


ariffin deraman: Ceramah <b>di</b> Kg Tok Kah <b>Rantau Abang</b>

Posted: 04 Sep 2012 12:00 AM PDT

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Luka Riadah <b>di</b> Kampung Tok Beng <b>Seberang Takir</b>

Posted: 10 Jun 2012 03:33 AM PDT

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


RESTORAN IKAN BAKAR @ TEPI PANTAI <b>DI PAKA</b> - [A].[X].[I].[M].[U].

Posted: 04 Jul 2012 01:17 AM PDT

Seronoknya dapat bekerja di kampung halaman.
Pagi tadi sempat berlari keliling kampung..Then selesai berlari sarapan sama sama ngan keluarga..Mak buat spaghetti Goreng..abang shuk baru balik dari platform laut semalam..so pagi ni Abang jalee, kak Ina, Kak Ija dan abang shuk serta ami dan faiz ada sekali..selesai sarapan pagi baru aku bergegas ke stesen janaelektrik sultan ismail Paka untuk urusan rasmi..Audit masih belum selesai..esok hari last.
Time minum pagi mok wook sms ajak makan tengahari sama sama..Mok wook kerja di Petronas,so dekat sangat dah kalau nak lunch sama sama. aku kalau bab makan di area Paka memang tak tahu sangat..padahal tempat sendiri ni.haha..so janji date ngan Mok wook pada jam 12.45 berjumpa di ESSO Paka.


Nampak ESSO, Masuk ikut lorong jalan siakap..kemudian sampai junction ambik simpang kanan..singgah di kedai nombor dua, di belah kiri..nama Restoran aku tak ingat..Tapi kedainya kaler oren macam gambar kat bawah ni.
Boleh tahan ramai lah orang yang datang makan..Mok wook dah datang awal lagi dari aku..sebab dia kata kalau lambat takut tempat tak ada..kat sini kedai ikan bakar.Konsepnya kena order baru diorang bakar. so memang still panas panas dan fresh..


Ada Sup tulang juga..Mok wook dah ambik dua mangkuk siap siap..aku tak berapa minat sangat tapi boleh lah kalau nak makan..sekali sekala kan..sedap jugak supnya.


Yang paling tak tahan bila tengok budu. Meleleh air liur!!


Sambal tempoyak dan sambal belacan







Gulp.Makan dua orang penuh meja...




Alhamdulillah!!semuanya dapat di habiskan dengan tenang..hehe..makan dalam keadaan perut lapar semuanya adalah berbaloi ya..dari segi rasanya memang sedap dan aku suka sos ikan bakar tu..sotong pulak sedap bakar kosong dan ratah..terasa manisnya..kat sini sekarang musim sotong still ada lagik..Overall i like this restaurant..kedainya tak lah cantik mana tapi makanannya adalah superb!siap bertambah nasik lagi.hehee

Restoran ni tepi pantai 


Terima kasih daun keladi mok wook sebab bawak makan kat kedai yang sedap!dan sebab belanja makan tengahari kali ni..nanti next time turn saya pulak belanja mok wook ya..This restaurant actually remind me of Ikan Bakar jalan bellamy, Kuala Lumpur.


Habis lunch terus balik ke stesen tempat kerja semula. By right semua dah siap dah.tinggal nak buat report je lagi..esok closing meeting then Jumaat boleh la rehat..Yang best semua auditor sempoi sempoi..tu yang buat kerja lagi fun.
Ok nanti aku story lagi ya.

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


LAPANGAN TERBANG <b>DI</b> KELANTAN - KELAB PENCINTA <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 08:50 PM PDT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahukah anda bahawa Kelantan suatu masa dahulu mempunyai 4 buah lapangan terbang?   
3 daripadanya dibina oleh British yang ketika itu memerintah Kelantan dan 1 dibina oleh pihak syarikat yang menguruskan ladang di Mengkebang, Kuala Krai.
Mesti ramai antara kita kurang dan hampir tidak tahu akan fakta ini. Memang betul, Kelantan mempunyai 4 lapangan terbang iaitu:
I) Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
II) Lapangan Terbang Udara Gong Kedak
III) Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas,
IV) Lapangan Terbang Sasar Mengkebang, Kuala Krai
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa , Kota Bharu Kelantan
Lapangan ini telah wujud semenjak sekian lama.  Semasa Perang Dunia ke-2 angkatan Tentera Jepun telah memulakan serangan mereka dengan sasaran utama menawan pengkalan terbang ini.
Tujuan utama pembinaanya adalah lebih kepada penerbangan Domestik untuk kegunaan orang kenamaan pada waktu itu. Ini bertepatan kerana ianya dibina berhampiran bandar pemerintahan Kelantan iaitu Kota Bharu.
Kini ianya dipanggil Lapangan Terbang Sultan Ismail dan menjadi lapangan terbang yang utama di Kelantan.
Lapangan Terbang Gong Kedak, Pasir Puteh - Besut
Landasan Kapal Terbang Gong Kedak telah wujud sebelum Perang Dunia Ke Dua lagi. Pada awal tahun 60an, landasan ini masih lagi digunakan oleh pihak Tentera Udara British untuk sesi latihan dan seterusnya pada tahun 70an sehingga 1989, landasan kapal terbang ini digunakan oleh ATM sebagai kawasan latihan khususnya latihan payung terjun. (artikel lanjut di Laman Web Rasmi TUDM)
Asasnya, lapangan terbang ini dibina oleh British untuk tujuan domestik serta perdagangan kerana Pasir Puteh sebelum Perang Dunia adalah sebuah bandar pelabuhan sama seperti di Tumpat dan ianya adalah nadi ekonomi Kelantan pada waktu itu.
British membinanya bagi memudahkan mereka untuk megawal aktiviti perkapalan dan pelabuhan ini disamping itu, ia juga amat strategik untuk pertahanan udara Kelantan dan ini ia juga satu pengkalan yang signifikan untuk pertahanan udara semenanjung Malaysia.
Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas, Machang
Ia dibina khusus untuk kententeraan iaitu sebagai pertahana udara ruang udara Kelantan waktu itu. Lokasi lapangan terbang ini juga strategik kerana ianya berada ditengah-tengah Kelantan. Pada masa tersebut British telah menempatkan  sejumlah pesawat terbang jenis Hudson dan jenis Vickers – Vildebeeste dari pasukan No.1 Squadron Royal Australian Air Force di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Gong Kedak dan Lalang Luas.
Lapangan Terbang Sasar Mengkebang, Kuala Krai
Pembinaan lapangan terbang ini tidak ketahui umum, dari lokasi pembinaannya boleh kami simpulkan ianya dibina untuk tujuan pemantauan aktiviti ekonomi di kawasan Hulu Kelantan suatu masa dahulu kerana kawasan ini pada tahun 1900 – 1970 an terkenal sebagai kawasan perlombongan emas, pembalakan dan perlandangan getah serta kelapa sawit. 
Mengkebang itu sendiri adalah satu kawasan estet yang luas di mana ia meliput hampir keseluruhan Kuala Krai hingga ke Gua Musang. Sukar untuk memantau dari jalan darat dan pemilik estet ini mungkin telah membina landasan ini untuk memantau kawasan yang luas ini dari udara.
http://mp.natlib.govt.nz/detail/?f=tapuhigroupref%24PAColl-7327-1&id=77469&recordNum=0&u=0&t=items&s=da&tc=0&q=&p=0&numResults=20&l=en

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Tinta-tinta Ilmu: Membawa diri ke <b>Pulau Kapas</b>...

Posted: 30 Jun 2012 08:07 AM PDT

5 Jun 2012

Membawa diri ke Pulau Kapas...

Oppss... Jangan salah faham, aku bukan cuba melarikan diri dan bersembunyi di Pulau Kapas tetapi hanya bercuti dan merehatkan diri di Pulau Kapas setelah sekian lama menyumbang jasa dan bakti di sekolahku... Hehe cuti sekolah amat ditunggu oleh aku dan rakan sekerjaku...Cuti pertengahan tahun ini, aku habiskan di kampung halaman dan di Pulau Kapas. 
Pulau Kapas terletak di Terengganu dan merupakan Taman Laut Malaysia yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. Taman laut ini ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara kepelbagaian habitat dan hidupan marin. Segala aktiviti yang merosakkan terumbu karang dan ekosistem laut adalah dilarang dan salah di sisi undang-undang. Selain Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Perhentian juga merupakan kawasan Taman Laut.

Untuk sampai ke Pulau Kapas, aku perlu menunggu bot di jeti Marang. Tidak ku sangka terjumpa rakan sekerjaku, Cikgu Rizal yang bercuti dengan keluarganya di Pulau Kapas jugak. Betapa kecilnya dunia ini. 
Perjalanan lebih kurang setengah jam diperlukan untuk tiba di jeti Pulau Kapas. Inilah pengalaman pertama kali aku menaiki bot di laut... Terasa gelong dilambung ombak. Dari kejauhan aku dapat melihat Pulau Kapas...
Aku menyewa di Resort Mak Cik Gemok untuk sehari semalam sahaja. Makanan dan minuman di Pulau Kapas ini agak mahal, jadi kakak dan abang iparku membawa makan tengahari dan malam. Air mineral memang kena bawa kerana kawasan pulau mempunyai kadar hidrasi yang tinggi. 

Antara kemudahan yang terdapat di Pulau Kapas
Bila dah sampai pantai, aktiviti aku dan adik-adikku ialah bergambar di sekitar Pulau Kapas. Tetapi kakak dan keluarga abang iparku terus terjun kedalam laut selepas menjamu selera. Memang tak sabarlah diorang ni untuk mandi walaupun cuaca panas terik.. 
Aku dan adikku pula mandi laut selepas cuaca agak redup. Lama juga berendam di laut. Aku melakukan aktiviti 'snorkling' walaupun tiada yang menarik pun dekat dasar pinggir pantai kecuali batu karang yang bersepah di dasar laut. Kalau bertuah, dapatlah melihat anak ikan yang berwarna putih macam batu. Sekali-sekala tertelan air masin fuh.. pahitnya tak tergambar rasanya... 


 Menikmati keindahan pantai pada waktu senja..
Langit tidak selalu cerah. Tibalah masanya aku perlu beredar keluar dari laut kerana awan mendung mula berarak dan angin mula bertiup kencang menanda hari hendak hujan.. Apapun aktiviti 'snorkling' ini best macam penyelam profesional plak...
Malamnya, Pulau ini sunyi kerana pulau ini tidak mempunyai penduduk kecuali pelancong yang mengunjungi pulau ini.... Sungguh indah langit malam, dihiasi bintang dan deruan ombak memecah kesunyian malam...
Syukur, alhamdulillah.... Maha Suci Allah yang menjadikan bumi ini sebagai hamparan kepada manusia dan menghiasi langit malam dengan bintang-bintang bergemerlapan....


Antara yang menarik di Pulau Kapas ialah gua kecil, batu karang yang bersepah di tepian pantai

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


badruddin ghazali: Terengganu Century Ride

Posted: 17 Sep 2012 03:51 PM PDT


apa itu century ride? kenapa orang beriya-iya nak habiskan century ride? ha... century ride itu maksudnya kayuhan sejauh 100 batu/ lebih kurang 160km. century ride ni juga merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat sukan berbasikal amatur/tak berapa pro macam saya ni lah. kalau dah pro team, continental team ke ape diorang masuk tour lah. tapi harus diingat, menghabiskan 160km dalam masa yang ditetapkan (dalam 7-8 jam cut off time) bukan sesuatu yang mudah yang semua orang boleh buat.

sejarah century ride di malaysia ni bermula kira-kira 7 tahun lepas dengan penganjuran acara tahunan Century Ride Malaysia di Ipoh. kemudian Kuantan pun menganjurkan Kuantan Century Ride pada 25 Mei 2012 yang lepas dimana saya jadi AJKnya. dan seterusnya Terengganu pula anjurkan TCR 2012 pada 16 September baru-baru ini. kalau dah masuk dan habis century ride ni kami panggil centurion lah.

geng sepeda malaysia

pre-TCR 2012

saya dan teman-teman berbasikal dari kuantan (Geng Sepeda Malaysia) sepakat untuk join TCR ni sejak sebelum puasa lagi. so dah register bayar apa semua, bulan puasa tu rajinlah training. memandangkan TCR ni jatuh pada hujung raya, maka saya ni tak berapa nak training lah raya-raya ni. dapat sekali je training Kuantan-Jabor-Neram-Kuantan (lebih kurang 60km rolling dan bukit) dan beberapa siri training kat bypass. dengan weekend kena balik rumahnya, weekdays sibuk nak habiskan puasa 6 nya, petang hujan sampai ke malamnya, memang tak training lah. haha.

Road To Terengganu

dari rumah

kami sepakat bertolak dari kuantan pada hari sabtu selepas dah buat adjustment kereta mana nak naik. sebab cuti 3 hari dan masih raya, so ramai jugaklah terpaksa tarik diri sebab hal keluarga dan lain2. jadi dari kuantan kami gerak 2 kereta dengan 6 bijik basikal, dan beberapa kereta lagi yang kesana dengan famili.

Pitstop Nasik Dagang Mat Jeri

alhamdulillah mat jeri, bos kayuh dari maran jemput kami semua dari kuantan, KL, raub dan maran singgah makan nasik dagang di rumah beliau di jerangau. jadi kat jerangau tu kami kumpul lah semua kawan2 kayuhan makan nasik dagang sama-sama sambil bincang strategi nak bagi habis Sub 4. apa2 pun nasik dagang mat jeri memang best!

dari Jerangau kami shoot terus ke KT untuk ambil goodie bag dan beli powerbar. ingatkan nak bawak snickers je buat bekal sebab biasanya lepas 100km konfirm lapar. tapi sebab ramzi kata snickers tak jalan, kena powerbar jugak, maka terbelilah beberapa bijik powerbar.

Rumah Tumpangan Kermit

alhamdulillah lagi setel lagi hal penginapan. kami singgah bermalam di rumah kermit kat KT, tak sampai 1km pun dari tempat starting point. so memang puas hati lah. dah tu Engku dari geng rangka KL jemput makan nasik dagang dengan laksam lagi malam tu kat homestay diorang. makan lagi lah untuk carbo loading nak kayuh jauh esok ni.

TCR 2012

kami start jam 7 pagi lagi berkayuh. jalan dia mmg awesome, polis jaga semua traffic light biar kami lepas dulu. tempat pun cantiklah view menarik. saya ikut peloton sampai lepas bandar KT je lepas tu tak larat dah nak ikut peloton. meter pulak tak detect masa tu so clueless lah berapa speed dan jarak dah ditempuhi. so guna meter pernafasan jelah. kayuh setakat tak mengah je, dalam 30kmj gitu. then slowly cari orang untuk kita "cangkuk" dapat 2-3 orang jadi dah. saya ni memang tak larat kalau kayuh sorang, at least kena ada orang lain yang kayuh sekali baru larat nak kayuh.

selepas 6 jam 9 minit akhirnya sampai jugak ke finishing line. perasaan bila lalu bawah timing sensor, bila sensor tu berbunyi beep beep adalah sangat best. tak terucap dengan perkataan. alhamdulillah.


alhamdulillah

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


My Kerjaya Online: Kerjaya <b>di KETENGAH</b>

Posted: 17 Sep 2012 11:11 PM PDT

Kekosongan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah:
1. PENSYARAH PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK
Tarikh Tutup: 24 September 2012

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Singgah <b>di</b> Kuala <b>Kemaman</b> - Sop Nama Saya | SOP.NAME.MY

Posted: 15 Sep 2012 09:42 PM PDT

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Update perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Sop sekarang berada di Kuala Kemaman untuk singgah makan satar. Kuala Kemaman memang popular dengan satar yang sedap dan ada juga kedai keropok lekor yang sedap. Tiap kali balik, pasti Sop akan singgah untuk makan satar di sini.

Selain satar ada gerai makan yang menjual pelbagai makanan tradisional seperti paung ubi, keropok lekor, kutapat, laksam, ikan celup tepung dan macam-macam lagi. Singgah sahaja ke gerai makan yang mana ada menjualnya.

Description: Singgah di Kuala Kemaman, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Singgah di Kuala Kemaman

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


badruddin ghazali: Terengganu Century Ride

Posted: 17 Sep 2012 03:51 PM PDT


apa itu century ride? kenapa orang beriya-iya nak habiskan century ride? ha... century ride itu maksudnya kayuhan sejauh 100 batu/ lebih kurang 160km. century ride ni juga merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat sukan berbasikal amatur/tak berapa pro macam saya ni lah. kalau dah pro team, continental team ke ape diorang masuk tour lah. tapi harus diingat, menghabiskan 160km dalam masa yang ditetapkan (dalam 7-8 jam cut off time) bukan sesuatu yang mudah yang semua orang boleh buat.

sejarah century ride di malaysia ni bermula kira-kira 7 tahun lepas dengan penganjuran acara tahunan Century Ride Malaysia di Ipoh. kemudian Kuantan pun menganjurkan Kuantan Century Ride pada 25 Mei 2012 yang lepas dimana saya jadi AJKnya. dan seterusnya Terengganu pula anjurkan TCR 2012 pada 16 September baru-baru ini. kalau dah masuk dan habis century ride ni kami panggil centurion lah.

geng sepeda malaysia

pre-TCR 2012

saya dan teman-teman berbasikal dari kuantan (Geng Sepeda Malaysia) sepakat untuk join TCR ni sejak sebelum puasa lagi. so dah register bayar apa semua, bulan puasa tu rajinlah training. memandangkan TCR ni jatuh pada hujung raya, maka saya ni tak berapa nak training lah raya-raya ni. dapat sekali je training Kuantan-Jabor-Neram-Kuantan (lebih kurang 60km rolling dan bukit) dan beberapa siri training kat bypass. dengan weekend kena balik rumahnya, weekdays sibuk nak habiskan puasa 6 nya, petang hujan sampai ke malamnya, memang tak training lah. haha.

Road To Terengganu

dari rumah

kami sepakat bertolak dari kuantan pada hari sabtu selepas dah buat adjustment kereta mana nak naik. sebab cuti 3 hari dan masih raya, so ramai jugaklah terpaksa tarik diri sebab hal keluarga dan lain2. jadi dari kuantan kami gerak 2 kereta dengan 6 bijik basikal, dan beberapa kereta lagi yang kesana dengan famili.

Pitstop Nasik Dagang Mat Jeri

alhamdulillah mat jeri, bos kayuh dari maran jemput kami semua dari kuantan, KL, raub dan maran singgah makan nasik dagang di rumah beliau di jerangau. jadi kat jerangau tu kami kumpul lah semua kawan2 kayuhan makan nasik dagang sama-sama sambil bincang strategi nak bagi habis Sub 4. apa2 pun nasik dagang mat jeri memang best!

dari Jerangau kami shoot terus ke KT untuk ambil goodie bag dan beli powerbar. ingatkan nak bawak snickers je buat bekal sebab biasanya lepas 100km konfirm lapar. tapi sebab ramzi kata snickers tak jalan, kena powerbar jugak, maka terbelilah beberapa bijik powerbar.

Rumah Tumpangan Kermit

alhamdulillah lagi setel lagi hal penginapan. kami singgah bermalam di rumah kermit kat KT, tak sampai 1km pun dari tempat starting point. so memang puas hati lah. dah tu Engku dari geng rangka KL jemput makan nasik dagang dengan laksam lagi malam tu kat homestay diorang. makan lagi lah untuk carbo loading nak kayuh jauh esok ni.

TCR 2012

kami start jam 7 pagi lagi berkayuh. jalan dia mmg awesome, polis jaga semua traffic light biar kami lepas dulu. tempat pun cantiklah view menarik. saya ikut peloton sampai lepas bandar KT je lepas tu tak larat dah nak ikut peloton. meter pulak tak detect masa tu so clueless lah berapa speed dan jarak dah ditempuhi. so guna meter pernafasan jelah. kayuh setakat tak mengah je, dalam 30kmj gitu. then slowly cari orang untuk kita "cangkuk" dapat 2-3 orang jadi dah. saya ni memang tak larat kalau kayuh sorang, at least kena ada orang lain yang kayuh sekali baru larat nak kayuh.

selepas 6 jam 9 minit akhirnya sampai jugak ke finishing line. perasaan bila lalu bawah timing sensor, bila sensor tu berbunyi beep beep adalah sangat best. tak terucap dengan perkataan. alhamdulillah.


alhamdulillah

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


mytripadventure.com: Catatan Rentetan Dive Trip to <b>Bidong</b> Islands....

Posted: 18 Sep 2012 07:22 AM PDT

Trip ke Pulau Bidong yang dianjurkan oleh pihak Scubatex bermula dengan perjalanan berkereta selama lebih kurang 6 jam ke Merang Terengganu. Kami seramai 4 orang dari Pulau Pinang telah sesama ikut trip ni yang dianjurkan oleh En Ahmad dari Scubatex KL. Rombongan cik Kiah dari KL seramai lebih kurang 40 org datang dengan bas.

Trip ni berlangsung pada 14 - 16 September 2012. Dijadualkan sebanyak 6 dive akan kami ikuti. Aku yang selama ini memang teringin sangat untuk dive di Pulau Bidong ini memang teruja sangat mengikuti trip ini. Apa taknya persiapan segala peralatan selaman memang telah aku prepare 2...3 hari lebih awal.

Kami tiba di chalet Kembara Resort di Merang pada jam 6 pagi. Masa tiba ni rombongan dari KlL belum tiba lagi. Dia orang sampai lebih kurang jam 7.45 pagi. Setelah taklimat lebih kurang kami diberikan bilik masing-masing dan diminta bersiap sedia pada jam 10 pagi dengan segala peralatan untuk bertolak ke jeti Merang. Sebenarnya kami akan menginap di Kembara Resort ni dan akan berulang alik ke Pulau Bidong selama 2 hari selaman ini.


Lebih kurang jam 10.00 pagi kami menaiki 2 buah bot besar dengan segala peralatan tangki gas dan Kompressor dibawa naik ke bot. Team "support crew" dari Kuantan iaitu En Mansor yang akan bertindak mengisi segala gas untuk team kami yang hanya pergi turun naik menyelam sahaja. Team En Mansor ini akan bermalam terus di jeti Pulau Bidong ini.

Lebih kurang jam 11.00 pagi kami tiba di jeti Pulau Bidong. Terkejut juga masa mula-mula sampai di jeti Pulau Bidong ini. Apa tidaknya setahu aku, Pulau Bidong juga merupakan salah sebuah Taman Laut, tapi kelihatan ramai student dari sebuah Universiti tempatan yang sedang memancing di jeti ini. Apabila diselidiki masa sembang-sembang, mereka ni katanya ada silibus yang memerlukan mereka belajar memancing. Syoknya memancing kat Taman Laut ni, ikan memang banyak giler kat sini.


Dive pertama kami bermula jam 11.27 pagi di dive site dekat saja ngan jeti iaitu di Heritage Site. Kat sini terdapat koleksi Replika Tepak Sireh, Keris, Sampan, Bas Buruk dan Lori. Maksimum depth kat sini 15.6 meter, suhu air 31 darjah celcius. Kat sini aku berjaya dive selama 52 minit. Selesai dive pertama kami kembali semula ke jeti dan makan tengahari dan berehat sebelum dive kedua.

Jam 2 petang kami turun dive di lokasi kedua di Pulah Karah dengan kedalaman maksimum 15 meter. Kat sini Coralnya biasa-biasa sahaja seperti yang kami lihat ditempat lain. Kali ini aku berjaya spend gas selama 47 minit. naik dari dive kedua balik semula ke jeti dan siap sedia untuk dive ketiga dilokasi sama tapi kearah yang bertentangan dari dive yang kedua tadi.


Dive ketiga, kedalamannya lebih dalam iaitu 16.8 meter dan kami dive selama 44 minit. Kembali semula ke jeti pada jam 5.30 petang dan siap sedia untuk kembali ke jeti Merang. waktu ini kelihatan langit mula gelap di kaki langit. kami bertolak laju dari jeti Pulau Bidong. Tetapi nasib kami malang sedikit kerana dipukul ribut sepertiga lagi nak sampai ke jeti Merang. Keadaan masa tu hanya Tuhan yang tahu, masing-masing kelihatan cuak. Ribut dan hujan membadai kami, dan bot terpaksa diperlahankan dengan laluan dihadapan sudah tidak kelihatan. Bot pula terhoyong-hayang. aku memang dah get ready untuk segala kemungkinan. Dalam perlahan pergerakan bot, kami menghampiri pantai tetapi kami telah tersasar sedikit dan sedang mencari-cari arah yang betul, Hampir 20 minit dok mengintai-ngintai arah yang betul, Akhirnya Alhamdulillah kami selamat juga tiba di jeti Merang pada jam 7.00 petang.

Malam tersebut aktiviti bebas sahaja, dan terdapat beberapa orang dari grup kami yang mengambil kelas Open Water dan sedang menyambung kelas teori Open Water.

Hari kedua kami bergerak pada jam 9.30  pagi dan tiba di jeti Pulau Bidong jam 10.30 pagi. Kelihatan En Mansor dan crewnya sudah siap sedia dengan tong gas untuk selaman kami.

Selaman keempat kami mula jam 11.30 pagi di kawasan Tanjung Geluk dengan kedalaman maksimum aku capai pada waktu itu ialah 20.1 meter. Suhu air masa tu 29 darjah celcius. Aku berjaya capai 50 minit gak masa dive tu. Kali ni dive tu rasa best gak sebab banyak dapat lihat coral dan penyu.

Selaman seterusnya di lokasi Chanel dandive keenam dilokasi pertengahan antara Pulau Bidong dan Pulau karah. Dive keenam ni dive kami seperti dive di Gurunn Sahara pulak kata salah seorang buddy diver. Mana taknya kami mula turun, cadangnya nak gerak ke hadapan, tetapi disebabkan current yang terlalu kuat kami terpaksa ikut sahaja current tersebut dan hasilnya kami hanya dapat lihat pasir sahaja.

Dive ke Bidong ini agak best jugaklah sebabnya aku tak pernah sampai sini, dan lagi satu trip ni boleh dikatakan murah jugaklah dengan bayaran sebanyak RM 600 termasuk makan minum, bot, penginapan dan 6 kali dive lagi. Tahniah pada pihak Scubatex kerana berjaya atur trip ini. Pada semua diver yg ikut sama trip ini, u all memang best..............Jumpa lagi next time, InsyaAllah.

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Apa Jadi Dengan Pembinaan SMK <b>Kuala Berang</b>?

Posted: 12 Aug 2012 07:51 PM PDT

HULU TERENGGANU – Rakyat Kuala Berang khususnya dan daerah Hulu Terengganu amnya tertanya-tanya, apakah yang telah menyebabkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Berang di sini, terbengkalai.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyiddin Rashid, beliau dimaklumkan kontraktor pembinaan sekolah tersebut telah 'cabut lari' kira-kira tiga bulan yang lalu.

"Saya dimaklumkan, kontraktor dan punggah semua barang dan tinggalkan tapak pembinaan tiga bulan yang lalu, kita (PAS) harap ada penjelasan dari pihak berkenaan,

"mengapa pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Berang  di atas Lot PT 7274, Hulu Terengganu, Terengganu,"ujarnya.

Haji Muyiddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas program meraikan anak yatim 'Masih Ada Yang Sayang' di sini pada Sabtu 11 Ogos.

Berita lanjut menyusul>>>

Komen:

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


*This is What I Think*: ADUN <b>Chukai</b> baham tanah?? Dato <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 09:03 AM PDT

Assalamualaikum,

Sinar Harian hari ni (11/09/2012) dalam segmen 'Politik' memaparkan kisah mengenai seorang insan yang amat penting dalam hidupku iaitu bapa ku sendiri, Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera. Berita sensasi tu berbunyi:

' Baca selanjutnya di sini.

Aku sebenarnya tak suka nak menulis berkenaan hal-hal berkaitan politik. Bukan apa, sudah pasti akan ada pihak2 yang tak suka. Masa mula2 menulis blog dulu, ada juga beberapa post yang berkaitan politik, namun ia tidak memberi sebarang faedah kepada diri sendiri dan masyarakat. Malah, kadang2 ia menimbulkan rasa tidak selesa dan mengganggu ketenangan jiwa.

Tetapi, apabila timbul isu yang dikaitkan dengan bapa ku sendiri, perlulah aku menulis sesuatu. Bapa ku dituduh mendapat tanah seluas 5 ekar / 2 hektar di Mak Lagam, Mukim Banggol secara haram atau tidak sah. Tanah tersebut adalah tanah pertanian yang bertujuan bagi penanaman kelapa sawit. Menurut penjelasan dari bapa ku, tanah tersebut telah diberi kepadanya secara sah oleh kerajaan Negeri Terengganu sebagai anugerah kepada wakil rakyat. Beliau adalah wakil rakyat yang ke-12 yang menerima anugerah tersebut.



(Gambar2 diambil dari akhbar Sinar Harian Online)

Orang akan berkata, sebagai anak sudah pasti aku akan mempertahankan bapaku. Namun, siapa lagi kalau bukan aku sebagai anak sulung yang lebih mengenali beliau. Wajib aku mempertahankan beliau. Secara ikhlas, kami sekeluarga jarang bertanya urusan politik beliau. Malah beliau sendiri amat jarang berborak perkara politik dengan kami. Namun, kami memberi sokongan padu kepada beliau apabila beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang politik pada tahun 2004. Seseorang ahli politik memerlukan sokongan padu daripada isteri dan anak2 untuk berjaya dalam karier politik. Sekiranya keluarga kucar-kacir, mana mungkin mampu untuk pergi jauh di dalam arena politik.

Aku tidak pernah ragu dengan integriti beliau. Kami sembilan beradik berjaya dididik hingga ke menara gading dan berjaya dalam bidang masing2. Aku percaya, sekiranya ada rezeki haram yang memasuki perut kami ini sudah pasti kami tidak akan berjaya. Rezeki yang haram, walaupun bernilai 1 sen sekali pun, akan melahirkan anak2 yang bebal, bodoh dan dungu. Percayalah!

Aku sebak ketika mengaminkan doa sewaktu solat Isya' di masjid tadi. Aku teringat fitnah yang menimpa bapaku. Aku tahu ini asam-garam hidup ahli politik. Apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan isu Kapal Selam Scorpene atau Altantuya DS Najib Razak dan isu China Doll DS Anwar Ibrahim kan?

Kepada adik2 ku, janganlah ada yang ragu2 tentang Integriti aboh. Ingatlah ketika Aboh mengajar kita mengaji Quran dengan rotan ditangan, ingatlah ketika aboh membetulkan posisi rukuk ketika kita sedang bersolat. Jangan lupa betapa susahnya Aboh hendak memberi kelulusan bantuan bagi baikpulih taska kita sedangkan dengan mudahnya memberi bantuan kewangan kepada taska2 lain yang beroperasi di Chukai. Ingatlah betapa Aboh tidak mahu masuk campur bagi mendapatkan kontrak bagi syarikat keluarga kita. Aboh tidak mahu. "Usaha sendiri! Nanti orang kata kita salahguna kuasa!" Itu kata Aboh! Abang Din tidak lupa betapa Abg Din ditukarkan ke ceruk Pahang tanpa sebarang pertolongan Aboh. Sedangkan Aboh mempunyai begitu ramai kenalan di Putrajaya. Aboh tidak mahu menyalahgunakan kuasa.

Ingatlah betapa ramai orang2 yang datang ke rumah kita minta bantuan. Minta duit...kadang2 setiap minggu muka yang sama saje. Buat rumah kita macam tempat cetak duit. Minta bayar bil air, minta bayar bil elektrik, mintak jamin anak keluar jel, mintak bermacam2 lagi.. Tapi Aboh dan Ma sabar. Aboh dan Ma bagi duit, setiap kali rakyat datang, setiap itulah duit diberi, duit peribadi. Kita adik-beradik pun tidak semudah itu untuk dapat duit dari Ma dan Aboh, usaha sendiri!

Ingatlah tatkala kita adik-beradik masuk kampung mengangkut beras dan gandum, memberi bantuan dengan kudrat kita sendiri.  Mengorbankan masa kita melayan rakyat.  Kadang2 mengorbankan duit kita sendiri untuk bagi kat rakyat sewaktu Aboh tiada di rumah....Rakyat tak pergi ke Pejabat DUN untuk minta bantuan, rakyat datang ke rumah kita. Tiada lagi masa peribadi untuk kita. Demi Rakyat Chukai!

Ingatlah ketika Ma berpesan tentang Amanah dan Integriti. Apa ajaran Ma dan Aboh sejak kita kecil. Usah diambil hak orang lain. Biar kita lapar, biar kita miskin. Hak orang usah diambil, walau 1 sen, walau sekeping roti. Betapa ibu ku melarang aku untuk keluar ke sektor swasta. "Takpe lah Din, berkhidmatlah untuk rakyat!!" Rakyat, Rakyat, Rakyat...

Percayalah Adik2 ku, aboh seorang yang Amanah dan Beretika. Tidak mungkin mengambil sesuatu yang bukan hak. Apa yang kita ada hari ni adalah dari sumber yang halal. Kalau perkara yang kecil pun kita ditegah, apa lagi benda yang besar. Ingatlah apa yang Ma selalu bebelkan kepada kita semua! Bukankah dosa, pahala, syurga dan neraka perkara yang kita bualkan saban hari di rumah?

Biar lah apa orang nak kata. Musuh politik tidak akan diam. Walaupun berjubah atau berserban. Hati masing2 hanya Allah yang tau. Nanti jawab di akhirat sana. Segala pahala kebajikan kamu yang banyak tu akan berpindah kepada bapa ku nanti. And, I'll be thanking you for that.

ads