13 di chukai - Google Blog Search |
*This is What I Think*: ADUN <b>Chukai</b> baham tanah?? Dato <b>...</b> Posted: 11 Sep 2012 09:03 AM PDT Assalamualaikum, Sinar Harian hari ni (11/09/2012) dalam segmen 'Politik' memaparkan kisah mengenai seorang insan yang amat penting dalam hidupku iaitu bapa ku sendiri, Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera. Berita sensasi tu berbunyi: Aku sebenarnya tak suka nak menulis berkenaan hal-hal berkaitan politik. Bukan apa, sudah pasti akan ada pihak2 yang tak suka. Masa mula2 menulis blog dulu, ada juga beberapa post yang berkaitan politik, namun ia tidak memberi sebarang faedah kepada diri sendiri dan masyarakat. Malah, kadang2 ia menimbulkan rasa tidak selesa dan mengganggu ketenangan jiwa. Tetapi, apabila timbul isu yang dikaitkan dengan bapa ku sendiri, perlulah aku menulis sesuatu. Bapa ku dituduh mendapat tanah seluas 5 ekar / 2 hektar di Mak Lagam, Mukim Banggol secara haram atau tidak sah. Tanah tersebut adalah tanah pertanian yang bertujuan bagi penanaman kelapa sawit. Menurut penjelasan dari bapa ku, tanah tersebut telah diberi kepadanya secara sah oleh kerajaan Negeri Terengganu sebagai anugerah kepada wakil rakyat. Beliau adalah wakil rakyat yang ke-12 yang menerima anugerah tersebut. (Gambar2 diambil dari akhbar Sinar Harian Online) Orang akan berkata, sebagai anak sudah pasti aku akan mempertahankan bapaku. Namun, siapa lagi kalau bukan aku sebagai anak sulung yang lebih mengenali beliau. Wajib aku mempertahankan beliau. Secara ikhlas, kami sekeluarga jarang bertanya urusan politik beliau. Malah beliau sendiri amat jarang berborak perkara politik dengan kami. Namun, kami memberi sokongan padu kepada beliau apabila beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang politik pada tahun 2004. Seseorang ahli politik memerlukan sokongan padu daripada isteri dan anak2 untuk berjaya dalam karier politik. Sekiranya keluarga kucar-kacir, mana mungkin mampu untuk pergi jauh di dalam arena politik. Aku tidak pernah ragu dengan integriti beliau. Kami sembilan beradik berjaya dididik hingga ke menara gading dan berjaya dalam bidang masing2. Aku percaya, sekiranya ada rezeki haram yang memasuki perut kami ini sudah pasti kami tidak akan berjaya. Rezeki yang haram, walaupun bernilai 1 sen sekali pun, akan melahirkan anak2 yang bebal, bodoh dan dungu. Percayalah! Aku sebak ketika mengaminkan doa sewaktu solat Isya' di masjid tadi. Aku teringat fitnah yang menimpa bapaku. Aku tahu ini asam-garam hidup ahli politik. Apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan isu Kapal Selam Scorpene atau Altantuya DS Najib Razak dan isu China Doll DS Anwar Ibrahim kan? Kepada adik2 ku, janganlah ada yang ragu2 tentang Integriti aboh. Ingatlah ketika Aboh mengajar kita mengaji Quran dengan rotan ditangan, ingatlah ketika aboh membetulkan posisi rukuk ketika kita sedang bersolat. Jangan lupa betapa susahnya Aboh hendak memberi kelulusan bantuan bagi baikpulih taska kita sedangkan dengan mudahnya memberi bantuan kewangan kepada taska2 lain yang beroperasi di Chukai. Ingatlah betapa Aboh tidak mahu masuk campur bagi mendapatkan kontrak bagi syarikat keluarga kita. Aboh tidak mahu. "Usaha sendiri! Nanti orang kata kita salahguna kuasa!" Itu kata Aboh! Abang Din tidak lupa betapa Abg Din ditukarkan ke ceruk Pahang tanpa sebarang pertolongan Aboh. Sedangkan Aboh mempunyai begitu ramai kenalan di Putrajaya. Aboh tidak mahu menyalahgunakan kuasa. Ingatlah betapa ramai orang2 yang datang ke rumah kita minta bantuan. Minta duit...kadang2 setiap minggu muka yang sama saje. Buat rumah kita macam tempat cetak duit. Minta bayar bil air, minta bayar bil elektrik, mintak jamin anak keluar jel, mintak bermacam2 lagi.. Tapi Aboh dan Ma sabar. Aboh dan Ma bagi duit, setiap kali rakyat datang, setiap itulah duit diberi, duit peribadi. Kita adik-beradik pun tidak semudah itu untuk dapat duit dari Ma dan Aboh, usaha sendiri! Ingatlah tatkala kita adik-beradik masuk kampung mengangkut beras dan gandum, memberi bantuan dengan kudrat kita sendiri. Mengorbankan masa kita melayan rakyat. Kadang2 mengorbankan duit kita sendiri untuk bagi kat rakyat sewaktu Aboh tiada di rumah....Rakyat tak pergi ke Pejabat DUN untuk minta bantuan, rakyat datang ke rumah kita. Tiada lagi masa peribadi untuk kita. Demi Rakyat Chukai! Ingatlah ketika Ma berpesan tentang Amanah dan Integriti. Apa ajaran Ma dan Aboh sejak kita kecil. Usah diambil hak orang lain. Biar kita lapar, biar kita miskin. Hak orang usah diambil, walau 1 sen, walau sekeping roti. Betapa ibu ku melarang aku untuk keluar ke sektor swasta. "Takpe lah Din, berkhidmatlah untuk rakyat!!" Rakyat, Rakyat, Rakyat... Percayalah Adik2 ku, aboh seorang yang Amanah dan Beretika. Tidak mungkin mengambil sesuatu yang bukan hak. Apa yang kita ada hari ni adalah dari sumber yang halal. Kalau perkara yang kecil pun kita ditegah, apa lagi benda yang besar. Ingatlah apa yang Ma selalu bebelkan kepada kita semua! Bukankah dosa, pahala, syurga dan neraka perkara yang kita bualkan saban hari di rumah? Biar lah apa orang nak kata. Musuh politik tidak akan diam. Walaupun berjubah atau berserban. Hati masing2 hanya Allah yang tau. Nanti jawab di akhirat sana. Segala pahala kebajikan kamu yang banyak tu akan berpindah kepada bapa ku nanti. And, I'll be thanking you for that. |
You are subscribed to email updates from di chukai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan