Sabtu, 29 September 2012

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


529 : Jalan - Jalan Akhir Syawal | AKU MENULIS UNTUK DIRI <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 09:07 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Perjalanan kami santai sahaja dan kami tiba di Paka lebih kurang pukul 3.30 petang. Kami check-in di sebuah hotel bajet di sana. Berehat sebentar kemudian kami keluar semula lebih kurang pukul 4.30 petang untuk memenuhi jemputan ...

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


kasihredha: Raya <b>di Besut</b> 2012

Posted: 25 Aug 2012 06:28 AM PDT

 Masih cerita raya......jangan marahh.
Cuma kami dua family yang beraya di Besut this year.
Adik beradik lain semua di rumah mertua...hari raya ke-2 dan ke-3 baru mereka balik ke Besut.
Kakak sulong beraya di KL sebab cucu masih tak cukup 40 hari.
 Acara bersalam-salaman dan collect duit raya :D
Sesi photografi setelah pulang solat raya..
Pokcik kata wajah dia ada cahaya keimanan...hahaha
Jangan cari mokcik sebab mokcik takde dalam gambar ni  *ayat ferasan *
Mokcik jadi jurugambar waktu ni  *tak tanya ponggg*
wajah ceria sebab dapat collect duit raya :D
waktu adik kecik (belum tau erti duit raya)
dia simpan duit raya dia dalam fridge....hahahaha

 Juadah  wajib dipagi raya...nasi dagang.
 Satay, nasi impit, kuah kacang dan rendang nogori.
Aikkk lupa nak snap satay  dan lemang le...bayangkan aje lah ye.
Ketupat pulut dan tapai pulut yg sungguh juicy....manis leting.
 Sebelum solat raya...makan sikit dulu...ambil sunat.

 Balik solat...sambung makan lagi.

 Dulu mokcik tinggi...sekarang mokcik paling pendek dalam family...pelik tapi benar.


 Keluarga ceria Abang Zu dan Kak Pah....tak lengkap tahun ni sebab Aween kat Australia.


 Merakamkan saat yang paling manis untuk di kenang.


 Sebahagian cucu lelaki Tokmi.







 Sanak saudara yang berkunjung
 Jemputlah makan apa yang ada.
 Bila balik raya...mesti le ke Bukit Keluang ni....rindu nak pijak pasir pantai.


 Seronok dapat main bola sama-sama.

  Hari raya ke-2  family Emi dan Abang Di sampai dari KB dan Kuantan...makin bertambahlah ahli.
Kali ni cahaya keimanan terpancar di wajah mokcik pula...hahahah





bila balik raya tidur diruang tamu
 menjadi pilihan kanak2 sebab lebih sejuk agaknya.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


The Road Not Taken: A Trip to <b>Pulau Kapas</b>

Posted: 23 Sep 2012 07:17 PM PDT

We've been living in Kuala Terengganu for over 3 years now and last Saturday was the first time we went to one of the few islands Terengganu is famous for! Tourist come here mainly to enjoy the beautiful beaches especially those surrounding the islands. Well after being pestered by the kids to make the trip, we decided to go to the nearest one which is Pulau Kapas (literally: 'Cotton Island'). We actually started out quite late during the day; nearly noon. The jetty where we took the boat to the island is at Marang which is about 20 minutes from our home. The journey by boat (or ferry as some people call it) was only 10 minutes and we were one of the two families on board (the other was a foreign couple with a baby). Below are pics from the trip:
I truly appreciate the beauty of the island, the sea and the beaches (MasyAllah..) and understood why tourists flock here. But on the down side, the sights of bikini-clad women traipsing around are just not encouraging to one's iman...(Astaghfirullah..!)

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Lantak HANGPA la...: Cuma kerana RM50

Posted: 24 Sep 2012 09:05 PM PDT

Tidak berbaloi! Gara-gara merompak beg tangan seorang wanita yang hanya mengandungi wang tunai RM50, seorang penganggur berdepan hukuman 14 tahun penjara dan sebatan atau denda jika disabitkan kesalahan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Zulkifli Hamzah, 29, dari Felda Kerteh 4, Ketengah, Jaya, Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Tertuduh mengaku tidak bersalah telah merompak beg duit milik Salina Mohd Rafi, 25, yang turut mengandungi kad pengenalan pada 10 November 2010 kira-kira jam 10 malam di Jalan Limbong Paka, Dungun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R.Azmi di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Rozianti membenarkan dia diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Sesyen.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


WAN HAIRUL ANUAR kepada DR KHATA <b>JABOR</b>

Posted: 15 Aug 2012 03:29 PM PDT

With Greetings (Dengan ucapan): Pohon saga tangkainya berayun,
Bijinya indah merah menyala,
Menyala seri di tepi paya,
Kami sekeluarga memohon ampun,
Silap dan salah jangan dicela,
Moga berbahagia di Hari Raya.

Salam Aidilfitri,
Ikhlas dari kami sekeluarga:

Wan Hairul Anuar Kamaruddin
Sh. Rabi'atul Adawiyyah Sy Abd Azam
Wan Nur Humairah
Wan Uzair Faaris
Wan Umar Hariz

Reply WAN HAIRUL ANUAR

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: <b>Kuala Berang</b> maju membangun

Posted: 21 Sep 2012 08:26 PM PDT

Bandar Kuala Berang yang dulunya sepi kini sudah maju sekarang. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA dan MASTURA JAMALUDIN.
Oleh: Kamarudin Mat Akib 

"Bandar Kuala Berang, sudah maju sekarang," begitu bunyi lagu Joget Terengganu yang merupakan salah satu lagu tradisional yang merdu didengar dan amat terkenal di negeri ini.

Kemajuan yang dicapai bandar Kuala Berang – sebagai pusat pentadbiran daerah Hulu Terengganu itu berpunca daripada hasil kemerdekaan negara yang kini sudah melebihi setengah abad (55 tahun).

Kini bandar itu bukan lagi 'pekan koboi' yang menjadi tempat penduduk daerah tersebut membeli pelbagai hasil pertanian dan ternakan pada hujung minggu, tetapi ia menjadi sebuah bandar lengkap dengan pelbagai kemudahan institusi perbankan, perniagaan dan pusat perkhidmatan.

Pulau Bayas di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu sedang giat dibangunkan untuk dijadikan Pulau Bebas Cukai.

Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, bandar itu bakal menjadi pusat tumpuan pelancong yang akan berkunjung ke Tasik Kenyir – destinasi pelancongan utama bukan saja di Terengganu, malah di negara ini.

Tasik Kenyir kini sedang giat dibangunkan sebagai kawasan bebas cukai, lengkap dengan prasarana dan premis perniagaan yang sepatutnya sebagai kawasan pelancongan utama negara.

Pembinaan premis kediaman dan perniagaan juga sedang giat dilaksanakan kerajaan negeri di Bandar Kuala Berang dan Ajil, sejajar dengan keperluan semasa.

 Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Mohd Nor Othman, berkata penduduk kawasan Hulu Terengganu perlu bersyukur dengan nikmat pembangunan yang melimpah ruah di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Bagaimanapun, pada pandangan saya penghayatan kemerdekaan di kalangan masyarakat kita hari ini secara umumnya, khususnya bagi generasi baru, agak longgar.

"Justeru, saya mengharapkan sistem pendidikan negara lebih terarah kepada usaha-usaha untuk mengekalkan rasa kecintaan kepada negara dan semangat patriotisme yang tinggi," katanya dalam satu temubual dengan Teganukita, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemikiran penduduk tempatan perlu diisi dengan rasa syukur dengan kejayaan yang kita semua kecapi agar rakyat lebih hormat kepada pemimpin semasa dan pemimpin silam yang telah mencurahkan keringat mereka untuk kemerdekaan dan kemajuan negara.

"Kita mahu berlakunya kelangsungan kemerdekaan di kalangan rakyat kita di mana mereka hidup bersatu padu dan cintakan negara serta menghormati kerajaan semasa," ujar beliau.

YB Mohd Nor melahirkan rasa dukacita dengan sikap segelintir rakyat, khususnya di kalangan generasi baru yang mencemari sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dengan budaya asing yang bertentangan dengan nilai-nilai murni.

 "Anasir-anasir tidak baik perlu dihakis daripada pemikiran generasi baru agar bangsa Melayu dan masyarakat negara ini terus dipandang mulia," ujar beliau.

Seterusnya YB Haji Mohd Nor amat mengharapkan masyarakat generasi muda mengambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara luar yang bergolak akibat perebutan kuasa dan perbalahan sesama sendiri, agar masalah yang sama tidak berlaku di negara ini.

"Kita semua perlu pertahankan keharmonian negara dan kehidupan yang aman damai di kalangan masyarakat berbilang bangsa, agar negara kita dan negeri kita Terengganu Darul Iman terus makmur di bawah pimpinan Kerajaan BN," katanya.

 

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Terengganu My Heritage: Berbakti <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 24 Jun 2012 02:00 AM PDT

Berbakti di Pulau Bidong
Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail
bminggu@bharian.com.my
2011/10/23


MENYEDARI pentingnya usaha pemeliharaan dan pemuliharaan dasar laut, Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral Malaysia) menganjurkan Hari Pemuliharaan Alam Sedunia 2011 di Pulau Bidong, Terengganu pada 15 hingga 18 September lalu.
Program memulihkan khazanah alam ini yang masuk tahun keempat, dijayakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kerajaan Terengganu, disertai 80 sukarelawan termasuk penyelam skuba dengan aktiviti utama menjurus kepada usaha membersihkan dasar laut dan pantai.
Turut diadakan pada program yang diserikan dengan kehadiran Duta Coral Malaysia, Fauziah Latiff ini adalah dialog bersama peserta. Kemuncak acara adalah majlis menandatangani plak akujanji memelihara perairan Pulau Bidong yang kemudian ditempatkan di Galeri Dasar Laut yang dibina Coral Malaysia pada 2006.

Perairan Pulau Bidong juga menempatkan tukun tiruan khas untuk penyelam skuba yang sentiasa mencari kelainan apabila meneroka dasar lautan. Sekitarnya, ada kira-kira 21 lokasi selam skuba, setiap satu dengan keunikan tersendiri, antaranya Tukun Bidong, Tugu Bidong, Pasir Tenggara, Teluk Belanga.

Ada juga Galeri Dasar Laut yang unik kerana turut menempatkan replika warisan negeri, antaranya batu bersurat, tepak sirih, tengkolok, keris dan perahu payang.

Pulau ini pernah menjadi tempat perlindungan hampir 250,000 pelarian Vietnam selama 16 tahun bermula Mei 1975 sebelum ditutup pada 1991. Mengambil kira aspek sejarahnya, pulau berkeluasan kira-kira 203 hektar ini turut dijadikan khazanah negeri dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan kecuali sebuah pusat penyelidikan UMT.
Ikuti catatan penulis yang berpeluang menyertai program selama tiga hari ini.

Rabu

9 malam
Peserta yang memilih berkonvoi ke destinasi berkumpul di Galeri CM, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur untuk mendengar taklimat mengenai konvoi dan apa yang perlu dilakukan sepanjang perjalanan dan sebaik tiba di Jeti Marang, Terengganu, keesokannya.

Khamis

10 pagi
Peserta yang terdiri daripada penuntut dan pensyarah UMT, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari kampus Gombak dan Pahang, ahli Anak Laut, Skuba Ted serta wakil media dan kakitangan Kementerian Pelancongan Terengganu, Tourism Malaysia Terengganu dan wakil Kerajaan Terengganu berkumpul di Jeti Marang untuk bertolak ke Pulau Bidong yang terletak 30 batu nautika dari pantai dan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai dengan menaiki bot.

11 pagi
Peserta diberikan taklimat oleh Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar dan Pegawai Sains Kanan UMT, Baharin Mustapa serta Dekan Fakulti Agro Teknologi dan Sains Makanan UMT, Prof Sayed Mohd Zin S Hassan berhubung program dan objektif Hari Pemuliharaan Alam Sedunia 2011. Sebaik tiba di destinasi, majlis suai kenal diadakan diikuti makan tengah hari sambil menikmati pemandangan sekitar pulau yang masih cantik terpelihara.

3.30 petang
Syawal masih belum berakhir ketika program ini dilangsungkan, jadi suasana hari raya masih dirasai. Peserta bergotong royong membuat persediaan meneruskan kemeriahan Aidilfitri di Pulau Bidong dengan menu istimewa, antaranya kambing panggang, sate, lemang dan ketupat.

8 malam
Makan malam dan sambutan hari raya di Pulau Bidong dalam suasana unik berlatar belakangkan keindahan pantai dan kedinginan angin malam memberikan peserta semangat walaupun penat memandu dan menguruskan aktiviti sepanjang hari.

10 malam
Peserta diberikan taklimat mengenai program yang akan dilalui keesokannya, termasuk meletak tukun tiruan di lokasi sekitar perairan pulau Bidong.

Jumaat

9 pagi
Selepas bersarapan, sekumpulan peserta memulakan aktiviti selam untuk meletakkan barangan di Galeri Dasar Laut dan sebahagian lagi membersihkan jeti serta pantai, diikuti jamuan tengah hari. Sampah seperti tin minuman dan plastik yang dikumpul kemudian ditanam untuk memastikan ia tidak mencemarkan laut.

8 malam
Majlis makan malam diadakan serentak persembahan rakaman video projek menurunkan tukun tiruan. Peserta turut diberikan taklimat mengenai majlis menandatangani plak ikrar Akujanji Memelihara Pulau Bidong di dasar laut yang akan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis pertama seumpamanya pernah diadakan di negara ini.

Sabtu

10 pagi
Majlis menandatangani plak akujanji disempurnakan pada kedalaman 13.5 meter oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said sambil disaksikan lebih 60 ahli Coral Malaysia. Turut serta pada majlis bersejarah itu, Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Aziz Deraman; Jamhariah; Fauziah dan wakil MBR, Zulhairi Md Zin. Acara ini adalah yang keenam dicatat dalam MBR menjadikan Coral Malaysia persatuan pencinta laut paling banyak mencipta rekod dalam MBR. Selepas majlis selesai kira-kira jam 11.30 pagi, semua penyelam meraikan hari raya di dasar laut, menyelam sambil mengenakan pakaian raya.

8 malam
Majlis makan malam diadakan serentak penyampaian sijil penghargaan kepada peserta program.

Ahad

9 pagi
Selepas bersarapan, semua penyelam tidak melepaskan peluang meneroka keindahan dasar perairan Pulau Bidong. Mereka yang tidak memiliki lesen skuba pula menyertai aktiviti snorkling yang tidak kurang hebatnya.

3 petang
Selepas tiga hari menjalankan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan dasar laut di Pulau Bidong serta menikmati keindahan ciptaan Ilahi, semua peserta berkumpul untuk berlepas ke Jeti Marang dan seterusnya pulang ke destinasi masing-masing

 sumber: berita harian

* Blogger pun belum sampai lagi ke Pulau Bidong ini untuk melihat sendiri sejarah peninggalan pelarian Vietnam serta keindahan bawah lautnya yang dikatakan amat indah bagaikan syurga di bawah laut.

ads