13 di kuala berang - Google Blog Search |
T E G A N U K I TA: <b>Kuala Berang</b> maju membangun Posted: 21 Sep 2012 08:26 PM PDT Bandar Kuala Berang yang dulunya sepi kini sudah maju sekarang. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA dan MASTURA JAMALUDIN. Oleh: Kamarudin Mat Akib "Bandar Kuala Berang, sudah maju sekarang," begitu bunyi lagu Joget Terengganu yang merupakan salah satu lagu tradisional yang merdu didengar dan amat terkenal di negeri ini. Kemajuan yang dicapai bandar Kuala Berang – sebagai pusat pentadbiran daerah Hulu Terengganu itu berpunca daripada hasil kemerdekaan negara yang kini sudah melebihi setengah abad (55 tahun). Kini bandar itu bukan lagi 'pekan koboi' yang menjadi tempat penduduk daerah tersebut membeli pelbagai hasil pertanian dan ternakan pada hujung minggu, tetapi ia menjadi sebuah bandar lengkap dengan pelbagai kemudahan institusi perbankan, perniagaan dan pusat perkhidmatan. Pulau Bayas di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu sedang giat dibangunkan untuk dijadikan Pulau Bebas Cukai. Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, bandar itu bakal menjadi pusat tumpuan pelancong yang akan berkunjung ke Tasik Kenyir – destinasi pelancongan utama bukan saja di Terengganu, malah di negara ini. Tasik Kenyir kini sedang giat dibangunkan sebagai kawasan bebas cukai, lengkap dengan prasarana dan premis perniagaan yang sepatutnya sebagai kawasan pelancongan utama negara. Pembinaan premis kediaman dan perniagaan juga sedang giat dilaksanakan kerajaan negeri di Bandar Kuala Berang dan Ajil, sejajar dengan keperluan semasa. Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Mohd Nor Othman, berkata penduduk kawasan Hulu Terengganu perlu bersyukur dengan nikmat pembangunan yang melimpah ruah di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN). "Bagaimanapun, pada pandangan saya penghayatan kemerdekaan di kalangan masyarakat kita hari ini secara umumnya, khususnya bagi generasi baru, agak longgar. "Justeru, saya mengharapkan sistem pendidikan negara lebih terarah kepada usaha-usaha untuk mengekalkan rasa kecintaan kepada negara dan semangat patriotisme yang tinggi," katanya dalam satu temubual dengan Teganukita, baru-baru ini. Beliau berkata, pemikiran penduduk tempatan perlu diisi dengan rasa syukur dengan kejayaan yang kita semua kecapi agar rakyat lebih hormat kepada pemimpin semasa dan pemimpin silam yang telah mencurahkan keringat mereka untuk kemerdekaan dan kemajuan negara. "Kita mahu berlakunya kelangsungan kemerdekaan di kalangan rakyat kita di mana mereka hidup bersatu padu dan cintakan negara serta menghormati kerajaan semasa," ujar beliau. YB Mohd Nor melahirkan rasa dukacita dengan sikap segelintir rakyat, khususnya di kalangan generasi baru yang mencemari sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dengan budaya asing yang bertentangan dengan nilai-nilai murni. "Anasir-anasir tidak baik perlu dihakis daripada pemikiran generasi baru agar bangsa Melayu dan masyarakat negara ini terus dipandang mulia," ujar beliau. Seterusnya YB Haji Mohd Nor amat mengharapkan masyarakat generasi muda mengambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara luar yang bergolak akibat perebutan kuasa dan perbalahan sesama sendiri, agar masalah yang sama tidak berlaku di negara ini. "Kita semua perlu pertahankan keharmonian negara dan kehidupan yang aman damai di kalangan masyarakat berbilang bangsa, agar negara kita dan negeri kita Terengganu Darul Iman terus makmur di bawah pimpinan Kerajaan BN," katanya. |
You are subscribed to email updates from di kuala berang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan