Ahad, 30 Jun 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


PKR Mahu Letak Calon <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - mykmu.net: demi sebuah <b>...</b>

Posted: 28 Jun 2013 09:25 AM PDT

June 29, 2013   ·   35 Comments

anwar penipu

Oleh Nora Azlina Shaari

Benarlah tanggapan kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam selepas satu persatu agendanya dilancarkan.

Sikapnya yang memang maha putar belit setiap kenyataan yang dibuatnya. Buktinya jelas apabila Anwar sendiri gelojoh mengenai isu PRK di Kuala Besut iaitu kekosongan kerusi DUN kawasan itu selepas penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar baru sahaja meninggal dunia Rabu lalu.

Isu yang selama ini dikendong iaitu SPR tidak telus serta gesaan mahukan Ketua dan Timbalan SPR meletakkan jawatan hilang secara tiba-tiba dek kerana kerakusan beliau untuk menghadapi PRK di negeri Pantai Timur itu.

Baru sahaja beberapa hari lalu Anwar mengeluarkan kenyataan menyokong baik PAS untuk menyertai PRK Dun Kuala Besut.

Jelas sekali Anwar teruja kerana salah satu parti, PAS di bawah parti gabungan PR seolah-olahnya dapat mengembalikan maruah PR yang tercalar dalam PRU13 yang lalu kerana kalah dengan kerajaan BN. BN kini mempunyai 16 kerusi berbanding PAS yang memiliki 14 kerusi dan PKR satu.

Tetapi, berlainan pula hari ini apabila Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, parti itu mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan berkenaan yang sebelum ini ditandingi calon PAS, Napisah Ismail.

Malah, ada juga cakap-cakap dari dalaman PKR sendiri memberitahu Anwar sendiri yang mendesak Azan mengeluarkan cadangan supaya PKR mengeluarkan calon bertanding dalam PRK dan bukanlah calon dari PAS.

Seperti biasa, PAS yang hanyalah parti minoriti dalam PR seakan-akan terpaksa akur dengan keputusan itu dan menerima baik cadangan dari PKR serta sedia berbincang lebih lanjut.

Walaupun di awalnya Anwar berpura-pura menyokong PAS meletakkan calon dalam menghadapi PRK, nampaknya Anwar telah menggunakan kepakarannya untuk mencaras peluang PAS menakluk Kuala Besut.

Tetapi, persoalannya, apakah PAS rela PKR menolak ke tepi peluang yang sudah pun ada untuk mendapatkan kuasa di DUN Kuala Besut?

Sekali lagi, pastinya akan berlaku pertindihan calon dalam PRK kali ini seperti mana yang berlaku di DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir pada PRU13 lalu.

Semuanya kerana sikap rakus Anwar yang mahukan PKR lebih dari segala segi dan mahukan partinya itu terus berkuasa dari PAS.

Sekiranya calon PAS tidak diletakkan untuk bertanding dalam PRK Kuala Besut, alasan yang akan diberikan adalah tidak ada 'winnable candidate' dalam PAS berbanding calon dalam PKR.

By


13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Mayat pelancong Britain terbunuh <b>di Pulau Perhentian</b> dituntut bapa <b>...</b>

Posted: 31 May 2013 03:59 PM PDT

Posted on June 1, 2013, Saturday

BESUT: Mayat pelancong Britain, Madaline Jayne, 25, yang terkorban akibat terkena kipas bot pelancong di perairan Teluk Aur Pulau Perhentian Kecil, Isnin lalu, dituntut keluarga dari Rumah Mayat Hospital Daerah Besut di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut Deputi Supritenden Noor Zainy Mohd Noor berkata mayat dituntut pada jam 10.30 pagi oleh bapa mangsa, Robert Antony yang hadir bersama wakil Kedutaan Britain Matthew Rogers dari Kuala Lumpur.

Katanya, mayat dibawa ke Kuala Lumpur dengan sebuah van syarikat pengurusan pengkebumian dan akan diterbangkan ke England untuk urusan pengkebumian pada 4 Jun.

Dalam kejadian jam 10.20 itu, Jayne yang berasal dari Hereford, England bersama dua lagi rakan sedang melakukan aktiviti menyelam dan berenang di satu kawasan di luar Zon Selamat dan tidak memakai jaket keselamatan dan tidak dikawal.

Akibat kemalangan itu, Jayne cedera parah di bahagian kaki, paha dan punggung mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan di pulau itu manakala seorang rakannya, Simons James Rogers, 22, dari Australia yang cedera parah kini dilaporkan stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Negeri Supt Rotzarn Rashid berkata beberapa lagi saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

Katanya pemandu bot berkenaan serta empat pelancong tempatan telah dipanggil pada hari kejadian bagi merakamkan percakapan mereka. — Bernama

"Semasa hari kejadian, terdapat sembilan penumpang di dalam bot berkenaan empat dewasa dan lima lagi kanak-kanak dan kita telah memanggil kesemua  pelancong dewasa itu untuk membantu siasatan.

"Kita akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dan dalam tindakan untuk merakamkan percakapan mereka," katanya ketika dihubungi di sini semalam. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


(VIDEO) Bila Mat Salleh Cakap Loghat Terengganu <b>Di Pulau Kapas</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2013 12:44 AM PDT

Katanya kalau kita pergi ke Pulau Kapas, kita pasti akan bertemu 'Mat Dan'.

Difahamkan Mat Dan adalah seorang warga British yang dah lama menetap di pulau itu, tak nak balik-balik la kot.

Sememangnya pulau-pulau di negara kita khususnya di Terengganu memang cantik dan menarik sehinggakan ada yang terus jatuh cinta pada flora dan faunanya, termasuk dengan awek-aweknya sekali heheheh.

Khabarnya Mat Dan dah pun memeluk Islam, baguslah tu.

Mungkinkah Mat Dan pun dah menemui 'cintanya' di sini?

Wallahualam….

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


My family memories: 1D1N at <b>Batu Rakit</b> Terengganu

Posted: 09 Jun 2013 08:33 PM PDT

Assalamualaikum semua..

Hari ni ahkak dah kerja & anak2 dah mula bersekolah setelah cuti 2 minggu, cukup la tu kan.. dok rumah pun lagi pening kepala mak abah dibuatnya. Walaupun dah besar2 tapi sebenarnya dah besarlah lagi susah kita nak menjaganya. nak suruh buat kerja-kerja rumah skit, mesti nak kena mentioned nama, klau idak tak bergerak la kerja yang disuruh tu, itu ler perangai anak2 perempuan ku semua. Setiap hari nak disuruh..huhuhuhu....okeylah ahkak nak citer pasal percutian ahkak selama 4 hari, itu pun dah last  minit, minggu terakhir persekolahan. Bukan x nak ambil cuti minggu pertama cuti sekolah, tapi sebenarnya percutian kali ni bak kata orang sambil menyelam minum air. Ahkak ke Kuala Terengganu cuti kali ini. Itu pun ada kenduri kahwain anak sepupu side my hubby. Nak sangat menghadiri kenduri kali ni sebab weols pun dah lama tak ke Terengganu tapi yang sebenarnya weols suka perkampongan kat sana, dulu pernah pergi, itu pun dah 5 tahun dulu, teringat-ingat masa pergi dulu, weols kesejukan tidur malam dengan angin ribut tepi pantai.. best sgt2 weols rasa masa tu. Tu yang cakap ngan En. hubby, jom la kita g sana, boleh kite jalan2 sekali. Kunjungan weols ke sana bukanlah weols sefamily jer, tapi disertai dengan 2 SIL family beserta MIL ahkak sekali.

Kat sana weols duduk di Batu Rakit View, terletak dekat sangat dengan rumah sepupu yang buat kerja kawin tu. Best sangat2 chalet kat sini. Nanti ahkak uplioad gambar yer..Ok jom intai-intai



pemandangan waktu pagi di Batu Rakit View


Pantai yang cantik untuk mandi manda




Chalet yg weols booking, boleh 3 family muat


Check-out sudah, terus g rumah kenduri pulak, tu yang memasing berbaju Muslimah..hehehe



majlis jamuan kesyukuran kemenangan barisan <b>...</b> - <b>BATU RAKIT</b> KINI

Posted: 18 Jun 2013 11:36 AM PDT

MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DUN BATU RAKIT 
BATU RAKIT- Selama dua hari iaitu pada 14 dan 15hb June2013, Majlis Jamuan Kesyukuran bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional Dun Batu Rakit telah diadakan disetiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Sebanyak tujuh PDM telah mengadakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap para pertugas jentera PRU ke 13 PDM.

 Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Mengabang Lekar pada 14/6/2013 di Markas Jentera PRU  Cawangan RAKR Mengabang Lekar

  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Batu Rakit pada 14/6/2013 di Dataran Bestari,Padang Polis


  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Maras pada 15/6/2013 di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras


  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Padang Kemunting pada 15/6/2013 di Markas Jentera PRU Cawangan Tanjung Kedepan


  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Bukit Chempaka pada 15/6/2013 di Perkarangan Masjid Lama Kampung Bukit Chempaka


 Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Bukit Wan pada 15/6/2013 di Balai Raya Kampung Bukit Nenasi

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


aLw!z b3 my baby: Tempat-tempat menarik <b>di</b> Kuala Terengganu

Posted: 05 Jun 2013 09:01 PM PDT

alamak! ada yang request suh aku cepat² update percutian Kuala Terengganu ler.. huhuhu.. so demi tak menghampakan peminat² mak *muntah ijou  meh la aku up sikit. tapi gambo je la banyak eh. untuk details tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu nanti aku buat entry lain... atlis entry ni leh ler bagi gambaran kat korang ape yang best kat ganu nih. :-)


1) Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

kat Pantai Batu Burok ni memang meriah.. macam² aktiviti boleh buat - naik kuda, main layang², main ATV, ada playground, gerai² jual air, kepok lekor, etc. sangat meriah!
2) Taman Monumen, Taman Tamadun Islam
 
Salah satu tempat yang wajib singgah klu pegi KT. Taman Monumen ni terletak di Pulau Wan Man dan mengandungi replika-replika senibina Islam di seluruh dunia. untuk details nanti aku buat entry lain yer...
salah satu monumen kat sini - The Dome of Rock
(Kubah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin)

3) Taman Tamadun Islam River Cruise

selain Taman Monumen, kat Taman Tamadun Islam ni jugak ada river cruise. perjalanan naik cruise mengelilingi Pulau Duyong amik masa lebih kurang 45 minit. oh, kat sini jugak terletaknya Masjid Kristal yang cantik tu..

4) Keropok Lekor Bukit Tok Beng (BTB)

ni ler kedai kepok lekor yang femes tuh. kepok paling sedap kat ganu katanya... kedai ni terletak di Kg. Bukit Tok Beng yer. terbukti memang sedap. kena dengan tekak aku.

5) Pasar Payang Kuala Terengganu

yang kaki soping mesti suke datang tempat ni specially mak-mak kite... huhuhu.. habis semua nak diborongnya... macam² jenis makanan mak aku beli. haih. aku tak beli pape pon. cuci mata jer.. panas la kat dalam nih. telur penyu - ape rasa ek??

6) Pantai Teluk Ketapang

Terengganu ni banyak pantai tapi banyak yang tak boleh mandi. huhuhu... takat bergambo je ler kat sini. huhuhu...

7) Ikan Celup Tepung ICT, Pantai Teluk Ketapang

dah alang² sampai Pantai Teluk Ketapang, jom pekena ikan celup tepung yang femes emes tuh... ada banyak kedai ict kat sini.. ada ikan, ketam, udang, sotong, cendawan.. mabelesss...

8) Air Buah Gelas Besar Terengganu

kedai ni terletak di Seberang Takir.
.
gelas die memang besar gabak hokey. aku share air ngan mak. itu pun jenuh nak abiskan. gelas besar ni harga RM3.50 sajok. murah giless... dah la sedap.pekat.pior punya.

9) I-City Pulau Warisan
.

kat Ganu pon ada I-city hokey. tapi takde la semeriah kat Shah Alam tu.. boleh la nak lepak memalam amik angin laut.

10) Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

singgah sini untuk solat isyak.

11) Selly Seafood Kuala Ibai

aku rasa tempat makan ni agak femes kat sini.. orang yang datang makan omakkaii.. ramai giless... nasib la lakiku booking siap². sampai jer, tunggu kejab makanan pun sampai. sos ikan bakar die style sekinchan skit... tak guna air asam tuh...

seingat aku itu je la kot tempat² yang aku sempat singgah masa pegi KT baru nih.. ada lagi tempat menarik tapi tak tersinggah la wei.... huhuhu... korang google la ek klu nak tau ape yang best lagi kat KT nih.


Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 30 May 2013 07:36 PM PDT

 

Salam.

 

Kepada anda diluar sana yang belum baca lagi part satu entri ini sila baca dulu ok. Hari ke-2 kami di Pulau Bidong sangat ohsem. Ada aktiviti memancing di laut dalam dan aktiviti jungle trekking dan lawatan ke tapak penempatan warga Vietnam yang pernah menetap di situ beberapa tahun lalu. Seriously aku baru tahu Pulau Bidong mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau Bidong pernah menjadi penempatan warga Vietnam.Sampai sekarang ada lagi peninggalan mereka macam kubur, tapak bangunan dan patung.

 

kaki pancing

Aku nak tahu tak masa aktiviti memancing tu aku mabuk laut. haha gelakkan diri sendiri. Sah-sah la ikan pun tak dapat. Firstime aku join aktiviti macamnie beb. Mula-mula memang ilek-ilek lagi memancing dengan seronok sekali. Then mula la aku rasa pening dan loya. Nak muntah pun ada. Aku bagi pancing aku dekat orang lain. Aku baring terus atas kapal. kahkah. =p

 

Tengok gambar kat atas seronok Amir dapat ikan. Sekali dapat bukan seekor tapi dua ekor kau. Aku paling kagum dengan Aslina la sebab dia dapat ikan kemain banyak. Ada la dalam 5 ekor kalau tak salah kan Aslina ? Aku tak tahu la Aslina tu pakai umpan apa. Papepun, aktiviti memancing akan jadi lagi seronok kalau aku tak mabuk laut then dapat ikan 10 ekor. heh.

 

Lepas dapat ikan 15 ekor, masa memancing pun dah tamat. Kitorang dibawa ke melawat tapak peninggalan warga Vietnam yang pernah menetap di Pulau Bidong berpuluh-puluh tahun yang lepas. Masa tu aku belum lagi dilahirkan. Kau nak tahu cerita disebalik penempatan warga Vietnam nie kau tanya Amir. Story yang dia buat pasal Penempatan Vietnam masuk paper haritu. Kemain eksaited lagi dia.

 

Pulau Bidong

Hutan belakang kitorang itulah tapak penempatan warga Vietnam. Korang nampak tak mercu tanda tinggi belakang kitorang tu yang sebelah kanan ? Haa, itulah antara binaan diorang yang masih teguh sehingga sekarang. Aku ada bergambar dekat situ tapi Amir tak kasi pun gambar tu dekat aku. Biasalah aku pakai kamera ehsan orang je. Takde kamera sendiri. Kakak paling kanan dalam gambar diatas merupakan kakak angkat Aslina dan Amir. Cantik angat kakak angkat korang. aherher.

Pulau Bidong

 

Kalau korang nak tahu, pasir dekat gambar bawah nie halus gila. Semangat aku turun bawah semata-mata nak pergi sentuh pasir halus itu. Pantai dia pun sangat CANTIK. Air jernih bukan main lagi. ALLAHUAKHBAR !  Dapat snorkeling sini memang best nie. aha.

Pulau Bidong

Jungle trekking kat Pulau Bidong nie boleh tahan letih dia. Tempat kitorang berhenti masa jungle trekking yang ada pokok menjalar besar macam buai tu sangat unik. Aslina dengan Amir siap bergambar lagi situ. Tapi gambar tu takde. Sedeh kan. Semua gambar takde nak tunjuk dekat korang. Pasnie kalau nak pergi program wajib bawak kamera sendiri. =p

 

Pulau Bidong

Bersama geng media prima Kuala Lumpur dan Bernama Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang ke jeti Marang. Korang sangat sporting. Kenal 2 hari pun dah boleh bergurau macam kenal 2 tahun tau. Siap janji nak belanja aku lagi tu kalau aku pergi Kuala Lumpur kan Raffi. Harap Raffi baca blog aku lol. Biasalah sporting. Nama pun orang media kan. =p

 

Harap tahun depan boleh join lagi program nie. Dengar kata setiap tahun diadakan program camnie dekat Pulau Bidong sana. Terima kasih urusetia program yang cantik kacak bergaya tu sebab incharge kitorang sepanjang program.

 

Aslina suka sangat dengan abang urusetia yang pakai t-shirt 7 dalam gambar bawah ini. Kan Aslina ? Haha. Tahniah buat Nik yang dah habis praktikal di Bernama. Semoga cepat-cepat dapat kerja. Panjang umur kita jumpa lagi.

Pulau Bidong

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


MENTERI BESAR TERENGGANU KEKAL <b>DI</b> DUN <b>KIJAL</b> : SENARAI <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 02:57 AM PDT


Alhamdulillah lebh kurang jam 4.00 petang sebentar tadi Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan senarai calon bagi parlimen dan dun dalam negeri terengganu
Dari 40 orang calon (8 Parlimen 32 Dun), seramai 18 orang muka baru telah ditampilkan.
Gandingan baru dan lama ini diharapkan dapat memantapkan lagi Barisan Nasional di Negeri Terengganu.
Dalam ucapan awalnya, Dato Ahmad Said telah memohon agar semua yang telah tercalon bekerja lebih kuat demi terus memenangi bumi Terengganu Darul Iman. 
Berlaku beberapa perubahan seperti calon sebelum ini tidak bertanding dalam PRU yang lalu kembali membuat "come back". Ada pula yang pernah bertanding di peringkat dun telah dinaikkan pangkat dan bertanding di peringkat parlimen.
Berikut adalah senarai penuh calon-calon negeri Terengganu.

P033 - BESUT - DATO' SERI IDRIS JUSOH
N01- KUALA BESUT - ABD. RAHMAN MOKHTAR
N02- KOTA PUTERA - MAHADI MUSA
N03- JERTEH - MUHAMAD PEHEMI YUSOF
N04- HULU BESUT - NAWI MOHD

P034 - SETIU - DATUK MOHD ZULKIFLI
N05- JABI - ISKANDAR JAAFAR
N06- PERMAISURI - DATUK MOHD JIDIN BIN SHAFIE
N07- LANGKAP - SABRI MOHD NOR
N08- BATU RAKIT- BAZLAN ABDUL RAHMAN

P035- KUALA NERUS - DATUK MOHD NASIR IBRAHIM FIKRI


N09- TEPOH - RAMLI NUH
N10- TELUK PASU - DATO' ABDUL RAHIN MOHD SAID
N11- SEBERANG TAKIR - DATO' AHMAD RAZIF ABD. RAHMAN
N12- BUKIT TUNGGAL - ISMAIL NIK
P036- KUALA TERENGGANU - ZUBER EMBONG
 
N13- WAKAF MEMPELAM - WAN MAHYUDIN WAN NGAH
N14- BANDAR - DATO' TOH CHIN YAW
N15- LADANG - DATO' WAN AHMAD FARID WAN SALLEH
N16- BATU BURUK - DATUK CHE MAT JUSOH

P037- MARANG- DATO' HAJI YAHYA KHATIB MOHAMAD
N17- ALOR LIMBAT - HAJI ALIAS ABDULLAH
N18- BUKIT PAYONG - ZAIDI MUDA
N19- RHU RENDANG - NIK DIR NIK WAN KU
N20- PENGKALAN BERANGAN - A. LATIF AWANG

P038- HULU TERENGGANU - DATO' JAILANI JOHARI
N21- TELEMONG - ROZI MAMAT
N22- MANIR - YUSOF AWANG HITAM
N23- KUALA BERANG - TENGKU PUTERA TENGKU AWANG
N24- AJIL- RAZALI BIN TAIB

P039- DUNGUN - DATO' ROSLI MAT HASSAN
N25- BUKIT BESI - ROSLI BIN DAUD
N26- RANTAU ABANG - ZAABAR MOHD ADIB
N27- SURA - ZAKARIA BIN ALI
N28- PAKA - MATULIDI BIN JUSOH

P040- KEMAMAN - DATO' SERI AHMAD SHABERY CHEEK
N29- KEMASIK - ROSLI BIN OTHMAN
N30- KIJAL - DATO' SERI AHMAD BIN SAID
N31- CUKAI - WAN AHMAD NIZAM
N32- AIR PUTEH - WAN ABDUL HAKIM WAN MOKHTAR

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


PAS bersedia <b>di Kuala Besut</b> – Mustafa — HarakahDaily

Posted: 26 Jun 2013 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS bersedia menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut ekoran kematian wakil rakyatnya, Dr A Rahman Mokhtar, pagi tadi akibat sakit kanser paru-paru.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) bagaimanapun berkata PAS menantikan keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan butiran lanjut perjalanan PRK itu.

"Seperti yang sedia maklum, akan ada PRK apabila berlaku kematian. PAS bersedia menghadapinya, dan menunggu pengumuman rasmi SPR tentang tarikh-tarikh penting, sebelum membuat sebarang keputusan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Katanya, selepas SPR memgumumkan tarikh rasmi bagi PRK itu, PAS akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci berkaitannya.

Allahyarham yang juga Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

HDO


ads