Khamis, 3 Januari 2013

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


Syazwan Che Deraman

Posted: 28 Oct 2011 11:51 PM PDT

Entah, untuk entry kali ni, tak tahu nak letak tajuk apa, niat di hati nak je letak tajuk random, tapi 2 hari lepas dah guna tajuk tu, apa kata try letak nama sendiri, agak agak nama yang bermaksud Haruman Kasturi ni boleh dikomersialkan tak?..ehh, poyo je, tapi hang jangan main-main, nama aku ni di ranking ke dua google search selepas Syazwan Zulkifly Juvana, bos jahat sentiasa berada di number satu, number dua, mestila yang bertambak baik, ye dak?..ahakss!..by the way, segan plak aku bila buat entry Touha tu, nanti ada yang cakap, Alaaa, nak show off awek leteww, ehh, mana ada, guwa rindu la.tak geli kan?...By the way ( by the way lagi ) plan hari ni nak bertentang mata, ( ececececeh ayat, bertentang mata giteww ), tapi orang rumah tak sihat, sempat sembang sembang ngan mak dia je. Anyway, tengah hari ni bertambah sihat, Alhamdulillah..aku ada belikan buah dan kerepek kesukaan dia..dia suka!.
Hari ni dah nak balik crew resident, adeehh, malasnya nak tinggalkan rumah. Untuk sortie esok, aku tak pasti lagi sama ada aku fly ke tak, aku nak fly!..sekarang ni monsoon nak datang, cuaca sekarang dah tak menentu, bila pagi je, hujan, sebelah petang mendung, kadang kadang panas, pastu tetiba je hujan, macam hari tu, masa nak start airraft, panas je, bila dah start, tetiba je hujan lebat, terpaksa shut down engine..
Total flying hours aku sekarang ni, 135 jam, lagi sepuluh jam nak habiskan single engine, menjadikan total 145jam..10 jam?..lagi 2 minggu tu, kalau pecut, seminggu dah boleh habiskan, tapi makin dekat nak habis, makin risau dengan test, aku jeles dengan kawan aku, dorang test ngan instructor yang  baik, tak pressure sangat, tapi aku ni, berkemungkinan test dengan instrutor yang paling garang..adeehhh, malasnya, risau pun ada..Harap semuanya akan ok la kan?..Lepas dah habiskan single engine, aku akan proceed with simulator training, total hours untuk simulator is 30 hours, menjadikan total 175hours, lagi 25 jam untuk twin engine, insyaAllah, awal tahun depan, atau paling lewat, March tahun depan, akan habiskan total 200 jam..Aku harap sangat tahun depan aku dah dapat kerja..
By the way, tadi kan, ada Sukhoi training, tak silap aku, mereka performing Pogachev Cobra dan Barrel Roll, perhhh, mantap gila dorang ni, macam mana la dengan G force yang dorang rasa, mesti kuat kan?..Anyway, aku tak da sangat idea nak taip entry ni, tapi tetiba jadi panjang je entry, tangan aku ni, gatal sangat, orang cakap, kalo gatal tangan kanan, nak dapat duit, kalo gatal tangan kiri, nak dapat penampor, tapi aku ni, dua dua tangan gatal, yang pastinya, bila nak balik crew resident, abah aku nak bagi duit nanti, tapi sape plak yang nak bagi penampor ni..jangan!!.

rumoh ambo di area Gong Kedak, ado ore Gong Kedak tak sini?.
Have a good day.
Assalamualaikum.
.

Syazwan Che Deraman: Kenapa Kau Tak Update Blog ? ? : <b>Gong</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2011 04:12 AM PDT



Di dalam kokpit CN-235.
Apa yang tetamu kena buat bila datang
, cium bontot Sukhoi



Tak ada sape boleh kacau aku!!..
aku ada guard dan dayang-dayang yang cantik ;).
hehehe..


Aermerchhi, to train fighter pilot ;)

Kami suka Sukhoi.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Tunas Islam: Iftar PASTI <b>Jerangau</b> & Sumbangan Fakir Miskin

Posted: 15 Nov 2012 03:11 AM PST

12 Ogos 2012 - PASTI Jerangau, Bukit Besi

Iftar PASTI Jerangau pada tahun ini dilaksanakan di PASTI baru Jerangau. Tazkirah diberikan oleh Ustaz Nordin Osman daripada Lajnah Taribyah PAS Kawasan Dungun.

Sumbangan kepada anak-anak setempat yang fakir dan miskin juga diberikan oleh pengurusan PASTI Cawangan bersama sumbangan daripada PASTI Kawasan.

Teruskan usaha murni ini. Takbir ! Takbir !

 Ustaz Nordin Osman memberi takzirah

 Jawatankuasa PASTI Cawangan bersama masyarakat setempat Qaryah Felda Jerangau

Sumbangan kepada anak-anak tunas Islam

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Banjir <b>di Terengganu</b> : 21 Ribu Pelajar Sekolah Terkandas.

Posted: 01 Jan 2013 02:41 AM PST

alt

 

KUALA TERENGGANU 1 Jan. - Sebanyak 31 buah sekolah di Terengganu tidak dapat memulakan penggal baharu sesi persekolahan yang bermula hari ini yang menjejaskan 12 ribu pelajar akibat banjir gelombang kedua yang melanda negeri ini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata daripada 31 buah sekolah yang terlibat, 23 buah adalah sekolah rendah dan lapan sekolah menengah.

Beliau berkata daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbanyak membabitkan 13 buah sekolah diikuti daerah Besut sebanyak 12 buah dan masing-masing tiga buah sekolah di Kemaman dan Setiu.

Katanya sebab sekolah berkenaan ditutup ialah sama ada dinaiki air, menjadi pusat pemindahan sementara, masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan terputus hubungan.

Beliau berkata sekolah yang dinaiki air ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Periok, SK Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang, kesemuanya di Hulu Terengganu.

"Lain-lain sekolah iaitu SK Pasir Akar, SK Tok Raja, SK Bukit Jerok, SK Alor Keladi, SK Kampung Nangka, SK Tok Dor dan SK Keruak di daerah Besut," katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar baharu di SK Tok Jembal di sini sempena pembukaan penggal persekolahan 2013 hari ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Pelajaran Hashim Mohd Zin.

Katanya sekolah yang masih menjadi pusat pemindahan sementara ialah SK Anak Ikan di Setiu, SK Seri Payong dan SK Tenang di Besut.

Beliau berkata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mentok di Kemaman ditutup bagi proses pembersihan setelah menjadi pusat pemindahan banjir sebelum ini.

Sekolah yang terputus hubungan di Hulu Terengganu ialah SK Kuar, SK Felda Tersat, SK Bukit Taduk, SK Matang, SK Tengkawang, SMK Menerong, SMK Matang dan SMK Jenerih, di Kemaman ialah SK Padang Kubu, SK RKT Seberang Tayor, di Setiu ialah SK Pak Ba dan SK Sungai Las manakala di Besut ialah SMK Bukit Payong dan SMK Putera.

"Sehingga ini kita tidak tahu sampai bila sekolah-sekolah berkenaan akan dibuka kerana ia bergantung keadaan banjir yang melanda. Kita harap banjir gelombang kedua ini cepat surut.

"Mana-mana sekolah yang ditutup itu, ia akan buat penggantian pada hari Sabtu," katanya.

Katanya ibu bapa boleh menghubungi sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sekolah anak-anak mereka.

Sementara itu, Hashim berkata, seramai 19,878 murid telah mendaftar bagi memulakan Tahun Satu bagi 2013 di 350 buah sekolah di seluruh negeri. Foto : Terengganu Today
 

3 Sekolah <b>Di Hulu Terengganu</b> Belum Dibuka - Ahmad Razif

Posted: 02 Jan 2013 03:41 PM PST

Sebanyak 27 daripada 30 buah sekolah yang tidak dapat memulakan hari pertama sesi persekolahan 2013 kelmarin ekoran banjir di negeri ini mula dibuka semula semalam.

Tiga buah sekolah lagi iaitu Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan dan SK Bukit Tadok di Hulu Terengganu belum boleh dibuka kerana sekolah berkenaan masih digenangi air.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman memberitahu, cuaca yang semakin baik membolehkan sebahagian besar sekolah yang terbabit banjir dibenarkan dibuka semalam.

"Cuaca hari ini (semalam) dilihat semakin baik dan saya harap semua sekolah berkenaan dapat dibuka semula esok (hari ini)," katanya ketika membuat lawatan di SK Wakaf Mempelam dekat Kuala Terengganu semalam.

Kelmarin, 30 buah sekolah melibatkan 12,000 pelajar di Terengganu tidak dapat memulakan penggal baharu persekolahan ekoran banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu.

Menurut Razif, ibu bapa boleh menghubungi sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sekolah anak-anak mereka.

Sementara itu, Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara memaklumkan sehingga pukul 9 malam tadi hanya 41 mangsa masih ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Daripada jumlah itu, 20 mangsa ditempatkan di Dewan Sivik, Batu 24, Hulu Terengganu manakala 21 mangsa lagi ditempatkan di pusat pemindahan di Setiu

Kosmo!

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Musim Tengkujuh <b>di Kuala Terengganu</b> | ! Bukan Sekadar Rupa

Posted: 23 Dec 2012 01:23 AM PST

 

Assalamualaikum.

 

Harini nak tulis entri panjang. Lama dah tak tulis panjang-panjang. Busy punya pasal. Korang baca tau sampai habis. kahkah.

 

Aku dapat info dari orang kampung, sekarang kat kampung selalu hujan. Boleh dikatakan setiap hari hujan. Biasa la musim tengkujuh kan.

 

IMG-20121223-WA000

 

Gambar diatas sekitar pukul 11-12 tengahari. Ada budak kampung kasi kat aku. Langit gelap gelita. Memang lebat gila la hujan time nie katanya. Takde apa yang aku fikir bila kat kampung hujan lebat camnie melainkan banjir.

 

Banjir Motif ejaan Terengganu jadi Terenggani.

 

Dungun dah banjir. Kuala Terengganu aku rasa tak banjir lagi. Kalau banjir pun aku tak bimbang sangat sebab kawasan rumah aku kalau banjir tak pernah air naik atas rumah. Paling teruk pun jalan masuk ke rumah dinaiki air paras betis. Then air naik sampai 2 3 anak tangga sahaja. Masalah sekarang nie cuma masalah kami nak kena alih kenderaan depan jalan besar jela. Ni yang aku tak sabar nak balik kampung nak tengok air banjir nie. kahkah.

 

Suka la pusing-pusing kampung orang tengok banjir.Tapi yang paling aku suka bila musim banjir kat kampung aku adalah

 

  • Makan ubi rebus dengan air kopi sambil tengok budak-budak main air banjir. Belakang rumah kami ada ubi kayu. Kitorang memang dah tanam siap-siap lagi ubi kayu tu untuk stok musim banjir. Bila musim hujan nie mulalah perut lapar nak makan je. So, time nilah ubi kayu sangat berjasa. Pergi belakang rumah cangkul ubi kayu then rebus makan bersama air kopi dengan family dekat luar rumah. Seronok. Sambil makan sambil gosip.

 

  • Makan ikan darat. Biasa makan ikan laut je. Tapi bila musim banjir boleh makan ikan darat. Ikan haruan gulai fevret aku kot. Apatah lagi belut yang dipanggang garing-garing memang sedap. Biasa aku tak ambik port pun tangkap ikan darat ini. Abang aku yang suka tangkap. AKu suka makan. Kadang aku yang sembelih. Aku suka sembelih belut. Ambil pisau tajam pastu kerat 10. Siap. kahkah. Keli aku gerun sikit nak sembelih pasal ada sengat.

 

ikan daratAku download kat facebook abang aku.

 

  • Main rakit buluh @ rakit batang pisang. Zaman muda-muda haritu banjir je terus pergi belakang rumah cari buluh dengan batang pisang nak buat rakit. Selagi tak siap rakit, selagi tu tak naik atas rumah. Padahal banjir depan rumah tu paras dada je pun. Bukan main nak buat rakit bagai kan. Suka hati kita la. !! kahkah.

 

Rasa macam sekarang nie jugak nak balik kampung. Nak mengharung air banjir and nak buat benda yang aku sebut kat atas.

 

yang ikhlas,
- anak kampung_

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Susu Kambing HiGOAT POWER!: PAKEJ KEAHLIAN BARU (RM60 <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2013 07:13 AM PST

KEPADA : HRC, STOKIS & AHLI
DARIPADA : HR MARKETING SDN BHD
RUJUKAN : HRM/MKTG/1212-01
PERKARA : PAKEJ KEAHLIAN BARU (RM60)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pihak syarikat telah mengeluarkan pakej keahlian yang baru.
Pendaftaran keahlian baru untuk promosi ini adalah bermula pada 1 Januari 2013.
Butiran pakej adalah seperti berikut:
OM2013-X Pakej Keahlian Power X
OM2013-Y Pakej Keahlian Super Y
60.00 SM / 70.00 SS 15 PV
HRC boleh mendapatkan stok pakej keahlian di atas dengan membuat bundle product set.
HRC perlu mempunyai stok setiap produk di dalam pakej yang berkaitan sebelum membuat bundle.
Stokis boleh membuat belian stok pakej keahlian di HRC yang berhampiran.
HRC dan stokis akan mendapat insentif sebanyak RM5 bagi setiap pendaftaran ahli baru dengan pakej
Sila rujuk lampiran untuk butiran produk yang terdapat di dalam setiap pakej.
Stokis Hotline: 013-3634262

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Banjir <b>di Kemaman</b> - K*A*M*I

Posted: 29 Dec 2012 09:02 PM PST

Alhamdulillah hari ni dapat datang kerja seperti biasa...itu pun kami pinjam motor jiran...kereta masih lagi xberapa nak sihat untuk berkhidmat macam biasa...xpe la, sikit jer ujian ini berbanding orang lain...bercerita pasal naik motor pagi td, rasa macam takutnya naik motor dicelah2 traffic jammed tu...ye lah since sy mengandungkan alya, mmg xnaik motor langsung dh lepas tu..almost 3years ++ dah kan...rasa macam gayat sangat..
seperti yang semua telah sedia maklum, kemaman banjir besar tahun ni...saya pun 1st time alami situasi banjir mcm ni since dari kecil rumah saya kat kg memang tak pernah banjir...on the day kemaman jadi lautan was on wednesday...pagi waktu saya pergi kerja air masih xnaik lagi kecuali rumah2 yang berada di kawasan rendah...around 10am, one of my officemate called me suruh balik sebab air dh naik ke jalan raya..dia khuatir saya xdapat balik rumah petang tu..tapi since on that day xhujan, sy xbalik la..pada perkiraan saya, air xkan naik lagi dah sebab dh xhujan...tapi sekitar jam 3 keatas ramai yg update kat fb ckp jalan air putih ditutup...hoho..masa tu memang cuak dah...

balik kerja, amik alya kat taska, then terus menghala ke rumah...sampai dekat traffic light menghala ke bukit mentok, air dh penuh kat situ...mula2 ingatkan air kat situ jer, redah la air tu...huhu...nasib baik la kereta xmati kat tengah2  air tu...sampai kat tempat xde air, terus kepala lutut ni menggigil...memang xberani dah nak ke depan sebab kat depan tu ada air lagi...org kata lagi dalam...huhu...now sy stuck kat tengah2..depan belakang saya ada air...nak patah balik memang xberani

masa tu cuba call polis minta bantuan, then diorg pun ada bg respon call me back 2-3 kali ckp akan hantar bantuan...tapi sampai ke malam xde sapa yang datang...ok, sy faham sebab ad org lain lagi yang lebih teruk dr saya..saya sabar..tapi bila dh dekat jam 10 mlm hanya sy ngan alya kat tepi jalan tu, takut juga kan..call polis lagi minta bantuan, tapi kali ni diorg dh penat kot...mcm2 alasan yang di beri..ok cuba tenangkan diri, fikir positive..masa tu nekad tunggu je lah baba alya sampai (baba alya is on the way back)...

time tu ad jugak msg2 ngan budak workshop yg agak rapat dengan saya bgtau sy stuck kat tgh2 jalan, xboleh balik...dekat jam 11 mlm, dia (madie) call sy bgtau kejap lagi bomba datang rescue me...tapi kene tunggu kejap sbb diorg tengah punggah barang kat bukit mentok...alhamdulillah, nasib baik madie ada..dia bagitau adik ipar dia yg keje bomba dtg amik saya...alhamdulillah Allah tolong saya melalui madie dan adik dia ;)
Dekat jam 12mlm, satu truck bomba berhenti kat tepi kereta saya...dan buat pertama kalinya saya naik truck bomba...hehe...hati berbunga riang...terima kasih kepada abg bomba sebab sudi hantar saya balik rumah ;)
alhamdulillah walaupun jalan menuju ke rumah kami dan kawasan sekitarnya ditenggelami banjir, rumah kami  xbanjir...syukur sangat2...cuma kereta kami jer yang rosak...hari khamis malam tu baba alya pergi amik kereta kat tepi jalan...masa tu air kat jalan raya dah surut, cuma xsepnuhnya surut...kereta lain molek2 ada jer redah air, tapi mungkin bukan rezeki kami, kereta kami mati time tengah redah air tu...menurut mekanik yang repair kereta kami tu, kereta kami rosak bukan sebab masuk dlm air, mungkin itu hanya lah asbabnya...dah memang nak rosak, tunggu masa dan ketikanya saja... 
ini hanya gambaran banjir menghala ke rumah saya...difahamkan bandar kemaman pun tenggelam banjir jugak (bank islam & pasaraya nirwana), area bukit mentok dan pengkalan pandan memang tenggelam habis, kawasan binjai pun sama...air terlalu cepat naik, banyak harta benda xdapat diselamatkan...semoga semua mangsa banjir tabah dan redha di atas ujian ini...

UPDATE:
untuk lebih banyak gambar boleh tengok kat sini dan sini yer...
gambar yg sy ad ni hanya gambar dlm perjalanan nak kerumah sy je...
berita malam tadi beri amaran akan ada gelombang ke-2...na'uzubillah

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh <b>Di Jabor</b> | Blog Berita Online

Posted: 26 Dec 2012 03:04 AM PST

Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi Bernama berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

Incoming search terms:

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan kosong 2012 <b>di</b> Lembaga Muzium <b>Negeri Terengganu</b>

Posted: 19 Nov 2012 05:22 AM PST

Jawatan kosong 2012 di Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Jawatan kosong 2012: Muzium Terengganu telah dirasmikan pada 20 April 1996 bersamaan 2 Zulhijjah 1416 oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu. Meliputi kawasan seluas 27 hektar, kompleks ini mempunyai keluasan lantai keseluruhan berjumlah 75,075 meter persegi. Terdiri dari 4 blok bangunan Muzium Utama, kompleks ini juga mempunyai Muzium Maritim, 5 buah rumah tradisional serta kawasan lanskap. Antara galeri yang terdapat di bangunan utama ialah Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri DiRaja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum, Galeri Ilmu Kejadian. Di Muzium Maritim pula terdapat 2 galeri iaitu Galeri Perikanan & Taman Laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut :-

A. JAWATAN-JAWATAN KOSONG :

JAWATAN 1 : PEMBANTU MUZIUM
( 2 kekosongan )

Jabatan : Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial

JAWATAN 2 : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
( 1 kekosongan )

Jabatan : Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan

JAWATAN 3 : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
( 1 kekosongan )

Jabatan : Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Klasifikasi : Perkhidmatan Kewangan

JAWATAN 4 : PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR
( 1 kekosongan ) – LELAKI SAHAJA

Jabatan : Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Klasifikasi : PerkhidmatanMahir/SeparuhMahir/Tidak Mahir

PERMOHONAN :

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang LMN.TR.1 dengan percuma yang boleh didapati di Lembaga Muzium Negeri Terengganu ( Bahagian Pentadbiran Dan Perkhidmatan), Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu.
2. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-

PENGARAH
LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU
BUKIT LOSONG
20566 KUALA TERENGGANU
U.P. : PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN

B. Tarikh Tutup Permohonan : 21 NOVEMBER 2012

C. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
i) Gambar berukuran pasport (warna)
ii) Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan yang disahkan
iii) Salinan sijil kelulusan pelajaran yang berkaitan dan disahkan
iv) Salinan kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Terengganu yang disahkan.

CATATAN :-

1. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak;

2. Pemohon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga

3. Bagi calon-calon Pegawai Sedang Berkhidmat, kegagalan mengemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan menyebabkan calon tidak dipanggil temuduga.

4. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan di atas ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

5. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif dalam kegiatan masyarakat dan sukan.

6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap TIDAK BERJAYA.

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

from your own site.

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Jaguh-jaguh Silat SK <b>Bukit Besi</b> ~ SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 04:08 AM PST

Seiring dengan sekolah yang beperwatakan silat, ramai jaguh-jaguh silat berjaya dilahirkan di Sk Bukit Besi, sehingga ade yang ke peringkat kebangsaan. Di bawah bimbingan guru silat merangkap guru kaunseling, hampir setiap tahun melahirkan wakil ke pertandingan peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan










ads