13 di marang - Google Blog Search |
SU Agung Pas 'rasa' Hadi Tanding <b>Di Marang</b> | Detik Perubahan Posted: 03 Nov 2012 04:42 AM PDT
"Saya rasa beliau tetap (tanding) di Marang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Mustafa diminta mengulas laporan Sinar Harian semalam yang memetik kenyataan Abdul Hadi pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu semalam. "Setakat ini kita tidak ada bincang. Mungkin dia cuma tunjuk kesediaan beliau yang patuh kepada keputusan parti," kata Mustafa. "Mesej di situ ialah semua orang termasuk dia terpaksa patuh kepada parti," tambah beliau. Abdul Hadi, bekas Menteri Besar Terengganu, menyandang kerusi Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang. Beliau menang kedua-dua kerusi itu sejak 1990. Abdul Hadi semalam menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada PRU13 jika parti memberikannya laluan itu. Kerusi Parlimen Pekan merupakan kubu kuat Umno-Barisan Nasional yang disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 1976. Najib, anak jati Kuala Lipis Pahang, ditentang oleh calon PKR, Khairul Anuar Ahmad Zainudin pada 2008. Baru-baru ini, Pas Pahang dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mengambil semula kerusi yang "dipinjamkan" kepada PKR sekiranya mempunyai calon yang baik untuk menentang Najib.- Sinar Harian |
RAKYAT MARHAEN: Hadi sesuai kekal tanding <b>di Marang</b> Posted: 03 Nov 2012 07:02 PM PDT Harun berkata, apa dinyatakan Abdul Hadi itu menunjukkan dia akur bertanding mana-mana tempat diputuskan parti, namun beliau tidak terfikir Abdul Hadi akan bertanding di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Bagaimanapun, beliau memberitahu tidak mengetahui maklumat sebenar mengenai perkara itu dan belum berjumpa Abdul Hadi untuk dapatkan kesahihannya. Harun berkata, Pas sudah tentu akan beri kerusi 'sesuai dan munasabah' kepada Abdul Hadi. Mengulas lanjut Harun berkata, hanya kerusi Parlimen Marang dilihat sesuai untuk Abdul Hadi. "Buat masa ini (Abdul Hadi sesuai) di Parlimen Marang, bukan Maran," katanya. |
You are subscribed to email updates from di marang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |