Sabtu, 3 November 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Bagai mati hidup semula | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 17 Oct 2012 07:40 PM PDT

KEMAMAN, 18 Okt. – "Saya rasa bagai mati hidup semula," kata pemandu lori simen, R Kandasamy, 39, yang terselamat walaupun kenderaan berat yang dipandunya terjunam ke dalam cerun dalam nahas di Kilometer 135 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Ladang Sawit Reezan, pagi semalam.

Keadaan lori yang dipandu Kandasamy yang terjunam ke dalam cerun selepas bergesel dengan Proton Wira di Jalan Jerangau-Jabor semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, lori simen yang dipandunya bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira, dipandu seorang guru berusia 27 tahun mengakibatkan lorinya yang gagal dikawal terjunam ke dalam cerun sebelah kiri jalan sementara kereta berkenaan terjunam ke dalam cerun di sebelah kanan.

Bagaimanapun, Kandasamy tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi pemandu kereta yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Sekolah Kebangsaan (SK) Cerul itu mengalami patah paha dan dikejarkan ke Hospital Kemaman sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Kandasamy berkata, dia hanya terbayang akan menemui ajal ketika lorinya 'terbang' ke dalam cerun selepas melanggar tiang elektrik di tepi jalan sebaik sahaja bergesel dengan kereta berkenaan.

Katanya, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Bandar Seri Bandi untuk menghantar muatan simen sebelum membunyikan hon beberapa kali kerana kereta dalam jarak kira-kira 20 meter di depannya beberapa kali masuk ke laluannya.

"Bila saya hon, kereta itu kembali masuk ke laluannya tetapi apabila kenderaan kami saling menghampiri kereta itu kembali masuk ke laluan saya menyebabkan kenderaan kami bergesel," katanya yang kelihatan masih terkejut dengan tragedi yang nyaris meragut nyawanya itu.

Sejurus itu, kereta berkenaan merempuh sebatang tiang elektrik konkrit di tepi jalan menyebabkan tiang tersebut tumbang dan bahagian belakang kereta membentuk lekukan bulat serta remuk teruk sebelum jatuh ke dalam cerun.

Menurut Kandasamy yang juga bapa kepada tiga anak dan menetap di Kuantan, kemalangan itu adalah nahas pertama kali dialaminya sepanjang enam tahun bekerja sebagai pemandu lori.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

jom lawat klate...: Kota Bharu,Kota Budaya

Posted: 27 Oct 2012 09:05 AM PDT

Apa yangt anda faham dengan ungkapan Kota Bharu,Kota Budaya?Sama-sama kita ikuti sorotan mengenai negeri Cik Siti Wan Kembang ini.Kota Bharu merupakan  ibu negeri Kelantan. Bandar ini mula dibuka pada sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2010 ialah 491,237 orang, menjadikannya bandar terbesar di pantai timur Semenanjung. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Jabor, Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 12 ke Kuala Berang dan Kuala Terengganu dan menuju ke Kota Bharu atau Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang Pulai yang melalui Cameroon Highland menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.
Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.
Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.
  • Masjid Sultan Ismail.
  • Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
  • Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).
 Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Bharu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads