Ahad, 20 Mei 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Rabbani tunaikan hajat Asri | AmeenTv News

Posted: 25 Apr 2012 08:22 PM PDT

Rabbani tunaikan hajat Asri FAIZAL | SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my

http://fenomenasyid.blogspot.com/2010/01/konsert-percuma-bakal-menemui-anda.html

SEWAKTU hayatnya, sebelum Ustaz Asri dijemput Ilahi pada tanggal 13 Ogos 2009, beliau sempat menghadiri mesyuarat dengan pihak penaja Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM).

Dalam perbincangan, Ustaz Asri meluahkan pandangan agar Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah diadakan di lokasi terbuka tanpa mengenakan bayaran kepada pengunjung yang hadir.

Demi menunaikan hajat tersebut, Rabbani yang kini masih gigih bergerak mengambil keputusan untuk mengadakan konsert siri ketiga ini di lapangan terbuka di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.

"Kami memilih Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu semata-mahu mahu menunaikan hasrat Ustaz Asri selain menampilkan kelainan berbanding konsert lalu.

"Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah kali ini menampilkan pengisian menjurus perjuangan. Di tengah-tengah persembahan, kami akan selitkan penghargaan kepada Rasul, para sahabat, individu alim ulama termasuk Ustaz Asri.

"Ia juga memperlihatkan tema edutainment yang menggabungkan unsur-unsur pendidikan dan mesej positif dalam hiburan menerusi alunan nasyid, qasidah, drama pendek dan anekdot tazkirah," beritahu Azadan Abdul Aziz atau Azadan pada sidang media Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah di ibu negara Selasa lalu.

Konsert anjuran Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. berkonsepkan kerohanian itu turut melibatkan penyanyi popular tanah air antaranya ialah Jamal Abdillah, Aishah, Yasin, Joe Flizzow, manakala Datuk Siti Nor Bahyah sebagai pelengkap kepada acara berskala besar tersebut.

Tambah Azadan, ia bukan sekadar menunaikan hajat Asri untuk mengadakan konsert di kawasan terbuka, sebaliknya mereka turut menunaikan hajat ketua yang disegani itu dengan menggantikan posisinya kepada salah seorang anggota kumpulan mereka sendiri iaitu Zulkiflee Azman.

Zulkiflee atau Zul kini mengepalai tugas Ustaz Asri sejak 20 Ogos 2009. Zul pula tidak dipilih secara rambang, tetapi ada cerita di sebalik pemilihan beliau.

Paling mengejutkan, ia juga 'dipersetujui' oleh Ustaz Asri yang terlebih dahulu memberi lampu hijau agar mencari orang baru menggantikan posisinya.

Menurut Azadan, Ustaz Asri seperti mengetahui dia bakal pergi buat selama-lamanya apabila berjenaka tentang Zul sebagai vokalis.

"Selalunya urusan persembahan saya sendiri yang buat. Tapi untuk memenuhi undangan menyanyi di majlis Malam Imbauan Rasul di Tawau, Sabah, Oktober lalu, Ustaz Asri yang beria-ria lakukan perbincangan.

"Bahkan, Ustaz Asri sempat berkata kepada promoter persembahan itu jika dia tidak dapat menyanyi kelak, Zul boleh gantikan tempatnya meskipun dia sedikit pemalu.

"Selepas Ustaz Asri meninggal dunia, promoter ini sendiri yang jelaskan kepada kami tentang perkara itu. Dengan itu, kami sebulat suara pilih Zul sebagai penyanyi utama kumpulan ini," jelasnya.

Ziarah pusara sebelum rakaman

Sedar atau tidak, Rabbani sudah merakamkan sebanyak 18 buah album sejak tahun 1997.

Muncul dengan naskhah terbaru, Rabbani yang mengangkat judul Mahabbah (Kasihilah, kamu akan dikasihi…) bagaimanapun memperlihatkan perbezaan nyata tanpa suara lunak Ustaz Asri berbanding sebelumnya.

"Sebelum buat rakaman lagu pada November lalu, kami akan sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Ustaz Asri. Namanya sentiasa membasahi bibir kami dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

"Kami juga berdepan pengalaman tersendiri untuk merakamkan lagu Kejora Sinar Zaman yang ditujukan kepada Ustaz Asri. Sepatutnya kami rekod lagu ini pukul 3 petang, tapi waktu itu kami rasa macam tidak boleh berbuat apa-apa.

"Lantaran itu, kami ambil keputusan untuk melawat pusara Ustaz Asri sambil membacakan surah Yasin kepadanya. Selepas itu kami mula bersemangat untuk meneruskan semula rakaman lagu ini.

"Alhamdulillah, proses rakaman untuk menghasilkan album ini berjaya disudahkan dalam tempoh sebulan saja tanpa mengalami masalah," jawabnya sambil memanjatkan kesyukaran.

Album Mahabbah juga menyelitkan sebuah lagu dendangan Ustaz Asri bergandingan dengan Mawi berjudul Inikah Petanda ciptaan Amaludin Syukri (KRU Publishing Sdn. Bhd.).

"Lagu ini tidak sempat dimasukkan dalam album sebelum ini. Kesempatan melahirkan album Mahabbah membuatkan kami sengaja memunculkan Inikah Petanda bagi mengubat kerinduan peminat terhadap Ustaz Asri," jelas Azadan yang mendapat tajaan PRM Global Vision Sdn. Bhd. untuk membikin album berkenaan.

Sumber : KOSMO !
BERITA @ FN

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Penjenayah Mati Ditembak | Kamaluddin's Blog

Posted: 20 May 2012 01:43 AM PDT

- May 20, 2012 16:43:08.

Seorang lelaki yang diburu polis kerana terbabit dalam pelbagai jenayah termasuk kes bunuh di Taman Melawati, ibu negara baru-baru ini, mati ditembak di Lebuh Raya Pantai Timur, LPT awal pagi tadi.

Dalam kejadian di susur masuk tol Jabor itu, seorang anggota polis Unit Peronda Lebuh Raya LPT turut cedera terkena tembakan.

DATUK SHARIFUDIN ABDUL GHANI/KETUA POLIS PAHANG
"Suspek ini apa yang ada pada dia adalah sejenis pistol semi auto 9mm jenis Bareta dan juga lesen memandu, alamatnya di bandar Sentul."

Suspek dikenali sebagai Chang Hong Kim, 39 tahun dari Bandar Sentul, Kuala Lumpur.

Dia sebelum itu bertindak menembak dua anggota polis yang memeriksa keretanya di susur masuk tol Lanchang menghala ke Kuantan.

Tembakan itu bagaimanapun tersasar.

Dia kemudian merampas kenderaan polis dan bertindak melarikan diri.

Sebuah kereta peronda lebuh raya yang kebetulan melalui kawasan kejadian bertindak mengejar suspek.

Ketika tiba di KM 113.6, suspek sekali lagi merampas sebuah kereta Waja dan melarikan diri ke arah tol Jabor.

Suspek bagaimanapun berpatah balik arah Kuala Lumpur selepas menyedari polis membuat sekatan di tol Jabor.

Sebaik tiba di KM 249.2, penjenayah berkenaan menghentikan kenderaan dan melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah polis.

Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd Jarizan Md Jid cedera di tangan kanan akibat terkena tembakan.

Suspek yang turut terkena tembakan di lengan kanan, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.


13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


kacamataburung: one hell of a week.....

Posted: 19 May 2012 09:44 PM PDT

1st stop 


kuala terengganu...






 muvies!!!!


at TGV mesra mall,kemaman.
 
a visit to the book shop is a must....






one of the best way to start the day....

Pasar Malam Kuala Berang




maggi ketam goreng di Dungun





rehat jap kat jeli






visiting my form 2 brother in SBP Saina.







how dare you say i have "udang sebalik batu"


i swore my life to protect them
i am their bodyguard.


if i failed to teach math & science, i taught them about life.
i am their mentor and teacher.


AND I AM ALSO THEIR BROTHER!!!!!

haish...pikiaq banyak pun tak guna.
biaq pi kat depa lah.




off to penang!!!!!








at batu feringghi







stay calm and keep on fighting.....
all the best guy.








13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


kacamataburung: one hell of a week.....

Posted: 19 May 2012 09:44 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]1st stop kuala terengganu. ... airport di kuala terengganu....i have no idea why i'm here. ... nasi kukus ni amat popular di chukai. ... Pasar Malam Kuala Berang. maggi ketam goreng di Dungun. rehat jap kat jeli ...

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


6 Kumpulan ICC dari <b>Negeri Terengganu</b> Beraksi <b>di</b> Mini <b>...</b>

Posted: 14 May 2012 09:41 PM PDT

Sejumlah 6 kumpulan ICC baru  dari Negeri Terengganu telah menyertai Mini Konvensyen Wilayah Pantai Timur 2012 yang telah diadakan pada 8 Mei 2012 bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Ini merupakan penyertaan yang terbanyak semenjak Mini Konvensyen diperkenalkan di Wilayah Pantai Timur.

Antara 6 kumpulan ICC dari Negeri Terengganu yang menyertai konvensyen kali ini adalah terdiri dari Kumpulan Syariah World Class dari Jabatan Kehakiman Syariah, Kumpulan E-Manage dan De'Geliga dari Majlis Perbandaran Kemaman, Kumpulan Roda dari Lembaga Tabung Haji Negeri Terengganu, Kumpulan Free:Fusion Ready Eco-Energy dari Petronas Gas Berhad dan Kumpulan Cakna Pitih dari Pos Malaysia Terengganu

Pejabat MPC Terengganu ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan  di atas penyertaan semua kumpulan ini.

Persembahan dari kumpulan Syariah World Class

Kumpulan dari Petronas Gas membuat persembahan

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


kacamataburung: one hell of a week.....

Posted: 19 May 2012 09:44 PM PDT

1st stop 


kuala terengganu...






 muvies!!!!


at TGV mesra mall,kemaman.
 
a visit to the book shop is a must....






one of the best way to start the day....

Pasar Malam Kuala Berang




maggi ketam goreng di Dungun





rehat jap kat jeli






visiting my form 2 brother in SBP Saina.







how dare you say i have "udang sebalik batu"


i swore my life to protect them
i am their bodyguard.


if i failed to teach math & science, i taught them about life.
i am their mentor and teacher.


AND I AM ALSO THEIR BROTHER!!!!!

haish...pikiaq banyak pun tak guna.
biaq pi kat depa lah.




off to penang!!!!!








at batu feringghi







stay calm and keep on fighting.....
all the best guy.








Aishah Akan Ucapkan Selamat Tingal kepada Umno <b>di Chukai</b>

Posted: 19 May 2012 05:09 PM PDT

KEMAMAN - Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang terkenal dengan lagu 'mana janji manismu', berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat,

Aishah akan bersama-sama ribuan warga Chukai dan Kemaman mengucapkan selamat  tinggal kepada Umno dalam Himpunan Selamat Tinggal Umno yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei ini.

Katanya, Aishah akan bersama sembilan pemidato lain akan menghangatkan Himpunan tersebut yang merupakan kemuncak selepas siri himpunan, Himpunan PAS Ganti Umno dan Himpunan Tolak Umno.

"Aisyah akan hadir dan menyampaikan ucapan selamat tinggal kepada Umno dalam Himpunan Tolak Umno yang akan diadaan selama tiga hari tiga malam di Dataran Tok Guru,

"selain Aisyah, lapan lagi pemidato lain akan menghangatkan Himpunan,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah isu Semasa di Kampung Gong Limau, dekat sini Jumaat 18 Mei.

Menurutnya para pemidato adalah terdiri dari pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob, Pengarah Pilihanraya Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda DAP Yb Anthony Loke Siew Fok dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Haji Hanafiah yang juga Pegarah Majlis Tindakan DUN Chukai berkata, Aisyah adalah yang paling tepat bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Umno kerana beliau baru menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS pada 14 Mei lalu.

[Gambar kiri - Aisyah menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis di KUIZM 14 Mei lalu]

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Haji Hanafiah mengutuk tindakan seorang Ustaz 'pembodek' Perdana Menteri yang sanggup membuat kenyataan hanya Najib sahaja yang mengetahui dan Allah juga tidak tahu tarikh pilihanraya umum ke-13.

Beliau juga berkata Umno sudah gila apabila kelab veteran tentera yang menyokong Umno melakukan senaman 'tungging' punggung dihadapan rumah Pengerusi Bersih, S Ambiga.

"Apabila veteran tentera hampir 15 orang berada dihadapan rumah Ambiga 'tungging jubor tahik' (melakukan) satu senaman tungging jubor tahik, gila tak gila Umno saudara saudari sekelian, tak boleh nak bua pada dah (dengan Umno ini) buat senaman 'kepala bapak',

"kita hidup lama dah (sebelum ini) tak berbunyi (tak penah ada) senama tungging punggung,"tegasnya.

Manakala sebelah petang, Jumaat 18 Mei, Majis Tindakan DUN Chukai turut menganjurkan program motivasi secara santai di tepi pantai bersama Timbalan pesuruhjaya PAS Paha Ustaz Mohd yusof Embong dan bekas selebriti Catriona Ross. [Gambar Atas]

Komen:

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Awana <b>Kijal</b> Golf, Beach & Spa Resort – Rabiatul Adawiyah | Love in <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 07:21 AM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Ini adalah entry yang terlewat sikit saya update. Hehehe. Okay pada 20 April – 22 April 2012 yang lepas saya telah menerima jemputan dari pihak Genting dan Nuffnang untuk review Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort.

Kami berkumpul pada 20 April jam 9pg di hadapan Wisma Genting, dan terus bertolak ke Terengganu. Perjalanan mengambil masa 6 jam sahaja. Tetapi kami menjamu selera di Pak Soon Restaurant sebelum check in Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort.

Tiba je di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort kami semua di sambut dengan minuman istimewa yang dihiasi payung kecil. Air oren kalau tak silap saya. Dengan cuaca panas pada waktu itu memang sesuai sangatlah minuman tersebut. Pada percutian ini saya kongsi bilik dengan Cik Lily Putih. Kami berdua memang hyper active dari awal perjalanan sehingga tiba di Kijal, Terengganu.

Hotel dan Keselesaan

Gambar dibawah adalah gambar sekitar dalam bilik kami. Deluxe Twin Room, sebuah bilik untuk penginapan 3 hari 2 malam anggaran dalam RM 900. Bilik yang sangat selesa. Katil Super Single ada 2. Tempat pertama saya tuju adalah bathroom. Ada toilet dan shower room lagi. Luas dan selesa. Saya suka dengan pemilihan warna putih keseluruhannya di dalam bilik air.

Dari dalam bilik kami boleh lihat swimming pool yang memanggil-manggil untuk saya berenang seperti ikan duyung versi comel. Hahaha! Padang Golf terbentang luas dan nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort menyediakan seterika, iron board, kettle, televisyen dan paling penting bagi blogger seperti saya adalah internet!!! Ya! Internet! Jika tiada internet, kami tidak boleh tidur malam! Yang bestnye di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort plug socket ada banyak! Tak payah nak berebut nak charge handphone, camera, tab dan laptop. Owh rate untuk internet RM 25 untuk 24 hours. Berbaloi juga tu sebab Kijal tu mana ada signal P1 Wimax, DiGi Broadband, Maxis Broadband dan semua wireless boradband yang lelain. Menangis la korang. hahaha!

Makanan & Pelbagai Menu Pilihan

Selain bilik yang selesa, mesti nak tahu keenakan masakan di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort. Sedap, bersih dan selesa keutamaan saya. Untuk dinner kami disajikan dengan pelbagai juadah. Nasi Kerabu dan juadah lain semua saya rasa. Memang ternyata lazat.

Restoran Kampong Meraga Beris menyediakan buffet dan makanan yang disediakan di dalam sampan. Disini anda boleh menikmati selera tradisi terengganu.

Business Hours:
6.30am – 10.30am (Breakfast)
12.00pm – 2.30pm (Lunch)
6.30pm – 10.30pm (Dinner)

Untuk pengetahuan anda, Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort adalah Resort bertaraf 5 bintang. Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort akan memberi service super tip top la kan. Tiada apa yang nak di komplain apabila anda berada disini. Tenang fikiran.!

Bagi menu breakfast lagi lah macam-macam. Saya paling suka dengan koleksi roti yang sangat banyak! Roti lembut pula tu. Masih teringat kelazatan roti tersebut. Nyum Nyum!

Menu saya selain roti, saya makan western breakfast seperti sosej, ayam turkey, scrambled egg dan susu. hehe.

Malam kedua kami disini kami disajikan dengan menu steamboat. Ada seafood, sayur dan semua yang wajib ada untuk steamboat tersedia untuk saya cedok je. Siap ada Buttered Prawn lagi! Grrr!! Om Nom Nom.

Breakfast hari kedua dan ketiga pun best! Dari apa yang saya lihat, Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort mengekalkan kualiti hidangan tiap makanan. Jika anda perhatikan, ada menu yang tidak akan diulang untuk keesokan harinya. Bagi yang mengidam tu cubalah cari menu lain. Hikhikhik. Nasib baik saya bedal je semua makanan yang ada. Kira macam Quality Control lah kan. Haha!

Permandangan dan Suasana

Selain dari keselesaan tidur di bilik dan makanan yang lazat, persekitaran Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort sememangnya sesuai untuk anda yang menginginkan ketenangan. Anda boleh berjalan kemana sahaja yang anda suka. Pastikan anda tidak ketinggalan membawa kamera bersama-sama.

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort sangat terkenal dengan Princess BRA Mooryati Soedibyo of the Royal Javanese Palace. SPA eksklusif ini mempunyai banyak pakej. Anda datang dan pilih pakej pilihan hati. Ada Spa Treatment, Aromatherapy Massage, Foot and Hand Therapy, Beauty Centre dan Hair Saloon. Tukang urut disini akan mengurut anda dengan selesa dan sampai tido lah dibuatnya. Hahaha!

Aktiviti dan Kemudahan

Bahagian ini paling saya suka. Saya memang aktif, jadi bila Nuffies Shahzeeq cakap uols boleh pergi enjoy outdoor activity! Yay! Berlari ke tepi laut! Gi sign wasiat sebelum main semua aktiviti lasak tu. Diantaranya Banana Boat, Jetski, Fun Pool Activities, Beach Activities, Watersports Activities – Motorised dan Watersports Activities – Non-Motorised. Aktiviti ini bergantung kepada cuaca tau.

Selepas kena campak dek Banana Boat tu, terus sakit-sakit badan. Kesian i tau. Calar muka. Dah stop dengan game lautan kita continue berenang di swimming pool. Luasnyer!!! Saya suka!

Beach Soccer, Sepak Takraw /Ragabulat, Beach Volleyball dan Basketball adalah Complimentary bagi semua penghuni resort. Manakala Sand Castle Building, Kite Flying RM10 dan Traditional Wau RM20. Bagi yang suka ATV Ride, RM50 untuk 15 minutes je.

Kampung Tour

Aktiviti Kampung Tour ni memang tersedia di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort. Ada juga aktiviti lain, cuma majoriti ramai nak shopping keropok ikan semua tu. So pergi Kampung Tour le. Lokasi Kampung Tour sekitar Kijal, Temasik dan Cherating. RM 60 untuk seorang. :)

Kami pergi pusat penjagaan penyu, mencanting batik, menganyam tikar mengkuang, tengok proses pembuatan satar dan keropok lekor.

Panjang pula entry saya kali ini, bagi yang ingin bercuti bersama keluarga atau pasangan anda. Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort adalah lokasi yang paling aman!

Semasa dalam perjalanan pulang, jemput singgah ke kedai lemang di tepi jalan. Terkenal dengan panggilan Lemang Kijal. Kedai Mak Ngah menjadi pujaan kami kerana mak ngah friendly dan beri kami rasa lemang yang sedap dan lemak berkrim! Layan!

xoxo!


ads