Rabu, 12 September 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


BLOG USANG: Duda mati dibunuh kejam <b>di Besut</b> Terengganu

Posted: 31 Aug 2012 12:08 PM PDT

KAKITANGAN Hospital Besut dan anggota polis mengusung mayat Faiza yang ditemui mati dibunuh dalam keadaan lututnya hampir putus dipercayai ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Gong Manok, Kuala Besut, Besut kelmarin.


BESUT – Misteri kehilangan seorang duda anak satu sejak Rabu lalu terjawab kelmarin apabila dia ditemui mati dibunuh secara kejam dengan kedua-dua lututnya hampir putus ditetak manakala betis dan pinggangnya turut dilibas senjata tajam.
Mayat Faiza Jaafar, (gambar kecil) 27, ditemui dalam keadaan terduduk pada pukul 2.40 petang di kawasan sawah Kampung Gong Manok, Kuala Besut, dekat sini oleh bapa saudaranya yang keluar mencari mangsa.
Difahamkan, mangsa tidak pulang ke rumah sehari sebelum mayatnya ditemui hingga menimbulkan kerisauan kepada ahli keluarganya.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, siasatan awal mangsa dipercayai dibunuh oleh lebih daripada seorang suspek antara pukul 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu menggunakan senjata tajam seperti kelewang atau pedang.
"Kita sedang menyiasat motif sebenar pembunuhan dan polis telah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai boleh membantu siasatan," katanya yang menyiasat kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya bagi urusan pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kuala Besut dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Sementara itu, ibu saudara mangsa, Normala Sulaiman, 55, memberitahu, mangsa yang tinggal di Kampung Beris Lampu, tidak jauh dari tempat kejadian, menunjukkan perubahan beberapa hari lalu.
"Dua hari sebelum itu, mangsa menunjukkan rasa berat hati apabila ibunya, Rohani Sulaiman, 48, menyatakan hasratnya untuk ke ibu negara dengan memberitahu mereka tidak akan berjumpa lagi," ceritanya ketika ditemui.
Tambah Normala, mangsa menetap bersamanya sejak kecil dan membantunya menguruskan kawasan tempat letak kereta dan perkhidmatan bot bagi pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian.
"Mangsa pernah berkahwin dengan gadis sekampung dan dikurniakan seorang anak yang kini berusia tujuh tahun tetapi bercerai pada 2008," katanya lagi.

1 MALAYSIA: Sambutan Perdana Menteri <b>Di Besut</b> Menarik <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2012 03:00 AM PDT

Sebahagian daripada orang ramai menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di padang bola Kampung Tempinis, Kampung Tasik Tok Lebai, Besut.Kalau Pembangkang Melihat mesti cemburu dengan gambar ini.Walaupun bagaimana pun kena terimalah kenyataan bahawa Perdana Menteri yang terbaik......

Kes bunuh penjaga tempat letak kereta <b>di besut</b>. | Budak Nakal <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 10:38 AM PDT



Seorang penjaga tempat letak kereta persendirian ditemui mati dibunuh di satu kawasan terpencil di hujung Kampung Gong Manok, dekat Kuala Besut di sini, petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Faiza Jaafar, 27, berasal dari Kampung Beris Lampu, Kuala Besut dekat sini dipercayai diseksa sebelum dibunuh berdasarkan kesan tetakan senjata tajam serta kelaran di bahagian kaki dan belakang pinggang mangsa. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria, berkata mayat mangsa yang juga duda beranak satu, ditemui salah seorang ahli keluarganya pada jam 2.40 petang selepas hampir dua jam kehilangannya.
"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan duduk terlentang di satu kawasan sawah padi.
"Mangsa dipercayai mati akibat tetakan di bahagian lutut kirinya hingga hampir putus, betis kiri dan di belakang bahagian pinggang," katanya ketika sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
"Polis percaya mangsa dibunuh antara jam 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu," katanya.
Menurutnya pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci dan kini sedang memburu beberapa suspek berdasarkan barang kes yang dijumpai.
Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Inspektor Rozaimi Abd Rahim di talian 09-6956222 untuk sebarang maklumat.
Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata, siasatan terhadap kejadian pecah masuk Kedai Emas Sri Kelantan di Kuala Besut kelmarin dipercayai membabitkan suspek warga asing selepas cap jari dikesan di pintu dan peti besi.
Dalam kejadian itu tuan punya kedai dilaporkan kerugian RM250,000 apabila barang kemas yang disimpan dalam peti besi itu lesap dilarikan penjenayah. - BERNAMA

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


FRIENDLY MATCH : SERI BERANG 1, <b>JERANGAU</b> BARAT 1

Posted: 10 Sep 2012 06:39 PM PDT

DUNGUN (10 September 2012) : Pasukan Tunas Kluster Bola Sepak SK Seri Berang mencatat kemenangan 2-1 ke atas SK Felda Jerangau, di sini semalam dalam siri Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Sekolah Rendah. Manakala Pasukan Pelapis tewas 1-5 kepada pasukan tuan rumah.Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Padang Bola Sepak SK Felda Jerangau.

Mengulas keputusan perlawanan berkenaan, Cg. Shahidan Kasim yang bertindak sebagai pengurus pasukan berkata, benteng pertahanan Pasukan Tunas SK Seri Berang  dilihat tidak berfungsi dengan sebaik mungkin  ketika di separuh masa yang pertama. Namun mereka bangkit pada separuh masa kedua dengan meledakkan dua gol selain menggandakan pertahanan daripada diasak oleh jentera lawan. Di perlawanan yang membabitkan Pasukan Pelapis pula, Shahidan tidak menolak faktor kekuatan pasukan tuan rumah khususnya para pemain pertahanan mereka yang dilihat berjaya mematahkan serangan dan percubaan menarik Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang. 
Pada minggu lepas, kedua-dua pasukan bola sepak Tunas dan Pelapis SK Seri Berang mencatatkan kemenangan bergaya ke atas SK Felda Jerangau Barat dengan keputusan 6-1 (Tunas) dan 3-0 (Pelapis).
Pasukan Bola Sepak Kluster SK Seri Berang sedang melengkapkan takwim program kluster bola sepak sekolah rendah dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan terpilih dalam dan luar daerah ini.
Semoga pasukan SK Seri Berang meningkat dalam pencapaian dari masa ke semasa.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Tanah Tepi Pantai 7.8 Ekar <b>di Batu Rakit</b>, Kuala Terengganu Untuk <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2012 03:20 AM PDT

Keluasan : 7.8 ekar
Ciri2 stategik: Tepi Pantai, berhadapan dengan Pulau Yu, Pulau Bidong dan pulau lain
Lagi stategik : bersebelahan INSTEP ( institut teknologi petronas)
Dealing : direct owner
Harga buka : RM 2.5M

Jika berminat (serius buyer) just call  016-6059088 untuk temujanji

Bercanda <b>Di</b> Pantai <b>Batu Rakit</b> | Jendela Hidup

Posted: 05 Sep 2012 02:47 PM PDT

Rumah saya memang tak jauh sangat dari pantai...hari raya ke 5 hari tu, sepulangnya dari beraya di rumah sahabat lama di Bari Besar, singgah di Pantai Batu Rakit, anak-anak nak tengok ombak ..

Sudahnya dua-dua masuk dalam air dan kuyup.

Boleh nampak Pulau Redang dari kejauhan.

Insyaallah sampai jugak kami ke Pulau Redang nanti, sekarang tengok dari jauh je dulu.














13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


(SUK)UMNO <b>HULU TERENGGANU DI</b> TAHAN POLIS

Posted: 12 Sep 2012 05:15 AM PDT

Info terkini:
Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata beliau diberitahu Setiausaha Kerja (SUK) Umno Bahagian Hulu Terengganu telah ditahan oleh pihak polis. Katanya, SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya. "Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang,  dia berbisik kepada saya…. (katanya)Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap, "beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya,"ujarnya menceritakan kepada para hadirin. Menurutnya, pihak polis telah menjalankan siasatan ekoran dari aduan yang diterima daripada bapak saudara perempuan terbabit. Kataya, apabila polis menjalankan siasatan, didapati budak perempuan tersebut  mengandung dan telah pun melahirkan anak.
Sumber


13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


DAP Terengganu: Pengerusi DAPSY Ceramah <b>di Chukai</b> Kemaman <b>...</b>

Posted: 26 May 2012 12:00 AM PDT

Ahli Parlimen DAP Rasah Anthony Loke Siew Fok mengesahkan parti itu tidak akan meletakkan calonnya untuk brtanding di negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang.

Beliau yang turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut menegaskan slogan DAP Ganti PAS adalah propaganda Umno dan Barisan Nasional yang takut kehilangan kuasa.

"Dia (Umno) kata kalau Umno kalah Pakatan Rakyat menang, maka orang Umno akan kehilangan kuasa politik orang Melayu akan hilang segala-galanya…….ini cakap-cakap yang bodoh,

"kerana kalau Umno kalah bukannya orang Melayu yang kalah, yang hilang kuasa adalah Umno…… kalau di Terengganu kalau Umno kalah yang akan jadi Menteri Besar kemungkinan adalah Haji Wahid Endut bukan Lim Kit Siang,

"bukannya DAP kerana DAP tidak bertanding di negeri Terengganu,"jelasnya yang juga Anggota Jawatankuasa Pusat DAP.

ads