Isnin, 2 April 2012

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Buletin Online: Pasti Juara Pendidikan Pra-Sekolah <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 03 Mar 2012 04:11 PM PST

PULAU REDANG – Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) yang ditubuhkan di pulau ini sejak 10 tahun lalu, kini menjadi pilihan utama kepada lebih 1400 orang penduduknya berbanding pendidikan pra-sekolah Tadika Kemas.

Jumlah pelajar yang mendaftar di Pasti pada sesi persekolahan baru 2012 adalah seramai 44 orang berbanding 24 orang pada sesi lalu.

Manakala, pelajar Tadika Kemas yang dianjurkan Umno semakin meleset dengan seramai 11 orang sahaja yang menjadi pelajarnya pada sesi ini berbanding 20 orang pada sesi lalu.

Menurut Pengarah Pasti Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong, program-program pendidikan yang dilaksanakan oleh Pasti mememuhi kehendak semasa.

"hari ini kita menggerakkan Pasti memenuhi kehendak keperluan pendidikan semasa, sebab itu apabila (kerajaan) menekanekan (kaedah) 3M kita (Pasti) memperkenalkan 5M,

"supaya anak-anak yang keluar daripada Pasti ini bukan sahaja cemerlang dari kurikulumnya, tetapi juga dari sudut amalannya,"Ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pasti bersama ibu bapa pelajar dalam Lawatan Kerja Pasti Negeri Terengganu ke Pasti An-Nadwah, di sini Sabtu 3 Mac.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Satu perlawatan bolasepak persahabatan diantara pasukan Pasti Negeri Terengganu dengan Penduduk Pulau turut diadakan sempena lawatan tersebut.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


<b>Pulau Redang</b> Island Malaysia | Asia Holiday, Events Calendar <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2012 02:08 AM PDT

Redang Island, locally known as Pulau Redang is one of the largest islands off the east coast of Malaysia. It is one of nine islands, which form a marine park, and which offer snorkeling and diving opportunities. Access is from Merang or Kuala Terengganu on boats operated by the resorts. If you are from Kuala Lumpur, you can get here by bus or take flight from KLIA or Subang Airport straight to Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu.

The island is also an important conservation site for sea turtles. The Pulau Redang comprises of Pulau Redang, Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Ekor Tebu, Pulau Ling and Pulau Pinang. Pulau Redang is the biggest of all the islands in the Marine Park. The other nearby islands of Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Lang Tengah, Pulau Kapas and Pulau Susu Dara are also gazetted and protected as Marine Parks. Only islands like Redang, Lang Tengah, Perhentian and Kapas have resort facilities for visitors.

You can leave a response, or trackback from your own site.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Stadium Mini Akan Dibina <b>di Hulu Terengganu</b> ~ Dato&#39; Seri Haji <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 05:29 PM PST

Sebuah stadium mini akan dibina di daerah Hulu Terengganu dalam usaha mengembangkan bakat sukan di kalangan belia dan mengelak mereka daripada melakukan gejala yang kurang sihat, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk kerja-kerja menambak tanah bagi tapak stadium berkenaan.

"Kita minta tender dikeluarkan segera kerana untuk mementapkan tanah memakan masa juga," katanya di Kuala Berang.

Ahmad Said berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas lebih 10 hektar di Kampung Paya Besar untuk pembinaan stadium itu. Kos pebinaan mini stadium itu setakat ini belum dapat dipastikan dan ia masih dalam proses mereka bentuk.


Selepas kerja meratakan tapak dan memastikan tapak selamat dalam tempoh masa setahun pihaknya akan mengeluarkan tender bagi mendirikan bangunan kompleks sukan mini itu.

"Kita perlu mengambil masa sebelum membina stadium kerana bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingin sekiranya tanah tidak mantap. Kalau tidak selamat dan berlaku penurunan tanah, berlaku bangunan retak pula. Kita sudah ada peruntukan RM1.5 juta dan boleh lakukan kerja tanah dengan segera.

"Saya minta supaya cari reka bentuk stadium yang baru, sebagaimana Kemaman dan Besut reka bentuknya yang asal dan sudah ketinggalan zaman serta tidak sesuai lagi dengan masa kini," katanya ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid; Adun Kuala Berang Zawawi Ismail.

Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Wan Mohd Wan Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali.

Ahmad Said berkata setakat ini Kemaman dan Besut sudah memiliki stadium mini masing-masing tetapi kedua-dua stadium itu sudah lama dan tidak sesuai lagi dengan keadaan sekarang.

Beliau berkata sukan adalah satu cabang yang diberikan perhatian oleh kerajaan negeri bagi melahirkan generasi cergas dan sihat.

"Kita harap ramai lagi atlet-atlet sukan yang berwibawa akan dilahirkan di daerah Hulu Terengganu dengan adanya mini stadium ini," katanya.

Sumber : teganuku

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Testimoni from Customer <b>di Kemaman</b> ~ STRIKE a POISSE

Posted: 05 Mar 2012 09:55 PM PST

Ini adalah conversation antara madame and sorang customer yang beli poisse semasa exhibition road show Madamepoisse di Kemaman baru-baru ini. Alhamdulilah ade perkembangan positif selepas beberapa hari mengamalkan Poisse. Insya Allah madame akan letakkan gambar sebelum dan selepas customer ini.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


5 Masjid Tercantik <b>di</b> Malaysia | Dapur Malaysia

Posted: 26 Nov 2010 01:31 AM PST

Masjid merupakan rumah ibadat untuk umat Islam. Di Malaysia, masjid-masjid kebanyakannya mempunyai senibina yang menarik sehingga menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang ingin melihat keindahan Malaysia. Antara masjid yang tercantik di Malaysia ialah:

Masjid Ubudiah

Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya.

Foto: Kwong Hong

Masjid Wilayah Persekutuan

Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Foto: pjfncs27

Masjid Kristal

Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.

Foto: Saharudin Mohd Dan

Masjid Putra

Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.

Foto: Amai Lordarkmal

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000.

Foto: Buyie

Apa yang paling ditakuti oleh orang Yahudi?
Jumlah jemaah solat Subuh di masjid di seluruh dunia, menyamai jemaah solat Jumaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


teganuku: IKBN <b>Kemasik</b> jadi Perintis Konsep Keusahawanan

Posted: 02 Mar 2012 01:23 PM PST

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, di Kemaman, bakal dijadikan model perintis yang menawarkan konsep pembelajaran keusahawanan di mana pelajarnya diberi peluang menjalankan perniagaan berteraskan produk makanan dan perkhidmatan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya bercadang memberi kebenaran kepada pelajar IKBN di Kemasik untuk menjalankan perniagaan dengan pemantauan pengurusan institut pendidikan itu, sekali gus menambah kemahiran kendiri pelajar.

"Saya melihat ada banyak gerai di sekitar kompleks IKBN ini. Sebagai permulaan, pelajar boleh mula menjual pelbagai produk makanan seperti roti, kek, pastri dan kuih muih di untuk pasaran tempatan.

"Kementerian akan menambah kemudahan penghawa dingin dan memasang karpet barudi dewan sedia ada bagi menaiktaraf ia menjadi sebuah dewan bankuet untuk kegunaan pelajar yang mengikuti kursus hospitaliti dan penyediaan makanan," katanya.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


.balik kampong | Khairie Rahman ™

Posted: 02 Apr 2012 09:18 AM PDT

assalamualaikum,

.

hari Jumaat yang lepas aku dan beberapa lagi rakan pulang ke kampung halaman, it was an ad-hoc plan and just a short weekends trip. mulanya perancangan untuk pulang itu seperti agak berantakan kerana aku sedang sibuk dengan tugasan-tugasan di pejabat yang memerlukan aku mengejar dateline. alhamdulillah, dengan izin Tuhan, segala tugasan sempat disiapkan sebelum sampai waktunya. petang itu selepas solat Jumaat aku bergegas pulang ke rumah kakak aku kerana teman-teman menyatakan lebih mudah hendak mengambil aku di sana.

.

the journey was smooth despite of the fact that we started our journey a bit late [read: we left Subang 2 at 5:30pm due to technical problem]. kami tidak melalui jalan Jabor kerana mengenangkan hari yang telah menginjak malam, tambahan lagi jalan Jabor itu sangat pekat gelapnya ketika waktu malam. laluannya di tengah-tengah oil palm plantation yang tentunya jarang-jarang disuluhi lampu, dengan keadaan jalan yang berlubang dan bertampal di sana sini, dan kemungkinan binatang liar memintas jalan, semua itu mengundang bahaya. jadi kami membuat keputusan untuk menyusuri jalan pantai, dari Kemaman, menuju ke Dungun, kemudian ke Marang, dan seterusnya tiba di Kuala Terengganu :).

.

kami sampai lewat tengah malam, jam menunjukkan pukul 2pagi. mereka hantar aku dulu. risau juga kalau-kalau tak ada orang yang masih berjaga, mujur abang aku masih belum tido. dibukanya pintu rumah, kalau tak berantalkan lengan, berselimutkan embun lah aku di pangkin luar rumah. dek kerana keletihan, aku bangun agak lambat, dalam pukul 11 lebih. di rumah hanya ada Ma somewhere upstairs dan Halim, leka menonton video Son Wukong yang dibelinya. gemar sungguh dia pada mitos dan lagenda dari negara China. adik aku pulak, si Hajar awal pagi lagi sudah keluar pergi buat kerja sambilan atas dasar nakkan duit poket sebab nak pergi Korea nanti.

.

hari dah naik sedikit, kakak aku yang #5 datang ke rumah, baru habis pantang, bawak sekali anak buah aku yang paling baru, baby #38. kiranya itu kali pertama lah baby #38 ne datang ke rumah aku. hehehe. dah berisi nampaknya. hari tu masa aku mula-mula jumpa masih kecik lagi. halus je. sekarang dah bambam. ish geram pulak. dan selepas Maghrib, kakak aku yang #4 pulak datang. jadi malam tu sempat lah aku berjumpa dengan adik beradik yang ada di kampung. seperti biasa kami bertukar cerita dan berkingsi cerita perkembangan semasa antara satu sama lain

baby #38, Azween Syakira umur 2bulan++. masih kuning lagi, insyaAllah Ayah Teh doakan baby cepat2 habis kuning ok!

ini Qiqi, baby #29, umur 6 tahun.

.

hari Ahad tu, di kala dinihari lagi teman aku kasi mesej suruh bangun. hari pon masih sejuk lagi. semua gara-gara nak pergi bersarapan di Kedai Makan Jenab. jangan main-main, sangat masyhur tempat ne. kedai dibuka seawal jam 6pagi dan ditutup pada pukul 9pagi. begitu lah hari-hari kecuali ada lah jugak hari-hari yang ditutup atas sebab-sebab tertentu. menu paling popular di sini ialah Nasi Minyak. walaupun hanya dibuka 3 jam setiap hari, Makcik Jenab untung juta-juta tauu. kalau tak takkan la dari aku kecik sampai ke besar kedai makan tu masih kukuh berdiri di situ. sekian promosi Kedai Makan Jenab.

.

oh di Pantai Timur, nasi minyak dimakan ketika sarapan atau makan pagi. situasi begini adalah normal. mungkin kelihatan janggal bagi orang luar kerana orang pantai barat menganggap nasi minyak itu makanan berat. tapi bagi kami, ini lah sarapan santapan kami dipagi hari. di KL kamu ada sandwish, english breakfast dan cereal, kami di Terengganu dan negeri-negeri Pantai Timur, kami ada Nasi Minyak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksam dsb. kalau tengah hari biasanya nasi putih dan lauk campur. sekadar berkongsi maklumat.

nasi minyak Kedai Makan Jenab. nasi minyak ne dah mencapai status lagenda sebab dari aku kecik sampai sudah dewasa macham tu juga la rasa dia. resepi turun temurun dari zaman nenek moyang. sedap rasanya.

.

aku bersarapan bersama-sama beberapa lagi teman sekampung yang dulunya juga teman sekelas diwaktu persekolahan dulu, kami duduk semeja bersama-sama, berborak mesra, bersenda gurau, mengimbas kembali zaman waktu kami kecil-kecil dulu. satu persatu memori yang terlipat di rungkai kembali. cerita bagaimana kami bertepuk tampar, ketawa, bermasam muka dan bermain berkejaran bersama-sama ternyata menggelikan hati kami.

.

selepas sarapan, kami bergegas balik untuk bersiap. maklumlah esoknya kami sudah perlu masuk ke pejabat. jadi sesudah Zohor kami bertolak ke KL. lebih mudah dan lebih berkat bak kata orang tua-tua. kami dikirimkan dengan puding cocktail dan puding caramel oleh salah seorang teman kami dari kampung, baik orang nya, putih gebu, pandai memasak pulak tu. jika berkenan boleh lah DM. eceh promosi lagi. kami singgah ke Sungai Rengas mengambil pesanan keropok lekor yang dibuat sehari sebelumnya. aku tak order ape-ape lah, sekadar menumpang tidak lah aku nak memenuhkan lagi kereta tu.

at gerai kepok lekor. i asked them to pose nicely, they ended up posing like monkeys. ikut mung la weh!

.

Jiji (red shirt) kemudian gelupur hendak mencari lada keropok (orang KL panggil sos laaaa). keropok lekor ne kalau nak rasakan lagi kick lebih enak dicicah dengan lada keropok. jadi kami pusing-pusing di sekitar Marang kerana Madi (bertopi) enggan berpatah balik ke Losong jika sekadar hendak mencari lada tersebut. akhirnya jumpa juga. selamat. dan kami balik ke KL melalui jalan Jabor. alhamdulillah sekarang ne dah tak sepayah dulu. sekarang dari Ajil dah boleh ke Bukit Besi dengan highway. jadi masa perjalanan dapat dikurangkan.

.

perjalanan balik ke KL pon lancar, di LPT kami bertemu sebuah kereta Myvi hitam bernombor pendaftaran BLB4557. pemandunya cantik, bertudung litup berwarna biru muda, berkulit cerah, berhidung mancung. oh sekali pandang, terus tergoda. sangkaan kami gadis itu mesti pelajar universiti X bila memandangkan pelekat universiti X tersisip kemas di sisi cermin kereta. naluri lelaki, Madi yang memandu mengusik-usik sang Gadis dengan sesi potong-memotong di sepanjang LPT. lama juga la kami pintas-memintas antara satu sama lain. sedari sang Gadis mungkin tidak selesa diusik sebegitu, kami sepakat untuk tidak lagi menganggu beliau, dan kami terus memecut ke Karak sesegera yang mungkin, kerana hari juga sudah mula melabuhkan tirainya.

.

menyusuri lebuhraya Karak agak mengganggu jiwa kami. jalan sesak secara tiba-tiba tanpa ada sebab-sebab yang kukuh. suasana malam ibarat pesta di lebuhraya kerana disorot dengan ribuan cahaya lampu kereta bermacham jenama. jenama tempatan dan juga luar negara. semua nya berpusu-pusu mencari peluang untuk terus meluncur ke hadapan. dan alhamdulillah kami selamat sampai despite of having a heavy traffic at the end of the journey.

.

walaupun trip kali ini begitu singkat dan cepat sekali berlalu, walau masih tidak puas bertemu keluarga dan sahabat handai di kampong, perasaan bertemu orang-orang tersayang, dan berjumpa ibu bapa walau sekejap merupakan suatu kelegaan bagi kami sang perantau. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

.

.

Khairie Rahman

Tentang Kami..: RISDA cetuskan lompatan saujana ke arah <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2012 07:19 PM PDT


MENTERI Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said (empat dari kanan) dan Ketua Pengarah RISDA, Dato' Wan Mohamad Zuki Mohamad menabur baja pada Majlis Pelancaran Program Kasihi Pekebun dan Gerakan Membaja Peringkat Negeri Terengganu di TSB Perasing Jaya Jabor, Kemaman, semalam.

KEMAMAN 1 April - Pelbagai pendekatan yang digerakkan oleh RISDA mampu mencetuskan lompatan saujana ke arah peningkatan kesejahteraan hidup pekebun kecil di negara ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said yakin, di bawah kepimpinan Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik, program-program dapat diterjemahkan dengan berkesan dengan dukungan bersama masyarakat.

Bagaimanapun katanya, komitmen kerajaan melalui RISDA untuk membantu masyarakat tani seperti pekebun kecil getah perlu seiring dengan komitmen mereka untuk memajukan diri sendiri bagi mempelbagaikan sumber pendapatan.

sumber : utusan

teganuku: Peluang Pekebun Kecil RISDA Tingkatkan Hasil

Posted: 01 Apr 2012 11:30 AM PDT


Pelancaran Gerakan Membaja RISDA peringkat negeri di Kampung Perasing Jaya, Jabor, Kemaman semalam diyakini memberi peluang kepada pekebun kecil di bawah skim bantuan RISDA mengamalkan teknologi membaja dengan betul.

Pada masa sama, gerakan membaja itu akan dapat memastikan pekebun kecil melaksanakannya secara berterusan mengikut amalan berkebun yang baik untuk meningkatkan produktiviti.


Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, melalui amalan pembajaan yang betul dan teknologi yang sesuai, tempoh muda pokok boleh dipendekkan kepada empat tahun setengah bagi getah dan dua tahun setengah bagi sawit selepas ditanam.

 "Apa yang paling diharapkan adalah gerakan membaja ini juga dapat meningkatkan produktiviti pekebun kecil dan secara langsung akan meningkatkan pendapatan mereka.

"Dengan harga komoditi yang baik sekarang, saya minta pekebun kecil tidak terus berasa selesa sebaliknya memberi komitmen lebih tinggi dan sentiasa memberi respons kepada teknologi, pendekatan mahupun sistem yang diperkenalkan oleh RISDA atau agensi penyelidikan lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kasihi Pekebun dan Gerakan Membaja peringkat negei yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Rosli Othman; Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman.

Tambah Tan Sri Rahim, gerakan membaja telah dilancarkan pada tahun lalu secara besar-besaran berteraskan kepada peningkatan produktiviti supaya setiap pekebun kecil akan membaja setiap pokok getah dan sawit mengikut jadual serta peraturan yang betul.

Katanya, dengan gerakan itu para pekebun kecil akan dapat meningkatkan hasil dan seterusnya meningkatkan pendapatan selari dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 "Apa yang perlu dilakukan oleh para pekebun kecil adalah mengubah minda dan sikap untuk melihat tanah sebagai aset bagi menjana pendapatan secara maksimum.

"Bagi tujuan ini, pembajaan pokok amat penting kerana ia merupakan asas amalan pertanian yang baik, tetapi jangan pula RISDA memberi baja, kita tinggalkan di bawah rumah sahaja atau dijual kepada orang lain dan baja tidak sampai ke pokok," katanya.

ads