Selasa, 3 Julai 2012

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


3 Maut, 4 Cedera Nahas <b>Di Setiu</b>

Posted: 09 Jun 2012 02:54 AM PDT

SETIU – Hasrat tujuh sekeluarga dari Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk melawat negeri ini sempena cuti sekolah berakhir dengan tragedi, apabila tiga daripada mereka maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan, di sini, petang semalam.

Mereka yang maut ialah Abdul Razak Othman, 49, anaknya, Siti Suraya, 14 dan kakak Abdul Razak, Fathilah Othman, 53, manakala yang cedera isterinya, Siti Fauziah Mohamad Amin, 46, dua anak mereka Siti Raihana, 12 dan Mohamad Adam, 16, serta seorang lagi kakak Abdul Razak, Rosidah, 55.

Kesemua yang cedera kini dirawat di Hospital Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Rohaizat Abd Ani ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku di Kilometer 62 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu itu.

Kemalangan berlaku jam 5 petang ketika hujan lebat, apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dipandu Abdul Razak bergesel dengan sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun.

Toyota Hilux itu dipercayai memasuki laluan bertentangan ketika melalui kawasan selekoh tersebut dan bergesel dengan Toyota Avanza menyebabkan MPV berkenaan hilang kawalan dan berpusing beberapa kali.

Kejadian mengakibatkan Siti Suraya dan ibu saudaranya Fathilah tercampak keluar daripada MPV. Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Abdul Razak yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di Hospital Setiu ketika menerima rawatan, manakala isterinya dilapor berada dalam keadaan koma.

Rohaizat berkata, pemandu Toyota Hilux yang menghilangkan diri dari tempat kejadian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah jam 10 malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


Latihan Perkhemahan Tahunan PKBM Udara Peringkat Kebangsaan

Posted: 03 Jul 2012 01:43 AM PDT

Pangkalan Udara Kuala Lumpur – PKBM Udara telah menjalani Latihan Perkhemahan Tahunan Peringkat Kebangsaan yang bermulai 24 Jun 2012 yang lalu sehingga 29 Jun 2012 iaitu selama 6 hari secara berterusan. Latihan tersebut telah dijalankan di Pusat Kokurikulum Kelantan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Kem Tangok, Bachok Kelantan. Seramai 276 orang Kadet PKBM Udara gabungan daripada 23 sekolah PKBM Udara seluruh Malaysia akan terlibat dengan latihan tersebut.

Pada hari khamis yang lalu iaitu 21 Jun 2012, semua Pegawai dan Jurulatih JPSTU telah berkumpul di Padang Kawad JPSTU untuk taklimat pentadbiran latihan dan memulakan perjalanan ke Kelantan. Antara objektif latihan yang dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan kadet PKBM Udara sejajar dengan perkembangan terkini TUDM khasnya dan ATM amnya. Selain itu, latihan tersebut bertujuan untuk membentuk dan memberikan pendedahan kepada Kadet PKBM Udara agar berdisiplin dan mengetahui etika ketenteraan.

Jurulatih daripada Jabatanarah PSTU sedang memberi taklimat ringkas kepada setiap Kadet PKBM Udara.

Jurulatih sedang memeriksa beg pakaian yang dibawa Kadet PKBM Udara bagi mengelakkan mereka daripada membawa barang-barang terlarang.

Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Udara) peringkat kebangsaan telah dirasmikan dan dimulakan dengan pembukaan pertandingan Kawad Kaki antara sekolah-sekolah yang terlibat. Sebanyak 22 buah sekolah yang menyertai pertandingan tersebut yang dijalankan bermula 8000 pagi hingga 1230 tengah hari. Aktiviti seterusnya yang berlangsung serentak pada sebelah petang adalah pertandingan mendirikan khemah, paintball dan tali tinggi. Ia dilaksanakan pada sebelah petang.

Latihan Tali Tinggi bertujuan memupuk sikap keberanian dan ketahanan fizikal setiap kadet.

Jurulatih Jabatanarah PSTU sedang menilai dan memberikan markah kepada setiap khemah peserta.

Perkhemahan PKBM Udara Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 pada hari kedua telah berjaya dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada sebelah pagi, pertandingan jalan laju dan latihan memasak di medan. Latihan-latihan ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk sikap setiakawan, kerjasama dalam pasukan serta berinteraksi dan bersosial dengan anggota Angkatan Tentera. Pada sebelah petang pula, pertandingan paintball dan tali tinggi iaitu sambungan daripada aktiviti yang dijalankan pada hari pertama.

Peserta pertandingan jalan laju bersemangat meneruskan larian sejauh 5.8 kilometer bersama kumpulan daripada sekolah masing-masing.

Kadet PKBM Udara sedang melakukan aktiviti latihan memasak di medan sambil diperhatikan oleh Jurulatih Bantuan dan Guru Pengiring.

Semangat setiakawan dan kerjasama dalam satu pasukan setiap Kadet PKBM Udara dapat dilihat sewaktu pertandingan paintball diadakan.

Pada hari ketiga iaitu 27 Jun 2012 pertandingan menembak telah diadakan di Lapang Sasar Gunong, Bachok Kelantan. Kadet PKBM Udara berpeluang menembak menggunakan senjata jenis Styer AUG 5.56 mm dengan dipantau rapi oleh Jurulatih Senjata pada sebilang masa. Selain daripada itu, ianya dapat membentuk dan memberikan pendedahan kepada Kadet PKBM Udara agar berdisiplin dan mengetahui etika ketenteraan.

Guru Pengiring Kadet PKBM Udara juga diberi peluang untuk mencuba senjata tersebut dan ini dapat menarik perhatian guru untuk meneruskan lagi penglibatannya di dalam PKBM Udara pada masa akan datang sekaligus dapat menarik perhatian lebih ramai lagi guru dan pelajar menyertai PKBM Udara.

Perkhemahan PKBM Udara Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 pada hari keempat diteruskan dengan lawatan ke Pangkalan Udara Gong Kedak. Ketibaan rombongan lawatan telah disambut oleh Ketua Cawang Operasi PU Gong Kedak.

Sejurus ketibaan, semua peserta lawatan dijemput untuk mendengar taklimat informasi semasa berkaitan TUDM dan amnya ATM. Atucara lawatan dimulakan dengan peserta dibawa melawat ke Skuadron SAR, Cawang Operasi, Pusat Simulator Sukhoi dan No 11 Skuadron.

 

 Kadet PKBM Udara dan guru pengiring diberi penerangan dan demonstrasi memadam kebakaran oleh pasukan Bomba TUDM daripada PU Gong Kedak

Kadet PKBM bergambar kenangan berlatar belakang jentera Bomba TUDM.

Majlis Penutup Perkhemahan PKBM Udara telah diadakan pada 29 Jun 2012 bertempat di Medan Kawad, Pusat Kokurikulum Negeri, Bachok Kelantan. Majlis penutupan tersebut  telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir iaitu Mej Jen Dato' Mohd Noh bin Mohd Said TUDM. Antara dif-dif jemputan yang turut hadir ialah Puan Hajah Rosnah binti Haji Wan Ibrahim iaitu Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Tuan Haji Mohd Anuar bin Abdul Hamid iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia serta wakil dari Polis DiRaja Malaysia, wakil Pasukan Bomba dan Penyelamat serta wakil – wakil dari semua Pejabat Pelajaran Negeri Kelantan.

Asisten Ketua Staf Tadbir sedang berucap sempena merasmikan Majlis Penutup Perkhemahan PKBM Udara pada 29 Jun 2012.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


! acuyuhan: bakti siswa last day

Posted: 03 Jul 2012 09:19 AM PDT

akhirnya tibalah hari ketiga iaitu hari terakhir kami bersama penduduk kg jerangau..hari ketiga kami jadi fasilitator di sk jerangau.. antara ldk yang diadakan ialah baju tradisional, telefon buruk, banana split dan bermacam jenis tepuk untuk menceriakan pelajar sk jerangau..
aktiviti dimulakan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh pegawai pengiring kami dan ketua fasi agar dapat menaikkan  semangat pelajar sk jerangau untuk belajar rajin rajin dan seterusnya aktiviti ldk..




apabila kami lihat pelajar pelajar mula bosan dan mengantuk,kami akan main banana split dan bermacam macam tepuk dan joget untuk menceriakan balik mood kanak kanak..
 kami main aktiviti telefon buruk..kami menggunakan simpulan bahasa yang mudah yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah supaya senang ingat..dan mereka dikehendaki menggayakan simpulan bahasa tersebut untuk disampaikan kepada kawan yang lain..
mereka tidak dibenarkan membisik dan memang best,dan banyak sangat gaya dan telatah yang tidak berkaitan dengan simpulan bahasa pon ada..
 then,selepas zohor dan lunch kami bersiap siap packing barang dan menuju ke balai raya untuk majlis penutup dan penyampaian cenderahati dari penduduk kg jerangau kepada mahasiswa UTM.. 
kami dihidangkan minum petang dengan apam colourful yang sangat comel ini..

lepas bersalam salaman dengan warga kg jerangau,kami bertolak pulang ke UTM KL tapi sebelum tu kami singgah di pantai di depan UiTM dungun.. sangat beruntung pelajar uitm sebab ada pantai didepan kampus mereka..
kami menerima buah tangan dari keluarga angkat berbentuk sepasang tuala, kerepek pisang, bahulu madu, kerepek kapal terbang, dan tart telur..
sesunggunhnya pengalaman dan aktiviti bersama penduduk kg jerangau sangat bermakna dan akan disemadikan dalam ingatan kami.. tempoh 3 hari 2 malam sebenarnya tidak mencukupi bersama keluarga angkat..insyAllah panjang umur jumpa lagi..

suka sangat baju program ni sebab warna oren yang striking..hehe



13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


ROZLAN RAZALI: Kg. Lubuk Kawah Bakal Dapat Masjid Baru

Posted: 03 Jul 2012 02:47 AM PDT


Kg. Lubuk Kawah bakal dapat masjid baru bagi mengantikan masjid sedia ada yang kini sudah tidak dapat menampong jumlah jemaah terutama ketika sembahyang jumaat. Rancangan bagi membina masjid baru ini telah mula disuarakan semenjak tahun 2009 lagi yang mana daya usaha telah dibuat oleh ahli kariah untuk mendapatkan tapak masjid dengan cara sebahagian ahli kariah menderma dan mewakafkan tapak masjid dengan membeli tanah secara kaki persegi. Mengikut carian saya melaluai lawan web JKR Negeri Terengganu tender bagi membina masjid ini telah pun dikeluarkan dan telah dianugerahkan kepada syarikat Hilirmas Diversified Sdn. Bhd dan kerja-kerja membersih tapak telah mula dilaksanakan semenjak dua hari yang lalu

Keputusan Tender

Selasa, 19 April 2011 15:56 


No. Kontrak Tajuk Projek Kontraktor
JKR/T/KT/P/3/2012 Kerja-kerja Membaikpulih Embakment Runtuh Di Laluan FT 1685, Seksyen 2, Felda Belara, Kuala Terengganu. Jati Estetika Sdn. Bhd.
Lot 141 T/A, Jalan Sultan Yahya Petra,
Kampung Lundang,
15150 Kota Bharu, Kelantan.
JKRNT(T)K/15/2012 Membina Dan Menyiapkan Satu (1) Blok Asrama 3 Tingkat, Sebuah Dewan Makan Dan Kerja-kerja Berkaitan Di Institut Pengajian Islam (INSPI) Binjai, Kemaman, Terengganu. Rozie Cipta Enterprise, No. 14, Kompleks Kg. Tiong,
Jalan Kampung Tiong,
20100 Kuala Terengganu.
JKRNT(T)B/14/2012 Membina Dan Menyiapkan Sebuah (1) Masjid Kerja-kerja Lain Yang Berkaitan Di Kampung Lubok Kawah, Besut, Terengganu. (500 Jemaah) {Tender Semula} Hilirmas Diversified Sdn. Bhd.
120-C, Tingkat Satu, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.
JKRNT(T)B/13/2012 Membina Dan Menyiapkan Sebuah (1) Masjid Dan Kerja-kerja Lain Yang Berkaitan Di Kampung Gong Bayor, Besut, Terengganu.
(500 Jemaah) {Tender Semula}
Pembinaan Kubang Palas Sdn. Bhd.
Lot 28-A1, Tingkat 1, Depan Balai Polis Bukit Payong,
21400 Marang, Terengganu.
JKRNT(T)K/12/2012 Cadangan Pembinaan Sebuah Masjid Baru Kemasik Dan Lain-lain Kerja Berkaitan Di Kemasik, Kemaman, Terengganu. (1500 Jemaah) Econbestari Sdn. Bhd.
1526-E, Jalan Ibrahim, Bukit Besar,
21100 Kuala Terengganu.
JKRNT(T)KT/11/2012 Membina Dan Menyiapkan Sebuah Masjid Dan Lain-lain Kerja Berkaitan Di Kampung Peradong, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu. WYWN Enterprise.
831-A, Kampung Losong Haji Mat Shafie,
21000 Kuala Terengganu

Masjid baru ini setelah siap akan dapat menampong jumlah jemaah seramai 500 orang. Adalah diharapkan agar kerja-kerja pembinaan masjid baru ini akan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

[URL=http://img99.imageshack.us/img99/906/tandatangan.png/][IMG]http://img99.imageshack.us/img99/906/tandatangan.png[/IMG][/URL]

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Aishah Akan Ucapkan Selamat Tingal kepada Umno <b>di Chukai</b>

Posted: 19 May 2012 07:14 PM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita57/nik%20aziz%20030.JPG

(Buletin Online) - Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang terkenal dengan lagu 'mana janji manismu', berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat, Aishah akan bersama-sama ribuan warga Chukai dan Kemaman mengucapkan selamat  tinggal kepada Umno dalam Himpunan Selamat Tinggal Umno yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei ini.


Katanya, Aishah akan bersama sembilan pemidato lain akan menghangatkan Himpunan tersebut yang merupakan kemuncak selepas siri himpunan, Himpunan PAS Ganti Umno dan Himpunan Tolak Umno.

"Aisyah akan hadir dan menyampaikan ucapan selamat tinggal kepada Umno dalam Himpunan Tolak Umno yang akan diadaan selama tiga hari tiga malam di Dataran Tok Guru,

"selain Aisyah, lapan lagi pemidato lain akan menghangatkan Himpunan,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah isu Semasa di Kampung Gong Limau, dekat sini Jumaat 18 Mei.

Menurutnya para pemidato adalah terdiri dari pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob, Pengarah Pilihanraya Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda DAP Yb Anthony Loke Siew Fok dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Haji Hanafiah yang juga Pegarah Majlis Tindakan DUN Chukai berkata, Aisyah adalah yang paling tepat bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Umno kerana beliau baru menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS pada 14 Mei lalu.

[Gambar kiri - Aisyah menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis di KUIZM 14 Mei lalu]

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Haji Hanafiah mengutuk tindakan seorang Ustaz 'pembodek' Perdana Menteri yang sanggup membuat kenyataan hanya Najib sahaja yang mengetahui dan Allah juga tidak tahu tarikh pilihanraya umum ke-13.

Beliau juga berkata Umno sudah gila apabila kelab veteran tentera yang menyokong Umno melakukan senaman 'tungging' punggung dihadapan rumah Pengerusi Bersih, S Ambiga.

"Apabila veteran tentera hampir 15 orang berada dihadapan rumah Ambiga 'tungging jubor tahik' (melakukan) satu senaman tungging jubor tahik, gila tak gila Umno saudara saudari sekelian, tak boleh nak bua pada dah (dengan Umno ini) buat senaman 'kepala bapak',

"kita hidup lama dah (sebelum ini) tak berbunyi (tak penah ada) senama tungging punggung,"tegasnya.

Manakala sebelah petang, Jumaat 18 Mei, Majis Tindakan DUN Chukai turut menganjurkan program motivasi secara santai di tepi pantai bersama Timbalan pesuruhjaya PAS Paha Ustaz Mohd yusof Embong dan bekas selebriti Catriona Ross. 


13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Joe: Karnival Pertandingan Cerita dan Pidato PKG <b>Bukit Besi</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 10:35 PM PDT

Pada 22 Mac 2012 yang lalu, SK Pasir Raja sebagai tuan rumah Karnival Pertandingan Cerita dan Pidato PKG Bukit Besi, Dungun Terengganu 2012. SK Pasir Raja sebagai tuan rumah karnival ini, semua pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan karnival yang telah diadakan ini. Karnival pertandingan ini telah disertai oleh 14 buah sekolah PKG Bukit Besi.   Karnival ini melibatkan dua kategori iaitu cerita dan pidato. Kedua-dua kategori mempunyai dua bahagian. Hanya kategori pidato sahaja yang semestinya peserta yang sama bagi kedua-dua bahagian. Bahagian pertama setiap kategori, murid telah mempunyai tajuk cerita dan pidato masing-masing. Bagi bahagian kedua,  tajuk mesti diundi dan menyampaikannya secara spontan.
 

Pemenang tempat pertama dan kedua bagi setiap bahagian untuk kedua-dua kategori dipilih mewakili PKG Bukit Besi ke peringkat zon di daerah Dungun. Dalam karnival pertandingan ini, kategori cerita tahap satu telah dimenangi oleh  peserta dari SK Ladang Gajah Mati sebagai johan. Tempat kedua ialah peserta dari SK Durian Mas 2 dan tempat ketiga peserta dari SK Bukit Besi.
Kategori cerita tahap dua, johan ialah peserta dari SK Ladang Gajah Mati. Manakala tempat kedua juga peserta dari SK Durian Mas 2 dan peserta dari SK LKTP Jerangau menduduki tempat yang ketiga.
Kategori pidato pula, johan ialah peserta dari SK Kampung Wa. Manakala peserta dari SK Durian Mas 2 menduduki tempat yang kedua dan tempat ketiga ialah peserta dari SK Ladang Gajah Mati.
Secara kesimpulannya, karnival pertandingan ini dapat dijalankan dengan baik dan memuaskan. Dari segi tempat pertandingan, tempat letak kenderaan, makanan, kawalan murid, penyediaan alatan, jemputan hakim-hakim, tempat duduk penonton dan lain-lain lagi amat memuaskan. Guru Besar SK pasir Raja mengucapkan tahniah kepada sekolah yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya terutama Sk Pasir Raja sendiri sebagai tuan rumah, berusaha bersungguh-sungguh akan dipraktikkan oleh semua guru dan murid untuk mewakili PKG Bukit Besi dalam pertandingan seperti ini pada tahun-tahun akan datang. Guru Besar SK Pasir Raja sebagai pentadbir sekolah amat berterima kasih kepada semua pihak yang dapat menjayakan karnival ini.

ads