Rabu, 26 Jun 2013

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Bandar <b>Paka</b> jana ekonomi masyarakat setempat | Terengganu Today

Posted: 24 Apr 2013 12:49 AM PDT

Pasar Besar Paka Dungun.

Pasar Besar Paka Dungun.

Paka, sebuah kawasan yang asalnya menempatkan sebuah pekan kecil dengan pohon kelapa dan belukar menghiasi sekitar, mula beransur-ansur berubah wajah dengan tempias daripada limpahan perkembangan industri minyak dan gas.

Kawasan tersebut sedang berkembang sebagai sebuah bandar perindustrian yang dapat menampung keperluan penduduk menerusi peningkatan peluang pekerjaan sekali gus menjana ekonomi masyarakat setempat yang memanfaatkan peluang tersedia.

Penduduknya yang telah mencecah kira-kira 150,000 orang dan umumnya mereka sentiasa mahu meningkatkan taraf kehidupan masing-masing menerusi pelbagai punca rezeki.

Pada tahun 1999 sehingga 2004 ketika Pas menerajui pemerintahan negeri ini, perancangan untuk Paka terbantut, namun usaha itu kembali digerakkan setelah Barisan Nasional (BN) diberi kepercayaan semula oleh rakyat.

Kini Paka merupakan salah sebuah kawasan yang paling pesat berkembang di negeri ini dan penduduk setempat terus digerak agar tidak lagi sekadar menjadi pemerhati kepada ledakan industri. Ini termasuklah melalui proses pembangunan pendidikan dan latihan.

Penduduk Paka telah melalui proses transformasi pembangunan dengan ramai antara mereka telah menjadi usahawan seperti kontraktor selain turut berperanan sebagai warga kerja industri.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka boleh dikatakan terbahagi kepada tiga zon.

Calon BN Dun Paka Datuk Matulidi Jusoh.

Calon BN Dun Paka Datuk Matulidi Jusoh.

Zon pertama melibatkan bandar sehingga ke Kampung Sura Hujung, zon kedua, bermula dari Kampung Durian Mentangau sehingga ke Santong dan zon ketiga membabitkan gugusan Felda.

Pembangunan benar-benar kelihatan rancak bermula 2005 sehingga 2012 apabila kerajaan menyalurkan peruntukan kira-kira RM120 juta bagi membangunkan kawasan berkenaan.

Ini termasuklah pembinaan Pasar Besar Paka yang menelan belanja sejumlah RM5 juta, jambatan (RM94 juta), empat buah masjid (RM18 juta), membina longkang (RM17 juta), membina benteng pemecah ombak (RM2.4 juta) dan sebagainya.

Pemilihan Datuk Matulidi Jusoh sebagai calon BN bagi kerusi DUN Paka menggantikan Mohd. Ariffin Abdullah memberi nafas baharu yang meyakinkan bagi membawa perubahan lebih besar.

Matulidi yang sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Dungun, memperlihatkan komitmen sebagai seorang wakil rakyat dan 'mendasari' kehidupan masyarakat pastinya akan lebih memberi tumpuan bagi pembelaan nasib penduduk setempat.

"Ini suatu tugas yang harus dipikul sebaik mungkin dan banyak yang boleh terus dilakukan di sini.

"Pada masa yang sama, saya sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Pembangunan DUN, sudah mengenali begitu dekat permasalahan dan keperluan setempat," ujar bekas pegawai Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah itu.

Seorang penduduk, Mahusin Taib, 55, dari Taman Indah Permai amat teruja dengan pembangunan yang begitu pesat di kawasan DUN Paka.

"Pada sekitar tahun 1999 sehingga 2004, pembangunan di Paka amat lesu kerana iklim politik yang dimainkan oleh Pas meskipun mereka memerintah Terengganu agak keterlaluan sehingga tergamak menghalau kanak-kanak serta menutup kelas-kelas tadika.

"Tetapi sejak BN mengambil alih memerintah negeri ini, maka banyaklah pembangunan infrastruktur yang dirancang serta dibina termasuk mengindahkan pusat perniagaan di bandar baru Paka.

"Oleh itu, rakyat harus bersyukur dengan pembangunan yang ada dan saya menyeru kepada penduduk di sini supaya memilih calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini," katanya.

Wahid Kasim, 59, dari Tebing Tembah pula memberitahu, semasa pemerintahan Pas, dia tidak melihat sebarang perubahan berlaku di kampungnya atau kawasan sekitar.

"Sekarang saya berpuas hati kerana banyak pembangunan dibuat di Kampung Tebing Tembah antaranya, sekolah menengah dan rendah.

"Oleh itu, tiada sebab rakyat perlu memilih calon pembangkang untuk menjadi wakil rakyat kawasan Paka kerana pemerintahan BN terbukti amat baik," katanya.

Ali Mohamad, 60, yang tinggal di Kampung Telaga Mas menyifatkan corak pemerintahan BN amat konsisten dan banyak perubahan dilakukan sehingga Paka suatu ketika dahulu hanya sebuah pekan kecil, tetapi kini bertukar menjadi bandar yang pesat.

"DUN Paka juga boleh juga dikatakan sebagai kawasan pendidikan kerana terletaknya Universiti Teknologi Mara Terengganu, Sekolah Menengah Teknik Dungun serta Politeknik Sultan Mizan Dungun.

"Saya amat bangga dengan pembangunan yang berada di kawasan DUN Paka dan saya amat berharap agar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan memihak kepada BN," katanya.-utusan

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2013 07:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

2 Mei 13 : Taklimat Ringkas Perkembangan Muzium TUDM <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 07:15 PM PDT

Taklimat Ringkas Perkembangan Muzium TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak
Taklimat Ringkas Perkembangan Muzium TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak

Taklimat Ringkas Perkembangan Muzium TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak

Taklimat Ringkas Perkembangan Muzium TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak

Taklimat Ringkas Perkembangan Muzium TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak

GONG KEDAK, 2 Mei 13 – Taklimat ringkas mengenai perkembangan terkini Muzium TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak telah diadakan di bilik taklimat muzium. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Muzium, Lt Kol Azhar bin Mohamad TUDM kepada Komander Pangkalan, Kol Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM selaku Penaung Muzium. Turut hadir ialah Eksekutif Pangkalan dan Ahli Jawatan Kuasa Muzium. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai konsep, objektif, sasaran, serta keperluan semasa muzium. Di samping itu, Komander Pangkalan turut dibawa melawat ke setiap sudut galeri di dalam muzium. Muzium TUDM PU Gong Kedak akan dirasmikan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Rodzali Bin Daud TUDM pada 23 Jun 13.

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Pilihan raya kecil <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - Pengerusi SPR - Utusan Online

Posted: 26 Jun 2013 06:17 AM PDT

KOTA KINABALU 26 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, SPR tiada pilihan lain selain mengadakan pilihan raya itu dalam tempoh 60 hari bermula esok.

"Sama ada dalam bukan puasa atau semasa hari raya (diadakan pilihan raya) kita akan bincang," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini malam ini.

Yang turut hadir Pengarah SPR negeri, Datuk Idrus Ismail. - UTUSAN ONLINE

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Pelancong Maut Dirempuh Bot <b>di Pulau Perhentian</b> | Cikgu Selam

Posted: 27 May 2013 06:20 PM PDT

BESUT 27 Mei – Seorang pelancong warga asing maut menakala seorang lagi cedera parah dirempuh sebuah bot ketika mereka sedang berenang di satu kawasan di luar kawasan yang dikhaskan di Pulau Perhentian pagi ini.

Mangsa, seorang wanita dikenali sebagai Mady yang berasal dari Ausralia meninggal dalam perjalanan untuk menerima rawatan manakala Simon seorang warga England kini dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Besut.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.20 pagi apabila sebuah bot terlanggar mereka bersama seorang lagi rakan ketika berada di kawasan D' Lagoon.

Pemandu bot dikatakan tidak dapat melihat kedudukan mereka dengan jelas. – UTUSAN ONLINE

Cikguselam: Lagi-lagi berita seperti ini berlaku di kepulauan peranginan di Malaysia. Pihak berwajib harus membuat siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca berlakunya insiden ini agar langkah-langkah berjaga-jaga dapat diambil.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Snorkeling & Mencandat Sotong <b>di Pulau Kapas</b> <b>...</b> - wanderlust dj

Posted: 10 Jun 2013 12:42 AM PDT

yeah semangat nih nak pergi mencandat!hehehe so jumaat lepas, pi keje adalah dalam keadaan kecuakan sbb ada byk isu kat opis...bos atas aku plak tgh cuti..makanya, pape hal aku juga la kan yg kena...huhuhu siaplaaa masa terhantar dokumen kat kerani, tserempak bigg boss...haaa terus dia ckp eh u ada ke, i thought u cuti...ada menda nak buat...choisss...huhuhu terus call cikwan n bgtau...so ada menda puan nak suh buat tp cikwan dah exclude nama aku la...nasib baik...huhuhu so ptg ada mting ngn enjml...then tepat kul5.30ptg aku pi solat n siap2...terus pecut ke kepong...menuju ke rumah amoi...jalan jammed la plak...smpai kepong dah maghrib dah...kul7.30mlm..ngam2 je dini n ed pun br smpai...so terus siap2, solat...pastu kami lepak makan makan...mak mertua amoi siap masak mcm2 la kan...then pas akan smbung borak mcm2 cerita la ngn family mertua amoi...sedar tak sedar dlm gelak tu, dah dkt kul11!ha apa lagi, siap2 then terus la gerak menuju ke Terengganu!hehuuu aku mula drive la...so dlm keta duk borak mcm2 cerita la kan....smpt la singgah isi myk, beli jajan..bawak pun rileks2 je la...takde nak laju2 sgt...so dlm kul3pg tu smpaila kami di Jabor...terus singgah toilet, n tukar driver sbb aku dah ngntok...hohoo dini take over plak...aku memula hidup kat belakang..then smpai je kemaman, terus terlelap!ngntok giler!huhuhu smpai nak dkt marang br terjaga!dini masa tu dah ngntok giler katanya...semua plak dah lelap...huhuhu nasib aku terjaga...laju giler dini bawak...bar kul4lebih masa tu...dkt nak smpai marang, singgah isi myk kat petronas, then kami parking situ n tido la beramai2....hehuuuu pastu dkt kul7pg br la terjaga...n terus ke masjid di marang utk solat n mandi....setel mandi, n rehat2 jap...kami ke Pasar Besar Marang...on the way ke Jeti ke Pulau Kapas dah...singgah beli makanan utk breakfast..so makan nasi kerabu la, nasi dagang la...nyum....makan dlm kereta je..hehe
then kami pun terus ke jeti, kat situ ada kedai utk Makcik Gemok Beach Resort..pi situ jumpa dgn Kak Maznah...aku mmg dah siap call dia awal2 utk buat booking...so kami amek pakej utk snorkeling + boat transfer + 2 bilik + candat sotong...utk 4 org berharga RM990...yg mahal bot candat la rm650 sbb kami amek bot besar yg kapasiti 7-8org punya...hehehe lepas tu, 1st bot ke Pulau Kapasn adalah 9.30pg...sbbkan awal lagi, kami just jalan2 la ada pasar pagi dkt area situ...
then tepat jam 9.30pg, kami pun terus menuju ke Pulau Kapas...amek masa 15 minit je atas bot tu..kejap je la...smpai sana tgk ramai jugak tgh mandi2 dkt dpn resot nih...bilik kami tak siap lagi...so smbil tunggu, bergambar2 la kat dpn resort tu...then dpt je kunci, terus ke bilik..amek plg murah..rm40/bilik...toilet kat luar...alahai bilik belakang sekali....keadaan bilik agak kurang la pd aku...berpasir lantainya...katil n alas pun uzur je...kipas slow je...takde plug point...huhuhu redha je la....letak brg, terus siap nak pi snokeling...
wpun aku tak minat ngn aktiviti air ni, tp layan je la kan since dah smpai sini...huhuhu so agak bot bawa kami berempat di satu kawasan di sebalik pulau...dia hentikan kami tepi pantai utk snorkeling kawasan situ...dia bg masa kami 2jam la...so lepak la situ, mandi2...tgk ikan, bg ikan makan..kawasan coral mcm jauh sket..kena berenang...disebabkan aku ni gayat tak bertempat ngn tmpt dalam, makanya aku main kat tepi2 je la...pastu cpt boring tkt main air n ikan...pasntas je aku naik semula ke darat n tido!hahaha penat weh tak cukup tido..hohoho diorg siap2 la pi ke kwsn coral semua...aku membuta atas darat....smpai gatal2 badan aku...hahaha semangat la diorg kan bercuti...aku takde la...seriously bkn minat aku la aktiviti air ni...dah tu tak pndai guna alat snorkeling tu, smpai air masuk hidung, pastu mata rabun, mana nampak pakai gogle tu...so lg la menambahkan boring aku kan...hahahaha dah sejam lebih br la semua naik n join aku tido!sib baik bwh pokok..panas giler...hehehe then lepas 2jam, kami call org tu utk jemput....smpai je resort, kami lepak kat depan tu je...aku dah ngntok lg...so terlelap la kat depan tu...diorg pi order makanan utk lunch...aku sedap la tido smpai diorg kejut utk makan..br la naik pi kafe dia...wah sedapnya mskn dia...wpun nasi grg kg tu pedas sbb kami yg request...tp mmg cukup rasalah!hehehe tp ya ampun, harganya mmg mahal...jumlah utk 4org makan nasi goreng tu adalah RM45..hahaha sabar je la...nasib faham kat pulau kan...huhuhuu dah kenyang, apa lagi, balik bilik...mandi...solat n tido!yeah....penat giler aku rasa badan aku kat pulau ni...hehehehe
kul4.30ptg kami bangun..siap2 utk pergi mencandat plak...terus bawak barang2 yg patut, telan pil mabuk...then ke jeti utk naik bot nelayan...bot pakya...kul5.30ptg bot pun gerak...wah kuat jugak ombaknya...fuhhh sabar je la kan...masa nak ke kandang sotong tu, terumbang ambing gak la kami...siap air masuk bot ok...aku cuak dah...hahahah...dlm hati aku dah rasa mcm ape je...bila tgk keliling aku air laut dalam...dah le tak reti berenang...isk...mmg saje crik psl btol aku ni...huhuhu dlm sejam naik bot, smpai la kami ke kandang sotong...masa ni byk dah bot candat sdg mencandat...so bila bot berhenti, enjin dimatikan...lagi la rasa mcm kena lambung je sbb angin n arus kuat...hohoho anak pakya ajar kami mcm mana nak candat...pas dpt masing2 pun mencandat la...aku duk dr tengah je...takut nak duk tepi...hehehe taklama tu, semua dah mula boring...then tetiba amoi mabuk lain mcm, siap muntah!ah sudahhh masa tu aku n dini pun rasa nak muntah!hahaha aduhai sabar je la..terus makan asam, sapu myk angin...huhuhu taklama tu, amoi rebah dah...aku n dini n ed je gigih lg candat...seronok bila dpt sotong...tp slow la ktorg...pakya je laju je dpt sotong...hehehe last gigih candat smpai kul9mlm gak le...hahaha aku dpt la 3ekor!hahaha ed dpt sekor je!hahaha tp dini la terer siap dpt double 2x okeh!hehehe total dia dlm 6ekor kot...n pakya dpt lebih 20 ekor!hahahaha masa ni aku dah rasa lain mcm...so pakya decide nak bwk kami ke kwsn dkt pulau utk makan...so air dia tak gelora...ktorg setuju je la...hehehe aku duk tgk pakya masak...beriya ok...smpai aku rasa pening n muntah!sbb bot bergerak n arus kuat...huhuhuhu pakya siap masak sambal tumis sotong ngn nasi okeh...hahahaha haduhai...memula dia letak dpn aku, dah siap masak, tp bot masih gerak...aku rasa nak muntah je...tp smpai je air tenang terus lapar!hahahaha terus makan..sedap wehhh hehehe....terbaiklah pakya...siap pastu dia candat area situ dpt la sotong gemuk nama sotong mengabang...geli aku tgk...hehehehe pastu kami pun dihantar balik ke jeti...smpat lepak minum b4 balik bilik...sekali bilik blackout n takde org selain kami kat bilik murah tu...sib baik dpt call Kak Maznah n ada org dtg pasang balik lampu...cpt2 aku pi toilet, solat n tido!sbb takut!hahaha siap smbur perfume b4 tido...sbb byk nyamuk!huhuhu haru sungguh!
esoknya semua bangun lewat!kul7, dah terang baru jaga...huhuhu pas solat semua tido balik...kul9pg baru la kami keluar pi breakfast...again mahal gilos..3pinggan mihun grg + 1set roti bakar adalah rm40..redha je laaa....kul10pg bot dtg amek n kembali ke Marang..lega bila jejak kaki ke tanah besar...Alhamdulillah...singgah jumpa Kak Maznah kat kedai, then siap2 nak balik...
lalu je Pantai Kelulut, carik kedai makan sotong celup tepung..br kul11pg, semua tutup lg...sib baik kdai yg kami pi dulu br nak buka..terus singgah!hahaha apa lg, order sotong tepung, udang tepung n ikan tepung...nyummeh wehhh...mmg puas hati makan!wpun masih kenyang tp tamakkan...hehehe pastu singgah Keropok Lekor 008 utk beli keropok....bawak balik rumah...hehuuuu
then dalam perjalanan bawak rileks je la...aku drive...smbil borak mcm2 cerita...kereta pun takde la byk sgt...hehehe smpat singgah makan di Hai Peng Kemaman...makan mihun goreng, roti bakar...sedappp...msa ni jumpa mat salleh yg ride motor dr Bangkok to JB to Bangkok...giler la kan...borak sakan ngn dia psl aku salah bg info kat dia...dia ckp tmpt tu nama Chukai, aku ckp Kemaman...rupanya Kemaman tu daerah, Chukai tu tmpt dlm daerah la...hehehe pastu borak psl travel, dia org rome...sakan la lagi borak kan...hehehe pas makan smpat singgah beli satar kat masjid kemaman tu...n terusss gerak lagi...
smpai la di Kawasan Rehat Lanchang...kami singgah dalam kul5ptg...utk solat n tukar driver...hehehe dini plak bawak...smpai kat rumah amoi kul7.30mlm..kami solat, transfer gmbar, bahagi sotong...then lepak makan jap kat kedai dpn rumah...then balik la ke rumah aku..smpai kul9.30mlm....Alhamdulillah...great experience...tp cukuplah sekali...hehehehe total lost utk trip kali ini adalah RM250 seorang utk pakej dgn makcik Gemok Beach Resort...Tol+Minyak adalah RM45 seorang...dan untuk makan RM50 seorang...utk org rumah aku beli satar RM8 & keropok lekor RM20...short trip on weekend!berbaloi-baloi....

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2013 01:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 01:38 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2013 03:51 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

(Video) Pelajar Perempuan Bersilat <b>Di</b> Surau <b>Ketengah Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2009 06:52 PM PDT

Apa sebenarnya hendak jadi dengan pelajar perempuan zaman sekarang. Ganas̢۪nya mengalahkan lelaki sejati. Yang lelaki pula ada yang lembut mengalahkan perempuan sejati.

KOSMO! semalam melaporkan yang video rakaman pelajar perempuan ber̢۪kung-fu̢۪ di surau Ketengah Jaya, Dungun mula tersebar luas.

Kes ini bukan kali pertama terjadi di̢۪Dungun. Ingat kes pelajar perempuan tarik rambut kerana berebutkan seorang lelaki bernama Judin Februari 2008 lalu?

Kali ini, pergaduhan disebabkan oleh pelajar senior yang tidak puas hati terhadap seorang pelajar yang cantik & bijak dan menuduh pelajar tersebut cakap besar.

Kami ada video yang lebih gempar dari itu. Kalau setakat pelajar perempuan bergaduh, video ini lebih ganas dari itu.

Tags: , , , , , , , , , , , ,

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 01:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bekas Adun Pas Paka Menipu Duit Peneroka Felda lagi <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 01:56 AM PDT

banne yang di pasang di hadapan bus station ketengah jaya

banne yang di pasang di hadapan bus station ketengah jaya

Ketengah Jaya, Dungun :  Daripada laporan polis yang di buat oleh peneroka felda yang menyatakan bahawa mereka telah tertipu dengan bekas adun Pas pada tahun 1999-2004 iaitu Satiful Bahri Mamat. Isu duit yang telah di bayar oleh peneroka felda untuk mendapatkan tanah berkelompok generasi kedua felda itu tertanya sia-sia dan tidak mendapat jawapan yang sewajarnya dari pemimpin Pas itu.

Demi untuk menuntuk hak peneroka felda Ketengah Jaya itu , ramai yang tampil membantu memasang banner dan poster bagi menyedarkan peneroka Felda bahawa mereka telah tertipu dengan bekas adun Pas itu yang hanya berdolak dalih melarikan isu tanah Felda itu kepada debat. Persoalannya kenapa Bekas adun Pas itu tidak bersemuka dengan peneroka Felda? Kenapa orang yang tiada kaitan dengan isu tanah felda itu di ajak berdebat?

Lebih malang lagi ketakutan pemimpin Pas itu lebih mengejutkan, semua banner yang di pasang di setiap lorang felda Ketengah Jaya itu di cabut oleh pengikut-pengikut nya. Kenapa harus mereka cabut banner itu? Atau pun mereka takut dengan penipuan mereka akan terbongkar satu persatu?

Kami nak bertanya adakah bekas adun Pas Paka itu ambil duit peneroka felda ketengah jaya? ya atau tidak ? Kerana berdasarkan laporan polis yang di buat oleh peneroka felda Ketengah jaya itu menyatakan Satiful Bahri Mamat terlibat dalam penipuan itu.

di lampiran laporan polis yang lepas di sini

DIALOG RAKYAT: Tukang Fitnah Bekas ADUN Paka &#39;Makan Duit <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 04:28 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/fitnah%20disebar%20merata-rata.jpgDUNGUN - PAS tidak gentar dan takut menghadapi apa sahaja tuduhan dan siapa sahaja yang membuat tuduhan dalam kes pembahagian tanah Rancangan Tabah Berkelompok (RTB) Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya.

Mana-mana pihak adalah dialu-alukan untuk menjalankan siasatan pada bila-bila masa, dan PAS sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Setiausaha PAS Kawasan Dungun, Norul Azhar Ali berkata, kebesaran Allah SWT telah memberi petunjukNya kerana walau pun banyak dokumen lain yang disimpan di pejabat bekas ADUN Paka telah musnah dimakan anai-anai, tetapi dokumen RTB Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya terpelihara dengan baik.

"malam ini kita hadir dengan pelbagai bukti bersama kita dan kita tak takut untuk menghadapi semua ini, perkara ini ini sudah berlaku sudah 10 tahun banyak timbunan fail yang dah dimakan anai-anai...........kebesaran Allah nak menunjukkan sebenarnya fail-fail tanah RTB ini tidak terjejas,

"kita mempunyai rekod yang kemasa mengenai apa sahaja (berhubungan RTB) nama penerima rekod bayaran dan perbelanjaan yang terlibat dalam (menguruskan) tanah ini memang tersimpan kemas sehingga hari ini,

"dan kita tidak takut untuk siapa pun siasat apa yang berlaku dalam proses pembahagian tanah di RTB Generai Kedua ini,"jelasnya.

[Gambar - poster dan banner fitnah terhadap Ustaz Satiful Bahri didalang Umno-BN di pamerkan dimerta tempat dalam DUN Paka]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/IMG_4237.jpgBeliau berkata demikian ketika berucap di atas pentas debat Tanah Generasi Ke-2 Ketengah Jaya; Siapa Tipu Anak Peneroka, yang telah bertukar menjadi majlis penerangan apabila ADUN Paka Mohd Ariffin @ Zakaria Abdullah tidak hadir.

Debat tersebut dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Paka di Dataran Ketengah Jaya pada Isnin malam, 11 Mac adalah bertujuan untuk menjelaskan siapakah sebenanya yang menyekat pembahagian tanah-tanah RTB Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya.

Sehubungan itu, Norul Azhar yang juga bekas Pengarah Hal Ehwal Tanah bagi DUN paka semasa PAS memerintah menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka-mereka yang terlibat memfitnah, bekas ADUN Paka Ustaz satiful Bahri Mamat dan bekas Meneteri Besr Terengganu Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau telah berulang alik ke Kuala Lumpur dan berbincang dengan pihak peguam bagi memastikan tuntutan mahkamah semaksima mungkin, akan dibuat kepada mereka yang terlibat, termasuk yang menyebarkan fitnah tersebut.

"sebelum ini pada waktu hampir pilihanraya yanglalu kita ada dengar isu bekas ADUN Paka makan duit ini dimainkan oleh Umno-BN, tapi kita gembira pada kali ini ada report (laporan) polis dibuat dan ada laman blog yang menyiarkan berita fitnah tersebut,

"saya telah beulang alik ke Kuala Lumpur dan berbincang dengan pihak peguam........kita akan pastikan tuntutan mahkama (saman) semaksima mungkin kepada mereka yang terlibat dengan fitnah ini,"tegasnya.

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 02:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

HOT U......!!! BILA sahTIPU NAK SAMAN??? - Angin Laut China <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2013 06:44 AM PST


JANJI PAS DAN WANG LESAP DI KETENGAH JAYA-KAMI TUNGGU SAMAN DARI SATIPUL!!!

"Umno semakin terdesak. Fitnah d wujudkn dgn tuduhn bahawa saya sebg bekas Adun 1999-2004, Jsr, Pas caw Ketengah Jaya maupun Tetuan Azman Wan Helmi & Associate terlibat merembat Rm1.4j duit anak generasi kedua bg Tanah Gen 2 Felda Ktgh jaya.Bahkn Tn Guru Hj Hadi juga d tuduh sama. Saya sudah berbincang & pihak lawyer akn mengambil tindakn saman dlm masa terdekat. "

Petikan di atas adalah yang ditulis oleh Satipul dalam FBnya….. .(sepatut FB Satipul Bahri tapi jadi FB Saipul Bahri…..itu nama sebenar pun mahu tipu juga ke….hahaha)Para pembuat report isu kerajaan Pas seleweng duit janji tanah di Mukim Rassau (Ketengah Jaya) dan Mukim Kuala Paka, sedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan saman pihak Satipul, bekas Adun Paka itu.

Beliau memang terlibat bersama JSR, Tetuan Azman Wan Helmi dan Menteri Besar Haji Hadi waktu itu yang datang membahagikan nombor-nombor lot di Padang Astaka Ketengah Jaya.

Bahkan menurut seorang yang terbabit Fauziah binti Mamat, salah seorang yang terbabit memberitahu temuduga di adakan di Pejabat YB Satipul sendiri ketika itu Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, no 55, Tebing Tembah, 23100 Paka Dungun pada 1 Julai 2002 jam 11.00 pagi. (sila rujuk lampiran surat panggilan temuduga)Oleh itu, Satipul yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu sekarang ini janganlah sekadar membuat UGUTAN nak saman……SILA KEMUKAN SAMAN SEGERA WAHAI SATIPUL.

Baca seterusnya di SINI

Ngeri! Telinga Kanan Tertusuk Besi

Posted: 09 Mar 2013 06:30 PM PST


Kepala mangsa turut tertusuk besi stereng selepas keretanya merempuh sebatang pokok.

FELDA KERTEH 5 – Seorang pemuda nyaris rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas merempuh sebatang pokok dekat sini.

Dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang terbabit, Mohd Abaidillah Zainuddin, 25, turut terpaksa menahan kesakitan kerana tersepit di tempat duduk pemandu dengan bahagian belakang telinga kanan tertusuk besi stereng.

Bagaimanapun, tindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bandar Ketengah Jaya yang segera sampai ke tempat kejadian dan memadamkan kebakaran berjaya menyelamatkan mangsa.

Pengerusi PBS Bandar Ketengah Jaya, Ramli Mat berkata, pihaknya hanya mengambil masa selama tiga minit untuk memadamkan kebakaran di bahagian bonet kereta jenis Proton Saga yang dinaiki mangsa.

"Sejurus menerima laporan mengenai kemalangan itu, enam anggota PBS Bandar Ketengah Jaya segera bergegas ke tempat kejadian dan ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa mengerang kesakitan di tempat duduk pemandu dengan bahagian depan keretanya remuk teruk dan melekat pada pokok.

"Ketika itu bonet kereta turut terbakar dan kebakaran itu segera dipadamkan. Namun keadaan kereta yang remuk menyulitkan kami untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Menurutnya, masa selama 30 minit diambil bagi mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan patah tangan dan paha selain mengalami kecederaan di kepala ekoran stereng pecah dan besi stereng menusuk kepala mangsa.


Ngeri! Telinga Kanan Tertusuk Besi 10 out of 10 based on 10 ratings. 10 user reviews.

Pendedahan Penyelewengan Kerajaan Lalu: TIADA <b>...</b> - teganuki ta

Posted: 17 Mar 2013 10:01 PM PDT

Oleh: Pengarang Teganukita


Tiada sebarang bayaran yang patut dibayar oleh pemohon atau peserta yang memohon dan berjaya sebagai peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang diuruskan oleh Pentadbiran Tanah Daerah masing-masing atau Pejabat Tanah di daerah masing-masing.

Jika sekiranya ia dikenakan bayaran beratus-ratus ringgit atau ribuan ringgit oleh pihak tertentu bagi mendapatkan tanah RTB itu, ia adalah di luar arahan dan pengetahuan Pentadbir atau Pejabat Tanah Daerah.

Pihak Pejabat Tanah tidak tahu menahu perkara punggutan duit oleh pihak terbabit.

Demikian dijelaskan oleh seorang Pentadbir Tanah Daerah di Terengganu ketika diminta mengulas laporan polis yang yang dibuat oleh pemohon salah satu RTB di Balai Polis Ketengah Jaya pada 22 Februari lalu.


Menurut Salinan Repot KETENGAH JAYA/000172/13 pada 22 Februari 2013 jam 4.34 petang, pengadu Muhamad Rosdi bin Fauzi dari Felda Ketengah Jaya Dungun menyatakan: "Pada 11/02/2004 Kami Generasi Kedua Felda telah ditawarkan Tanah Rancangan Berkelompok di Kawasan Pembangunan Lima Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, Daeran Dungun oleh Kerajaan Terengganu pada waktu itu (1999-2004).

Pada 17/02/2004 satu majlis diadakan di Padang Astaka Ketengah Jaya,setiap peserta telah diminta bayaran maksimum sebanyak RM1, 300.00. Duit ini dibayar kepada akaun sebuah syarikat guaman yang dilantik sebelum 01 Mac 2004.

Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 1080 orang.

Kami telah dijanjikan akan memperolehi geran tanah tersebut. Pihak yang berkenaan telah menghilangkan diri tanpa mengembalikan semula duit kami.

Saya mewakili kesemua peserta menuntut kembali duit dari pihak yang telah menjanjikan tanah tersebut. Pihak kami juga mendesak supaya kes ini disiasat dengan kadar segera oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ini kerana kami rasa sangat tertipu oleh kepimpinan pada waktu itu. Inilah pengaduan saya".

Menurut Pentadbir Tanah itu, bayaran syarat-syarat Lesen Menduduki Sementara ialah RM10 setahun sahaja dan bayaran pendaftaran atau buka fail hanyalah dikenakan RM5 (Seksyen 67 dan 68 Kanun Tanah Negara).

Katanya, apabila seseorang diluluskan permohonan, kelulusan LMS hanya diberi bagi tempoh tiga tahun sahaja sebagai tempoh percubaan. Pertimbangan kemudian akan diberikan sama ada hendak diberikan hak milik kekal atau pun tidak.

"Segala hal berkaitan pentadbiran tanah adalah mengikut Kanun Tanah Negara, jadi kalau di luar perkara berkaitan, ia adalah dibuat tanpa pengetahuan Pentadbir Tanah," tegasnya.

 

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Istilah koreksional <b>di</b> Pekan <b>Ajil</b> , Terengganu - Dari suara hati <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2013 09:18 PM PDT

Salam

Sabar itu subur,

Tak sabar masuk , kubur.  (accident).  My late grand fathers taught me this in Kelantan 40 – 50 years ago.  How true it was.  Jika kita bersabar , kita akan selamat dan jika kita tidak bersabar (mengambil sedikit oxygen dan bertenang seketika jua) maka banyaklah bala yang akan kita tempuhi tanpa disedari.  Anak anak kehilangan kasih sayang bila ibu bapa mereka tidak sabar lantas bercerai berai.

Hari ini saya ingin sangat menulis pasal istilah 'sabar' , 'bersabar' , korek, koreksional dan lain-lain.  Dalam Bahasa Inggeris , sabar ialah 'patient' dan bersabar is ' ..we  must be a little bit patient, my dear'.  Kesabaran is ' practice patience whenever you can'.

Mengapa kita harus bersabar? Banyak sebab sebenarnya .. 

Pertama, bila kita bersabar ..kita tidak cepat bergaduh antara kaum melayu, cina dan india di Negara ini.

Kedua, bila kita bersabar, kita akan memperolehi banyak faedah seperti keharmonian, kebahagiaan, ketenteraman dan keamanan.  Lagipun cable kita '.. a bit expensive you know?'

Ketiga, bila isteri sudah melahirkan anak ..orang orang tua meminta  sang suami bersabar sedikit dengan sang isteri kita itu yang banyak tercedera urat sarafnya sewaktu proses bersalin.  BIla kita berpantang … satu hari nanti selepas 100 atau 1000 hari itu ..kita akan dapati isteri kita  sudah pulih seperti sedia kala.  Kuat untuk berlari ke sana sini pula.  Untungnya kita juga.

Contoh bila kesabaran diperlukan.  Di atas lebuh raya .. kita harus bersabar dalam menunggu giliran satu per satu biar kenderaan di hadapan bergerak dahulu dari queue ini.  Tidak sopan jika kita memotong queue ini .. lagi pun kita tiba di sini agak lewat sedikit dari orang lain itu.

Contoh kesabaran ialah dalam keadaan kita berumah tangga.  Sang suami jangan cepat memarahi isteri kerana lambat menyediakan makanan kerana mereka berdua baru sahaja sampai ke rumah selepas keluar dari Queue di lebuh raya Shah Alam tadi.  Lagipun , sang isteri itu pengurus syarikat IBM sedangkan sang suami itu sekadar pemandu jentolak jer.  Bersabarlah sedikit.  Jangan cepat marah marah tau?

Guru guru pun sama juga. Jangan cepat marah marah kepada murid-murid anda kerana ..  mereka masuk lewat sedikit ke dalam kelas cikgu tadi.  Bersabarlah sedikit.  Cakap elok-elok sedikit kepada mereka maklumlah salah seorang dari murid-murid tersebut anak kepada KPP Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia.  Silap silap cikgu akan dipindahkan ke Sarawak esok.  BUkankah itu satu yang malang kepada cikgu sendiri.

Ustaz ustaz pun kena banyak bersabar.  Dalam sekolah ini , sepatutnya kaum ustaz/ ustazah lah yg paling tinggi kesabarannya dibandingkan dengan guru guru matematik tambahan,  music dan sukan.  Maklumlah .  ustaz/ ustazah dah lama tahu ayat ayat Quraan berkenaan dengan kepentingan kesabaran.  Jangan tahu banyak , tetapi amalan kesabaran itu tiada.  Malu sangat kita tau?

Pihak kerajaan pun kena bersabar juga.  Jangan cepat panic 'membawa' masuk pendatang pendatang asing seperti di Sabah itu.  JIka kita memberi kad pengenalan kepada PATI/ PADI dengan membabi buta dengan  maksud 'udang disebalik batu besar'  ..  lama kelamaan bilangan mereka semakin banyak dan mungkin satu hari .. mereka sudah berani melawan pihak polis dan tentera.  BIla perkara ini berlaku ..terjadilah tragedy di Lahad Datu itu.  Tidak semena mena .. anggota polis walaupun umurnya setahun jagung  sudah pun terkorban angkara ..  itulah.  Silap siapa hah?  Sekarang pun ramai orang Bangladesh, Pakistan, Ronghya Burma Myanmar membanjiri Negara ini dari semua pintu masuk.  Tengok dari arah kanan macam Jali Kelantan jer, tengok dari arah kiri .. nampak macam Mat Bond gak..  aghhh ..betul betul macam melayu jer tetapi percakapan mereka macam itek serati jer ..  aghh tak kesahlah asalkan mereka ada 10 potong jari jemari .. boleh guna untuk mencelup dakwat khas untuk maksud mengundi ..allright punya ..  Mula mula kita kasihan kepada nasib mereka .  Lama kelamaan oleh sebab nama nama mereka mirip kepada nama orang melayu Malaysia .. adalah pihak tertentu akan menggunakan orang Asing ini untuk maksud '.. sebagai pengundi hantu dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini..'.  Kita rakyat Malaysia .. bukan semua yang bodoh sepanjang masa. SEkali tipu ok ..tetapi tak kan lah kita ditipu berkali kali pulak.  Payah tu?   Dulu bolehlah  kita diperbodohkan ..tetapi la ni .. dah ramai dah anak anak kita yg pandai dgn ilmu teknologi I.T. yang pulang ke kampong dengan berbagai bagai cerita ..  betapa 'cerdik' SPR dalam proses membersihkan senarai nama pengundi hantu untuk maksud PRU 13 ini di Selangor , Pulau Pinang dan Perak sana.  Lama lama bocor juga rahsia kita ..memanipulasikan nama nama orang asing sebagai penentu kemenangan parti kerajaan.  Bersabarlah.  Dulu 56 tahun kita dah memerintah .. bila time tiba .. kerajaan kita berpindah kepada pihak pembangkang ..so what/  berilah laluan secara gentleman ..  bukankah Negara ini sebuah Negara demokrasi?  He..he..  bila time kita jadi pembangkang ..  bersabarlah.  Sabar subur , tak sabar masuk kubur.  Berperang sesama melayu ..bukankah ini satu yang paling bodoh?

Kita melayu terkenal dgn sifat sopan santun mulia,   gaya bahasa , body language .. dan macam macam lagi.  Sang binatang di Malaysia pun tahu ..rakyat Malaysia terkenal dengan sifat budi bahasa dan kesabaran jika dibandingkan dengan pak pak arab dari Timur Tengah.  Dengan berkat ketinggian sifat kesopanan ini ..melayu selalu mengalah dan menyerahkan berjuta hektar tanah kepunyaan melayu kepada bangsa lain.  Syabas .. sifat sopan ini cukup menguntungkan kita melayu.  Keep up the charitable values itu !  TEngok kes tanah melayu KTM di Singapura.  Asyik sopan dan memberi sahaja kita melayu kat orang lain.

Tetapi sayangnya ..  sifat itu .. adalah sifat melayu dahulu kala .. mungkin 200 – 500 tahun yang dahulu.  Sekarang kita melayu tak sabar mana pun.  Cuba tengok ..  cara kita memandu kenderaan di atas jalan raya kampong, Bandar dan lebuh raya.  Kebanyakan kita sangat 'lorak' atau rushing  macam badak sumbu ..  tak sabar mana pun..  tidak memberi laluan kpd orang lain .. dan kadang kadang kita kurang ajar .. tidak mengucapkan terimak kasih pun jika ada orang memberi laluan kpd kita … kita sombong bodoh .. tidak mahu berterima kasih jika ada orang lain membantu kita pada ketika waktu kenderaan kita tiba tiba mampus dalam queue di lebuh raya itu.  Bersabar dan manis muka bila mengucapkan terima kasih kpd mereka yg penat menolak kereta buruk/ kereta tuan dah lama tak servis  punya itu.

Waktu keputusan peperiksaan SPM / PMR/ STPM diumumkan .. kita pun tak banyak bersabar.  Saban tahun kita menjulang mereka yang Berjaya dengan 9 A PLUS sahaja ..sedangkan Negara ini membangun bukan dengan usaha orang orang pandai sahaja ..bahkan tidak salah kita menjulang anak anak kita yang Berjaya mendapat 1A atau 2A dari sekolah elit seperti TKC, STF, MRSM, STAR, MCKK,KISAS .. 

Walaupun banyak tenaga, wang ringgit dan masa  sudah kita curahkan kpd anak anak yang ramai bersekolah elit berprestasi tinggi ini .. result mereka .. memalukan juga kerana .. budak kampong anak anak pemandu lori JKR, Felda dan jentolak  pun mampu dapat 9 A Plus dari sekolah biasa.  So bila bercakap tentang keputusan sekolah elit .. mengapa pihak TV3 tidak menjenguk sekolah yang serba dhaif tetapi result pelajar mereka cukup membanggakan seperti Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan Kota Bharu, Kelantan.  Result ini cukup mengembirakan arwah  Dato' Baharum, Tok Kenali dan hulubalang-hulubalang zaman melayu silam dahulu kala itu.

Peniaga peniaga melayu pun kena banyak bersabar juga.  Cuba usahakan supaya dapat berniaga secara kompetitif dengan bangsa lain .. dengan cara berniaga dalam kedai batu 2 – 3 tingkat di Taman Universiti seluruh Negara.  Jangan berpuas hati jer dengan berniaga goreng pisang panas di bawah pokok kayu rendang sahaja ..kerana ..imej melayu tercemar dari pagi ke malam .. melihat betapa majunya ..orang melayu pro kerajaan berniaga kecil kecilan dibawah khemah ala tentera melayu zaman jepun 1945 sedangkan di depan mata mereka berderet-deret  kedai batu serba moden disewa oleh mamak mamak india dan bangsa-bangsa lain. Bersabarlah sedikit ..cuba sewa kedai batu itu dan setelah menyewa kedai itu ..berniagalah goreng pisang nangka, karipap, lompat tikam, ubi kayu rebus, laksa, laksam … sepanjang malam.  Jangan kita berputih mata .. negeri ini melayu punya tapi semua kedai ..  bangsa asing yang terkehadapan. Malulah sedikit .. saya dan tuan hamba ini.  Poster BN besar besaran gambar calon anak melayu bakal PM nanti tetapi ramai orang melayu kita berniaga bawah pokok pisang, pokok kayu  jer..  he..he… di sepanjang jalan raya utama seluruh Negara bermula dari Perlis ke Johor dan seterusnya ke Kelantan sana.

Orang DBP pun kena bersabar juga.  Jangan asyik tukar ejaan BI kepada BM dengan kadar cepat jer.  Contoh istilah koreksional di Terengganu.  BUkankah kita ada istilah '..baikpulih'.  Pusat Baikpulih Akhlak/ Perangai  lebih sedap dari Pusat Koreksional Terengganu itu.  Perkataan korek ini ..  rasa rasa lucah / bodoh jer.    Apa gunanya kita ada Hari Bahasa , Jiwa Bangsa ..sedangkan papan koreksional di Terengganu itu terpampang gagah memalukan kita semua.   Buatlah sesuatu wahai Pengarah DBP.  Jangan galakkan pengunaan istilah seperti transformasi sedangkan kita ada istilah 'ubahsuai/ pindah bentuk ' dalam BM sejati /  perkataan 'format' sedangkan kita dah ada pun istilah 'bentuk' ; dalam BM kita.  Begitu juga banyak lagi istilah B Inggeris .. kita ambik bulat bulat dan terus ubah dengan menambah 'i' dan macam macam ..pendek kata nampak tak pandailah orang orang DBP kita ini.  Maaf kata gitu pagi pagi ini.  Cuba tengok orang Indonesia .. mereka tetap kekal dlm pengistilahan Bahasa Indonesia lagi dan lagi ..  seperti 'machet' untuk 'traffic jammmm  ' dan setetusnya.  Jati diri mereka jauh kehadapan berbanding dengan kita semua DBP.  Aduhai DBP kito.  

Saya mohon maaf ..jika ada yg terkasar bahasa.  Maklumlah ..  saya bukan A Samad Said Sasterawan Negara yg ulung.  Saya tetap sayalah.  Jika saya tahu sedikit , saya pun menulis dengan kadar sampoi je.  Pokoknya .. saya telah menyumbangkan sesuatu kepada diri saya dan pembaca budiman sekalian.    

Renungkanlah adik kakok saya sekalian ..  kita melayu ..mengapa nak bergaduh , kafir mengafir antara satu sama lain .. Mufti Perak serang TG Nik Aziz Nik Mat.  Apakah rasional kita berbuat begitu … sedangkan ramai lagi anak anak muda melayu sudah meninggalkan solat 5 waktu, orang perempuan melayu tidak menutup aurat di Majlis Anugerah Muzik Muzik ,  hidup seharian tanpa iman dan tak endah lagi isu halal dan haram dalam pergaulan antara jantan dan betino.. sepatutnya Tok Tok Mufti .. turun ke dataran bawah seperti jalan jalan raya dan buat dakwah secara terang terangan ajak anak-anak muda ini kembali kpd ajaran agama yg haq.  Memang penat kerja dakwah ini .. tetapi kita diminta bersabar mengajak benda yg hak ini dan terus bersabar.  (Rujuk Surah Wal Asri).  Tak cukup .. org yg ada ilmu agama yg tinggi mantap tetapi dok pusing atas kerusi sedak jah sambil sambil goyang kakinya membaca akhbar parti kerajaan atau parti pembangkang dan tunggu jap lagi nak serang pihak lawan.

Sesiapa yang kalah … PRU 13 itu .. make way please.  Be a true gentleman plz.  Jangan memburuk keadaan bila dah kalah..  tengok PRU12 2008 dahulu .. 5 buah negeri dah tumbang kat pembangkang. Tun Abdulah Badawi made way ..he was a true gentleman.  A true man is a man that can take defeat honestly ..  your time is up man.  If he can rule , others can too ?  Why.. the same country , the same rules. The same democratic rules as stipulated in the Perlembagaan , the same SPR's big man  remain, the same intelligent police force  and the same obedient soldiers with the help of the most expensive submarines .. where are they now?  Did any one happen to  see how  our submarines performed their true worth in that Lahad Datu battle?  My friends saw the enemies died with their  poorly made kayu guns only.  Can we read Al-Fatihah now Pak Mufti?    

Sabar subur, tak sabar masuk kubur.

Penting tak  sifat bersabar ini ..tuan hamba?

Anda bagaimana?

Wallahu aklam bis sawabbb.      

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2013 11:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 28 May 2013 11:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 11:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2013 07:46 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Keluarga Ku: Kenangan <b>Di Pulau Wan Man</b>

Posted: 11 May 2010 08:29 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kenangan Di Pulau Wan Man. Dicatat oleh KeluargaKu di 11:29 PM. No comments: Post a Comment. Newer Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom) · Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Baca Sisipan ...

TELUSURI TERENGGANU: <b>DI PULAU WAN MAN</b>

Posted: 29 Mar 2010 09:04 AM PDT

Taman Tamadun Islam <b>di</b> Kuala Terengganu: Review? | Cuti Malaysia

Posted: 28 May 2013 05:02 PM PDT

Bercuti Terengganu Taman Tamadun Islam

Satu lagi tempat jalan-jalan menarik di Kuala Terengganu  ialah Taman Tamadun Islam. Lokasinya ialah di Pulau Wan Man, dalam daerah Losong bersebelahan Muzium Negeri Terengganu. Taman Tamadun Islam yang pertama diMalaysia ini dibina berlatar belakangkan sungai Terengganu. Cantik betul pemandangan di sini, paling best sebab berangin.

Hendak ke Taman Tamadun Islam, jika inginkan kelainan bolehlah mencuba naik bas Bandar yang unik tu. Boleh ambil dari Taman Shahbandar Kuala Terengganu. Dengan bayaran hanya RM1, bas Bandar ni akan terus membawa anda ke Muzium Negeri dan seterusnya ke Taman Tamadun Islam. Suka tengok bas ni, klasik!

bas bandar taman tamadun islam

  • Lokasi: Pulau Wan Man, Kuala Terengganu (Bersebelahan Muzium Negeri)
  • Waktu Operasi: 10 am – 7pm Setiap Hari
  • Bayaran Masuk Taman Tamadun Islam: Percuma
  • Bayaran Masuk Taman Monumen Islam: RM20 Dewasa / RM15 Kanak2 7-12 Thn / PERCUMA Kanak2 Bwh 7 Thn
  • Bayaran Terengganu River Cruise: RM20 Dewasa / RM15 Kanak2 7-12 Thn / PERCUMA Kanak2 Bwh 7 Thn
  • Menarik di Taman Tamadun Islam: Masjid Kristal, Taman Monumen, River Cruise

Untuk lebih detail pakej yang disediakan sila rujuk sini;

Tiket Taman Tamadun Islam

Dalam Taman Tamadun Islam inilah terletaknya Masjid Kristal dan Taman Monumen Islam serta Terengganu River Cruise. Ini ialah Masjid Kristal atau masjid terapung. Cantik kan, rekabentuknya memang lain dari yang lain. Masjid Kristal juga merupakan salah satu ikon Negeri Terengganu.

Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam

Dari Masjid Kristal Cuti Malaysia ke Taman Monumen. Masuk ke sini, anda diberi Passport atau buku paduan perjalanan, baucer Kedai Cenderamata dan baucer F&B di kafenya.

Taman Monumen do Taman Tamadun Islam

Bagi Cuti Malaysia, boleh dikatakan tempat ni ala ala Taman Tema Islam dimana 21 replika mercu tanda Islam terpilih dari seluruh dunia dibina di sini. Memang cukup menarik kerana berpeluang mengenali mercu tanda negara negara Islam seluruh dunia. Untuk gambaran apa yang ada di sini, boleh rujuk peta interaksi Taman Tamadun Islam ni.

Taman Tamadun Islam

Di sini antara monumen paling menarik termasuklah Taj Mahal di India, Dome of Rock (Kubah As Sakhra) di Palestin, Kincir Air,  Masjid Sulaimen Turki dan Menara Kalyan dari Uzbekistan. Antara monumen ini, disediakan mini Muzium dan tayangan video yang menerangkan tentang monumen tersebut dengan lebih terperinci. Terdapat juga monumen yang anda boleh masuk ke dalamnya. Cuti Malaysia aritu berpeluanglah masuk ke Kubah As Sakhra atau lebih dikenali sebagai Dome of Rock. Kalau anda pernah dengar kisah sebiji batu yang ingin mengikut Rasulullah ke langit pada kejadian Isra Mikraj tapi tak diizinkan lalu batu itu kekal terapung hingga kini. Di kubah AsSakhra inilah terletaknya batu terapung ini.

Untuk menjelajah Tamadun Islam, ada disediakan beberapa pilihan kenderaan untuk anda, dari basikal untuk seorang hinggalah basikal untuk 6 orang. Ada juga tram dan buggy. Semuanya berlainan harga. Cuti Malaysia bawa budak-budak lebih senang menggunakan tram dengan bayaran RM3 seorang dewasa.  Diakhir lawatan jangan lupa guna baucer Kedai Cenderahati dan membasahkan tekak di Café Taman Tamadun.

Selain Masjid Kristal dan Taman Monumen Islam, di sini juga ada disediakan perkhidamatan Cruise Sungai Terengganu. Time Cuti Malaysia selesai jalan-jalan di Taman Monumen dah lewat petang, Cruise pun dah tutup. Lain kali datang lagi mesti cuba hee..

Layan dulu beberapa gambar Cuti Malaysia di Taman Tamadun Islam;

Gambar Taman Tamadun Islam

Sememangnya banyak tempat jalan menarik di Terengganu. Jom Cuti Cuti Malaysia Terengganu 2013!

ads