Selasa, 8 Januari 2013

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


teganuku: Rosmah, Rombongan Bergotong Royong Bersihkan <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2013 11:03 AM PST

Penduduk di Taman Desa Damai dan Taman Desa Darul Iman Gong Badak melalui detik gembira apabila dikunjungi isteri Perdana Menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor serta menyampaikan sumbangan wang ehsan RM500 setiap keluarga semalam.

Seorang penduduk  Mustafa Husin adalah antara 77 keluarga dari taman berkenaan yang terpaksa bermalam di pusat perpindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak selama empat hari.



"Saya dan keluarga seperti bermimpi menerima tetamu isteri Perdana Menteri, orang yang sangat dihormati dan dikagumi diseluruh negara.

"Datin Paduka Seri Rosmah seorang yang sangat merendah diri dan berhemah, saya dan isteri sangat terharu dan seperti bermimpi isteri Perdana Menteri telah bergotong royong membersihkan rumah ini bersama pemimpin negeri yang lain," katanya.

Mustafa yang tinggal berlima bersama isteri dan tiga orang anak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri yang sangat mengambil berat masalah rakyat yang ditimpa musibah.

Rosmah disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri To' Puan Seri Hajah Norliza Mahmud.


Hadir sama, yang Dipertua PPPM Cawangan Terengganu, Tengku Datin Seri Ramlah Azizah Sultan Ismail Nasiruddin Shah; Timbalan YDP PPPM Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Timbalan YDP Pahang Dato' Seri DiRaja Tunku Soraya Sultan Haji Ahmad Shah dan isteri Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Kenamaan lain yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan arisan neegeri, Datuk  Abdul Rahin Mohd Said; Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu , Mohd Sarif Hasan; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhaimi Omar dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ke negeri ini untuk menyertai program gotong royong membersih kediaman mangsa yang dilanda banjir baru-baru ini.

Seramai 500 orang sukarelawan PPPM cawangan Terengganu, sukarelawan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma), Institut Latihan Perguruan (IPG) Dato' Razali Ismail, Bomba dan Penyelamat serta penduduk setempat

Teganukita

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Off to Kelantan……. Banjir <b>di Jerangau</b>….. | "The longest journey <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2012 04:54 PM PST

Seperti biasa lah kan, apa yang kita rancang selalunya tidak menjadi. Sob sob. Tengahari, after breakfast pada 25hb yang lepas aku dan Mish menggigihkan diri drive ke Rantau Panjang, Kelantan, walaupun hujan sendu di Jerangau melanda tanpa henti. Bila masuk sempadan Kelantan aje, matahari terus bersinar indah gittew, cuaca daripada mendung+hujan ke cerah+mengalukan kedatangan kami. ceewah..

Tapi bila dah sampai di jalan nak masuk ke Rantau Abang tu plak, Sg Golok melimpah limpah ke jalanraya. Harem sgt. Terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu sahaja. Shopping lite2 di Wakaf Che' Yeh ajor.

28762_4216624973911_49098265_n

Kat sini banyak jual barangan berasaskan kain2, baju2, tudung2 paling banyak, seluar jeans etc. Dapatlah aku beli sepasang jeans dan sehelai throw yang comel. Klo nk shopping untuk raya memang murah2 dan berbaloi2 la shopping sini, cuma barangan jualan kurang bervariasi. lol. Dari jam 7.30pm smpai jam 9pm aje pusing2 kt situ. Then, balik ke Jerangau.*hajat x kesampaian nk shopping di Sg. Golok

Bila dah sampai kawasan Jerangau, adalah kat simpang nk masuk ke rumah Mish, banjir sendu melanda kawasan kampung tu. Terkezutt mak. * first jadi mangsa banjir. Nasib baik penduduk kampung dah setup post pengawal dan buat sebaran kt simpang tu, klo tidak tenggelam Isabella I ols. hehe.

So, aku sgt2 stress dan resah, sbb xde bantuan yang datang. Aku ingat ade la balai raya ke, sekolah ke yang dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir, tp non ado. Mish lagi resah, esok keje katanya. lol. Aku hairan gak dengan bantuan kat sini, takde sape pon nak tolong mangsa banjir. Mana PBT? bomba ke? ahli RELA? erk.. Mana Dato'? lol

Dah putus asa, tunggu punya tunggu dari pukul 12.30am sampai jam 4.30am, banjir x surut2+bantuan x kunjung tiba, pergilah kami ulang alik ke masjid kepam dan Bandar Dungun, breakfast then, off carik masjid wangi lepak dan tidor sampai jam 1pm. So,daripada duduk melongok macam orang bodoh, kami pun ikut laluan masuk simpang lain, tetapi kena melalui Kuala Terengganu which was almost 3 jam perjalanan.

Bila dah sampai umah Mish, heaven sgt, terus capai towel dan mandi. Pastu terus ke alam mimpi…………….lol

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


<b>Pulau</b> Menarik di Terengganu

Posted: 08 Jan 2013 08:27 AM PST

As salam semuo...

Pulau menarik di Terengganu...

Terengganu sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadinya...antara tarikan utama pelancong luar negara mahupun dalam negara ialah keindahan pulau-pulau yang terletak di jajahan Terengganu...

Pulau Redang






Pulau Redang terletak 45km diluar pantai Kuala Terengganu...Pulau Redang ialah pulau terbesar antara 9 pulau yang dilindungi sepanjang Laut China Selatan di luar pantai Terengganu...pulau ini menawarkan air jernih kristal dan pelbagai tempat menyelam bagi mereka yang berminat...antara tempat snorkeling utama di Pulau Redang ialah di Taman Laut Pulau Redang, perairan di sana kaya dengan hidupan laut yang pasti mempersonakan...

Bagaimana ke Pulau Redang...?? Dari lapangan terbang Kuala Terengganu, pihak resort tempat dimana korang menginap akan menghantar korang ke Jeti Merang...dari sana, korang akan dibawa ke Pulau Redang dengan menaiki bot yang disediakan oleh pihak resort terbabit...perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 1 jam...

Pulau Perhentian






Pulau Perhentian terletak 21km diluar pantai Terengganu...Pulau Perhentian terbahagi kepada 2 pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil...selain daripada melakukan aktiviti snorkeling dan scuba-diving, terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan antaranya berkanu, berlayar, memancing ikan laut dalam dan mencandat sotong...

Bagaimana ke Pulau Perhentian...?? Dari lapangan terbang Kota Bharu, sila dapatkan perkhidmatan teksi untuk pergi ke Jeti Kuala Besut...dari jeti, dapatkan pula perkhidmatan bot untuk membawa korang ke Pulau Perhentian...perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 30 minit...

Waktu yang paling sesuai untuk bercuti ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian ialah antara bulan Mac hingga Oktober...kebanyakan resort atau chalet akan tutup pada bulan November hingga Febuari kerana ketika itu ialah musim tengkujuh ataupun North-east Monsoon...

Inilah 2 pulau menarik di Terengganu yang telah PM lawati...terdapat beberapa lagi pulau menarik di Terengganu yang boleh dilawati antaranya Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah, Pulau Tenggol, Pulau Duyung dan Pulau Gemia...

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Cerita Orang Kita: Video Kemalangan Maut <b>di</b> depan IKBN <b>Kemasik</b>

Posted: 23 Dec 2012 12:04 PM PST

Semoga Roh Arwah ditempatkan bersama orang yang beriman.Amin

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


4 Beranak Rentung Bertembung Bas Ekspres <b>Di Chukai</b> - Terbakor

Posted: 23 Dec 2012 05:10 PM PST

"Sangat menyayat hati melihat keadaan semua mangsa yang rentung, termasuk hancur seluruh badan, malah ada sebahagian cebisan daging yang terbakar melekat dalam kereta," kata saksi kejadian empat beranak terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, awal pagi semalam. Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

4 Beranak Rentung Bertembung Bas Ekspres Di Chukai - Terbakor

Wan Mohd Faiz Wan Ahmad, 27, yang dalam perjalanan ke Kemaman berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia bersama rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berupaya memandangkan api marak membakar kedua-dua kenderaan.

"Saya menghubungi bomba, tetapi tidak berani mendekati tempat kejadian kerana bimbang kedua-dua kenderaan itu meletup," katanya menganggap kemalangan itu paling ngeri yang pernah dilihatnya.

Dia yang ditemui di tempat kejadian berkata, selepas kebakaran dipadamkan keseluruhannya oleh anggota bomba, dia terkejut dan sedih apabila dimaklumkan empat beranak rentung dalam kenderaan itu.

Penumpang bas ekspres itu, Wan Mohd Al-Hakim Wan Yusoff, 27, berkata, dia sempat mendengar seorang penumpang dalam kereta yang terbakar itu menjerit meminta tolong sebelum mengetahui empat beranak rentung di dalamnya.

-Metro-

 

 Nak tahu teknik buat Ratusan USD percuma ?? klik sini!  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


santau berapi: banjir <b>di bukit besi</b> dedah perangai jalang adun umno

Posted: 07 Jan 2013 11:25 AM PST

Banjir dah berlalu di Terengganu.

Dalam hal ini sudah tentulah yang paling kuat mengaku merekalah pembantu rakyat bawahan adalah UMNO, sebuah parti politik yang mana di dalamnya dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia munafik.

Ni aku nak ceritalah tentang ADUN Bukit Besi, Din Adam dari BN atau lebih tepat lagi dari UMNO.

Banjir teruk telah melanda Kampung Kuala Jengai. Malangnya, walaupun dah diberitahu persediaan yang dibuat amat ala kadar. Lebih tepat lagi, langsung tak ada.

Din Adam sebaliknya lebih pentingkan kenduri kahwin anaknya pada 28 Disember. ADUN Umno itu langsung tak peduli dengan nasib yang menimpa penduduk Kampung Kuala Jengai.

Dalam hal ni, aku bersyukur kerana Allah telah mengutuskan Unit Amal PAS yang bertindak sebagai penyelamat terutama sebelum kehadiran agensi Pusat yang telah dikerahkan agar UMNO tidak dimalukan kerana langsung tak ambil berat tentang rakyat. Unit Amal adalah pasukan yang paling awal tiba dan memberikan bantuan. Nak harapkan Umno?

Yang aku dengar ramai pemuda Umno yang telqh dikerah untuk bantu melancarkan majlis perkahwinan anak ADUN Bukit Besi. Bagi mereka meriahkan kenduri kahwin anak ADUN jauh lebih penting berbanding selamatkan mangsa banjir.

Yang paling tak boleh tahan ADUN Bukit Besi itu hanya datang sekali jengukkan muka. Itu pun dia berlakon konon-kononnya dialah yang derma barang keperluan untuk mangsa banjir sedangkan barangan yang diserahkqn itu semuanya barangan JKM.

Itulah sekali ADUN umno muncul. Lepas tu hilang entah ke maa tanpa menghiraukan rakyat Bukit Besi yang perlukan wakil mereka.

Mujurlah Unit Amal terus berkampung dan memberikan khidmat.

Aku berani cakaplah, Allah memang merestui Unit Amal. Sebab itulah mereka diutuskan untuk bantu rakyat. Wakil rakyat umno pula tak ubah macam kudung dapat cincin.

Pengundi Bukit Besi patutnya dah tahu siapa yang harus mereka pilih pada PRU13 nanti kalau tak mahu nasib mereka lebih malang dari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

<b>Bukit Besi</b>, here we come!!! | Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Al <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2012 06:53 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Pagi sampai tengahari tadi ke Uitm Kampus Bukit Besi untuk pemberesan layout makmal...... pergi 35 minit, balik 40 minit dgn kelajuan 80-90km/j. (Kalau speed 110 ke 140, rasanya 20minit boleh ni.... eh??? AES!) InsyaAllah ...

ads