Sabtu, 5 Oktober 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


<b>Di marang</b> orang minyak lari terjun tingkap | wansite

Posted: 28 Sep 2013 07:25 AM PDT

MARANG - Kelibat misteri seorang lelaki separuh bogel didakwa orang minyak muncul kembali di daerah ini walaupun ada yang menganggap gangguan itu sudah berakhir dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 42 tahun, Isnin lalu.


Mangsa terbaru, Sh Nor Akmaliza Tuan Ibrahim, 33, mendakwa melihat manusia separuh bogel berada berdekatan katil dalam bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi, Rabu lalu iaitu dua hari selepas lelaki 42 tahun itu ditangkap pasukan rondaan Rakan Muda.

Ibu tiga anak yang tinggal di Jalan Kampung Machang Lada itu berkata, kelibat manusia dipercayai seorang lelaki yang hanya memakai baju dan berseluar dalam tiba-tiba sahaja muncul dan berada berdekatan katil apabila dia tersedar daripada tidur.

"Saya yang terkejut terus menjerit sekuat hati menyebabkan 'orang' itu lari menuju ke arah tingkap bilik tidurdan terjun keluar sebelum. menghilangkan diri," katanya kepada Sinar Harian.


Akmaliza berkata, walaupun dia tidak mengalami sebarang kecederaan, namun bersyukur kerana tiada barang dalam rumahnya hilang.

Namun dia kini mengalami trauma dan takut untuk tidur dalam bilik seorang diri.

"Saya bimbang perkara seperti ini berulang kerana suami sering pulang kerja lewat dan dia (suami) biasanya tidur di ruang tamu.

"Kami syak orang yang menceroboh rumah kami masuk melalui tingkap ruang tamu.

"Kami sudah pun buat laporan di Balai Polis Bukit Payung untuk tindakan lanjut dan turut mendapat perhatian Unit Kawalan Kampung (UKK) Padang Midin," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mangsa.

Suspek guna 'ilmu'

Suami mangsa, Abdul Hadi Endut, 40, pula tidak menolak kemungkinan lelaki yang menceroboh rumahnya mempunyai 'ilmu' kerana dia berjaya melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang jejak dalam tempoh singkat.

Pada Isnin lalu, seorang lelaki berusia 42 tahun diberkas sekumpulan ahli Rakan Muda (Pasukan Kesedaran Jenayah) selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di Kampung Machang Lada.

Lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan mengalami masalah mental.

Ketua UKK Padang Midin, Mohd Alimin Sharom, 30, berkata, pencerobohan terbaru itu menunjukkan lelaki yang diberkas sebelum ini tiada kaitan dengan kes orang minyak.

"Ini bermakna suspek sebenar masih bebas. Kami akan menggandakan usaha rondaan dan berjaga pada waktu malam agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin,"katanya.

Turut mengulas perkara sama, Naib Ketua UKK Padang Midin, Mohd Faizul Abdul Rahman, 32, pula menyifatkan perkara itu agak mistik dan langkah berjaga-jaga sentiasa diambil walaupun belum ada penduduk yang dilaporkan cedera akibat kejadian itu.

"Kami berjaga malam untuk memastikan keselamatan kawasan terjamin dan akan sentiasa merujuk kepada pihak polis sebelum ambil apa-apa tindakan jika berjaya mengesan kehadiran 'orang minyak' itu," katanya.

Dalam pada itu, Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman turut turun padang menyampaikan sumbangan kepada anggota rondaan UKK diketuai Mohd Alimin.

Beliau berharap, usaha unit rondaan itu dapat membantu pihak berkuasa mengesan suspek yang terlibat dengan segera.

Selain UKK Padang Midin, turut menjalankan rondaan ialah Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin Kuala Terengganu dan Rakan Muda Terengganu.


Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


teganuku: Projek Rimbunan Kasih Untuk 100 Nelayan Miskin <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2013 12:31 PM PDT

Sebuah projek penempatan semula nelayan miskin akan diwujudkan di Rantau Abang, Dungun melalui projek Rimbunan Kasih khusus untuk mengeluarkan mereka daripada kancah kemiskinan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebagai permulaan, 100 nelayan miskin akan dikenal pasti melalui senarai e-Kasih untuk menyertai program itu.

Beliau berkata, kumpulan nelayan ini akan menanam mass melon, menternak ikan keli dan pelbagai aktiviti pertanian lain untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.

"Kerajaan negeri akan menyediakan tanah dan kemudahan infrastruktur lain pula akan disediakan kerajaan pusat di kawasan seluas 40 hektar itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian projek Agropolitan Besut Setiu di Kampung Panchur Bederu di Setiu, semalam.

Rimbunan Kasih di Dungun itu bakal menawarkan 100 buah rumah dengan beberapa kemudahan asas lain dan pertanian moden seperti fertigasi dan akuaponik di belakang rumah di penempatan baharu itu.

Melalui program itu, setiap keluarga dianggarkan mampu meraih pendapatan minimum RM1,200 setiap bulan.

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


pak su tukang urut berpengalaman <b>di setiu</b>. - teganuki ta

Posted: 26 Aug 2013 04:00 PM PDT

Teks dan gambar oleh Aminudin Ismail.
DAERAH Setiu sememangnya mempunyai ramai tukang urut yang mahir dan dikenali ramai, antaranya ialah Pak Su Ghani atau nama nama penuhnya Abdul Ghani Husin yang tinggal di Kampung Kederang, Permaisuri. Setiu.

"Pak Su bersyukur kerana dikurniakan Allah kebolehan untuk mengurut dan mengubati penyakit. Pak Su hanya berusaha tetapi yang menentukan kesembuhan adalah Allah " katanya.

Abdul Ghani juga boleh mengurut lelaki yang mengalami masalah lemah tenaga batin dengan melakukan beberapa teknik urutan bagi memulihkan semula hubungan suami isteri pesakit serta berdoa kepada Allah dan membaca beberapa ayat suci al Quran ketika mengurut.

"Mereka yang mengalami penyakit lemah tenaga batin ini perlu diurut dengan betul bukan pada keseluruhan badan supaya darah akan berjalan lancar dan memberi kesegaran kepada pesakit. Selain itu saya juga membuat air penawar dan membaca beberapa jampi.

Setakat ini sudah ramai yang mengalami masalah itu sudah kembali pulih," katanya.
Abdul Ghani berkata, dalam sehari dia mampu mengurut antara tiga dan lima orang sehari dengan tidak mengenakan jumlah bayaran tertentu sebaliknya mengikut kerelaan mereka yang diurut iaitu mengikut kemampuan mereka.

Menurutnya, antara yang datang mengurut di rumahnya ialah ahli politik dan pegawai kerajaan serta penduduk setempat.

"Biasanya orang akan bagi Pak Su antara RM20 hingga RM50. Bagi yang berpendapatan besar mereka akan beri lebih lagi sekiranya mereka berpuashati dengan urutan Pak Su. Pak Su biasanya mengambil masa selama kira-kira satu jam untuk mengurut keseluruhan badan dan bagi mereka yang mempunyai badan yang agak besar akan lebih sedikit masanya," katanya.
Pak Su juga boleg berubat tradisional, antara penyakit yang pernah pulih selepas berubat dengan Abdul Ghani ialah penyakit angin ahmar (stroke) dan penyakit mental atau tekanan jiwa. Kebanyakan pesakit akan datang ke rumahnya beberapa kali untuk menjalani rawatan.

"Alhamdulillah, setakat ini beberapa orang pesakit sudah pulih dan ada yang setengah pulih selepas mendapat rawatan dari Pak Su, antaranya ialah seorang yang menderita sakit stroke selama beberapa tahun kembali pulih selepas tujuh kali Pak Su merawat dengan mengurut dan memberi minum air penawar," katanya.



13 di besut - Google Blog Search

di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Mayat Pemuda Lemas <b>Di Besut</b> Ditemui - MyNewsHub

Posted: 12 Aug 2013 01:30 PM PDT


BESUT – Mayat Nik Mohd Azreen Nik Adnan yang lemas di Sungai Bukit Keluang dekat Kampung Raja di sini pada Ahad berjaya ditemui gerakan pasukan mencari kira-kira pukul 7.45 petang semalam.

Komander Operasi Mencari, Penolong Penguasa Bomba Hasmadi Jusoh berkata mayat Nik Mohd Azreen, 23, timbul dan terapung di permukaan air setelah pasukan mencari membuat beberapa pusingan bot di satu lokasi kira-kira 200 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Beliau berkata mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian segera dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat.

Nik Mohd Azreen yang tinggal di Taman Subang Perdana, Shah Alam pulang bercuti raya di rumah neneknya di Kampung Pengkalan Nyireh sebelum pergi ke Sungai Bukit Keluang bersama seorang rakan kampungnya pada hari kejadian untuk melihat keindahan laut dan bukit-bukau di situ.

Difahamkan mangsa kemudiannya membuat keputusan menyeberang sungai berkenaan untuk melihat kawasan penyu bertelur tetapi tenggelam dan hilang beberapa minit selepas masuk ke dalam sungai manakala rakannya berjaya berenang ke seberang.

Mangsa dikatakan tiba di Besut dengan menaiki kereta bapa saudaranya Selasa lepas sehari sebelum ketibaan ibu bapa dan tiga adik perempuannya.

Sementara itu bapa mangsa Nik Adnan Nik Abdullah, 55, berkata keluarganya mengambil keputusan untuk mengebumikan jenazah anaknya itu di tanah perkuburan Islam Kampung Pengkalan Nyireh hari ini. – Bernama

Mayat Pemuda Lemas Di Besut Ditemuihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Mayat-Pemuda-Lemas-Di-Besut-Ditemui.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Mayat-Pemuda-Lemas-Di-Besut-Ditemui-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

BESUT - Mayat Nik Mohd Azreen Nik Adnan yang lemas di Sungai Bukit Keluang dekat Kampung Raja di sini pada Ahad berjaya ditemui gerakan pasukan mencari kira-kira pukul 7.45 petang semalam. Komander Operasi Mencari, Penolong Penguasa Bomba Hasmadi Jusoh berkata mayat Nik Mohd Azreen, 23, timbul dan terapung di permukaan...

BESUT - Mayat Nik Mohd Azreen Nik Adnan yang lemas di Sungai Bukit Keluang dekat Kampung Raja di sini pada Ahad berjaya ditemui gerakan pasukan mencari kira-kira pukul 7.45 petang semalam. Komander Operasi Mencari, Penolong Penguasa Bomba Hasmadi Jusoh berkata mayat Nik Mohd Azreen, 23, timbul dan terapung di permukaan air setelah pasukan mencari membuat beberapa pusingan bot di satu lokasi kira-kira 200 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang. Beliau berkata mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian segera dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat. Nik Mohd Azreen yang tinggal di Taman Subang Perdana, Shah Alam pulang bercuti raya di rumah neneknya di Kampung Pengkalan Nyireh sebelum pergi ke Sungai Bukit Keluang bersama seorang rakan kampungnya pada hari kejadian untuk melihat keindahan laut dan bukit-bukau di situ. Difahamkan mangsa kemudiannya membuat keputusan menyeberang sungai berkenaan untuk melihat kawasan penyu bertelur tetapi tenggelam dan hilang beberapa minit selepas masuk ke dalam sungai manakala rakannya berjaya berenang ke seberang. Mangsa dikatakan tiba di Besut dengan menaiki kereta bapa saudaranya Selasa lepas sehari sebelum ketibaan ibu bapa dan tiga adik perempuannya. Sementara itu bapa mangsa Nik Adnan Nik Abdullah, 55, berkata keluarganya mengambil keputusan untuk mengebumikan jenazah anaknya itu di tanah perkuburan Islam Kampung Pengkalan Nyireh hari ini. - Bernama

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2013 09:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 30 May 2013 07:36 PM PDT

 

Salam.

 

Kepada anda diluar sana yang belum baca lagi part satu entri ini sila baca dulu ok. Hari ke-2 kami di Pulau Bidong sangat ohsem. Ada aktiviti memancing di laut dalam dan aktiviti jungle trekking dan lawatan ke tapak penempatan warga Vietnam yang pernah menetap di situ beberapa tahun lalu. Seriously aku baru tahu Pulau Bidong mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau Bidong pernah menjadi penempatan warga Vietnam.Sampai sekarang ada lagi peninggalan mereka macam kubur, tapak bangunan dan patung.

 

kaki pancing

Aku nak tahu tak masa aktiviti memancing tu aku mabuk laut. haha gelakkan diri sendiri. Sah-sah la ikan pun tak dapat. Firstime aku join aktiviti macamnie beb. Mula-mula memang ilek-ilek lagi memancing dengan seronok sekali. Then mula la aku rasa pening dan loya. Nak muntah pun ada. Aku bagi pancing aku dekat orang lain. Aku baring terus atas kapal. kahkah. =p

 

Tengok gambar kat atas seronok Amir dapat ikan. Sekali dapat bukan seekor tapi dua ekor kau. Aku paling kagum dengan Aslina la sebab dia dapat ikan kemain banyak. Ada la dalam 5 ekor kalau tak salah kan Aslina ? Aku tak tahu la Aslina tu pakai umpan apa. Papepun, aktiviti memancing akan jadi lagi seronok kalau aku tak mabuk laut then dapat ikan 10 ekor. heh.

 

Lepas dapat ikan 15 ekor, masa memancing pun dah tamat. Kitorang dibawa ke melawat tapak peninggalan warga Vietnam yang pernah menetap di Pulau Bidong berpuluh-puluh tahun yang lepas. Masa tu aku belum lagi dilahirkan. Kau nak tahu cerita disebalik penempatan warga Vietnam nie kau tanya Amir. Story yang dia buat pasal Penempatan Vietnam masuk paper haritu. Kemain eksaited lagi dia.

 

Pulau Bidong

Hutan belakang kitorang itulah tapak penempatan warga Vietnam. Korang nampak tak mercu tanda tinggi belakang kitorang tu yang sebelah kanan ? Haa, itulah antara binaan diorang yang masih teguh sehingga sekarang. Aku ada bergambar dekat situ tapi Amir tak kasi pun gambar tu dekat aku. Biasalah aku pakai kamera ehsan orang je. Takde kamera sendiri. Kakak paling kanan dalam gambar diatas merupakan kakak angkat Aslina dan Amir. Cantik angat kakak angkat korang. aherher.

Pulau Bidong

 

Kalau korang nak tahu, pasir dekat gambar bawah nie halus gila. Semangat aku turun bawah semata-mata nak pergi sentuh pasir halus itu. Pantai dia pun sangat CANTIK. Air jernih bukan main lagi. ALLAHUAKHBAR !  Dapat snorkeling sini memang best nie. aha.

Pulau Bidong

Jungle trekking kat Pulau Bidong nie boleh tahan letih dia. Tempat kitorang berhenti masa jungle trekking yang ada pokok menjalar besar macam buai tu sangat unik. Aslina dengan Amir siap bergambar lagi situ. Tapi gambar tu takde. Sedeh kan. Semua gambar takde nak tunjuk dekat korang. Pasnie kalau nak pergi program wajib bawak kamera sendiri. =p

 

Pulau Bidong

Bersama geng media prima Kuala Lumpur dan Bernama Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang ke jeti Marang. Korang sangat sporting. Kenal 2 hari pun dah boleh bergurau macam kenal 2 tahun tau. Siap janji nak belanja aku lagi tu kalau aku pergi Kuala Lumpur kan Raffi. Harap Raffi baca blog aku lol. Biasalah sporting. Nama pun orang media kan. =p

 

Harap tahun depan boleh join lagi program nie. Dengar kata setiap tahun diadakan program camnie dekat Pulau Bidong sana. Terima kasih urusetia program yang cantik kacak bergaya tu sebab incharge kitorang sepanjang program.

 

Aslina suka sangat dengan abang urusetia yang pakai t-shirt 7 dalam gambar bawah ini. Kan Aslina ? Haha. Tahniah buat Nik yang dah habis praktikal di Bernama. Semoga cepat-cepat dapat kerja. Panjang umur kita jumpa lagi.

Pulau Bidong

ads