13 di besut - Google Blog Search |
.: Calon Pas <b>di</b> Kuala <b>Besut</b>: Antara Taukeh Ikan dan Kontrektor - Mso Posted: 07 Jul 2013 06:25 PM PDT ANALISA Malam ini Dewan Harian Pas Pusat akan bermesyuarat antara angendanya membincang mengenai pilihan raya kecil Kuala Besut yang penamaan calonnya akan diadakan 12 Julai. Perkara spesifik akan dibincangkan ialah mengenai calon Pas. Sebangat-bangatnya malam ini umum akan mengetahui siapakah yang akan diturunkan oleh Pas. Terdapat tiga nama yang telah disenaraipendek untuk diserahkan tanggungjawab bagi merampas kerusi Kuala Besut dan seterusnya meletakkan keadaan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berseimbangan 16:16. Kedudukan hari ini Pas 15 dan UBN 15 selepas UBN kehilangan kerusi Kuala Besut apabila wakilnya meninggal. Dengan kedudukan itu Pas meletakkan harapan besar untuk 'merenyok petuk'kan Dun Terengganu. Suka kita melihat keadaan itu nanti bagaimana penyelesaian dibuat sekiranya berlaku takdir demikian. Apakah Dun Terengganu akan dibubarkan bagi diadakan pilihan raya semula atau sebaliknya. |
Pasukan peguam pantau politik wang <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - Harakahdaily Posted: 09 Jul 2013 04:00 AM PDT ![]() Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) berkata, Umno dan BN hanya bergantung harap kepada umpan kebendaan bagi mengekalkan pengaruh mereka di Kuala Besut. "Oleh itu bagi menghadapi kemungkinan itu, PAS Besut menyediakan pasukan peguam untuk memantau politik wang. "Pasukan peguam daripada Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS akan memantau dan mengambil tindakan lanjut setiap kes ditemui," katanya ditemui di sini baru-baru ini. Menurutnya juga jentera kempen PAS dengan dibantu rakan-rakan Pakatan Rakyat memberi tumpuan khusus peti undi Seberang Darat, Tok Saboh dan Seberang Darat Luar. Ini kerana kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti besar pada PRU ke-13. Biar apa pun strategi, namun ramai melihat potensi calon menjadi senjata akhir. Umpan kebendaan, wang ringgi dan isu tidak akan ke mana sekiranya calon tidak berkenan di hati pengundi. BN mempertaruhkan nasib bagi mempertahankan kerajaan "simple majority" dengan menampilkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. Pemilihan Zaihan yang disifatkan orang Idris, sekaligus menegepikan Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun, Zahanapi Sagaf. Penyelidik Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Muhamad Zainal Abidin Hussin berkata, calon yang diumumkan BN hari ini seakan-akan memberi gambaran kelabu kepada BN. (Ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang) |
You are subscribed to email updates from di besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |