Rabu, 27 Julai 2011

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


My Life & Love: Company Trip Ke <b>Pulau Kapas</b>

Posted: 08 Jul 2011 12:18 AM PDT

Dah dekat 2 minggu masih lagi kedengaran cerita Pulau KApas kat office. Seronok giller diorang.
Duduk kat sini. 3 hari 2 malam.
Macam-macam activities kat sana. Volleyball pantailah, itulah, inilah.
Pulak tu each games yang menang dapat hadiah. Fuyooo. Kayanya company ni.
Jom acara mencari harta karun pulak.
Yang paling best sekali aktiviti kat sana nak tau apa??
Air jernih tak hengat. Nampak nemo sebijik-bijik.
Malam last. BBQ dinner & lucky draw. Malam keramat Enchek Husband dapat i-pad2. Yeay!!!
 Makan jangan tak makan. Rezeki jangan ditolak ok.

Malam tu pun semua group kena buat performance. Wauuuweee. Semuanya ok sporting je.
Yang paling kelakar sekali. This is my MD ok. Sporting habisssss.
Tengok piccas pun best giller apelagi kalau pergi ye tak?? Telan air liur jelah jawabnya. Hiks!
Last but not least. Jejaka-jejaka idaman Malaya kat office. Phewitttttt. Siapa yang paling hensem agak-agaknya???
Of course la yang paling hensem adalah MR. Superman saya. Hooyeahhh!!!

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Welcome To TaD169&#39;s MULTIPLY page!! - Enak Cemar <b>Di Ajil</b>

Posted: 16 Sep 2006 09:32 AM PDT

"; } body.innerHTML = prevNextPhotoHTML + '
' + FBPopup + '

' + fbd_html + '

' + Subjects[index] + '

' + Bodies[index] + '

' + (FBH[index] || '') + '

'; if (! FaceboxDisabled) { getEl('photoimg').onclick = start_facebox; } add_class(body, 'singlephotoview'); if (next 0 && hash_index != CurrentIndex) { show_photo(hash_index); } else if (CurrentIndex != 0 && hash_index == -1) { show_album(); } else { return; } } function assign_reply_links(index) { if (index && index > 0) { var areply_btn = getEl('areplybutton'); if (areply_btn) { areply_btn.href = AudioReplyURLS[index]; } var vreply_btn = getEl('vreplybutton'); if (vreply_btn) { vreply_btn.href = VideoReplyURLS[index]; } } } var single_print; function order_photoproducts() { display('nonpromo', 0); prev = TotalPhotos; next = 1; getEl('shoppromonav').innerHTML = nav_table('order'); show_comments('none'); display('itemreplyform', 0); display('itemactions', 0); display('albumreplies', 0); display('shoppromo', 1); CurrentIndex = 'order'; scroll_to_top(); var hash = hash_param('photo') || window.location.hash; hash = hash.replace(/^#/, ''); single_print = hash.match(/^\d+$/) ? hash : ""; set_hash_param('photo', 'order'); track_url('/photo/item (ajax - promo)'); } function order_photoprints(link) { if (single_print) link.href += ':' + single_print; return true; } setInterval(check_uri, 1000); window.onresize = handle_resize;
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Sekolah Kebangsaan <b>Ketengah Jaya</b> II: Jenis-Jenis Dadah

Posted: 27 Apr 2011 11:33 PM PDT

Heroin  

Definasi  

-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk

Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain 

Big H , Dope , Smack , TNT

Cara Penggunaan

Menguntik , Menghidu

Ciri-ciri penagih

Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul

Definasi

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda '999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk

Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama lain

M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Cara Penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

Definasi

Dihasilkan daripada buah popi muda .

Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .

Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .

Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .

Jenis /Bentuk

Candu mentah , candu masak , tahi candu

Nama lain

Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , "O" , Tar

Cara penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

Definasi

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis/Bentuk

Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain

Grass , pot , Marijuana , weed

Cara penggunaan

menghisap

Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

Definasi

Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .

Jenis/Bentuk

Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas

Nama lain

Ice

Cara penggunaan

Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih

Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

Definasi

Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .

Jenis/Bentuk

Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain

Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA

Cara penggunaan

Menelan , campur dan minuman

Ciri-ciri penagih

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

Definasi

Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .

Jenis/Bentuk

Serbuk putih , kristal , cecair , pil

Nama lain

"K" , Special K , Vitamin K , Kit Kat

Cara penggunaan

Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih

Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sekolah Kebangsaan <b>Ketengah Jaya</b> II: Perkhemahan 2011

Posted: 11 May 2011 02:13 AM PDT

Disertai seramai 91 orang pelajar tahap 2, perkhemahan bermula pada 5 Mei 2011 hingga 7 Mei 2011 di tapak perkhemahan SK Ketengah Jaya II. Badan unit beruniform yang terlibat Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Pandu Puteri Islam Malaysia.
 Bacaan doa sebelum aktiviti jungle tracking bermula
 Mendaki bukit yang sederhana tinggi
 Gotong royong menyediakan makanan
 Pertandingan kawad kaki
 Acara tarik tali antara rumah sukan
Selesai aktiviti sukaneka
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


MB TERENGGANU: Kerajaan laksana pembangunan berorientasikan rakyat

Posted: 26 Jul 2011 08:53 PM PDT


Menteri Besar disambut meriah ketika hadir di Program Temu Mesra Bersama Masyarakat Tionghua Parlimen Marang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa, Wakaf Tapai, Marang. - Foto: Zulkipli CW Putra.

Kerajaan negeri melaksanakan pembangunan di seluruh Terengganu dengan menggunakan pendekatan yang berorientasikan kepentingan rakyat serta tidak hanya menabur janji kosong demi meraih sokongan sebagaimana yang dilakukan pihak pembangkang.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri serta Kerajaan Pusat sentiasa komited membantu rakyat dalam pelbagai aspek bagi meningkatkan taraf hidup mereka tanpa mengira ideologi politik.


Beliau berkata, antara penekanan utama kerajaan adalah dalam aspek pendidikan apabila pelajar yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi disediakan bantuan persediaan melanjutkan pelajaran RM1,000 seorang bagi pengajian peringkat ijazah, RM750 (diploma) dan RM500 untuk sijil. Selain bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.

"Kerajaan negeri juga memberi tajaan kepada rakyat Terengganu yang berkelayakan dan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara di universiti-universiti terkemuka seluruh dunia.

"Oleh itu, masyarakat Terengganu harus faham,usaha ini sudah tentu akan berterusan jika Menteri Besar Terengganu adalah diwakili oleh Barisan Nasional," katanya di Majlis Program Temu Mesra Bersama Masyarakat Tionghua Parlimen Marang, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa, Wakaf Tapai, Marang, malam tadi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Dato' Yahya Khatib Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri dan Adun Alur Limbat, YB Haji Alias Abdullah.

Di majlis itu, Menteri Besar meluluskan permohonan masyarakat setempat bagi membina jalan di Taman Perumahan Cina Wakaf Tapai dan bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat, serta membina bangunan tiga tingkat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa, Wakaf Tapai tahun depan.

Sementara itu, Dato' Yahya berharap dengan kehadiran Menteri Besar mampu meraih lebih banyak sokongan golongan Tionghua terhadap Barisan Nasional.

Katanya, golongan itu yang layak mengundi di Parlimen Marang berjumlah 1,834 pengundi melibatkan 801 (Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat), 61 (DUN Bukit Payong), 104 (DUN Rhu Rendang) dan 868 orang di DUN Pengkalan Berangan.

Manakala wakil masyarakat Tionghua Parlimen Marang, Encik Ng Soo Che mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar yang sanggup hadir ke program itu sekaligus mendengar dan menyelesaikan masalah masyarakat Tionghua di parlimen berkenaan.

Beliau turut mengutarakan masalah pembinaan longkang yang perlu dilaksanakan segera bagi mengelak kejadian banjir kilat di kawasan perumahan cina di Wakaf Tapai.

Pada masa yang sama, beliau juga teruja dengan pendekatan dilaksanakan Kerajaan Terengganu dalam bidang pendidikan sehingga mampu menaikkan nama negeri di persada negara apabila menghasilkan keputusan cemerlang dalam kesemua peperiksaan awam negara.

Katanya, inisiatif memperkenalkan e-book kepada pelajar juga membuktikan kerajaan negeri memandang ke depan dalam usaha meningkatkan daya pemikiran yang kreatif di kalangan rakyat negeri ini khususnya golongan muda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Pesta <b>Negeri Terengganu di</b> Menara Kuala Lumpur | Sensasi Selebriti

Posted: 15 Jul 2011 07:50 PM PDT

PESTA NEGERI TERENGGANU @ MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan Pesta Negeri Terengganu @ Menara Kuala Lumpur di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur dari 18 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011.

Ianya akan dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Pesta Negeri Terengganu ini diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal dan pelbagai produk keluaran tempatan.

"Di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya negeri Terengganu, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan destinasi pelancongan di Malaysia khususnya di Terenganu" kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

"Marilah kita bersama-sama memartabatkan produk tempatan dan saya mengambil kesempatan ini menjemput semua rakyat Malaysia ke Menara Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan lagi Pesta negeri Terengganu ini", tambah beliau lagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2020 5454 / 03-2020 5448 dan layari laman sesawang di www.menarakl.com.my

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur
  • Pesta Negeri Perak Di Menara Kuala Lumpur
  • Pesta Durian di Menara KL
  • Kempen Kurang Gula Kurang Belanja
  • Promosi Cuti Sekolah Menara Kuala Lumpur
  • MUSIC AGAINST RACISM CONCERT MENARA KL
  • Explorasi Warisan Menara Alor Setar 2009
  • The Fabulous Cats ABP Berita Harian Road Tour Kuala Terengganu
  • 09.09.09 Lucky Number Wedding at Kuala Lumpur Tower
  • Gambar Jamal Abdillah di Sidang Media Minggu Setiausaha Menara KL
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    13 di kuala besut - Google Blog Search

    13 di kuala besut - Google Blog Search


    ...: ENTRY PART 1 CAMPAIGN HPV <b>DI KUALA BESUT</b>

    Posted: 19 Jul 2011 06:08 AM PDT

    sory lately jarang update..
    ok.... nak dijadikan cerita
    yang di handle 100% oleh MT batch maroon
    and kepada batch maroon yang lain turut menjalankan
    entry nie di bahagi kepada 3 bahagian
    bahagian 1 : hpv campaign
    bahagian 2: snorkelling di pulau
    bahagian 3: 1001 kenangan di pulau perhentian
    ok.. jom tengok gambar....







    seyes...actually disebabkan masalah-masalah
    tertentu semasa program nie..
    aku sbnrnye dh fed-up dgn program nie
    disebabkan sokongan dr penduduk kampung..
    aku rase macam nak buat je program nie..
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    exora&#39;s writting: JJCM <b>di KUALA BESUT</b>

    Posted: 26 Jul 2011 05:25 AM PDT

    Selamat malam...

    Hari ni saya nak sambung story
    pasal KUALA BESUT lagi
    tentang makanan2 nya
    sungguh tertarik, menarik dan pasti akan tabikkk...

    Saya nak cerita pasal makan pagi dulu yer
    biasalaa macam org2 KELANTAN gak ler
    pagi2 dah cari nasi...

    nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak, nasi lemak,
    nasi berlauk dan nasi berlauk tu pulak 
    ada pelbagai pilihan lauknyer
    gulai ikan kering, gulai ikan ayo (tongkol),
    gulai daging, gulai ayam, ayam masak merah
    n mcm2 lagi laa...itu biasa la kan
    ada satu nasi lagi..jarang kedengaran
    hehehe...tapi ada kat sini
    Uollz pernah dengar x nasi kawin?
    dulu, masa mula2 bertandang ke rumah my hubby
    ada satu pagi, ayah mertua saya balik dari membeli sarapan
    lalu dia memberitahu kami
    "makan la yer, ada nasi lemak, nasi berlauk n nasi kawin"
    melopong saya seketika...terfikir-fikir
    nasi pun kawin jgk yer, hehe
    bila adik ipar saya makan...oic...rupanya nasi berlauk + nasi minyak
    sebelum ni saya x pernah lak jumpa
    tapi x tahu la kalau uollz dh biasa dengar kan
    nasi lemak pun special gak tau
    lauknya ialah ikan tongkol masak sambal
    dan ikan tu dah jd mcm ikan sardin rasanya
    semua tulang rangup ble d makan
    ermm..best x ?

    KUALA BESUT juga kaya dengan kuih-muih
    semuanya best2...banyak jenis kuih disini
    karipap tp intinya ikan, bukan serunding ikan
    uollz pernah makan x...sedap tuu, bkn karipap kecik tau
    satu lagi yang saya paling suker
    'kobeh'...pelik namanya, laaagi sedap
    lebih kurang macam murtabak tapi intinya pun ikan  
    ada satu kuih tu pulak dari ubi kayu
    intinya ikan jugak...tau la tempat tu byk ikan
    sbb tu kot byk kuih direka ngan inti ikan
    hehehe...tabikkk la
    rindu ngan kuih muih di sana

    belum lagi cerita pasal roti mak mertua saya
    pun sedap gak
    lemak manis n lembut jer
    dah setanding ngan roti2 kat kedai cina tu
    setiap pagi dia membuat lebih kurang
    100 pack sehari...untuk dihantar ke kedai berhampiran
    satu pack ada 4 biji roti..harganya RM1, murahnyer...
    roti ni pun saya x pernah jumpa jgk
    intinya sedikit gula...dibakar 
    perrrgghhh kalau makan panas2
    1 pack tu sekali hadap jer...


    belum lagi citer pasal satar n otak2

    kerepok keping n kerepok lekor
    serta macam2 lagi ada di sana

    dan sebab tu juga bila bercuti kat sana
    berat badan pasti bertambah...huhuhu


    So kalau uollz lalu KUALA BESUT
    singgah2 la yer
    cari2 makanan yang maveles...
    jom..jjcm...


    salam exora73...
















    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    ads