Khamis, 23 Mei 2013

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Pelajar <b>di</b> DUN <b>Batu Rakit</b> terima Bantuan Persekolahan <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 08:26 PM PST

Sebanyak RM2,773 Bantuan Pakaian Sekolah diagihkan kepada 2,773 pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit.

Kerajaan negeri menetapkan setiap keluarga mendapat bantuan RM100 bagi setiap pelajar atau maksimum hanya untuk dua orang atau RM200 sekeluarga.

Seramai 1,697 keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 di DUN itu layak menerima sumbangan, membabitkan 1,524 pelajar sekolah menengah dan 1,249 pelajar sekolah rendah.

Pengagihan secara berperingkat-peringkat melibatkan tiga kawasan iaitu zon pantai, dan zon darat diagihkan berakhir minggu lalu, manakala zon pulau dijangka menerima sumbangan dalam tempoh terdekat atau bergantung kepada keadaan cuaca.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, YB Ustaz Haji Khazan Che Mat, berkata pengagihan sumbangan itu membuktikan kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengambil cakna tentang kebajikan rakyat.

"Walaupun pengagihan bantuan sama bakal diagihkan kerajaan Pusat, Terengganu tetap menghulurkan bantuan semata-mata tidak mahu melihat rakyat susah dan tiada lagi pelajar memakai pakaian lusuh, kasut dan beg koyak.

"Ibu bapa disaran bersama-sama kerajaan negeri mengambil cakna tentang pelajaran anak-anak masing-masing.

"Melalui pelajaran saja, keadaan kehidupan kita boleh berubah daripada miskin kepada lebih selesa dan sempurna," katanya

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


UMNO Dituduh Iklankan Video Seks Mustapha Ali <b>Di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 02:33 PM PDT

IMG-20130428-WA0014

KUALA TERENGGANU, 28 April — Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri hari ini menafikan kain rentang yang bertajuk 'Skandal Seks Mustafa Ali' dipasang oleh Barisan Nasional (BN).

Nasir, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, berkata kain rentang berkenaan di persimpangan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Jalan Lapangan itu dilakukan oleh pihak tertentu dipercayai untuk mensabotaj BN.

"Semasa saya melalui jalan tersebut, saya terkejut melihat poster yang tidak bertanggungjawab itu terpampang di persimpangan jalan berkenaan.

"Saya pasti itu bukan dilakukan oleh orang BN tetapi oleh pihak lain sebagai sabotaj kepada parti BN," katanya ketika ditemui semasa berkunjung ke pejabat Biro Bernama Terengganu, di sini hari ini.

Kain rentang itu yang tertera perkataan 'Skandal Seks Mustafa Ali – sila dapatkan CDnya di Pejabat Penyalaras Umno DUN Seberang Takir' dikesan di pasang awal pagi ini sebelum diturunkan pada lewat tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Umno Seberang Takir yang diketuai Datuk Ahmad Razif Abd Rahman membuat dua laporan polis kira-kira pukul 5.45 petang tadi di Balai Polis Gong Badak di sini berhubung kain rentang berunsur fitnah itu.

Beliau berkata pihaknya mula mengesan kain rentang yang tertera 'Berdosa undi PAS, undi PAS masuk neraka' dan 'Skandal Seks Mustafa Ali – sila dapatkan CDnya di Pejabat Penyelaras Umno DUN Seberang Takir' itu awal pagi tadi.

"Saya yakin fitnah dan tohmahan itu dilakukan untuk menjatuhkan maruah saya sebagai calon di kawasan itu dan memburukkan parti BN," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis bersama 20 penyokong BN di sini.

Ahmad Razif berkata terdapat sebanyak 12 kain rentang itu dinaikkan di kawasan-kawasan sekolah dan berhampiran kem tentera oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan nama BN. Menurutnya individu tidak bertanggungjawab itu sengaja memilih lokasi itu untuk menarik perhatian para pendidik dan ibu bapa.

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


demonstrasi pemuda umno dun <b>ajil di</b> kuala berang <b>...</b> - Kupasan.net

Posted: 18 Apr 2013 03:40 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]DEMONSTRASI PEMUDA UMNO DUN AJIL DI KUALA BERANG 18.APRIL.2013. Posted by: admin | on April 18, 2013. Demonstrasi bantahan calon Dun Ajil pada pagi 18 April 2013 di hadapan bangunan UMNO Bahagian Hulu Terengganu.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek (Calon BN Parlimen Kemaman) menyempurnakan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Kemasik, Kemaman.

T E G A N U K I TA: SEKITAR PILIHANRAYA <b>DI KEMAMAN</b>

Posted: 04 May 2013 09:43 PM PDT

Tinjauan di daerah Kemaman, Terengganu, mendapati orang ramai keluar awal seawal jam 8.00 pagi lagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Calon BN, Dato' Seri Haji Ahmad Said (N.30) merupakan pengundi paling awal membuang undi di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Kemaman.


Dato' Seri Haji Ahmad Said dan isteri turut meninjau beberapa pusat mengundi sekitar Kemaman.


tr>
Add caption
Warga emas menunjukkan jarinya yang sudah dicalit dakwat kekal selepas memnuang undi di Sekolah Kebangsaan Kemasik, Kemaman.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2013 11:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Anwar persoal kos Lebuhraya <b>Jabor</b> RM5 bilion | KeadilanDaily.com

Posted: 02 Nov 2011 03:54 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pembinaan Lebuhraya Jabor di Kemaman, Terengganu yang menelan kos tinggi sehingga melebihi RM2 bilion daripada kos asal.

Anwar berkata, kos asal pembinaan lebuhraya yang termasuk dalam projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu hanya bernilai RM3 bilion, tetapi kini  menjadi RM5 bilion.

Menurut beliau, perkara itu tidak sepatut berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan dengan cara yang betul.

"Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Kenapa kejadian ini berlaku? Ini merupakan kelemahan JKR dan kementerian terbabit perlu bertanggungjawab dalam hal ini," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, projek tersebut yang dibina sejak 2007  dan sepatutnya siap tahun lalu, sehingga kini masih gagal disiapkan.

Ia katanya, belum lagi mengambil kira persoalan tol dan syarikat pemegang konsesi.

"Sehingga sekarang, kita masih belum tahu siapakah yang akan mengendalikan tol dan siapakah yang akan memegang konsesinya," katanya yang juga Ketua Umum KEADILAN.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek membina jambatan di atas daratan di Kemaman, Terengganu dengan kos RM174 juta yang melebihi RM70 juta dari harga sebenar.

"Ini merupakan satu projek pelik Umno BN yang membina jambatan di daratan dan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar," katanya, lapor Harakah Daily

Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat.

Sehingga kini, katanya, kemiskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22541

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Biaqpila™: TERKINI!!! BUMBUNG MASJID RUNTUH <b>DI KUALA</b> <b>...</b>

Posted: 20 May 2013 10:55 AM PDT

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


PROJEK KILAUAN MUTIARA SK <b>BUKIT BESI</b> ~ KELAB IN-SMARTIVE

Posted: 25 Apr 2013 12:00 AM PDT

25 April 2013 seramai 29 orang fasilitator dari Universiti Malaysia Pahang telah terlibat dalam satu projek yang bertempat di SK Bukit Besi iaitu Program Kilauan Mutiara SK Bukit Besi. Program ini melibatkan 63 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar darjah 6.  Fokus utama program ini adalah bagi menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada murid darjah enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi di samping menyedarkan para pelajar akan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, pelbagai modul dan aktiviti interaktif di jalankan sepanjang program bagi memperkasa motivasi, jati diri dan daya saing akademik mereka.
Kami selamat sampai ke destinasi pada jam 1400 setelah beberapa jam perjalanan. Setiba kami di sana, kami disambut mesra oleh Encik Ahmad Bakhir bin Chik selaku YDP PIBG SK Bukit Besi berserta beberapa orang guru yang lain. Setelah usai menyimpan barang di tempat urus setia yang disediakan, kami dijamu dengan makan tengah hari. Selepas berehat seketika untuk menunaikan solat Zohor, program kami diteruskan dengan sesi Majlis Penyerahan Anak Angkat yang berlangsung pada pukul 1530. Kami di sajikan dengan persembahan silat sebagai pembuka majlis oleh wakil dari SK Bukit Besi. Program selama 4 hari 3 malam ini  memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan indah bagi kami sebagai fasilitator kerana sepanjang program ini berjalan kami menetap di rumah keluarga angkat masing-masing yang telah diberi oleh pihak sekolah. Selesai majlis penyerahan anak angkat peserta diberikan kudapan.
Selepas itu,  Program dimulakan dengan slot "Ice Breaking". Slot ini merupakan sesi pengenalan para fasilitator kepada para peserta. Tujuan pengenalan ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara fasilitator dan peserta program. Adik-adik juga dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan haruslah memiliki nama kumpulan dan gaya tersendiri. Sehabisnya slot ini, para peserta diminta melakukan persiapan diri sebelum solat berjemaah. Pada waktu ini jugalah kami mengambil peluang untuk beramah mesra bersama keluarga angkat sebelum mereka pulang ke rumah.
Kami membuka tirai program pada sebelah malam dengan slot yang kedua iaitu Radio Buruk pada pukul 2100. Permainan ini menuntut para peserta memerlukan daya ingatan dan daya penyampaian mesej yang baik. Aktiviti ini semestinya bertujuan menguji tahap kecekapan pelajar dalam menerima dan menyampaikan sesuatu maklumat. 
Modul seterusnya yang di jalankan adalah Jendela Jauhari. Objektif utama slot ini adalah bertujuan untuk melatih peserta dalam merancang sesuatu perkara dengan menitik beratkan 'pirority' sesuatu perkara yang akan di laksanakan . Aktiviti pada sebelah malam itu berakhir tepat jam 2300 dan semua pelajar dan fasilitator pulang ke rumah masing-masing.
Keesokannya, seawal jam 0730 para peserta dan para fasilitator diminta berkumpul di sekolah bagi meneruskan agenda selanjutnya. Program di teruskan lagi dengan slot "Story Behind The Paper". Modul ini dapat melatih daya tumpuan pelajar dan kreativiti pelajar dalam membina ayat malah, dapat juga memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Modul ini juga merupakan simulasi atau contoh soalan yang terdapat dalam kertas peperiksaan. 
Aktiviti atau modul seterusnya yang dijalankan ialah slot "Timeline". Slot ini semestinya penting bagi mereka dalam memberi sedikit pendedahan awal kepada para peserta mengenai hala tuju selepas UPSR.  Modul ini berasaskan aspek pendidikan dan kerjaya, di mana memerlukan daya imaginasi peserta membentuk masa depan mereka sendiri dari segi kerjaya dan arah hidup mereka dalam jangka masa 10, 20 dan 30 tahun akan datang. Kami berehat seketika untuk kudapan pada pukul 1045. Agenda kami terus bersambung dengan slot "Happy Hour". Slot ini amat digemari dan ditunggu oleh para peserta mahupun para fasilitator. Jelas terserlah keceriaan di wajah mereka dan sesungguhnya adik-adik SK Bukit Besi sangat 'sporting' dan memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami. 

Aktiviti seterusnya ialah "Chopp" dalam bahasa Melayu di mana permainan ini bertujuan untuk menguji kepantasan mata juga minda para peserta dalam membina kosakata bahasa Melayu berdasarkan kad yang dikeluarkan. Modul ini juga dapat membantu pelajar dalam penguasaan bahasa yang di gunakan. 
Agenda kami berhenti seketika bagi memberi laluan kepada kaum adam untuk menunaikan solat Jumaat pada pukul 1230. Sementara menanti solat Jumaat, kami diberikan amanah oleh beberapa orang guru untuk memberikan pandangan dan tambah baik untuk persembahan "choral speaking" bahasa Melayu oleh adik-adik SK Bukit Besi untuk persediaan bagi pertandingan pada hari Ahad. Hasilnya, mereka telah berjaya mendapat tempat pertama bagi pertandingan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik-adik yang sangat bersemangat dan gigih berusaha bagi meraih kemenangan dalam pertandingan "choral speaking" bahasa Melayu tersebut.
Agenda bersambung pada pukul 1430 dengan slot "D.I.C.E". Adik-adik di uji dalam slot "D.I.C.E" di mana memerlukan mereka mencipta pulau impian mereka berdasarkan aplikasi jendela jauhari yang telah mereka pelajari semalam. Tujuan slot ini adalah melatih peserta dalam membuat sesuatu keputusan. Melalui slot ini pemahaman mereka terhadap slot jendela jauhari di uji bagi menyelesaikan masalah. Setiap kumpulan diminta tampil ke hadapan untuk membentangkan pulau impian mereka bagi mengetahui sejauh mana mereka memahami dan mengaplikasikan konsep jendela jauhari ini.
Aktiviti diteruskan dengan slot "Chopp" dalam versi Bahasa Inggeris di mana dapat membantu peserta dalam menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan ejaan yang betul bagi setiap perkataan.
Selesai solat asar berjemaah, kami meneruskan lagi agenda kami dengan slot "The Burj". Semasa slot ini di jalankan, peserta di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Mereka dikehendaki bersaing dalam mendirikan sebuah struktur menara yang seimbang dengan menyambungkan batang-batang paip PVC yang telah dibekalkan. Aktiviti ini mampu membina semangat kerjasama yang kuat antara ahli kumpulan malah dapat melatih peserta dalam menangani provokasi atau ancaman dari luar.
Pada sebelah malam pula, aktiviti dimulakan dengan slot "Invent". Pada slot ini, peserta akan di berikan pendedahan Teknologi Hijau dan kepentingan kitar semula dalam kehidupan seharian. Setiap kumpulan di kehendaki menyiapkan kit Green Science dalam 4 kategori yang berbeza iaitu Weather Station, Dynamo Torch, Enviro Battery  dan Windmill Generator. Pada awal aktiviti ini, para peserta kelihatan agak sukar untuk menyiapkan tugasan tersebut. Namun, dengan bantuan fasilitator dan panduan dari buku manual mereka berjaya menyelesaikannya.
Selepas itu, slot kemuncak bagi program ini dilaksanakan iaitu slot muhasabah diri. Slot ini mampu mengubah emosi mereka kerana segala kesalahan yang di lakukan oleh peserta sejak hari pertama di ungkit semula. Objektif slot ini adalah untuk menyedarkan pelajar mengenai sikap mereka dan juga mengenang kembali akan jasa ibu dan ayah serta tujuan sebenar mereka di hantar ke sekolah. Ternyata slot ini mampu menaikkan lagi semangat pelajar untuk terus berusaha dalam mencapai kejayaan seterusnya menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa. Lebik kurang pukul 0000 mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Hari ketiga di bumi Bukit Besi merupakan hari terakhir program kami bersama adik-adik SK Bukit Besi secara rasminya. Pada pukul 0730, kesemua para peserta dan para fasilitator berkumpul dan melakukan senaman pagi dan refreshment. Tepat pukul 0800, slot seterusnya dijalankan iaitu slot Kau Boleh. Sesi ini lebih tertumpu kepada motivasi dalam menyuntik semangat belajar dan berusaha bersungguh-sungguh di kalangan pelajar.
Seterusnya,para peserta juga berkesempatan meluangkan masa bersama para fasilitator buat kali terakhir dalam slot Menggilap Mutiara. Slot ini di lakukan secara berkumpulan dan lebih tertumpu kepada nasihat dan kata-kata akhir fasilitator kepada pelajar sebelum berakhirnya program ini. Slot ini juga bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk mengajukan apa-apa soalan tentang pembelajaran mereka seterusnya di peringkat yang lebih tinggi.
Projek Kilauan Mutiara SK Bukit Besi berakhir dengan Majlis Perasmian Penutup yang di rasmikan oleh Encik Ahmad Bakhir bin Chik, selaku YDP PIBG SK Bukit Besi. Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Guru Besar SK Bukit Besi, Encik Adam bin Syamsudin, , Penasihat Kelab Insmartive, Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain, wakil PESAKA Terengganu Berhad, Encik Yusof binAbdul Latif serta  Encik Roslee bin Daud. Majlis berakhir pada pukul 1400. Selepas itu, kami para fasilitator dibenarkan pulang dan diminta bersiap-sedia untuk sukaneka pada pukul 1700 nanti. Sukaneka ini dikelolakan oleh pihak sekolah.
Tepat pukul 1700, para fasilitator bersama-sama keluarga angkat masing-masing bersiap sedia untuk acara sukaneka. Pelbagai permainan disediakan dan suasana gamat dengan kemeriahan dan kemesraan antara para fasilitator dan keluarga angkat masing-masing. Sesungguhnya kami selaku tetamu berasa sangat bertuah dan beruntung kerana dilayan mesra oleh keluarga Bukit Besi ini dan semoga kemesraan ini tidak akan terputus sampai di sini sahaja. Pada sebelah malam pula kami diminta untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga angkat masing-masing.
Sempena hari terakhir kami berkampung di Bukit Besi, sebelum bertolak balik pada sebelah petang, satu jamuan BBQ telah diadakan bertempat di Taman Rekreasi Tasik Puteri. Jamuan ini dibuat khas untuk para fasilitator dan keluarga angkat. Guru-guru juga dijemput hadir sama bagi memeriahkan suasana. Kami mengambil kesempatan ini dengan bermandi manda di tasik tersebut. Keindahan yang terpapar di depan mata tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata dan sungguh kami berasa bertuah kerana terpilih bagi menjayakan Program Kilauan Mutiara di Bukit Besi ini. Layanan yang diberikan selama kami berkampung selama 4 hari 3 malam ini tidak akan kami lupa dan didahulukan dengan jutaan terima kasih. Semoga hubungan yang terjalin erat ini akan berterusan pada masa akan datang. Akhirnya, pada pukul 1500 kami bertolak balik ke Universiti Malaysia Pahang. 

ads