Khamis, 23 Mei 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


UMNO Dituduh Iklankan Video Seks Mustapha Ali <b>Di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 02:33 PM PDT

IMG-20130428-WA0014

KUALA TERENGGANU, 28 April — Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri hari ini menafikan kain rentang yang bertajuk 'Skandal Seks Mustafa Ali' dipasang oleh Barisan Nasional (BN).

Nasir, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, berkata kain rentang berkenaan di persimpangan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Jalan Lapangan itu dilakukan oleh pihak tertentu dipercayai untuk mensabotaj BN.

"Semasa saya melalui jalan tersebut, saya terkejut melihat poster yang tidak bertanggungjawab itu terpampang di persimpangan jalan berkenaan.

"Saya pasti itu bukan dilakukan oleh orang BN tetapi oleh pihak lain sebagai sabotaj kepada parti BN," katanya ketika ditemui semasa berkunjung ke pejabat Biro Bernama Terengganu, di sini hari ini.

Kain rentang itu yang tertera perkataan 'Skandal Seks Mustafa Ali – sila dapatkan CDnya di Pejabat Penyalaras Umno DUN Seberang Takir' dikesan di pasang awal pagi ini sebelum diturunkan pada lewat tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Umno Seberang Takir yang diketuai Datuk Ahmad Razif Abd Rahman membuat dua laporan polis kira-kira pukul 5.45 petang tadi di Balai Polis Gong Badak di sini berhubung kain rentang berunsur fitnah itu.

Beliau berkata pihaknya mula mengesan kain rentang yang tertera 'Berdosa undi PAS, undi PAS masuk neraka' dan 'Skandal Seks Mustafa Ali – sila dapatkan CDnya di Pejabat Penyelaras Umno DUN Seberang Takir' itu awal pagi tadi.

"Saya yakin fitnah dan tohmahan itu dilakukan untuk menjatuhkan maruah saya sebagai calon di kawasan itu dan memburukkan parti BN," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis bersama 20 penyokong BN di sini.

Ahmad Razif berkata terdapat sebanyak 12 kain rentang itu dinaikkan di kawasan-kawasan sekolah dan berhampiran kem tentera oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan nama BN. Menurutnya individu tidak bertanggungjawab itu sengaja memilih lokasi itu untuk menarik perhatian para pendidik dan ibu bapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads