Sabtu, 22 September 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


ariffin deraman: Ceramah <b>di</b> Kg Tok Kah <b>Rantau Abang</b>

Posted: 04 Sep 2012 12:00 AM PDT

PEMUDA <b>RANTAU ABANG</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 18 Sep 2012 03:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


teganuku: Pemandu Lori Maut Tertimbus Tanah <b>Di Hulu Terengganu</b>

Posted: 16 Sep 2012 02:42 AM PDT


Seorang pemandu lori maut manakala rakannya cedera ditimbus tanah di Kampung Kuala Ping di Hulu Terengganuu, semalam.

Penolong Penguasa Bomba Terengganu, Roslan Mat Din berkata, dalam kejadian kira-kira 4.50 petang itu, mangsa Mohd Azharulnizam Daud, 24, dan rakannya Mohd Hanifah Mohd Nawi, 19, sedang melihat adik mangsa Mohd Zuraime, 17, menjalankan kerja-kerja menarah tanah dengan menggunakan jengkaut.

"Tiba-tiba tanah setinggi 10 meter runtuh dan menghempap mereka. Adik mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala rakan mangsa yang patah tangan kiri berjaya diselamatkan orang ramai yang menyedari kejadian itu," katanya kepada pemberita, Sabtu.

Beliau berkata, 11 anggota bomba serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dan Wakaf Tapai diarah ke tempat kejadian setelah menerima laporan pada kira-kira 4.58 petang.

"Mayat mangsa dijumpai kira-kira pukul 5.55 petang dan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat manakala rakan mangsa turut menerima rawatan di hospital yang sama," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa Siti Esah Jusoh, 48 berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, dua hari lepas.

 "Arwah merupakan anak yang baik dan sentiasa mengambil berat tentang saya dan ahli keluarga yang lain," katanya dengan nada sebak.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Seri Manik: Kelas Jahitan Manik 3D <b>di Kuala Terengganu</b> Pada 29/9 <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 03:51 AM PDT

Kelas Manik :: 3D

Tempat : BUTIK NAZIRA 

               LOT 135, Jalan Petani
               20000 Kuala Terengganu ( Berhadapan Astaka Tanjung )

Tarikh : 29/9/12
Hari : Sabtu.
Masa : 9pagi ~ 5.30petang

Yuran : RM250.00

Baki Yuran RM150.00 bawa masa hadir ke Bengkel nanti.
Termasuk Sijil Penyertaan
Peralatan Menjahit dan Manik di sediakan.
* Peserta TIDAK perlu membawa apa-apa peralatan menjahit.

Jika berminat sila buat PEMBAYARAN DEPOSIT RM100.00 ke Cimb Akaun no. 12051283950502 atas nama Sheik Azmi Sheik Omar. Booking tanpa pembayaran Deposit di anggap tidak SAH.

Jika Pembayaran DEPOSIT telah di buat SILA MAKLUMkan tentang pembayaran tersebut dan maklumat yang berkaitan melalui sms sebagai BUKTI pembayaran Deposit telah di buat beserta dengan nama Penuh dan no. IC.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Tinta-tinta Ilmu: Membawa diri ke <b>Pulau Kapas</b>...

Posted: 30 Jun 2012 08:07 AM PDT

5 Jun 2012

Membawa diri ke Pulau Kapas...

Oppss... Jangan salah faham, aku bukan cuba melarikan diri dan bersembunyi di Pulau Kapas tetapi hanya bercuti dan merehatkan diri di Pulau Kapas setelah sekian lama menyumbang jasa dan bakti di sekolahku... Hehe cuti sekolah amat ditunggu oleh aku dan rakan sekerjaku...Cuti pertengahan tahun ini, aku habiskan di kampung halaman dan di Pulau Kapas. 
Pulau Kapas terletak di Terengganu dan merupakan Taman Laut Malaysia yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. Taman laut ini ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara kepelbagaian habitat dan hidupan marin. Segala aktiviti yang merosakkan terumbu karang dan ekosistem laut adalah dilarang dan salah di sisi undang-undang. Selain Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Perhentian juga merupakan kawasan Taman Laut.

Untuk sampai ke Pulau Kapas, aku perlu menunggu bot di jeti Marang. Tidak ku sangka terjumpa rakan sekerjaku, Cikgu Rizal yang bercuti dengan keluarganya di Pulau Kapas jugak. Betapa kecilnya dunia ini. 
Perjalanan lebih kurang setengah jam diperlukan untuk tiba di jeti Pulau Kapas. Inilah pengalaman pertama kali aku menaiki bot di laut... Terasa gelong dilambung ombak. Dari kejauhan aku dapat melihat Pulau Kapas...
Aku menyewa di Resort Mak Cik Gemok untuk sehari semalam sahaja. Makanan dan minuman di Pulau Kapas ini agak mahal, jadi kakak dan abang iparku membawa makan tengahari dan malam. Air mineral memang kena bawa kerana kawasan pulau mempunyai kadar hidrasi yang tinggi. 

Antara kemudahan yang terdapat di Pulau Kapas
Bila dah sampai pantai, aktiviti aku dan adik-adikku ialah bergambar di sekitar Pulau Kapas. Tetapi kakak dan keluarga abang iparku terus terjun kedalam laut selepas menjamu selera. Memang tak sabarlah diorang ni untuk mandi walaupun cuaca panas terik.. 
Aku dan adikku pula mandi laut selepas cuaca agak redup. Lama juga berendam di laut. Aku melakukan aktiviti 'snorkling' walaupun tiada yang menarik pun dekat dasar pinggir pantai kecuali batu karang yang bersepah di dasar laut. Kalau bertuah, dapatlah melihat anak ikan yang berwarna putih macam batu. Sekali-sekala tertelan air masin fuh.. pahitnya tak tergambar rasanya... 


 Menikmati keindahan pantai pada waktu senja..
Langit tidak selalu cerah. Tibalah masanya aku perlu beredar keluar dari laut kerana awan mendung mula berarak dan angin mula bertiup kencang menanda hari hendak hujan.. Apapun aktiviti 'snorkling' ini best macam penyelam profesional plak...
Malamnya, Pulau ini sunyi kerana pulau ini tidak mempunyai penduduk kecuali pelancong yang mengunjungi pulau ini.... Sungguh indah langit malam, dihiasi bintang dan deruan ombak memecah kesunyian malam...
Syukur, alhamdulillah.... Maha Suci Allah yang menjadikan bumi ini sebagai hamparan kepada manusia dan menghiasi langit malam dengan bintang-bintang bergemerlapan....


Antara yang menarik di Pulau Kapas ialah gua kecil, batu karang yang bersepah di tepian pantai

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Perkaya Bina Sekolah Menengah Tahfiz <b>Di</b> Marang Dan <b>Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2012 09:09 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Bernama) — Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu (Perkaya) bakal memiliki dua buah sekolah menengah tahfiz yang dinamakan Institut Tahfiz Perkaya yang dijangka dibina mulai awal tahun depan.

Yang Dipertua Perkaya Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata sekolah tahfiz itu akan dibina di Marang dan Jerangau di Hulu Terengganu dengan setiap sekolah akan menelan kos kira-kira RM2 juta dengan kapasiti 500 pelajar.

Katanya penubuhan sekolah itu diharap dapat membantu anak-anak yang tidak bernasib baik untuk mendapat pendidikan serta diharap dapat menyaingi pelajar lain dengan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

"Konsep sekolah yang kita bina ini sama seperti sekolah yang lain iaitu pelajar akan menumpukan pada akademik dan kokurikulum di samping menumpukan kepada tahfiz," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ini anak-anak yatim yang menghuni asrama Perkaya akan dihantar ke sekolah harian biasa namun selepas sekolah itu siap kelak, Perkaya akan menguruskannya sendiri dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

– BERNAMA

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


SETIU HARI INI: Sambutan <b>Di</b> Luar Jangka ...

Posted: 18 Sep 2012 06:39 AM PDT

2012-09-16 11.44.21

WAKAF CHAGAK, BATU RAKIT – Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit, Dr Mohamad @ Abdul Wahab Ngah mengucapkan setinggi tahniah di atas kehadiran para tetamu ke majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Malaysia di Dewan Bestari Wakaf Chagak pada 16 September 2012 baru-baru ini. Beliau yang telah diberi kesempatan oleh parti selama dua penggal (1990 – 1999) merasa bangga dengan kehadiran tetamu lebih kurang 1,500 orang, termasuk berbagai peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa, apabila diberitahu oleh beberapa jawatankuasa sambutan. Beliau yang pernah menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri (EXCO) merasa kagum terhadap sokongan padu masyarakat yang memungkinkan satu tanda kearah kemenangan Barisan Nasional di DUN Batu Rakit pada pilihanraya akan datang, bisiknya kepada beberapa tetamu yang hadir bersama pada majlis tersebut.
          Tetamu awal hadir sebaik majlis bermula jam 10.00 pagi ialah Haji Md Ali Abdullah, Ketua Penyelia, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Batu Rakit dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Datuk Haji Abd Rahman Mat Yasin. Majlis anjuran bersama JKKK, Komuniti 1Malaysia dan KRT Wakaf Chagak sebagai aktiviti setiap tahun berakhir tepat 2.00 petang.
2012-09-16 12.33.34         Tetamu datang bukan saja penduduk tempatan bahkan wakil-wakil JKKK berdekatan seperti JKKK Tanjong, JKKK Pantai Batu Rakit, JKKK Padang Polis, JKKK Pengkalan Atap, JKKK Kubur Timah, JKKK RAKR Mengabang Lekor, JKKK Pagar Besi, JKKK Darat Batu Rakit, JKKK Terap Pechah Rotan, JKKK Pechah Rotan, JKKK Hilir Maras, JKKK Panchur Kuin, JKKK Mengabang Panjang, JKKK Tanjong Kedepan dan JKKK Hilir Darat Batu Rakit, jelas pengerusi penganjur, Encik Mohamad Abdullah. 
2012-09-16 11.12.11          Kataya lagi,"Ketua Polis Balai, Balai Polis Batu Rakit dan anggota balai berkesempatan hadir bersama Pengerusi KRT Batu Rakit Utara, Haji Bazlan Abd Rahman. Beliau melahirkan syukur kepada Allah dan berterima kasih di atas kerjasama padu ahli jawatankuasa dan tetamu undangan. Makanan yang dapat disediakan kali ini, ialah nasi minyak, ketupat pulut, rendang daging, tapai, makanan ringan, aiskrim batang dan aiskrim bocong, jelas beliau seterusnya.

SETIU HARI INI

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Ceramah-ceramah <b>di Kemasik</b> dan Kerteh | PAS Pekan Kemasik

Posted: 31 Mar 2012 03:46 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ceramah-ceramah di Kemasik dan Kerteh. Posted 31st March by PAS Pekan Kemasik · PAS Pekan Kemasik. Subscribe. Subscribe. RSS Feed. Add to Google Reader · View RSS Feed. Loading. Send feedback.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


WAN HAIRUL ANUAR kepada DR KHATA <b>JABOR</b>

Posted: 15 Aug 2012 03:29 PM PDT

With Greetings (Dengan ucapan): Pohon saga tangkainya berayun,
Bijinya indah merah menyala,
Menyala seri di tepi paya,
Kami sekeluarga memohon ampun,
Silap dan salah jangan dicela,
Moga berbahagia di Hari Raya.

Salam Aidilfitri,
Ikhlas dari kami sekeluarga:

Wan Hairul Anuar Kamaruddin
Sh. Rabi'atul Adawiyyah Sy Abd Azam
Wan Nur Humairah
Wan Uzair Faaris
Wan Umar Hariz

Reply WAN HAIRUL ANUAR

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Nota Tercicir...: Anak Jerung Paus (Whale Shark) <b>di Dungun</b>

Posted: 26 Aug 2012 10:26 PM PDT


Seminggu sebelum raya anak saudara aku Ezri Firdaus mengajak aku berbuka puasa di rumah Pak Saudaranya (bukan rumah ayahnya) untuk perkenakan Nasi Berayani Gam. Di Dungun jarang aku makan nasi berayani yang benar-benar ori.

Terkenang nasi berayani masakan ayah aku. Memang dia pakar masak berayani gam. Rempahnya digiling sendiri dan semasa memasak sebahagian bara api diletakkan atas tudung periuk untuk dapatkan masakan mantap atas dan bawah.

Gandum yang diletakkan keliling tudung periuk adalah 'tanda aras' untuk menentukan daging dan nasi di dalam periuk masak sepenuhnya.

Semasa makan abang aku ada beritahu, nelayan Dungun tertangkap Jerung Paus hampir 600kg. Jerung Paus itu dah mati, jika hidup dia orang nak lepas semula. Oleh kerana mati abang aku bayar RM1200.00 dan menarik dengan Hilux daripada Jati ke Pasar Dungun melalui jalan rasa tanpa alas. Teruk juga Hilux itu nak menarik Jerung Paus ini.
Ikan ini dibeli oleh seorang Cina untuk diberikan kepada rumah orang tua (kaum Tiong Hua) di Kuala Lumpur.
Dulu tahun 2010 heboh di Mukah Sarawak pasal ikan keli gergasi. Tapi sebenarnya adalah ikan Jerung Paus yang mungkin tersesat masuk ke sungai Rejang dan menjadi 'mabuk' akibat pertukaran air masin dan tawar akhirnya tersandai di Jeti Mukah. Perairan Sabah dan Sarawak adalah tempat laluan Jerung Paus ini.

Ikan itu yang beratnya 2 tan dan telah dijual dengan harga RM6 sekilo di Pekan Mukah dan sebahagian yang saksi peritiwa ini telah diberikan sekilo seorang oleh Tokey ikan di Mukah tersebut.

Jerung Paus (whale shark) ini juga pernah tersangkut dipukat nelayan pantai Kota Kuala Muda, Seberang Perai pada Jun 2009.
Februari 2012 seekor Jerung Paus panjang 40 kaki telah ditangkap oleh nelayan Pakistan. Ini adalah antara yang terbesar ditangkap. Sebelum ini rekod paling panjang adalah 41 kaki.
Jerung Paus adalah spesis yang menyedup makanan melalui mulut dan pernah ditangkap gambar ketika mengambil makanan pukat.

Di Filipina lain pula, jerung paus ini dijadikan kawan untuk bermain. 

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


PPDC Group: Kaum Tionghua <b>Chukai</b> Gembira Menyambut Dua <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 06:53 PM PDT

Kemaman - Seramai lebih 150 orang warga Tionghua melahirkan rasa sukacita kerana mereka diraikan dalam majlis sempena hari raya bersekali sempena sambutan perayaan kuih bulan serta perayaan Tang Lung.
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/majlis%20raya%20tionghua1.jpgMajlis tesebut yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai telah diadakan pada petang Selasa bermula jam 6.30 petang, 18 September di sebuah restoran di Taman Chukai Utama di bandar Chukai dekat sini

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undanga Negeri (MTD) Chukai Haji Hanafiah Mat mengucapkan terima kasih kepada semua warga Tionghua yang hadir dan sedia memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata majlis tesebut diadakan bersekali dengan perayaan kuih bulan dan perayaan Tang Lung yang akan disambut oleh oleh kaum Tionghua pada akhir September ini.

"saya ucap teima kasih kepada semua warga Tionghua yang hadir dan teima kasih kerana sedia jemberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat,

"sebelum akhir majlis ini kita akan edarkan kuih bulan PAS sempena mengingati sejarah perjuangan orang-orang di negeri China pada zaman dahulu,

"dan ia pastinya akan meningkatkan semangat kepada warga Tionghua untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang,"ujarnya yang disambut dengan tepukan oleh para hadirin.


Turut hadir dan memberikan ucapan pada majlis tersebut adalah ADUN Simpang Pulai Perak YB Chan Ming Kai dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing

Ng Chai Hing telah menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga warga Tionghua Chukai kepada MTD Chukai kerana menganjurkan majlis tersebut.

Menurutnya, itulah kali pertama majlis seumpamanya yang diadakan khusus untuk masyarakat Tionghua.

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Ribut rosakkan kedai di R&R <b>Bukit Besi</b> | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2012 10:41 PM PDT

DUNGUN, 29 Ogos – Fenomena pusaran angin kencang selama lima minit menyebabkan lima kedai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi di sini, rosak teruk dalam satu kejadian petang semalam.

Pusaran angin yang berlaku pada pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan beberapa batang pokok besar yang menjadi tempat kegemaran pengguna jalan raya berteduh, tumbang.

Menurut seorang peniaga kedai runcit, Zainun Awang, 50, angin kencang itu menerbangkan khemah serta kerusi dan meja milik beberapa peniaga makanan di R&R berkenaan.

"Kejadian itu amat pantas disusuli hujan lebat dan mak cik ketika itu sempat melaungkan azan selepas takut menghubungi suami di rumah kerana bimbang menggunakan telefon bimbit akan disambar petir," katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.

 
Beliau bagaimanapun bersyukur kerana ketika kejadian tidak ramai pengunjung ada di R&R terbabit.

 "Ini kejadian ribut kuat pertama yang pernah saya saksikan, malah ribut kuat yang berlaku pada 1995 pun tidak sekuat ini," katanya yang tinggal di Kampung Bukit Besi sejak kecil.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati kesan ribut itu telah dibersihkan dan peniaga berniaga seperti biasa.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Berita Keselamatan & PDRM: Kedai Emas <b>Di Kuala Besut</b> Kerugian <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2012 02:22 AM PDT


BESUT, 30 Ogos (Bernama) -- Pencuri memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Semerak, Kuala Besut dan melarikan barangan kemas dianggarkan bernilai RM250,000 semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kedai emas itu disedari dipecah masuk pada pukul 7.15 pagi semalam.

"Seorang jiran perniagaan kedai emas itu yang kebetulan mahu memulakan perniagaan ternampak pintu belakang kedai berkenaan ditebuk dan terus memaklumkan kepada anak tuan punya kedai itu," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata polis percaya kejadian pecah masuk itu berlaku antara 9 malam Selasa dan awal pagi Rabu dan modus operandi mungkin dijalankan oleh sekumpulan pencuri.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sekeping daripada tingkap bahagian dapur kedai berkenaan turut ditanggalkan dan peti besi yang mengandungi barang kemas di dalam kedai tersebut turut ditebuk oleh suspek," katanya.  BERNAMA

ads