Sabtu, 22 September 2012

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Perkaya Bina Sekolah Menengah Tahfiz <b>Di</b> Marang Dan <b>Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2012 09:09 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Bernama) — Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu (Perkaya) bakal memiliki dua buah sekolah menengah tahfiz yang dinamakan Institut Tahfiz Perkaya yang dijangka dibina mulai awal tahun depan.

Yang Dipertua Perkaya Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata sekolah tahfiz itu akan dibina di Marang dan Jerangau di Hulu Terengganu dengan setiap sekolah akan menelan kos kira-kira RM2 juta dengan kapasiti 500 pelajar.

Katanya penubuhan sekolah itu diharap dapat membantu anak-anak yang tidak bernasib baik untuk mendapat pendidikan serta diharap dapat menyaingi pelajar lain dengan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

"Konsep sekolah yang kita bina ini sama seperti sekolah yang lain iaitu pelajar akan menumpukan pada akademik dan kokurikulum di samping menumpukan kepada tahfiz," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ini anak-anak yatim yang menghuni asrama Perkaya akan dihantar ke sekolah harian biasa namun selepas sekolah itu siap kelak, Perkaya akan menguruskannya sendiri dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads