Rabu, 21 Ogos 2013

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRK Kuala Besut: Saya nak sembayang <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2013 01:49 PM PDT

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


GAMBAR USTAZ AZHAR IDRUS (UAI) KEMALANGAN <b>DI KUALA</b> <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2013 08:56 PM PDT

BERITA USTAZ AZHAR IDRUS KEMALANGAN DI KUALA TERENGGANU | Info dari kenalan rapat Ustaz Azhar Idrus. UAI telah terlibat dengan kemalangan di Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Kereta volkswagen yang dipandu beliau bertembung dengan sebuah kereta Proton.
Semasa kemalangan tersebut berlaku, beliau seorang sahaja dalam kereta itu.
Alhamdulilah, UAI diberitakan selamat.

Kereta terbabas rempuh garaj <b>di Kuala Terengganu</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2013 02:11 AM PDT

Kereta perdana yang merempuh garaj.

Kereta perdana yang merempuh garaj.

"Saya ingatkan ada kemalangan berlaku di hadapan rumah, rupanya rumah ini yang kena langgar," jelas Nurziana Hassanuddin, 33.

Rumah sewa Nurziana yang dilanggar sebuah kereta Proton Perdana kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam) menyebabkan dua buah kereta jenis Perodua Kancil dan Kenari mengalami kerosakan kerana dihempap garaj.

"Masa kejadian, saya dan dua anak sedang tidur sementara suami Mohd Saifudin A Rahman, 36, masih di tempat kerja.

"Pada mulanya ketika mendengar dentuman kuat, saya rasa pelik juga sebab 'alarm' kereta berbunyi, rupanya apabila membuka tingkap rumah, saya melihat garaj kereta sudah roboh dan menghempap dua buah kereta yang diletakkan di sini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kuala Bekah, di sini semalam.

Kereta milik tuan rumah yang dirempuh.

Kereta milik tuan rumah yang dirempuh.

Susulan kejadian itu, Nurziana terus menghubungi suami dan keluar melihat apa sebenarnya yang berlaku.

"Ketika keluar dari rumah, saya melihat sebuah kereta Proton Perdana yang remuk berada di rumah sebelah (jiran) yang juga menyebabkan garaj keretanya roboh dan turut menghempap sebuah kereta selepas melanggar pagar rumah saya," katanya.

Difahamkan, pemandu tersebut tidak mengalami kecederaan teruk.-sinar

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


PSS SK Felda <b>Jerangau</b> Barat, Hulu Terengganu ke peringkat <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2013 05:00 AM PDT

Pusat Sumber SK Felda Jerangau Barat , Hulu Terengganu telah tercalon ke peringkat kebangsaan Pertandingan Pusat Sumber. Penilaian PSS Peringkat Kebangsaan telah dilakukan pada hari semalam 19 Jun 2013 oleh dua orang Hakim yang begitu berpengalaman dan berwibawa  iaitu En Zakaria Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi b Mohamad ( Peg Perpustakan IPG Kampus Kota Bharu )

Alhamdulilah, semua urusan penghakiman telah berjalan lancar dan dipermudahkan segala olehNya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua panel hakim En Zakaria bin Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi B Mohamad ( Peg Perpustakaan IPG KKB ) di atas penilaian yang dibuat dengan penuh komitmen dan benar-benar ikhlas dalam menilai dan memberi kata nasihat serta secara tidak langsung mengajar banyak perkara khususnya berkaitan menjadikan PSS sebagai yang terbaik.

Semua pihak memberi kerjasama yang jitu sepanjang penghakiman berjalan samada di pihak panel dan juga guru, pekerja serta murid-murid skfjb. Semuanya memberi sumbangan yang amat bermakna dan membantu dalam memastikan PSS muncul sebagai juara bak kata Tuan Guru Besar " Kita berhasrat dan mempunyai impian yang tinggi untuk membawa balik gelaran JUARA PSS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN INI DI BUMI FELDA JERANGAU BARAT ".InsyaAllah ia akan menjadi kenyataan.

Usaha telah dibuat dengan penuh semangat dan kesungguhan telah dijelmakan oleh semua pihak termasuk JPN, BTPN, PPD, PKG, GPM, PIBG, NGO,  Warga Masyarakat, Guru-guru, Pekerja, dan tidak ketinggalan murid-murid yang tidak kurang sumbangannya dalam memikat hati para hakim.

Sememangnya para hakim memuji dan mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan dan GPM khususnya kerana berjaya menghasilkan PSS yang berjaya dan berkualiti. Segala aspek penilaian yang dikehendaki dapat dibuktikan hampir 100%. Mereka akui sukar mencari kelemahan dan hampir semua mendapat markah penuh dalam aspek-aspek yang di nilai.

Selain dari itu kekuatan yang kita ada adalah konsep warna warni yang ditonjolkan memukau dan memberi aura yang tersendiri kepada panel hakim dengan menyatakan pertama kali masuk ke pintu pagar sekolah aura itu telah dirasai dan apabila menuju jauh kedalam kawasan sekolah aura itu semakin menebal dan telah seolah-olah memahat kuatdiri  mereka sehinggakan terasa amat sukar untuk meninggalkan sekolah ini.

Tahniah, dan terima kasih sekali lagi. Kita tunggu keputusan dengan penuh harapan dan segala keputusan yang bakal diumumkan kita terima dengan redha dan berserah kepadaNya.


Kepada Semua yang terlibat dalam mendorong kejayaan ini daripada JPNT. BTPNT, PPD, PKG Hulu, GPM Daerah Hulu, Pengurus Felda. Pengurus Kilang, PIBG, Masyarakat Setempat, Guru-guru dan semua warga SKFJB  kami mengucapkan jutaan terima kasih atas dorongan anda semua.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jun 2013 03:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

My family memories: 1D1N at <b>Batu Rakit</b> Terengganu

Posted: 09 Jun 2013 08:33 PM PDT

Assalamualaikum semua..

Hari ni ahkak dah kerja & anak2 dah mula bersekolah setelah cuti 2 minggu, cukup la tu kan.. dok rumah pun lagi pening kepala mak abah dibuatnya. Walaupun dah besar2 tapi sebenarnya dah besarlah lagi susah kita nak menjaganya. nak suruh buat kerja-kerja rumah skit, mesti nak kena mentioned nama, klau idak tak bergerak la kerja yang disuruh tu, itu ler perangai anak2 perempuan ku semua. Setiap hari nak disuruh..huhuhuhu....okeylah ahkak nak citer pasal percutian ahkak selama 4 hari, itu pun dah last  minit, minggu terakhir persekolahan. Bukan x nak ambil cuti minggu pertama cuti sekolah, tapi sebenarnya percutian kali ni bak kata orang sambil menyelam minum air. Ahkak ke Kuala Terengganu cuti kali ini. Itu pun ada kenduri kahwain anak sepupu side my hubby. Nak sangat menghadiri kenduri kali ni sebab weols pun dah lama tak ke Terengganu tapi yang sebenarnya weols suka perkampongan kat sana, dulu pernah pergi, itu pun dah 5 tahun dulu, teringat-ingat masa pergi dulu, weols kesejukan tidur malam dengan angin ribut tepi pantai.. best sgt2 weols rasa masa tu. Tu yang cakap ngan En. hubby, jom la kita g sana, boleh kite jalan2 sekali. Kunjungan weols ke sana bukanlah weols sefamily jer, tapi disertai dengan 2 SIL family beserta MIL ahkak sekali.

Kat sana weols duduk di Batu Rakit View, terletak dekat sangat dengan rumah sepupu yang buat kerja kawin tu. Best sangat2 chalet kat sini. Nanti ahkak uplioad gambar yer..Ok jom intai-intai

pemandangan waktu pagi di Batu Rakit View
Pantai yang cantik untuk mandi manda
Chalet yg weols booking, boleh 3 family muat
Check-out sudah, terus g rumah kenduri pulak, tu yang memasing berbaju Muslimah..hehehe

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jul 2013 01:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jengka 19: Utusan Online - Timur

Posted: 23 Jul 2013 01:08 AM PDT


Ketengah bina 300 rumah

Posted: 22 Jul 2013 10:35 AM PDT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 22 Julai - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) merancang membina sebanyak 300 buah rumah pelbagai jenis dengan kos RM50 juta bagi memberi peluang penduduk di wilayahnya memiliki dan mendiami kediaman selesa bermula akhir tahun ini dan tahun depan.

Pengurus Besarnya, Wan Mat Amin Wan Daud berkata, pembinaan rumah terbabit akan dilaksanakan anak-anak syarikat Ketengah bagi memenuhi permintaan penduduk di wilayah itu yang semakin meningkat ketika ini.

Katanya, pada tahun ini sahaja sebanyak 188 buah rumah pelbagai jenis siap dibina yang mana sebanyak 123 unit dibina Ketengah dan 65 unit lagi dibina anak syarikatnya.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 44 buah rumah kos rendah dibina di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), 35 buah di Ceneh Baharu; sembilan buah rumah kos sederhana di Bukit Besi, AMBS dan Ceneh Baharu serta tujuh buah rumah kos sederhana di Ketengah Jaya dan 10 buah di AMBS dengan melibatkan peruntukkan sebanyak RM9.2 juta," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain projek perumahan tersebut, anak-anak syarikat Ketengah di bawah Ketengah Properties membina sebanyak 26 buah rumah jenis sebuah di AMBS, Bukit Besi dan Ketengah Jaya.

Tambahnya, selain itu, turut dibina adalah sebanyak 19 buah unit rumah jenis banglo setingkat dengan kos RM2.2 juta manakala Ketengah Jaya Sdn. Bhd. pula dalam proses pembinaan 20 buah rumah berkembar di Bandar Seri Bandi.

"Kita merancang membangunkan projek perumahan di wilayah ini sehingga 2015 dan menjangkakan sebanyak 150 buah unit rumah lagi akan dibina dengan kos RM1.5 juta," katanya.

Ujarnya, perancangan itu selari dengan pertambahan penduduk dan peningkatan golongan muda di wilayah itu yang memerlukan perumahan untuk membina keluarga masing-masing.

Katanya, perkara itu juga sebagai menyokong perkembangan terkini yang berlaku di wilayah Ketengah seperti pembukaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi, Kolej Ketengah, Mara Ketengah International College, Kompleks Penjara dan sebagainya.

"Sehingga kini, sebanyak 3,940 buah rumah telah dibina di wilayah Ketengah dan pembinaan rumah juga dibina bercampur bagi menepati permintaan golongan tertentu seperti peniaga, guru dan pensyarah," jelasnya.

Maggi, Grand Puteri agih bubur lambuk resipi sendiri

Posted: 22 Jul 2013 10:35 AM PDT

Wan Mohd. Ariffin Wan Mustafa (kiri) bersama wakil penaja mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di hadapan Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 22 Julai - Maggi dengan kerjasama Hotel Grand Puteri mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di sini hari ini sebagai sebahagian daripada pendekatan memeriahkan sambutan Ramadan dengan kegiatan kebajikan.

Melalui program yang turut melihatkan penyertaan bersama Utusan Malaysia, hampir 1,000 bekas bubur lambuk disediakan dan dijadikan bekalan berbuka oleh orang ramai yang tidak melepaskan peluang merasai keenakannya.

Wakil Unit Persampelan Maggi Pantai Timur, Hamzah Mat Din berkata, program itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

"Bubur lambuk yang kita edarkan hari ini memang istimewa kerana selain resipi sendiri menggunakan produk Maggi, kita juga menggunakan daging dan udang kering berbanding ikan di samping tidak menggunakan sayur-sayuran.

"Kami juga memberikan sampel produk Maggi Mi Goreng, Maggi Magic Meals dan Maggi Cukup Rasa kepada orang ramai dalam program ini," katanya ketika ditemui dalam program itu.

Jelasnya, sebanyak empat kakitangan unit itu terlibat menghasilkan bubur lambuk berkenaan selain dibantu kakitangan Hotel Grand Puteri dan Utusan Malaysia.

Sebelum ini katanya, Maggi turut menganjurkan program sama di pasar raya Mydin Mall manakala program seterusnya di Kedai Xiri Wakaf Tapai di sini esok.

Sementara itu, Pengurus Hotel Grand Puteri, Wan Mohd. Ariffin Wan Mustafa berkata, kerjasama pertama dengan Maggi itu memberi peluang kepada mereka menyumbang kepada orang ramai sempena Ramadan.

Usaha itu, katanya, selari dengan langkah yang diambil mereka dalam memperkenal pelbagai produk sempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tiba.

"Walaupun masih baru, sambutan terhadap produk yang kita tawarkan amat menggalakkan dan dijangka akan terus meningkat," katanya.

Tambah beliau, Hotel Grand Puteri menawarkan pelbagai produk menarik sepanjang musim perayaan antaranya Pakej Penginapan Balik Kampung bermula RM138 yang ditawarkan sehingga 30 Syawal, Pakej Rumah Terbuka (RM40 seorang) dan promosi steambot (RM19 seorang).

"Salah satu kelebihan hotel ini juga adalah kita mempunyai ruang dewan mesyuarat yang luas dan boleh memuatkan sehingga 250 orang menjadikannya amat sesuai sebagai venue majlis rumah terbuka," katanya.

Projek tiada kaitan pembangkang

Posted: 22 Jul 2013 10:35 AM PDT

Oleh Wan Zulkifli Wan Yaacob
pengarang@utusan.com.my

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman (kanan) bersalaman dengan penduduk dalam Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Jamhuriah Kuala Besut, semalam. - UTUSAN/SAIFUDIN MOHD. NOR

BESUT 22 Julai - Segala pengumuman tentang projek pembangunan untuk rakyat di kawasan Kuala Besut merupakan perancangan yang telah dibuat sejak sekian lama dan bukannya atas desakan pembangkang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek seperti benteng pemecah ombak di muara sungai, empangan dan pembinaan sekolah sememangnya sudah diputuskan, cuma menunggu masa untuk pelaksanaannya.

"Segala perancangan kerajaan tak ada kena-mengena dengan pembangkang. Tanpa desakan pembangkang pun, kita masih buat demi kepentingan rakyat," jelas beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Pasar Tani Kuala Besut, di sini hari ini. Yang turut hadir ialah Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Ismail Sabri diminta mengulas kononnya segala projek pembangunan di Kuala Besut yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin Pusat yang lain adalah atas desakan pembangkang.

Menurut beliau, dari segi pelaksanaan projek-projek terbabit akan mengambil masa termasuk kelulusan.

Katanya, lakaran projek bukannya boleh siap dalam dua minggu dan kajian perlu disiapkan bertahun-tahun.

"Bukan boleh buat pemecah ombak dalam masa seminggu, pilihan raya diumumkan minggu lepas, sedangkan pelan dan kajian sudah lama seperti berapa panjang pemecah ombak.

"Agaknya pembangkang ingat buat pemecah ombak macam nak buat batas padi di sawah, buat sesuka hati dalam seminggu," katanya.

Selain itu, beliau berkata, peluang Barisan Nasional (BN) untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut adalah cerah kerana pengundi di situ memahami kemenangan pembangkang tidak akan memberi makna.

"Lebih baik beri kemenangan kepada BN dan kestabilan kepada kerajaan negeri. Kita nak kekalkan kerajaan BN di Terengganu supaya projek pembangunan yang diumumkan dapat dilaksanakan," katanya.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 29 May 2013 09:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Pulau Bidong</b> | DrPlaces

Posted: 21 Sep 2010 04:48 PM PDT

"kembali ke Pulau Bidong membuatkan aku terkenang sekali lagi kisah lampau dimana betapa bertuahnya kami yang berjaya mengharungi perjalanan yang jauh dan memenatkan didalam sebuat bot yang bocor sepanjang 10.5 meter yang memuatkan 61 orang pelarian perang. Masih aku terbayang seorang lelaki melayu berkain sarung dan berkulit gelap yang kami temui di laut memberikan kami makanan dan minuman untuk kami meneruskan perjalanan. Mereka adalah pahlawan dan malaikat didalam hatiku. Aku tidak pernah akan melupakan wajahnya seumur hidupku. Didalam lawatan aku kali ini mengingatkan aku betapa baiknya layanan diberikan kepada kami ketika itu dipulau ini. Itu adalah perasaan yang sangat indah untuk dikenang seumur hidup di pulau yang menjadi rumah sementaraku" – Daniel Nguyen

Itulah antara luahan hati seorang pelarian perang Vietnam selepas kembali melawat pulau yang pernah menjadi rumah dan syurga baginya pada satu ketika dahulu. Sebuah pulau yang memberi begitu banyak harapan dan dugaan untuk masa depan mereka.

Nama Pulau Bidong tidak segah pulau-pulau yang lain di Terengganu, namun ia kaya dengan warisan dan tinggalan sejarah pelarian perang  dari Vietnam ketika Vietnam diserang oleh Amerika Syarikat pada tahun 1975. Sewajarnya, tinggalan sejarah ini dikekalkan dan dipeliharan sebaiknya.  Ini kerana, kebanyakkan bekas pelarian perang tersebut kembali semula ke pulau ini untuk melihat dan mengenang kembali memori suka duka yang pernah mereka alami selama menduduki pulau ini. Tidak kurang juga yang berkunjung ke sini semata-mata untuk melawat pusara keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang menghembuskan nafas terakhir mereka di sini.

Sejarah kedatangan pelarian perang Vietnam ke pulau ini bermula sekitar tahun 1975 dimana bot pertama yang mendarat disini bersama 47 pelarian. Selepas daripada itu bot demi bot sampai di pulau  ini sehingga mencecah kepada angka 250,000 pelarian sepanjang tahun 1975 hingga 1991. Pulau ini dengan rasminya dibuka sebagai kem pelarian pada tanggal 8 ogos 1978. Pada asasnya Pulau Bidong boleh memuatkan sekitar 4,500 orang pelarian, tetapi pernah di catatkan pulau ini pernah memuatkan hampir 40,000 pelarian pada satu-satu masa. . Saya sendiri tidak dapat membayangkan suasana ketika itu. Sebab itu Pulau Bidong turut juga dikenali sebagai Mini Saigon.

Tinggalan-tinggalan seperti sekolah, rumah-rumah, gereja, tokong sudah kelihatan semakin uzur di makan waktu. Selepas pulau ini ditutup dengan rasmi sebagai kem pelarian perang Vietnam pada 30 Oktober 1991, pulau ini dibiarkan begitu sahaja dan menjadi tempat para nelayan tempatan untuk berteduh dari ombak atau ribut ketika di laut.

Saya menjejakkan kaki ke pulau ini untuk pertama kali pada tahun 2007 dengan tujuan untuk merakam gambar-gambar tinggalan pelarian Vietnam. Ketika itu, satu jeti kayu yang panjang masih wujud tetapi sayangnya sudah tidak digunakan lagi dan, kebanyakan bangunan juga sudah mulai roboh. Kawasan sekitarnya ditumbuhi pokok-pokok dan semak samun. Di sebelah dalamnya pula masih terdapat tinggalan tangki-tangki air yang bersaiz agak besar bagi menampung keperluan pelarian ketika itu. Beberapa monumen atau tugu peringatan telah didirikan oleh pelarian bagi mengenang jasa-jasa dan budi baik rakyat Malaysia yang bertugas di pulau itu. Kita juga akan dapat melihat ratusan plat simen yang ditulis nama-nama pelarian. Saya sendiri pun tidak pasti samaada nama-nama mereka yang telah mati atau nama– nama mereka yang pernah tinggal di pulau ini.

Kunjungan terakhir saya ke pulau ini adalah pada pertengahan tahun 2009. Ketika itu pembinaan jeti bagi memudahkan pengunjung ke pulau ini sedang giat dijalankan dan kini telah siap sepenuhnya. Kerajaan Negeri Terengganu telah memutuskan supaya tiada sebarang pembangunan chalet atau resort di pulau ini untuk tujuan pelancongan agar khazanah tinggalan pelarian perang ini terpelihara. Namun begitu saya merasakan usaha-usaha dari pihak yang berwajib adalah perlu bagi menyelia dan membangunkan pulau ini untuk menarik lebih ramai pelancong datang melawat dan melihat sendiri suasananya. Kemudahan seperti tandas dan tempat berehat, laluan pejalan kaki yang lebih baik dan pelbagai lagi perlu disediakan. Mungkin juga boleh diwujudkan muzium mini bagi memaparkan gambar-gambar atau dokumen-dokumen memorial  yang boleh memberi informasi kepada para pengunjung mengenai sejarah pulau ini.

Untuk sampai ke pulau ini, anda perlu menaiki bot dari jeti Merang dimana ianya terletak kira-kira 39 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.Perkhidmatan bot untuk disewa ada disediakan di sini. Biasanya harga sewa bot ditawarkan sehingga RM500.00 untuk perjalanan pergi balik menggunakan bot laju yang boleh memuatkan sekitar 10 orang penumpang. Di satu sudut pulau ini juga terletaknya Stesen Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) bagi menjalankan kajian terhadap marin biologi dan sebagainya.

Sehingga kini, Pulau Bidong lebih terkenal dengan dunia bawah airnya di kalangan penyelam skuba berbanding dengan nilai-nilai sejarah yang wujud di pulau ini.

Informasi :

Untuk mendapatkan perkhidmatan bot ke  Pulau Bidong anda boleh menghubungi Abang Zul ( Norul Boat Services ) di talian 019 – 9852259

Attractions

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Penyebaran Syiah wujud <b>di Terengganu</b> - MAIDAM - Utusan Online

Posted: 20 Aug 2013 12:41 AM PDT

KUALA TERENGGANU 20 Ogos - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu mengesahkan wujud penyebaran fahaman dan ajaran Syiah di negeri ini dengan disertai ratusan pengikut, kebanyakannya para penuntut universiti.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Datuk Mohd. Rozali Salleh ketika mengesahkan perkara itu berkata, pada masa sama pihaknya juga tidak menafikan golongan profesional juga dikenal pasti menjadi sebahagian daripada pengikut ajaran tersebut.

Mohd. Rozali bagaimanapun memberitahu, tempat atau lokasi terlibat dengan penyebaran ajaran itu masih belum dikenal pasti namun beliau memberi jaminan, pihaknya sentiasa membuat pemantauan mengenainya.

Beliau menegaskan, apabila tiba masa, tindakan sewajarnya akan dilakukan bagi membendung penyebaran ajaran itu daripada terus berleluasa sehingga memesongkan akidah umat Islam. - UTUSAN ONLINE

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Tiada kesan rogol pada mayat di LPT <b>Bukit Besi</b> ABN News | BM

Posted: 07 Jul 2013 06:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengesahkan mayat wanita yang ditemui di Kilometer 41.1, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Bukit Besi-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Sungai Ular, semalam tiada kesan rogol.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, hasil bedah siasat mendapati wanita yang ditemui tanpa identiti itu mati setelah cedera teruk di kepala dan dada akibat hentakan objek tumpul. 

Katanya, siasatan terperinci berhubung penemuan mayat itu masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin maut akibat kemalangan.

"Ketika ditemui pihak polis tidak menjumpai sebarang senjata tajam dan kita masih menyiasat sama ada mangsa terlibat dalam kemalangan, mangsa langgar lari ataupun kejadian jenayah. Ini kerana ketika ditemui mangsa hanya memakai baju T-shirt berwarna oren dan berseluar dalam.

"Namun setelah bedah siasat dijalankan pihak hospital mengesahkan tiada kesan rogol pada mayat berkenaan walaupun dijumpai dalam keadaan mengaibkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam seorang pengawal keselamatan menemui mayat wanita itu dalam keadaan mengaibkan di kaki lima lebuhraya berkenaan kira-kira pukul 7 pagi.

Mayat yang berusia 40-45 tahun berketinggian 153 sentimeter, berkulit putih, berbadan gempal dan berambut lurus paras leher ditemui terlentang di tempat kejadian.

Manoharan berkata, hasil pertanyaan daripada penduduk kampung mendapati mangsa bukan penduduk tempatan.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian atau terlanggar sesuatu ketika melalui lebuhraya itu segara menghubungi polis bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang kehilangan saudara mara dan rakan yang kenal atau telah kehilangan kawan segera hubungi pihak polis untuk pengcaman mayat," katanya.  - Bernama

ads