Ahad, 22 Julai 2012

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


duneoworld: Review Lima Sekawan <b>Di</b> Bukit Jaguh

Posted: 11 Jul 2012 05:44 PM PDT


Lima Sekawan Di Bukit Jaguh adalah buku ke 18 dalam senarai siri Lima Sekawan yang diterbitkan oleh Penerbitan Hasratpelajar, kiranya cam buku terakhirlah dalam siri ini sebelum aku tahu sebenarnya ada 21 buku kesemuanya. Sebenarnya jujukan senarai Hasratpelajar tu tak ikut susunan yang betul, buku ini bukan penamat siri Lima Sekawan. Aku pernah 2 kali memiliki buku ini iaitu edisi Penerbitan Fargoes tahun 70an tapi sayang sungguh kedua-dua buku tu hilang. Alhamdulillah berjaya juga jumpa edisi tahun 1984 ni yang sangat berharga bagi aku kerana mempunyai sentimental value yang tinggi. Versi Inggerisnya bertajuk Five Go To Billycock Hill iaitu buku ke 16 dari 21 buku.

Beberapa perkara unik yang aku dapat recall sebelum baca balik setelah sekian lama tak jumpa, antaranya Lima Sekawan mempunyai 'peti sejuk' sewaktu berkhemah, hehe peti sejuk tu adalah satu ruang tempat menyimpan barang di bawah aliran air sungai kecil di kawasan perkhemahan mereka. Lagi satu pasal medan lapangan terbang rahsia yang bersebelahan dengan tempat berkhemah mereka dan juga ladang rama-rama.

Apa yang membuatkan aku tergerak nak review cerita ni sebenarnya sebab aku terjumpa satu tempat di Terengganu yang hampir menyamai gambaran tempat di Bukit Jaguh. Mungkin anda pernah dengar atau melalui kawasan ke Lapangan Terbang Tentera Gong Kedak, entahlah tapi bagi aku keadaan lapangan terbang yang tersorok tu dan dengan adanya bukit kecil di sebelah belakangnya membuatkan aku terbayangkan pengembaraan Lima Sekawan Di Bukit Jaguh. Mungkin kalau aku membesar di kawasan Gong Kedak ni dan membaca Lima Sekawan Di Bukit Jaguh sewaktu berumur 9 atau 10 tahun, rasanya mungkin aku akan cuba berkhemah di atas bukit dan memerhatikan lapangan terbang ni, manalah tahu kot-kot ada insiden yang sama, huh taksub tul tuh.



Watak-watak sampingan kali ini adalah Ah Keong, Ah Lek, Kontot, Leftenan Udara Jeffry Kam, Leftenan Udara Adnan, Nyonya Kam, Encik Kandasamy, Encik Harban Singh, Babu, Orang Tua Meena dan beberapa orang lagi.

Kali ini kisahnya Lima Sekawan bercuti di kawasan berbukit bersebelahan ladang kawan Eddie dan Dean yang bernama Ah Keong, Bukit Jaguh nama tempatnya dan di kawasan tersebut ada banyak gua-gua yang menarik untuk dijelajahi selain terdapat juga satu ladang rama-rama. Kewujudan kawasan medan terbang tu pula Lima Sekawan hanya tahu setelah berkhemah di Bukit Jaguh, maklumlah tempat tu kan ke rahsia.

Lima Sekawan bergerak ke Bukit Jaguh dengan berbasikal dari Teratak Kenari, perjalanan tersebut memang digambarkan menyeronokan, merentas desa, bukit, lembah dan pantai dengan basikal bersama-sama melalui jalan kampung, berehat-rehat di beberapa tempat dan berkelah. Memang teruja membacanya terutama sewaktu kanak-kanak. Boleh tak benda sebegini berlaku agaknya, entahlah tapi imaginasi time budak dulu kata boleh, sekarang kalau nak buat rasa tak berapa selamat kot.

Setibanya di Bukit Jaguh, mereka singgah di Ladang Ah Keong untuk mengambil bekalan, khemah dan berkenalan dengan keluarga Ah Keong. Adik Ah Keong iaitu Ah Lek mempunyai seekor anak kambing dipanggil Kontot iaitu antara watak penting jugak dalam kisah ini. Dalam versi asal Inggeris, haiwan ni seekor anak khinzir/babi, diubah kepada anak kambing bagi tujuan kesesuaian kot. Tapi kalau tak salah aku, dalam versi Penerbitan Fargoes tahun 70an, Kontot seekor anak biri-biri, entahlah yang mana betul. Kemudiannya Lima Sekawan mengambil keputusan untuk berkhemah di satu tempat yang menarik atas Bukit Jaguh, ia berdekatan dengan anak sungai serta boleh nampak medan terbang dan ladang Ah Keong, dan kat sinilah Mona jumpa 'peti sejuk' tu. Oleh kerana cuaca baik, Lima Sekawan tak pasang khemah tapi tidur berbumbungkan langit. Yang ni memang aku pernah buat masa camping kat Taman Negara tahun 1992 selepas exam SRP tapi bila masuk jam 3 pagi kami berempat bangun kena pasang khemah jugak sebab sejuk beb, embun turun, kat Malaysia tak sesuai kot heh.

Ok, ringkas ceritanya kat tepi Bukit Jaguh ada satu medan terbang rahsia yang dimiliki kerajaan. Kebetulan sepupu Ah Keong iaitu Leftenan Udara Jefrey Kam salah seorang juruterbang di situ dan sangat disegani. Walaupun ia medan terbang rahsia, tapi orang jahat jumpa jugak dan pada satu malam yang gelap dan beribut kencang, musuh membuat cubaan melarikan 2 kapal terbang kerajaan beserta menculik 2 juruterbang termasuklah sepupu Ah Keong. Situasi menjadi rumit bila pihak polis yang menyiasat mendapat petunjuk yang Leftenan Udara Jefrey Kam antara dalang dalam cubaan melarikan kapal terbang tersebut. Lima Sekawan yang kebetulan berkhemah di kawasan tersebut juga cuba membantu dengan membuat sedikit penyiasatan. Kebetulan pula mereka mendengar sesuatu yang pelik pada malam kejadian yang gelap dan beribut itu. Rupanya ia ada kaitan dengan peristiwa tersebut dan didapati penyangak/musuh-musuh itu bersembunyi di Ladang Rama-Rama.
Dan selepas melalui beberapa peristiwa, masalah terakhir yang cuba diselesaikan Lima Sekawan adalah mengesan di mana kedua-dua juruterbang kerajaan yang diculik itu disembunyikan dan usaha mengesan mereka ini yang menjadi kemuncak cerita ini. Seperti biasa Lima Sekawan berjaya dengan bantuan Kontot. Hadiah kejayaan Lima Sekawan kali ini adalah dibawa terbang dengan kapal terbang oleh Leftenan Udara Jefrey Kam. Kiranya ini adalah kisah Lima Sekawan berdepan perisikan/pengintipan pihak negara luar yang cuba mensabotaj harta negara lagaknya. Bukan cerita terbaik Lima Sekawan tapi masih lagi sangat teruja membacanya.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


jmc kota bharu: Jawatan Kosong <b>Di Pulau perhentian</b> Besar, Besut

Posted: 21 Jul 2012 05:38 PM PDT

Jawatan Kosong Di Pulau Perhentian Besar, Besut
Majikan :          Trans Arwanna Connection Sdn. Bhd
Alamat :           Arwana Inn Tok Bali Lot 1231, Tok Bali Semerak  16800 Pasir Puteh
Telefon :          09-7780888 (Cik Rosmaniza Awang)
Jawatan :         Night Audit cum Accounts Assistant
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       SPM/Sijil/Diploma/Ijazah
Gaji :               RM 750.00
•      Work location at Pulau Perhentian
•      Able to speak in english
•      Experience in accouting field
•      Gaji : RM750.00-800.00
Jawatan :         Administration
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       SPM/Sijil/Diploma/Ijazah
Gaji :               RM 800.00
•      Willing To Work At Pulau Perhentian
•      Able To Speak In English
•      Experience In Administration Works Field.
•      Gaji :  RM800.00 - RM850.00
Jawatan :         Waiter & Waitress (F&B)
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 2
Kelayakan :       SPM/Sijil
Gaji :               RM 500.00
•        Sanggup Bekerja Di Pulau Perhentian, Besut Terangganu,
•        Mempunyai Daya Ketahan Mental Dan Fizikal Yang Tinggi
•        Gaji : RM500.00 - RM550.00
Arwana Perhentian Eco Resort,
Pulau Perhentian Besar Besut,
#       Tarikh Tutup : 31 Julai 2012
" anok kelatae bulih krejo belako "
.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2012 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2012 01:39 AM PDT

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 01:18 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 01:39 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 01:29 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Kami warga Felda Jerangau mengucapkan terima kasih di atas kesudian menjadikan kampung kami sebagai destinasi program yang bermakna ini. Besar harapan kami agar program yang murni seperti ini akan terus dapat dijalankan untuk ...

Full content generated by Get Full RSS.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Tinta-tinta Ilmu: Membawa diri ke <b>Pulau Kapas</b>...

Posted: 30 Jun 2012 08:07 AM PDT

5 Jun 2012

Membawa diri ke Pulau Kapas...

Oppss... Jangan salah faham, aku bukan cuba melarikan diri dan bersembunyi di Pulau Kapas tetapi hanya bercuti dan merehatkan diri di Pulau Kapas setelah sekian lama menyumbang jasa dan bakti di sekolahku... Hehe cuti sekolah amat ditunggu oleh aku dan rakan sekerjaku...Cuti pertengahan tahun ini, aku habiskan di kampung halaman dan di Pulau Kapas. 
Pulau Kapas terletak di Terengganu dan merupakan Taman Laut Malaysia yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. Taman laut ini ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara kepelbagaian habitat dan hidupan marin. Segala aktiviti yang merosakkan terumbu karang dan ekosistem laut adalah dilarang dan salah di sisi undang-undang. Selain Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Perhentian juga merupakan kawasan Taman Laut.

Untuk sampai ke Pulau Kapas, aku perlu menunggu bot di jeti Marang. Tidak ku sangka terjumpa rakan sekerjaku, Cikgu Rizal yang bercuti dengan keluarganya di Pulau Kapas jugak. Betapa kecilnya dunia ini. 
Perjalanan lebih kurang setengah jam diperlukan untuk tiba di jeti Pulau Kapas. Inilah pengalaman pertama kali aku menaiki bot di laut... Terasa gelong dilambung ombak. Dari kejauhan aku dapat melihat Pulau Kapas...
Aku menyewa di Resort Mak Cik Gemok untuk sehari semalam sahaja. Makanan dan minuman di Pulau Kapas ini agak mahal, jadi kakak dan abang iparku membawa makan tengahari dan malam. Air mineral memang kena bawa kerana kawasan pulau mempunyai kadar hidrasi yang tinggi. 

Antara kemudahan yang terdapat di Pulau Kapas
Bila dah sampai pantai, aktiviti aku dan adik-adikku ialah bergambar di sekitar Pulau Kapas. Tetapi kakak dan keluarga abang iparku terus terjun kedalam laut selepas menjamu selera. Memang tak sabarlah diorang ni untuk mandi walaupun cuaca panas terik.. 
Aku dan adikku pula mandi laut selepas cuaca agak redup. Lama juga berendam di laut. Aku melakukan aktiviti 'snorkling' walaupun tiada yang menarik pun dekat dasar pinggir pantai kecuali batu karang yang bersepah di dasar laut. Kalau bertuah, dapatlah melihat anak ikan yang berwarna putih macam batu. Sekali-sekala tertelan air masin fuh.. pahitnya tak tergambar rasanya... 


 Menikmati keindahan pantai pada waktu senja..
Langit tidak selalu cerah. Tibalah masanya aku perlu beredar keluar dari laut kerana awan mendung mula berarak dan angin mula bertiup kencang menanda hari hendak hujan.. Apapun aktiviti 'snorkling' ini best macam penyelam profesional plak...
Malamnya, Pulau ini sunyi kerana pulau ini tidak mempunyai penduduk kecuali pelancong yang mengunjungi pulau ini.... Sungguh indah langit malam, dihiasi bintang dan deruan ombak memecah kesunyian malam...
Syukur, alhamdulillah.... Maha Suci Allah yang menjadikan bumi ini sebagai hamparan kepada manusia dan menghiasi langit malam dengan bintang-bintang bergemerlapan....


Antara yang menarik di Pulau Kapas ialah gua kecil, batu karang yang bersepah di tepian pantai

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


EMPAT NOMBOR EKOR HARAM BERLELUASA <b>DI KEMAMAN</b>

Posted: 02 Jul 2012 09:18 PM PDT



Selamba jual nombor ekor tepi semak

KEMAMAN – Demi mahu kaya cepat tanpa mengenal halal dan haram, segelintir orang Islam di sekitar Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 1, dekat sini, sanggup membeli tiket nombor ekor dengan seorang tauke yang menjualnya di tepi semak berdekatan deretan kedai di simpang tiga utama masuk ke Bandar Baru Cheneh.
Hanya berbekalkan sebuah kerusi dan payung, tauke berusia dalam lingkungan 50-an itu selamba menjual tiket loteri tanpa lesen di situ setiap Rabu, Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi hingga jam 5.30 petang.
Seorang penduduk yang enggan identitinya didedahkan berkata, tauke terbabit mula menjual nombor ekor di situ sejak 2000 lagi, dan biarpun banyak kali ditangkap polis, namun dia masih berani mengulangi kesalahan sama.
Selain itu, Orang Asli Sungai Pergam yang tinggal berdekatan dan golongan pekerja ladang wanita warga Indonesia juga antara pelanggan yang sering mengunjungi port jualan judi nombor ekor tidak berlesen itu.
"Dengan harga tiket serendah RM1, ramai penduduk sekitar datang membeli tiket nombor ekor ini.
Apa yang saya dengar ada yang pernah mendapat sehingga RM60,000 selepas tiket nombor yang dibeli mengena. Ramai juga yang menang sebanyak RM12,000.
"Namun, itu semua tidak halal. Bukan sahaja pada bulan biasa, pada bulan puasa juga aktiviti ini berterusan.
Kebiasaannya paling ramai pembeli pada jam 4 dan 5 petang kerana ramai yang baru keluar dari ladang sawit," katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, disebabkan tidak berlesen, pembeli yang membeli tiket nombor ekor terbabit boleh menang dengan hadiah lebih lumayan berbanding jika membeli tiket di kedai-kedai judi nombor ekor berlesen, memandangkan hadiah yang dimenangi tidak dikenakan cukai pendapatan.
"Kerana sudah ada di depan mata (mudah untuk dibeli), ramai orang Islam datang beli tiket nombor ekor ini untuk mencuba nasib. Kalau tempat jualan haram ini tiada, saya rasa pembeli tidak akan pergi membelinya di bandar Kuantan atau bandar Kemaman," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan lebih tegas dalam membendung kegiatan itu termasuk mengambil tindakan kepada pembeli yang beragama Islam untuk menyedarkan mereka.

ads