13 di gong kedak - Google Blog Search |
Posted: 16 Feb 2013 06:34 AM PST 200,000 anggota tentera bakal terima durian runtuh - Zahid Hamidi BESUT, SABTU, 16 Februari, 2013: Pendeposit Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Koperasi Angkatan Tentera (KAT) bakal menerima durian runtuh apabila pengurusannya dijangka mengumumkan dividen tertinggi dalam sejarah penubuhan tabung berkenaan tidak lama lagi. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah dividen yang bakal diumumkan itu merupakan berita baik kepada 200,000 anggota tentera yang merupakan pendeposit kepada dua badan berkenaan. "Tunggulah pengumuman rasmi yang akan dibuat pihak berkenaan yang pastinya akan mengejutkan kerana dividen yang bakal diumumkan merupakan yang tertinggi, tidak pernah dibuat selama ini," katanya kepada media selepas Program Ramah Mesra yang diadakan di Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK)/Bukit Puteri dekat sini hari ini. Menurutnya, sebelum ini jumlah dividen tertinggi pernah diumumkan LTAT dan KAT ialah 14 peratus iaitu pada 2011. Sementara itu, ketika berucap dalam majlis perjumpaan dengan para pegawai dan anggota di Dewan PUGK/Bukit Puteri, Ahmad Zahid mengingatkan komandan kem atau pangkalan tentera di seluruh negara supaya memastikan proses pengundian awal yang bakal dijalankan kepada anggota tentera berjalan lancar dan bersih. Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, proses pengundian dijangka diadakan lebih awal, tiga atau empat hari sebelum hari pengundian sebenar kepada anggota tentera bagi memastikan proses mengundi dalam kalangan anggota tentera di negara ini mematuhi peraturan dan undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Kami tidak pernah mengeksploitasi proses mengundi dan justeru itu sekali lagi saya mengingatkan komandan supaya tidak campur tangan dan memastikan anggota dapat mengundi mengikut pilihan masing-masing pada hari pengundian itu nanti," katanya lagi. Katanya, tuduhan yang mengatakan bahawa proses pengundian awal bagi anggota tentera tidak telus juga tidak benar kerana pada masa pengundian awal itu dijalankan wakil setiap calon akan menjadi pemerhati dan mereka juga akan berada ketika proses membuka peti undi dan pengiraan dijalankan. Kira-kira 600 anggota dan pegawai hadir dalam majlis tersebut yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md Zin serta Timbalan Ketua Staff Tadbir TUDM Mejar General Mohd. Noh Mohd Said dan Komandan PUGK/Bukit Puteri Kolonel Ashgar Khan Goriman Khan. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di gong kedak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |