Isnin, 20 Februari 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Hari bersama keluarga <b>di Seberang Takir</b> meriah | Darul Iman

Posted: 20 Feb 2012 03:55 PM PST

PARA peserta sibuk menyiapkan masakan sewaktu pertandingan itu anjuran Penyelaras Pergerakan Wanita UMNO DUN Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam. – Utusan/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 20 Feb. (Utusan) – Kesibukan kerja sebagai pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak menghalang Fatimah Hashim, 35, memenuhi minatnya dalam ukiran buah-buahan.

Biarpun tidak mempunyai asas dalam seni kulinari itu, Fatimah berusaha mengasah bakat dengan mengutip kemahiran daripada kakaknya.

Buat pertama kali, dia begitu teruja apabila menyertai pertandingan mengukir buah anjuran Penyelaras Pergerakan Wanita UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dekat sini semalam.

Fatimah merupakan antara 20 peserta yang menyertai acara mengukir buah, salah satu acara yang mengumpulkan penduduk sekitar kawasan itu untuk bersama dalam pelbagai kegiatan sepanjang sehari itu.

"Hari ini, saya cuba menyertai pertandingan ini dan dapat bersama-sama penduduk setempat yang berkongsi minat yang sama," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada program itu.

Program sehari di Dataran Permata Kampung Baru yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang itu turut dimeriahkan dengan acara senamrobik dan pertandingan memasak hidangan tengah hari.

Dengan kerjasama Kolej Inforana dan syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi), turut diadakan demonstrasi masakan daripada chef jemputan serta pertandingan membuat kek cawan oleh kanak-kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman yang merasmikan program itu menyifatkan aktiviti tersebut sebagai 'hari untuk wanita bersama keluarga'.

Katanya, program seumpama itu dapat mengeratkan silaturahim di antara kaum wanita dari 20 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir.

"Kita memang tidak sangka sambutan amat memberangsangkan dan di harap ia memberi ruang menggembirakan bagi wanita yang sentiasa sibuk menguruskan keluarga," ujarnya.

Advertisement

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Wanita maut dirempuh kereta <b>di Besut</b> |

Posted: 17 Feb 2012 03:21 AM PST

| MUKA DEPAN | KEMBALI KE ATAS . | Hantar Artikel / Iklan | Penulis Tamu | Kami | Penafian
| 1 Utama | Agama | Blog | Komputer & Internet | Motivasi | Niaga & Kewangan | Pelbagai | Politik | Promo | Remaja | Wanita |

Copyright ©2012 Semua kandungan inimajalah.com.my dilesenkan di bawah Creative Commons 3.0, iaitu semua penyiaran semula mesti membuat pautan (link) ke inimajalah.com.my. Mengikut Creative Commons 3.0, penyiaran semula juga mesti tidak membabitkan sebarang modifikasi dan / atau tokok tambah terhadap teks asal sebagaimana disiarkan oleh inimajalah.com.my
| Alif Lam Mim . | Creativity by inimajalah.com.my
  • 11 visitors online now

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Bekas Juruterbang MAS Lemas <b>Di Pulau Perhentian</b> | Al-Ziyad News

Posted: 18 Feb 2012 06:28 PM PST

BESUT – Seorang pemilik sebuah studio rekacipta yang juga bekas juruterbang Malaysia Airlines (MAS) ditemui lemas di satu lokasi menyelam di perairan Pulau Perhentian Kecil, Besut, kira-kira pukul 2 petang semalam.

Mangsa, Mohd Nurul Husni Mahmud, 37 yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditemui oleh pelancong asing yang sedang melakukan aktiviti menyelam tidak jauh dari tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Noor, ketika mengesahkan kejadian itu berkata mangsa yang ditemui terapung-apung dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian Kecil namun disahkan meninggal dunia ketika ditemui.

Katanya, jenazah Mohd Nurul Husni kemudian dibawa polis ke Hospital Daerah Besut untuk melakukan bedah siasat dan mengesahkan kematian mangsa adalah kerana lemas.

Noor Zainy berkata, mengikut laporan, mangsa ke ke Pulau Perhentian sejak 2 Februari lalu seorang diri dan tinggal di sebuah chalet di pulau itu serta dijangka pulang esok.

Sementara itu, seorang rakan mangsa yang juga pemandu bot pelancong di Pulau Perhentian, Mohd Asrul Che Rama, 25, berkata mangsa bersamanya minum pagi pada 10.35 pagi sebelum beliau kelihatan bersama dua rakan pelancong asing untuk bersiar-siar di kawasan kincir angin dekat situ.

Katanya, beliau mengenali Mohd Nurul Husni kerana mangsa selalu datang ke Pulau Perhentian dengan menggunakan perkhidmatan botnya untuk mengambil gambar sebelum diproses di studionya di Alor Setar.

"Mohd Nurul Husni adalah seorang periang dan suka berkawan dan sangat berminat mengambil gambar-gambar pemandangan di Pulau Perhentian yang kini dijadikan sebagaitugas utamanya sejak berhenti berkhidmat dengan MAS selaku juruterbang sejak Disember 2010," katanya.

Mohd Asrul berkata, tidak menyangka mangsa boleh lemas kerana tempat Mohd Nurul Husni ditemui lemas adalah lokasi biasa beliau mandi dan melakukan aktiviti menyelam.

Jenazah Mohd Nurul Husni dituntut oleh anggota keluarganya malam tadi untuk dibawa pulang ke Alor Setar dan dikebumikan hari ini. – BERNAMA

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


laman ayahsu: <b>Jerangau</b> - Acorus calamus L.

Posted: 08 Dec 2011 07:25 PM PST

Jerangau mempunyai sejarah perubatan yang lama. Tumbuhan ini digunakan secara meluas di dalam rawatan modern khusunya dalam menghasilkan aroma wangian dan juga sebagai tonik. Tumbuhan ini telah digunakan di Negara Asia sekurang-kurangnya 2 ribu tahun yang lampau oleh orang-orang Cina dan India. Di Malaysia pokok ini ditanam di belakang rumah oleh kebanyakkan orang-orang Melayu dan India di mana penggunaannya hanyalah di bahagian luar sahaja sebagai demah atau sapu. Tumbuhan ini juga biasanya digunakan sebagai bahan rawatan racun serangga secara biologi yang digunakan untuk menghalang kutu, hama, kutu di kepala dan anai-anai.

Jerangau merupakan tumbuhan yang hidup lama dan boleh tumbuh mencapai 1 m tinggi. Tumbuh dengan banyak dan bentuknya nipis, daunnya seakan-akan daun rumput yang tumbuh secara terus dari rizomnya. Dua daunnya tumbuh secara berlapis pada bahagian pangkalnya, daun ringkas, licin, berwarna hijau dengan tepi daun yang licin seperti mata pisau. Hujung daun tirus dan berselaput pada bahagian pangkalnya. Susunan urat daun secara memanjang memasuki selaput. Daunnya beraroma wangi. Rizomnya berbau sangat wangi dan mengandungi minyak yang mudah meruap. Warna rizomnya adalah keputihan dan berserabut. Tumbuhan ini sangat jarang berbunga di Malaysia.

Tumbuhan ini biasanya terdapat di kawasan yang lembab dan berair seperti anak sungai, kolam, tasik atau lubuk atau tempat yang berair.


Jerangau biasa digunakan sebagai 'antiarrhythmic' (iaitu mengawal denyutan jantung), mengawal jangkitan kuman bakteria, antiseptik, mengawal kekejangan otot, merangsang kadar perpeluhan, bahan ubat muntah dan bahan ubat pelali. Rizomnya juga digunakan untuk rawatan senak perut, sakit perut, ketidakhadaman makanan, demam sekejap-sekejap, ulser usus, reumatik, saraf, masalah isi perut, penyakit cirit birit kanak-kanak, bronkus ( berkaitan dengan tiub-tiub yang bercabang dari saluran udara di kerongkong) dan asma. Minyak jerangau juga digunakan untuk menyediakan kordial yang beraroma, minuman keras dan membuat minyak wangi. Di Malaysia, air rebusan rizomnya yang dicampur dengan halia bara dan halia makan digunakan untuk rawatan demam dan kesejukan badan.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


teganuku: Sultan Terengganu rasmi Projek Silika dan Terengganu <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 10:08 AM PST

Sultan Mizan Zainal Abidin (dua kiri) berkenan berangkat melawat balai pameran selepas melancarkan Projek Silika dan Terengganu Kristal di Taman Tamadun Islam di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Projek Silika dan Pelancaran Terengganu Kristal di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu semalam.

Menyambut keberangkatan Tuanku Sultan ialah Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said dan Pengerusi Kumpulan Terengganu Industrial Minerals Sdn Bhd. (TIM), Tengku Sri Temenggong Raja, Datuk Seri Tengku Baharuddin.

Hadir sama, Setiusaha Kerajaan, Datuk Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw; Ketua Pegawai Eksekutif TIM, Encik N.Surendren: Ketua Pegawai Operasi Sumitomo Corporation Asia (Japan), Manabu Yamane dan Ketua Pegawai Eksekutif Sibelco Asia (Belgium), Bruno Wauters.

Sebaik selesai bertitah merasmikan pelancaran, Sultan Sultan berkenan menandatangani plak Projek Silika dan Terengganu Kristal dengan menyentuh skrin sebagai gimik perasmian.

Sultan Mizan kemudian berkenan berangkat melawat ke ruang pameran di bilik pameran TTI diiringi pembesar negeri.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - NGO Wargakilang: Kemiskinan <b>di Kemaman</b>

Posted: 17 Jan 2012 09:00 AM PST

Oleh Munir

Berbicara mengenai isu Kemiskinan di Malaysia, daerah Baling di Kedah tempat kelahiran saya secara sinonimnya sering dikait rapat dengan masalah ini. Namun, tidak ramai antara kita yang tahu bahawa melalui kajian secara ilmiah, isu kemiskinan ini bukan saja ada di Baling tapi wujud secara melata di seluruh Negara.

Melalui carian di Google, saya dapati pada tahun 1960an lagi kajian mengenai isu ini sudah pun ada dilakukan oleh Prof Diraja Ungku Aziz, di mana beliau telah mengambil masa selama enam tahun utk melakukan penyelidikan tersebut, bermula di Ulu Tiram, Johor pada tahun 1963, sebelum ke Kedah, Perlis, Beserah Pahang, Kemaman Terengganu dan juga di Kelantan.

Antara penemuan beliau yang agak memeranjatkan waktu itu ialah masalah kemiskinan ini telah menyebabkan berlakunya KEBULURAN di Kemaman, Terengganu. Beliau juga mendapati masyarakat di situ menangkap ikan untuk dijual dan hasil jualan tersebut digunakan untuk membeli barang keperluan terutamanya beras.

Kerana itu, apabila seorang sahabat dari Pantai Timur menulis di laman facebook NGO Wargakilang, bertanyakan bilakah pula team wargakilang nak buat program amal bantu org2 miskin di Pantai Timur; ianya terus mengingatkan saya kepada kajian Pak Ungku Aziz ini. Teringin juga nak tengok, kalau pun bukan KEBULURAN tetapi masih wujudkah lagi masalah KEMISKINAN di Kemaman?

Lalu, di weekend yang lalu, selepas habis ja kerja jam 6 petang, kami terus bertolak dari Kedah ke Tganu untuk membuat tinjauan bagi mencari dan mengenal pasti keluarga miskin di sana – sekiranya ada – untuk dibantu setakat yang terdaya. Kami sampai di sebuah homestay di Kuantan sekitar jam 2 pagi.

Pagi-pagi besoknya, melalui seorang rakan , kami dibawa ke perkampungan Nelayan di sana. Masyaallah tak saya sangka, rupa-rupanya kenyataan Pak Ungku berkenaan isu kemiskinan di Kemaman ini bukan setakat benar tapi memang ada wujud hingga ke hari ini.

(Rumah seorang Nelayan yang berbumbung tarpan dan zink paras kepala, anak 8 orang tinggal bersesak-sesak, di musim tengkujuh tidak dapat turun ke laut, cari pendapatan tambahan dengan menangkap ketam; waktu kami ke sana, cuma dapat 2 ekor ketam kecik – bukan setakat nak jual nak makan sekeluarga pun tak cukup!)

Memetik kata-kata dari mulut sahabat kami, anak jati Kemaman, kerja kilang di Kemaman, dia cakap:

"Saya ini orang asal Kemaman, bila NGO Wargakilang minta saya tolong survey/cari tengok keluarga miskin di Kemaman ini, bila saya pergi cari – baru saya tahu rupa-rupanya di sini memang ramai orang miskin. Saya tak tahu pun sebelum ini, kalau saya tak pergi cari ini memang saya tak tahu - sungguh!"

Rata-rata keluarga Nelayan yang kami kunjungi itu bekerja di kapal orang (bukan kapal sendiri), anak-anak kecik masih bersekolah, isteri tidak bekerja. Sudah hampir 2 bulan tidak turun ke laut kerana musim Tengkujuh dan musim Ombak Besar yang melanda kawasan berkenaan sejak bulan Nov lagi. Seperti kajian Pak Ungku tadi, tanpa hasil laut, tiadalah beras di dapur.

Di waktu-waktu sebegini, BERAS yang selalu kita lihat bertimbun2 di ECONSAVE/K-4/GIANT/TESCO dan sebagainya itu adalah bernilai EMAS buat mereka. Di waktu-waktu sebegini, SARDIN TIN dan MILO adalah makanan mewah dan minuman lazat buat anak-anak mereka.

Di musim-musim hujan sebegini, BISKUT KERING dan KOPI-O adalah juadah istimewa untuk sekeluarga. NESCAFE dan BISKUT/COOKIES berjenama pula adalah sesuatu yang di luar mimpi mereka.

Namun begitu, sedihnya ada pihak cuba menangguk di air keroh di atas kesusahan hidup yang menimpa mereka ini. Entah apa tujuan, kerana politik barangkali, ada berbagai pihak sering datang kononnya nak buat bancian nak bagi bantuan minta maklumat itu ini daripada mereka.

Mungkin kerana itu agaknya, sahabat kami tadi tak pasal-pasal kena sergah waktu beliau datang buat tinjauan sebelum kedatangan kami ini. Sorang pakcik tu cakap, kalau setakat nak datang ambik nama tak payahlah, sebelum ini pun dah berpuluh dan orang yang datang tapi apa pun tak ada.

(Nasib baik Pakcik tu tak ada di rumah waktu saya pi interview isterinya ini, kalau tidak dengan saya sekali kena sergah)

Bila dengar sahabat saya bagitau macam tu , saya kata kesian kat depa, sudahlah hidup dalam kesempitan bertarung hidup menunggu musim tengkujuh yang masih berpanjangan, tiba-tiba ada pula pihak-pihak yang mempermainkan mereka begitu saja.

Saya kata, tak apalah - mungkin kami orang yang ke-21 mai melawat dan tanya macam-macam minta maklumat kat depa, tapi insyaallah kami tak akan hampakan harapan mereka; saya bagi tahu sendiri kpd keluarga-keluarga ini, pada tarikh 22 Jan 2012 lebih kurang jam 11 pagi jangan pi mana-mana, insyaallah ada insan-insan yang prihatin yang akan turun mai, bawa mai bantuan kat depai, insyaallah.

Seterusnya sahabat kami ini membawa kami ke beberapa buah lagi kawasan perkampungan Nelayan di Kemaman; tidak kami sangka di celah-celah kemiskinan yang menghimpit kaum Nelayan ini ada juga ramai golongan Ibu Tunggal yang memerlukan bantuan.

Rata-rata yang kami kunjungi, walau pun mendapat sedikit bantuan daripada JKM tetapi tidak cukup untuk menampung hidup terutamanya perbelanjaan anak-anak kecik yang masih bersekolah.

Salah seorang yang kami ziarah ialah Puan Zalipah Bt Seman, 37 tahun, seorang Ibu Tunggal yang membesarkan 7 orang anaknya dengan hasil menjahit.

(Pn Zalipah bersama anak-anaknya: Zulaikha, Nurul Huda, Mohd Amin, Aishah, Atikah, Mohd Ikhwan dan Najwa)

Bayangkan TUJUH orang anak, yang sulung tingkatan 4 dan yang bongsu berusia 3 tahun; bulan December hasil menjahit cuma dapat RM500 belum ditolak modal, dan bulan sebelum itu RM350 juga belum tolak modal. Bagaimanakah agaknya 8 beranak ini boleh survive dengan pendapatan bulanan yang jauh di bawah paras kemiskinan tegar ini?

Mungkin kerana itu, dua orang anak pompuannya yang di tingkatan 4 dan tingkatan 2 tidak ada pilihan, tetapi terpaksa mengorbankan masa mengulangkaji pelajaran untuk membantu ibunya menjual Burger di hadapan rumah. Menurut Puan Zalipah, hasil jualan burger yang tak seberapa itu (berapa ramai sangatkan org Kemaman yang makan Burger) sedikit sebanyak dapatlah membantu menampung perbelanjaan sekolah anak-anaknya.

Secara jujur , dalam banyak-banyak rumah dan keluarga yang kami kunjungi itu, di rumah Puan Zalipah inilah air mata saya hampir gugur. Tersentuh sungguh apabila melihat ketujuh-tujuh orang anaknya ini begitu tertib dan bersopan sekali, tidak nampak sangat wajah duka dan gelisah di wajah mereka; seakan dan seolahnya mereka sudah pun berjaya ditarbiah oleh si Ibu untuk menerima suratan takdir hidup mereka seadanya.

Dalam perjalanan keluar dari kawasan rumah mereka, anak-anak kecil ini melambai-lambai kami hingga hilang kami dari pandangan mata; sayu sungguh seolah-olah menanti janji kami untuk datang ke sana lagi pada tarikh yang dijanjikan. Insyaallah kami tak akan hampakan harapan mereka ini.

Tanpa saya sedari, keinginan saya untuk melihat apakah masih valid kajian Pak Ungku Aziz berkenaan isu kemiskinan di Kemaman ini, rupa-rupanya menemukan kami dengan kisah yang lebih tragis daripada itu; kisah ketabahan keluarga nelayan mengharungi musim tengkujuh yang berpanjangan dan juga kisah keperitan hidup beberapa orang Ibu Tunggal membesarkan anak-anak kecil mereka seorang diri.

Lantas isu utamanya di sini bukan lagi berkisar wujud ka tak wujud masalah kemiskinan di bumi Kemaman, tetapi persoalannya sekarang, sebagai anggota masyarakat apa yang kita semua mampu lakukan untuk mengurangkan bebanan mereka ini?

Kerana itu, kami di NGO Wargakilang dengan kerjasama beberapa orang sahabat bekas pelajar lama SMC (Sek Men Chukai, Kemaman) telah memutuskan dengan seberapa kederat yang kami ada, insyaallah pada hari Ahad 22 Jan ini kami akan melawat mereka lagi untuk memberi sumbangan.

Ada sahabat tanya: "Monier, berapa target sumbangan barangan untuk setiap keluarga?". Saya reply balik, saya kata: "Berapa pun tak pa, beras sekampit pun ok kalau itu yang kita mampu sedia".

Meringkaskan cerita, semua sekali ada 25 keluarga miskin/ibu tunggal yang akan dikunjungi nanti; kepada rakan-rakan pekerja kilang di Pantai Timur dan juga mereka-mereka yang ingin turut serta, bolehlah bawa sumbangan barangan masing2, bawa sendiri bagi sendiri, berkumpul di tempat letak kereta Masjid Geliga, Chukai Kemaman pada jam 9 pagi 22/1/2012 nanti.

Moga kerja buat kita yang tak seberapa ini akan dikira sebagai usaha amal yang berkekalan dan diberi pahala ganjaran yang berlipat kali ganda di SANA nanti, insyaallah.

moniermatdin@yahoo.com
16.Jan.2012
http://www.moniermatdin.blogspot.com

teganuku: Perpaduan Umat Islam <b>di Kemaman</b> Kental - MB

Posted: 19 Feb 2012 03:46 PM PST

Perpaduan rakyat khususnya umat Islam di Kemaman tidak dapat disangkal sesiapapun.

Penyertaan kira-kira 40,000 peserta pada perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman 1433 Hijrah tahun ini sekaligus mencipta sejarah.

Ia antara perarakan terbesar pernah diadakan di negara ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Kijal, berkata penyertaan tersebut adalah diluar jangkaan penganjur.

Penyertaan yang begitu ramai setiap tahun memang menjadi tradisi perarakan seperti itu dan tahun lalu penyertaannya hampir 30,000 peserta.

Amat jelas, melalui penyertaan dan kesungguhan orang Islam di Kemaman menggambarkan program seumpama itu memenuhi matlamat selain dapat meningkatkan persefahaman dalam kalangan umat Islam di daerah tersebut.

"Program ini adalah usaha kita dalam menggembeling tenaga. Ia juga menjadi medan kepada setiap pasukan yang bertading menunjukkan kreativiti masing-masing dengan mereka sepanduk yang kreatif dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai perarakan bermula di Padang Astaka, Kemaman mengelilingi Bandar Chukai, Sabtu lalu.

Turut menyertai perarakan, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; ADUN Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera.; ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman; ADUN Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Pegawai Daerah, Mohamad Kamil Othman.

Ahmad Said berkata, program itu menjadikan Kemaman unik seterusnya meningkatkan perpaduan dalam kalangan umat Islam di negara ini serta di mata pelancong asing yang turut melahirkan rasa kagum dengan program keagamaan itu.

Peserta mula berkumpul di Padang Astaka seawal pukul 7 pagi dan perarakan dibahagikan kepada tiga laluan iaitu kategori dewasa sejauh tujuh kilometer, institusi pendidikan sejauh lima kilometer dan tabika dua kilometer mengelilingi Bandar Chukai.

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Thinking of Book: Apa salah Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b>?

Posted: 20 Feb 2012 04:56 AM PST

Beberapa minggu lalu, usai membaca novel Sebongkah Batu di Kuala Berang oleh penulis yang saya hormati, Tuan Faisal Tehrani.

Pada hemat saya yang daif ini, tiada apa yang salah atau karut. Wacana kedatangan Islam ke Nusantara secara narasi khutbah tidak pula memesongkan akidah saya. Sebutan nama Ali bin Abi Talib dan kaum keluarga Rasulullah tidak pula menunjukkan elemen Syiah melampau.

Tidak pula penulis mengkafirkan para sahabat Rasulullah. Wacana untuk difikirkan dan ditelaah. Salahkah?

Pesan saya untuk diri sendiri dan teman-teman pembaca budiman, fikirkan sebuah wawasan kecil dan olah menjadi resepi. Kemudian hirup sup itu saban waktu bagi menjana sebuah pemikiran serta membentuk wawasan besar untuk kebaikan bersama.

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)." (Surah al-Muddaththir, ayat 1 – 2)

Berkaitan: Budaya hedonis dicemuh dalam Advencer Si Peniup Ney
Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia
Detektif Indigo – bukan siri penyiasatan era 80-an dan 90-an

Faisal Tehrani, ini untuk saudara!

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Hartanah Terengganu: PROJEK <b>DI WAKAF TAPAI</b>

Posted: 20 Feb 2012 07:34 AM PST


PROJEK DI WAKAF TAPAI
-2 Unit Banglo Setingkat, harga dari RM225,000

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Dua Beranak Parah Diragut <b>Di Dungun</b>

Posted: 02 Jan 2012 04:11 PM PST

Rajawali – Seorang guru taska terpaksa bertarung nyawa ketika cuba mematahkan cubaan seorang penjenayah yang cuba menyentap beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu dipercayai berlaku ketika guru taska terbabit, Norita Omar, 37, bersama anaknya, Najmi Aiman, 5 dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Pelandang selepas pulang dari sebuah klinik di bandar Dungun.

Sebaik melepasi sebuah jambatan di kawasan yang agak jauh dari penempatan penduduk itu, Norita yang menunggang motosikal dikatakan secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali bermotosikal dari arah belakang, lalu bertindak menyentap beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal bersama anak lelakinya.

Motosikal yang ditunggang guru Taska Afzan Pulau Serai itu hilang kawalan menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum terbabas.

Tragedi itu difahamkan sempat disaksikan seorang pemandu sebuah kereta Perodua Kembara lalu bertindak mengejar suspek berkenaan.

Sebaik menyedari tindakannya disaksikan orang ramai, suspek dikatakan telah meninggalkan motosikalnya dan berjaya melarikan diri ke kawasan perumahan berdekatan.

Dia dihantar ke Hospital Dungun oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

Menurut mangsa yang sempat ditemui Sinar Harian ketika ingin menaiki ambulans berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari Klinik Rakyat ke Pelandang Pulau Serai kerana menghantar anaknya yang demam.

Katanya, kejadian itu berlaku begitu pantas, namun dia bersyukur kerana kedua-duanya selamat.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian muka, lengan dan paha manakala anaknya cedera parah di kepala kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. -SH

0 comments:

View Comments/Post a Comment

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Gardenia - The Bread Story

Posted: 19 Feb 2012 07:27 PM PST


Bonjour, Passione Italiana and Somerset Cottage

A bagful of delish wholesomeness..

A couple of days ago whilst lunching at my friend Ezzah's house in Kelang, this makcik found herself in receipt of a carrier bag containing three loaves of Gardenia bread in unfamiliar but eye-catching packaging.

The bread was presented by Yasmin, one of Ezzah's guests, to the few present, to introduce the new flavours. I find it commendable that she is doing her bit, on her own time, to promote her company's products.

Gardenia has been my bread of choice for the longest time, in fact, from the time the brand entered the market in the mid 1980s. I Came, I Saw, I Ate; and I have been consuming it ever since. That's brand loyalty for you.

I don't give a hoot who owns Gardenia, then and now. It could very well be a hairy alien from a far-flung asteroid in the Milky Way for all I care; as long as the brand gives me a good loaf at a decent price each time, who am I to complain?

The simple truth is that Gardenia white bread makes superb sandwiches, and the Abus are passionate about their tuna/ chicken/ beef salami/ turkey ham/ cucumber & tomato/ egg mayo/ sardine/ peanut butter sandwiches.

We have the freedom to choose what brand we want. We don't have to justify why. Neither do we need to oblige anyone by changing our mind if we are happy enough with what we have. 

When I was a child growing up in Bukit Besi, Trengganu in the late 1950s and early 1960s, we got our bread from the turbaned Punjabi fellow we called Benggali Roti.

His loaves were placed in a wicker basket which he carried on his shoulder, and Benggali Roti covered the entire mining town on foot, going from house to house until the sun disappeared. 

Benggali Roti is today an extinct specie. He has been replaced  by the ubiquitous Indian breadman on motorcycle, whose hand-held airhorn's shrill 'pon! pon!' was music to any child's ear.

But I, as usual, digressed.

Realising that the new loaves needed sharing, I was contemplating dispensing them to neighbours when my daughter Awwa and sister Izah dropped by unannounced Sunday (macam tau-tau aja ekk). Suffice to say each went home a loaf richer. 

Last I heard, Gardenia ratings went up a couple of notches in both households. In mine, Bonjour - le classique is fast becoming Adieu, with le kenyang ruling the roost. You did right, Gardenia. Well done! 

Bonjour has a generous sprinkling of sesame seeds (we ate it with garlic butter), Passione Italiana is packed with sun-dried tomatoes and olives (best eaten with olive oil) while dark Somerset Cottage is multi-grained (wonder of wonders, my sister's fat and fluffy Holland rabbits love multi-grained breads!)

Well, that's my Bread Story. Now go get yours, and come 'story' me. you won't regret buying them; memang sedap... :-))

ads