Isnin, 20 Februari 2012

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


laman ayahsu: <b>Jerangau</b> - Acorus calamus L.

Posted: 08 Dec 2011 07:25 PM PST

Jerangau mempunyai sejarah perubatan yang lama. Tumbuhan ini digunakan secara meluas di dalam rawatan modern khusunya dalam menghasilkan aroma wangian dan juga sebagai tonik. Tumbuhan ini telah digunakan di Negara Asia sekurang-kurangnya 2 ribu tahun yang lampau oleh orang-orang Cina dan India. Di Malaysia pokok ini ditanam di belakang rumah oleh kebanyakkan orang-orang Melayu dan India di mana penggunaannya hanyalah di bahagian luar sahaja sebagai demah atau sapu. Tumbuhan ini juga biasanya digunakan sebagai bahan rawatan racun serangga secara biologi yang digunakan untuk menghalang kutu, hama, kutu di kepala dan anai-anai.

Jerangau merupakan tumbuhan yang hidup lama dan boleh tumbuh mencapai 1 m tinggi. Tumbuh dengan banyak dan bentuknya nipis, daunnya seakan-akan daun rumput yang tumbuh secara terus dari rizomnya. Dua daunnya tumbuh secara berlapis pada bahagian pangkalnya, daun ringkas, licin, berwarna hijau dengan tepi daun yang licin seperti mata pisau. Hujung daun tirus dan berselaput pada bahagian pangkalnya. Susunan urat daun secara memanjang memasuki selaput. Daunnya beraroma wangi. Rizomnya berbau sangat wangi dan mengandungi minyak yang mudah meruap. Warna rizomnya adalah keputihan dan berserabut. Tumbuhan ini sangat jarang berbunga di Malaysia.

Tumbuhan ini biasanya terdapat di kawasan yang lembab dan berair seperti anak sungai, kolam, tasik atau lubuk atau tempat yang berair.


Jerangau biasa digunakan sebagai 'antiarrhythmic' (iaitu mengawal denyutan jantung), mengawal jangkitan kuman bakteria, antiseptik, mengawal kekejangan otot, merangsang kadar perpeluhan, bahan ubat muntah dan bahan ubat pelali. Rizomnya juga digunakan untuk rawatan senak perut, sakit perut, ketidakhadaman makanan, demam sekejap-sekejap, ulser usus, reumatik, saraf, masalah isi perut, penyakit cirit birit kanak-kanak, bronkus ( berkaitan dengan tiub-tiub yang bercabang dari saluran udara di kerongkong) dan asma. Minyak jerangau juga digunakan untuk menyediakan kordial yang beraroma, minuman keras dan membuat minyak wangi. Di Malaysia, air rebusan rizomnya yang dicampur dengan halia bara dan halia makan digunakan untuk rawatan demam dan kesejukan badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads