Isnin, 28 Mei 2012

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


teganuku: 300 Penuntut IPTA Berhimpun <b>Di</b> Aman Kampus <b>Setiu</b>

Posted: 07 Apr 2012 07:38 AM PDT

Lebih 300 penuntut universiti di negeri ini menyertai program Aman Kampus Parlimen Setiu anjuran Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Terengganu dengan kerjasama Persatuan Asperasi Terengganu (Asperasi) bermula semalam.

Program yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan tiga institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu Kolej Teknologi Bestari (KTB), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Setiausaha Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafiee itu bermula dengan aktiviti Pentas Aman Muda di KTB sebelum disusuli program kemasyarakatan di perkampungan Rhu Sepuluh di Setiu hari ini.

Menurut beliau, antara kegiatan yang dianjurkan sepanjang program kemasyarakatan itu adalah aktiviti senamrobik bersama masyarakat setempat serta gotong-royong membersihkan kawasan rumah orang tua, masjid dan pantai Rhu Sepuluh.

''Kami juga menyumbang sedikit bantuan makanan kepada beberapa orang penghuni di kawasan penempatan rumah orang tua di kampung itu.

''Ia merupakan salah satu daripada usaha kami untuk mendekatkan golongan pelajar dengan penduduk kampung selain merapatkan hubungan di kalangan mahasiswa dan siswi dari ketiga-tiga IPT berkenaan," katanya ketika ditemui.

Tambah Syed Anuar, menerusi kegiatan seperti itu, para pelajar juga dapat berbakti serta memperoleh pengalaman baru dalam suasana kehidupan masyarakat kampung khususnya yang bekerja sebagai nelayan di kawasan itu.

 Utusan

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Aku Budak Pj: BerCuTi <b>Di PuLaU PeRHenTiAn</b> BeRsaMa Ex-JPP <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2012 08:09 PM PDT

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera....
Perkara pertama sekali nak cakap ialah blog aku nie dah macam "hidup segan mati tak mau" sebab tuan dia dah jadi pemalas tahap 99 petala langit..hahaha..sory ler korang sume weyhh..bukan aku xde idea nak share ok..haha..banyak sangat idea sampai dah x buleh nk disharekan dengan korang semua..ahakzzz...

anyway..entry aku kali nie aku nak story pasal pengalaman aku bercuti dekat Pulau Perhentian masa last holiday..Sebelum aku straight 2 the point, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak plus ribu riban dekat saudara Amir Ikhwanuddin aka EX-SETIAUSAHA yang dah plan program nie..Bayaran yang aku bayar untuk percutian nie adalah sebanyak RM250.00 untuk 3H2M..

Overall aku berpuas hati sampai tak boleh nak cakap apa-apa dah...terlalu seronok bila berada di sana. sepanjang 3H2M dekat sana, aktivi snoorkeling merupakan aktiviti utama..Dekat sana, kalau tak snoorkeling bukan bercuti ler namanya..Kalau pi sana best tengok coral, ikan warna-warni, dan macam-macam lagi....
So, pada sapa-sapa yang rasa nak merasai percutian yang sangat merelakskan boleh ler pergi sana..Pantai dia pun cantik juga..ala-ala dekat bali..hahahaha..(jadi promoter plak aku nie.)
Cakap banyak pun bosan juga...so, aku bagi korang sume tengok jerk gambar nie..haha..layannnn..




Rasanya cukup ler aku celoteh sikit-sikit pasal nie..hahaha...amek masa kejap sebelum pegi mandi..hahaha..anyway aku harap korang semua kalau mana-mana yang dah ade planning nk bercuti dekat mana-mana pulau dekat Malaysia nie pergi ler...Tak Rugi sebab Malaysia mempunyai Pantai Yang Cantik, menarik, tertarik dah Memang Da BOMB...hihihi...
sekian dulu nukilan aku....chowww~~~ ^_^"

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


dhiah ss501: Sarapan pagi <b>di Kemaman</b> Terengganu .

Posted: 27 Apr 2012 11:03 PM PDT

Makan roti canai,,kedai yang lain banyak yang tutup,kedai ni pun bukak lambat 7.30 lebih baru bukak .

Monday, May 28, 2012 - MSO

Posted: 28 May 2012 05:32 AM PDT

Aktivis Gerakan Islam Tanding di Kemaman?

Penghakisan integriti terhadap PKR disebabkan kurang berhati-hati dalam pemilihan calon atau tangkap muat dalam pilihan raya dulu menjadikan parti berlambangkan mata itu berwaspasa kali ini. Tampaknya pihak pimpinan PKR telah memberi perhatian serius dan mengambil berat dalam soal calon ini.

Untuk pilihan raya kali ini bukan saja mereka yang benar-bernar berkualiti dan mempunyai integriti saja akan diambil menjadi calon tetapi masih ada syarat-syarat lain. Tidak semestinya mereka yang mempunyai modal kewangan dipilih untuk dijadikan calon kerana itu bukan kretria yang utama.

Tindakan ini pasti mendapat sokongan semua pihak. Pengundi yang telah serit dengan tindakan wakil rakyat yang tidak setia kepada parti dan memburu isi perut mengalu-alukan langkah ini. Kali ini tidak ada sebab lagi untuk para pengundi meragui atau bimbang untuk memilih calon dari Pakatan Rakyat khasnya PKR.

Misalnya untuk kerusi Kemaman di Terengganu khabarnya PKR telah memilih seorang pengurus kewangan yang berkelulusan peringkat antarabangsa untuk diletakkan di sini. Orang dimaksudkan ialah Zameram Jusoh, 48 yang juga seorang aktivis dan gerakan Islam yang mampan.

Waktu ini beliau menjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah institiusi kewangan berorentasikan Islam di Kemaman dan mempunyai perwatakan dan keperibadian yang menarik. Selain itu juga beliau banyak terlibat dalam pembangunan pendidikan Islam dan kemasyarakatan yang lain. Saya yakin pemilihan beliau ini bertepatan dengan aspirasi PKR mementingkan kualiti kepimpinan.

Sekaligus dengan disebut-sebutnya nama Zameram ini ura-ura untuk Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli untuk diturunkan di kerusi parlimen Kemaman bagi berdepan dengan Shahbery Chik mungkin tidak menjadi kenyataan. [wm.kl.8:30 pm 28/05/12]

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Bagai aksi filem

Posted: 19 May 2012 05:21 PM PDT

CEPAT SEMBUH...Sharifuddin (kanan) melawat Mohd Jarizan di hospital sambil diperhatikan ibunya Fatimah Osman, 58, dan bapanya Md Jid Mamat, 59. 
KUANTAN: Selepas merampas dua kereta, termasuk satu kenderaan polis dalam usahanya melarikan diri, seorang penjenayah paling dikehendaki kerana dipercayai terbabit dengan pelbagai kes bunuh, dadah dan curi kereta, mati selepas berbalas tembak dengan polis di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), berdekatan Tol Jabor, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 pagi, suspek yang dikenali sebagai Chiang Hon Hing, 39, dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dan mempunyai empat rekod jenayah membabitkan kes bunuh, dadah, menghalang tugas penjawat awam dan curi kenderaan, meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, selepas terkena tembakan di perut.

Kejadian tembak menembak umpama filem Hollywood itu turut menyebabkan anggota polis, Lans Koperal Mohd Jarizan Md Jid, 24, cedera di tangan kanan akibat terkena tembakan penjenayah.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata, kejadian bermula di Plaza Tol Lanchang, Temerloh apabila anggota peronda lebuh raya memeriksa sebuah kereta jenis Honda bernombor pendaftaran JAQ 86 yang berhenti di tepi jalan susur masuk tol berkenaan.

Katanya, suspek yang tiba-tiba keluar dari kereta melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua anggota terbabit namun tidak mengenai sasaran. Akibat tembakan dilepaskan lelaki terbabit, kedua-dua anggota polis yang menaiki Mitsubishi Pajero bergegas menyelamatkan diri.

"Suspek kemudian bertindak melarikan diri dengan merampas kenderaan milik polis dan pada masa anggota berkenaan terus berbalas tembakan dengannya sebelum meminta bantuan untuk mengejar suspek," katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Katanya, sebaik tiba di Kilometer 113.6 LPT, suspek memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum melarikan sebuah Proton Waja yang dinaiki dua lelaki dan meneruskan perjalanan menuju ke Kuantan sambil dikejar anggota polis.

"Namun, apabila tiba di Tol Jabor, suspek yang melihat ada anggota polis melakukan sekatan, cuba berpatah balik dan terus berbalas tembakan dengan polis.

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


HANNA RAZ: Hari Pertama <b>di Kuala Berang</b>

Posted: 17 May 2012 05:52 AM PDT


Jumaat, 16 Mac 2012 : Kembali ke rumah sewa di Batu Rakit, Terengganu bersama abang. Sekitar pukul 11 pagi tiba. Kali ini terpaksa kembali awal. Masih ada beberapa persiapan perlu dilakukan untuk 'perpindahan selama sebulan ke Kuala Berang'. Sesampai di rumah sewa, aku bersihkan rumah terlebih dahulu. Baru seminggu tinggal, habuk dan debu sudah memenuhi lantai. Nasib baik rumah ini berkeluasan sedang-sedang saja. Kalau tidak, maunya tergeliat pinggang buat kerja pembersihan.
Usai bersihkan rumah dan bersihkan diri sendiri, barulah aku simpan kain baju dalam beg. Baju kurung untuk waktu pengajaran dan pembelajaran (PnP) sebanyak 4 helai seminggu, uniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) untuk hari unit beruniform (no. 3 sahaja), pakaian riadah (kalau-kalau kena mengajar Pendidikan Jasmani atau PJ), dan pakaian semasa di rumah sewa nanti. Kena kira betul-betul berapa pasang, berapa helai setiap satu sebab aku tak mahu pulang semula ke sini sebelum tempoh praktikum yang 4 minggu itu selesai. Kononnya la. Hasilnya .. 1 luggage dan 1 beg balik kampung yang kembung! Haha .. gaya macam nak merantau setahun je.
Sabtu, 17 Mac 2012 : Bertolak ke rumah sewa di Kuala Berang. Aku naik Honda Stream housemate yang sama-sama praktikum di Kuala Berang. Sebenarnya kami berempat semuanya dapat kawasan Kuala Berang. 1 sekolah 2 orang. Cadangnya nak tinggal sekali selama 4 minggu ni, tapi disebabkan jarak yang keterlaluan, terbatal niat. Terpisahlah kami. 2 orang 'bermastautin' di asrama SK Cheting, 2 orang lagi (dalam keterpaksaan) dengan gaya ala-ala 'Orang Kaya Baru', menyewa sebuah rumah berkembar 3 bilik, 2 bilik air (1 dalam bilik, 1 bersebelahan dapur), 1 dapur di sebuah taman perumahan. RM 300, tanpa sebarang kelengkapan.
Walaupun terpaksa menyandang gelaran yang superb bilamana menjejakkan kaki ke Hulu Terengganu ini, namun aku berasa sangat bersyukur. Berbaloi menyewa sebuah Viva dengan kos RM 6 per jam datang buat tinjauan awal dan terus mencari rumah sewa sebelum cuti sekolah hari tu. Sekali datang sahaja, kami sudah bertemu seorang wanita yang peramah dan mesra, orang tengah yang memegang amanah untuk rumah sewa itu. Tidak ada deposit. Sekali lagi aku memanjatkan kesyukuran, DIA selamatkan kami daripada menghulurkan wang kami dengan hati yang tidak ikhlas untuk unsur riba yang haram dalam Islam itu.
Sesampai di sana, aku melihat-lihat kawasan sekeliling. Rumah ini tidak berpagar. Bersetentang dengannya sebuah tanah lapang terbiar. Ada khabar angin mengatakan tanah itu nanti akan dijadikan padang permainan. Tidak ada jiran yang terdekat, melainkan rumah sebelah yang jarang-jarang sekali berpenghuni pada malamnya. Rumah sebelah kanan yang jaraknya dalam 15 kaki sedang dalam proses pembinaan dan pengubahsuaian. Sebelah kiri sana ada beberapa buah rumah, tetapi terbiar kosong. Atau dalam erti kata lain, sepanjang lajuran rumah ini tidak ada penghuni. Rumah belakang juga kosong. Yang berpenghuni ialah rumah yang lebih ke sebelah kiri sana. Sangat jauh daripada rumahku. Tapi jujur .. tidak ada sebarang perasaan yang bukan-bukan menjentik naluriku. Kerna aku yakin, DIA sentiasa bersamaku. Tiada yang lain yang berkuasa, melainkan DIA, yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
6. 30 petang : Rakanku dihantar emak, ayah dan adik perempuannya. Saat ini, mereka satu keluarga sedang bersantai di ruang tamu rumah. Cuma ayahnya tertidur. Mungkin kepenatan. Aku bersendirian dalam bilik pertama untuk menunaikan solat. Mungkin kerana terlalu lama berdiam diri di dalam bilik yang bertutup rapat, emak rakanku memanggilku. Ya, aku dengar suara mak cik. Tapi aku tidak terus menjawab kerana sedang berdoa (nampak sangat tak khusyuk. Ampuniku, ya TUHAN!). Akan tetapi, mereka bertiga terdengar suaraku menyahut! Dan suaraku lain!
Okey .. memang aku menyahut. Tetapi dalam jangka masa 5 minit selepas ditanya, bukan serta-merta!
Ya, TUHAN pemilik kerajaan langit dan bumi! Sesungguhnya ENGKAU Maha Esa lagi Maha Berkuasa.
Malamnya, aku tidur bersama rakanku dalam master bedroom. Ruangnya sangat luas, dilengkapi dengan bilik air. Dan seperti selalu, aku mengalami mimpi ngeri. Berkaitan kematian. Tapi aku tak fikirkan sangat sebab sudah selalu sangat bermimpi buruk. "Mimpi itu mainan tidur". Aku pegang kata-kata itu.
Hari Pertama di Kuala Berang. Sekian.

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Perbadanan Memajukan Iktisad <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 02 May 2012 05:11 AM PDT

Tarikh Tutup Permohonan: 24 Mei 2012

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah ditubuhkan pada 1 April,1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Terengganu (Bil.3/1965). Tujuan utama penubuhan adalah untuk menjadi agensi utama negeri bagi melaksana dan mempercepatkan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi di Negeri Terengganu.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. Penolong Akauntan Gred W32 – (1 Kekosongan)
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 – (1 Kekosongan)
3. Penolong Jurutera Gred J29 – (2 Kekosongan)
4. Penolong Pegawai Senibina Gred J29 – (1 Kekosongan)
5. Penolong Akauntan Gred W27 – ( 1 Kekosongan )
6. Penolong Pegawai tadbir Gred N27 – (1 Kekosongan )
7. Juruteknik Gred J17 – (3 Kekosongan )
8. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 – (1 Kekosongan )
9. Pembantu Tadbir (Kew) Gred W17 – (1 Kekosongan)
10. Pekerja Rendah Awam Gred R1 – (1 Kekosongan)

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Advertisment

Incoming search terms:

  • borang jawatan kosong MARDI terengganu
  • jawatan kosong di mardi terengganu 2012
  • jawatan kosong mardi negeri terengganu
  • jawatan kosong terkini di bandar bukit puchong 2012
  • kerja kosong di puchong utama terkini
  • perbanggunan memajukan iktisad negeri terengganu

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Gambar Sekitar Pembinaan UiTM <b>Bukit Besi</b> | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 21 May 2012 08:16 AM PDT

Salam satu Malaysia. Pada 15 Mei lalu saya telah mengunjungi ke tapak pembinaan UiTM Bukit Besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Ketika itu saya sedang bercuti dan saya mengambil kesempatan tersebut untuk meninjau kawasan pembinaan UiTM di Bukit Besi yang hampir separuh siap itu.

Namun saya agak kecewa kerana tidak dapat masuk ke seluruh kawasan UiTM untuk mengambil gambar kerana pengawal keselamatan di situ mengatakan pihak pengurusan tidak membenarkan orang luar dan orang tidak berkenaan memasuki kawasan itu tanpa kebenaran. Saya hanya dibenarkan masuk sekiranya ada surat pelepasan atau kebenaran dari pihak pengurusan. Saya akur dan hanya mengambil gambar-gambar yang tidak seberapa itu daripada luar.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar UiTM Bukit Besi yang di ambil dari jarak jauh.

UiTM Bukit Besi sebenarnya terletak di Tasik Puteri Bukit Besi dan Kelab Golf Bukit Besi, sekiranya anda ingin ke sini, anda akan melalui tepian tasik dahulu sebelum sampai ke UiTM. Lokasi tersebut agak sukar dicari sekiranya anda pertama kali ke sini kerana bangunan UiTM berselindung di sebalik bukit di Tasik Puteri Bukit Besi.

Carian Popular Terkini:
  • gambar uitm dungun terengganu

Tags: , ,

Category: Personal

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Punca Kemalangan Jalan Raya Berlaku Di Malaysia | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 22 May 2012 08:29 AM PDT

Kemalangan jalan raya adalah satu peristiwa atau tragedi yang sangat ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran antara kenderaan di jalan raya. Kemalangan jalan raya biasanya mengakibatkan kecederaan dan kematian. Di Malaysia, peratus kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap hari dan negara kita juga adalah salah satu negara yang mencatatkan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian yang agak tinggi.

Punca Kemalangan Jalan Raya Berlaku

Apakah punca kemalangan jalan raya berlaku? Punca pertama berlakunya kemalangan adalah disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri samaada memandu dalam keadaan mabuk, mengantuk dan sebagainya. Namun ada juga diantara kes yang berlaku kemalangan adalah bukan kesilapan pemandu tetapi berbagai kebarangkalian berlaku. Faktor cuaca dan keadaan jalan raya juga boleh mengakibat kemalangan berlaku.

Sila lihat video Punca Kemalangan Jalan Persekutuan yang saya kongsikan di bawah untuk tatapan anda.

Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

Sumber video Punca Kemalangan Jalan Persekutuan daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia

Tags: ,

Category: Berita, Umum

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

ads