Khamis, 2 Februari 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Penyair iDANRADZi@BlogSpot: J.M Aziz

Posted: 30 Jan 2012 12:12 AM PST

Oleh: Djazlam Zainal

Penyu Menangis Siapalah Tahu *

Anak muda berlagu sayang
di bukit remis melepas rindu
adik ketawa di rantau abang
penyu menangis siapalah tahu

Sesak nafasnya sesak
tak tahu adik tak tahu
sebak dadanya sebak
tak tahu adik tak tahu
bengkak jantungnya bengkak
tak tahu adik tak tahu

Retak hatinya retak
tak tahu adik tak tahu

Lenyap ditelan derauan ombak
telur penawar hatinya lebur
tumpah air matanya melimpah-ruah
agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang
di batu remis melepas rindu
adik ketawa di rantau abang
penyu menangis siapalah tahu
penyu menangis siapalah tahu

Kelabu matanya kelabu
tak tahu adik tak tahu
sendu tangisnya sendu
tak tahu adik tak tahu

Sayu jiwanya sayu
tak tahu adik tak tahu
layu langkahnya layu
tak tahu abang pun tak tahu

* telah dijadikan lagu oleh penyanyi nombor 1 Malaysia
Sudirman Haji Arshad

Puisi Penyu

Bergurau senda di rantau adik
bergetak ketawa di rantau abang
tetamu bertemasya lalu mengusik
jantung hatinya berlubang

Siapa tahu matanya kelabu
siapa tahu dadanya sesak sebak
sedang air matanya berguguran
di atas lubang yang dikambus
sering digali orang
namun demikian penyu bertelur seumur

Telurnya berlubang segar
telurnya mewangi pantai timur
telurnya berisi penawar

Demikianlah nyanyian
lagu puisi penyu
dalam derita menabur jasa

Kesian Dia *

Kasih sayang tiada sempadan
bagai laut dan pantai
nasib malang bercerai badan
bak pasir dibelah badai

Buah hati timbangan badan
tidak dua dan tiga
sudah berjanji berpegang tangan
kiranya terlepas jua

Kesian dia
kesian dia
kesian dia
kesian dia

Serakit sirih seumbut pinang
selaut kasih sepantai sayang

Kalau boleh pinjamkan selendang
abang rindu harum baunya
merayu pada yang disayang
jika ada sisa kasihnya

Kesian dia
kesian dia
kesian dia
kesian dia

Biduk sebuah kita bermudik
dibuai tapak gelombang
biduk kekasih itulah adik
tempat abang menumpang sayang

Kesian dia
kesian dia
kesian dia
kesian dia

Serakit sirih seumbai pinang
selaut kasih sepantai sayang

Ombak kasih datang bertandang
pantai sayang menanti
namun abang tetap mengenang
sendiri kehilangan hati

Kesian dia
kesian dia
kesian dia
kesian dia

Serakit sirih seumbai pinang
selaut kasih sepantai sayang

* telah dijadikan lagu oleh penyanyi nombor 1 Malaysia
Sudirman Haji Arshad

Berkolek Bersajak ( 1 ) *

Aku berkolek
di dada laut
dengan jala-jemala
kutebar sepenuh tenaga
memburu hidup

Aku bersajak
di tangga pondok
dengan mata pena
kukhabar kisah manusia
di pintu maut

Aku berkolek dan vbersajak
dari pantai timur
ke kuala selut
mencari penawar
turubn-turunlah angin selatan
sorong-soronglah kolekku ke Pelabuhan Kelang

19 Mac 1972

* telah dijadikan lagu oleh penyanyi lagu-lagu puisi Ibrahim Bachik

Sepi Itu Indah
( untuk seniwati Sarimah )

Serakit puisi seumbai madah
selaut sepi sepandai indah

Di bawah jendela pantai terbuka
di tengah laut nan sepi
kudendangkan lagu puisi
kuntum cintanya berkelopak kembang
setanjung kasih seteluk sayang

Puteri penyu bermadah
sepi itu indah
sepi itu penawar rindu

Putih kebiru-biruan
laut indah berbunga mesra
kucah manis menyimbah
kolek sebuah kita berdua
lalu berkayuh meniti buih
dari pantai timur ke kuala lumpur
berlabuh kasih

Puteri penyu bermadah
sepi itu indah
sepi itu pewangi kalbu

Sebutir Bintang
( untuk Sudirman Haji Arshad )

Sebutir bintang timur
bertapak
di hujung malam

Sebutir bintang timur
berkelip-kelip
gilang-gemilang
pamar-berpamar

Sebutir bintang timur
berkilat
terang benderang
bersinar banar

Sebutir bintang di langit pagi
sinar cahayanya berseri di muka
air pasang naik meninggi
riaknya berbunga emas manis
bertabur kembang selaut seni
mengharum wangi nama ibunda tercinta

Berita Harian 23 April 1989

J.M. Aziz, nama sebenarnya Abdul Aziz bin Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1934 di Hujung Tanjung Seberang Takir, Kuala terengganu. Anak kelima daripada enam orang adik beradik. Bapanya terkenal sebagai seorang penyanyi kasidah manakala ibunya penyanyi lagu-lagu rakyat.

Bermula dengan profesi sebagai polis hutan, J.M. Aziz terarah kepada puisi. Suatu dugaan yang maha berat diuji kepada beliau apabila beliau di korantin kerana penyakit kusta di Sungai Buluh, Selangor pada tahun 1965. Sejak itu kehidupan J.M. Aziz berubah. Beliau terus menggunakan nama Jiwa Merana tanda kesengsaraan yang membelenggu dirinya. Melihat keadaan itu, sasterawan A. Samad Said mengubahnya menjadi J.M. yang memberi maksud jiwa merana tetapi lebih manis bagi mengikis rasa deritanya yang terlampau. Begitulah asalnya nama itu menjadi sinonim kepada J.M. Aziz.

II

Biar pun J.M. Aziz pengkisah kepada lautan, malah pernah digelar penyair laut, namun beliau juga sinonim dengan panggilan penyair ' penyu menangis '. Ini gara-gara lagu yang didendangkan oleh allahyarham Sudirman, ' Penyu Menangis Siapalah Tahu ' mengetop dan menjadi siulan. Mengapakah lagu itu begitu ngetop sedangkan ia hanya sebuah senikata yang dicuplik daripada puisi? Sebenarnya, ' Penyu Menangis " adalah suara hati penyair buta ini yang mana ia adalah akibat derita penyakit kusta yang dihadapinya. Suara batinnya sungguh luar biasa. J.M. Aziz dilahirkan di perkampungan nelayan di pantai timur Malaysia yang kaya dengan kemiskinan itu. Membayangkan itu, saya terus terbayang kisahnya ' Gadis Pantai ' novel karangan Pramoedya Ananta Toer, yang mana mengisah penderitaan gadis pantai di tangan Bendoro. Derita itu dirasainya, kerana ayah dan saudara maranya adalah pelaut yang miskin. Biarpun kehidupannya agak sederhana, namun ia tidak mengubah nasib biarpun bertungkus lumus sebesar mana sekali pun. Ikan-ikan segar, pari atau ketuka, udang dan sembilang laut, sotong, kepah dan ketam segar akan jatuh ke tangan orang tengah, tempat nelayan mengambil wang pendahuluan untuk membeli jala, membetulkan perahu yang bocor, pecah, ataupun bagi membeli beras, minyak, asam garam, dan membeli pakaian anak-anaknya yang mahu ke sekolah. Tompokan jiwanya terus terusan merana dengan hal ehwal kehidupannya yang bertompokan hutang itu. Sebuah tragedi bangsa merdeka yang dilaungkan akan diberi jambatan emas hingga ke akhirat. Tetapi dengarlah lagu yang mereka dendangkan! Dalam lagu ' Nyanyian Ombak ' nyanyian Zubir Ali dengan groupnya Harmoni, Zubir menyinis, " laut lebih mengerti/ dari mereka yang berkata/ selembut puisi . "

J.M. Aziz tulus menyanyikan derita batinnya disamping menyampaikan khabar derita saudara-saudaranya pelaut pantai timur. Di manakah keadilan yang diharapkan. Orang yang bertungkus lumus mencari penghidupan, terus menerus dilanda kesusahan. Orang yang hanya menadah hasil perih terik nelayan, bisa lumayan hidup dan senyumannya yang melebar. Mereka berdasi baru, cantik dan tidak seperti kaumnya yang berdasi buruk, hapak dan pengap.

III

J.M. Aziz setia dengan alamnya. Keseluruhan puisi yang dihasilkan adalah berlatar belakangkan laut, nelayan, dan sekitar penderitaan pelaut. Dengan gaya puisi tradisi, yang mengharmonikan syair, pantun dan gaya Melayu, penyair ini cukup membesarkan negerinya Terengganu. Rasanya, penyair yang paling banyak menyerlahkan negeri kelahirannya adalah J.M. Aziz. Sudah tentu kerana kecintaannya kepada kehidupannya yang melarat itu dan santun bangsanya yang terus terusan hanya melihat kesengsaraannya dengan senyum mendada. Dan dengan puisinya yang girang dan kelihatannya senang dan santai, tambah menyatakan bahawa penyair ini sebenarnya sedang gembira dengan kesengsaraan.

IV

Pada awal 1990an, saya sempat bertandang ke rumahnya untuk membuat sedikit tinjauan bagaimana kehidupan penyair ini terus berlangsung. Saya sebagai staff sebuah institusi pendidikan Melayu terbesar iaitu Institut Teknologi MARA, Shah Alam ( sekarang Universitas Teknologi MARA )
berasa pilu dengan kehidupan sang penyair yang acapkali dibuai dengan ujaran yang muluk-muluk. Rumahnya, hanya rumah tradisi Melayu kampung yang melarat yang relatif naif. Di depan, berhadapan tangga rumah atau barangkali serambi tertulis dengan ironis ' RUMAH PUISI '. Saya ke sana dengan serampang dua mata, selain meninjau, juga mahu menjemput beliau bagi satu acara konvokensyen pelajar. Daripada acara blak-blakan seperti memanggil artis ( Inul barangkali ) lebih real saya seorang akademik memanggil penyair yang buta matanya tetapi terang mata hatinya. Dan saya berhasil membawa seniman besar ini ke mercu tanda keagongan ilmu manusia.

Semoga ia tercatat dalam sejarah penulis.

Wajah ceria penyair besar ketika mudanya pada tahun 1952

Full content generated by Get Full RSS.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Iylia-Made Tales: Survival Laut <b>di Pulau Bidong</b> UMT

Posted: 30 Sep 2011 01:57 AM PDT

Assalamualaikum!!!
namaste!
nihaoma??

Maka pada hari ini,tanggal 30 September 2011
genaplah 3 minggu aku berada di UMT.
*ewah! ayat takleh blah =.=''

dan,aku telah memecahkan Guinnes Book of Records dengan HEBATNYA kerana sepanjang tempoh itulah jua aku tidak menggediks untuk pulang ke rumah walaupon jarak masa untuk ke rumahku yang comel dari UMT adalah 2 jam cuma.
*Big round of applause untuk Iylia!! Hip! Hip! Hooray!!
mesti umi aku bangga gile dengan anaknya ini (Sebab save minyak kereta =.='')

Ehem! ehem!! back to our story morry,
Dalam tempoh 3 minggu ini jualah, banyak hal yang telah berlaku dalam hidupku yang cool gile hebatnya!
*Sengaja membongkak-kan diri di situ
Telah ku mention-kan dalam last entry hari itu bahawa aku akan melawat Pulau Bidong yang comel untuk Program Survival Laut budak-budak tahun satu UMT yang hebat.


inilah Pulau Bidong ye mak cik! pak cik!

Maka aku melompat-lompatlah keriangan bagai kanak-kanak ribena dapat makan aiskrim free kerana tidak sabar untuk menggediks di pulau itu.

Apabila sesampainya di Pulau Bidong UMT, aku sekali lagi berjoget-joget ala tarian zapin di atas bot Discovery VII kerana terlalu excited melihat air laut yang crystal clear dan coral reefs yang banyak bilangannya.


menaiki bot Discovery VII UMT


menggediks di atas bot =.=''


yay! da sampai semuanya..


cop tempat kat chalet dulu!


gambar ini adalah sebagai bukti bahawa kami telah menawan pulau ini!
ececeh!


minah gedik pergi pulau =.=''

Namun begitu, selepas disuruh oleh faci untuk meng-konfidenkan diri di dalam laut yang dalam itu, maka terketaq-ketaqlah seluruh lutut-lututku dan sendi-sendiku.
namun ku gagahkan jua semangatku lalu berenang-renanglah aku di situ seperti species homosapien yang CACAT HEBAT.


diberi taklimat sebelum terjun ke dalam air

selepas terpekik terlolong,berkuak lintang,berenang irama di dalam air, maka kami dipaksa untuk memancing di atas bot, di tengah-tengah lautan yang biru warnanya dan bergelora ombaknya -seperti perutku yang mula membuat konsert Amy Search menyanyikan lagu "bila nak makan ni??"Selepas diberi ceramah mengenai cara-cara merigat ikan dengan betol, maka duduklah aku disisi bot sambil menopang dagu..

selepas beberapa minit bertafakur di atas bot, tetibe umpanku direntap oleh sesuatu dengan rakusnya.
maka aku segera merentap kembali tali pancingku dengan skill tersendiri sambil menjerit seperti orang nak beranak : Ikan!!!!!! Ikan!!!!!

maka berkumpul lah semua manusia sekeliling ku sambil menyaksikan aku menarik pancing dengan cool-nya!

YES!!! akhirnya..finally..lastly..at last..last but not least!!!
aku mendapat seekor ikan yang yang comel dan tidak diketahui jenis species kingdomnya.
*memalukan kaum BioD jek =.=''
namun,pak cik bot itu memberitahu bahawa ikan itu adalah ikan kerisi.
lalu aku memegahkan diri kerana telah dapat memancing ikan dengan JAYAnya!

Selepas itu, kami diarahkan untuk bersnorkel..
yayy!! sekali lagi dengan tak malunya aku melompat kegirangan.
maka, bersnorkel lah kami hingga sesat di tengah laut kerana terlalu leka dengan keindahan ciptaan-NYA.
oleh kerana aku bernasib baik, maka aku terserempaklah dengan nemo yang comel.
namun rasa ingin ditampor-tampor akan nemo itu kerana ia terus berenang masuk ke dalam lubang apabila melihat kelibatku.huh! hampeh!


maka,ber-snorkel lah kami...


coral reef kaler pink! huyooh!

Then, kami dipaksa dan dihambat oleh faci untuk naik ke daratan semula apabila semua manusia lupa diri bersnorkel sampai tak ingat dunia yang sememangnya diorang tak ingat.

Selepas itu, kami mengikuti aktiviti Jejak Warisan di mana kami akan menjejak kubur-kubur,tugu-tugu,monumen,rumah-rumah,patung-patung,dewan dan kelab-kelab malam peninggalan orang Vietnam dahulu kala. kerana jalannnya terlalu curam,licin dan berbengkang bengkok, maka disitu lah jua aku terjelepok,tergelincir,terjatuh di depan abang faci yang ensem! oh babuji! help me!


tugu yang dibina oleh orang Vietnam sebagai tanda terima kasih kepada Malaysia


kubur orang vietnam..hohoho~ scarry....


vietnamese old temple

selepas berjungle trekking,kami pon tibalah di jeti di mana kami terpaksa berkayak bagai untuk kembali ke pangkal jalan.
oh! amma! appa! help me!!! i can't take it no more!!!

oleh kerana aku orang yang berpengalaman dalam bidang kayak, jadi aku ditugaskan untuk duduk di buntut kayak tersebut bagi memonitor budak di depanku itu.
namun,apalah naseb ku apabila kayak yang ditungang kami menyasar jauh dari tempat yang sepatutnya..
sungguh otot-otot tanganku yang kuat tidak daya lagi menampung pedal kayak tersebut.
jadi,oleh kerana kesian, maka pak cik bot meng-offerkan diri untuk membawa kami pulang dengan selamatnya.. maka aku pon sungguh gumbira kerana tiba dulu sebelum rakan-rakan yang lain..huahuahua..
*Credits untuk pak cik bot yang ensem =D


maka,habislah aktiviti untuk hari tersebut.. sesungguhnya kami tidak dapat mandi kerana tidak sempat. ketiakku menangis-nangis mintak dimandikan dengan air tawar. melekit-lekit badanku ini. namun apakan daya.. aku harus survive di sini! i will survive!!!!

Pada malam kebudayaan,kami dipaksa dan terpaksa untuk membuat persembahan.
apalah nasibku apabila terpaksa berlakon sebagai minah gedik di depan orang ramai..di depan faci ensem dan di depan mamat-mamat comel. oh god!

namun,kerana aku seorang yang hebat! maka aku berlakon jua.maka semua manusia terguling-guling tergelak melihat aksi ku yang entah apa-apa entah =.=''

pada keesokan hari, kami bergotong-royong untuk pulang ke bumi UMT yang nyata.
selepas penat mengutip sampah yang dicampak oleh manusia yang tak bertamadun, maka kami pon bermaaf-maafan dengan faci dan bergambar-gambir sebagai kenangan.
selepas usai sudah semuanya, kami bertolak pulang dengan menaiki bot.

sempat lagi main gayut-gayut sebelom balik
bermesyuarat di atas tong gas =.='' adeh!


bergotong-royong lah konon kan...


tengoklah! saya drive motorboat nak balik UMT!!! wah!!!!


eh! ada orang lemas lah! hahahahahaha
*bajet macam reti bawak bot
huh! sengal badanku ini. namun begitu, kenangan di disitu terlalu manis untuk dicompare-kan dengan sakit yang menggigit-gigit badanku..
huarrghh!! sesungguhnya aku tidak mau pulang.
di situ terlalu indah panoramanya untuk ditatapi.
terlalu indah kenangannya untuk diingati.
dan terlalu masin rasanya air laut untuk diminumi.

namun apakan daya, kami terpaksa jua pulang ke pangkal jalan untuk menyambung urusan yang belum selesai.
sesungguhnya berbukit assignment menyambut kepulangan kami dengan hebatnya.

THE END...
p/s : saya kumpulan PARI. dan kumpulan saya dapat FULL MARK bro!! sekian...


Suka?? Like je! :D

Full content generated by Get Full RSS.

SOMETHING YANG MENARIK <b>DI PULAU BIDONG</b> UMT

Posted: 05 Sep 2011 02:41 AM PDT

khas tuk pelajar first year umt..UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.tentu kowng tertnya-tanya ape kaitan umt ngn pulau bidong kan???well,mai saya explain serba sedikit pasal hal nie.adek2 senior,kowang diwajibkn tuk pergi ke pulau bidong..kira ini untuk markah koko kowang.lau x silap 10 %..byk tue!!!hnye yg sakit dan ade surat xcuse je yang x dapat join..yang laen wajib join...best2 sgat2 berada di  "pulau bidong".kowang akan bermalam di sana.banyak aktiviti yang perlu anda semua lakukan iaitu snorkling,water confident,fishing,canoe n jejak warisan =>SURVIVAL LAUT.

khemah kena pasang sendiri..satu khemah lam 4-5 orang.pandai la kowng pilih ngn sape kowang nk tidow skali..

dah nk balik...

maen jgn x maen...

atas bot umt..seronok bangat sik

kami group ketam...miss crab..wakaka

group laen : jerung,udang,pari

bertuah kan kowang dapat pegi pulau bidong...pelajar universiti laen x dpt join aktiviti macam kte nie...spe kata umt x best...dekat ngn pantai plak tue,bleh release tension n lepak2 kt sana sambil mkn keropok lekor.jgn cuci mata pulak!!!!RINDU NK JOIN SURVIVAL LAUT...


Full content generated by Get Full RSS.

.: Catatan Perjalanan

Posted: 07 Dec 2011 09:03 PM PST

Mengunjungi Kem Pelarian Vietnam Pulau Galang

KALAU anda ke Pulau Batam, Indonesia salah satu tempat yang akan dicadangkan oleh pemandu pelancung anda ialah mengunjungi kem Pelarian Vietnam yang terletak di Pulau Galang. Untuk ke kem berkenaan anda akan melalui sebuah jambatan indah yang menjadi penghubungi dengan enam pulau termasuk pulau Galang, Beraling, Setokol dan lain-lain iaitu jambatan Batam.

Jambatan ini juga menjadi mercu tanda atau ikon moden Pulau Batam.

Kem perlarian Vietnam Pulau Galang itu dibuka pada tahun 1978 dan ditutup sepenuhnya pada tahun 1991. Kem ini telah memuatkan seramai 2,500 pelarian Vietnam.

Fungsi kem ini samalah dengan kem palarian Vietnam di Pulau Bidong, Terengannu di Malaysia. Ia dibangunkan Suruhanjaya Tinggi PBB bagi orang perlarian (UNHCR) dengan kerjasama kerajaan negara di mana kem itu dibina.

Semasa melawat Batam minggu lepas saya sempat singgah di kem berkenaan. Dari mula pintu masuk ke kem berkenaan sebuah pintu gerbang tegak berdiri kesayuan memberi gambaran ia sebuah perkampungan yang ditinggalkan. Walaupun jalan memasuki ke kem itu elok tetapi kesuyian telah menyelubungi perkambungan itu menyebabkan timbul rasa seram di hati.

Bagi mereka yang tidak kuat semangat mungkin merasa takut untuk memasuki ke kem berkenaan apa lagi kalau bersendirian.

Di pintu masuk ke kem kita akan dapat menyaksikan sebuah kuil Budha Quan Am Tu tersergam indah dan terpelihara dengan baik. Kuil Budha itu adalah rumah ibadat terbesar di antara rumah-rumah ibadat lain seperti gereja dan surau. Ini melambangkan kebanyakan pelarian Vietnam yang bermukim di situ kebanyakannya bergama Budha.

Melihat kewujudna berbagai rumah ibadat di kem itu saya terfikir bahawa kem ini lebih dahulu mengamalkan semangat 1 Malaysia yang digagaskan Ha Najib Razak. Bangunan rumah sakit, sekolah dan lain-lain masih utuh walaupun agak terbiar. Semua peninggalan yang ada memberi gambaran kem itu lengkap memberi kemudahan kepada penghuninya seada yang mampu.

Selepas para penghuninya dipindah ke berberapa buah negara ketiga, ia tidak ditinggalkan begitu saja. Kerajaan Indonesia mempunyai inesitif sendiri dan amat menghargai sejarah. Kem itu dijadikan salah satu tempat tumpuan pelancung. Sebuah sekolah yang dibangunkan oleh kerajaan Perancis telah diubah suai menjadi muzium yang mempamirkan segala macam kenangan dan hasil kerja tangan penghuni.

Untuk masuk ke kem berkenaan dikenakan bayaran yang dikutip oleh seorang pengawal di pintuk masuk.

Seorang petugas juga ditempatkan di muzium itu untuk memberi penerangan dan bantuan kepada pengujung. Menurut petugas itu Syed Adnan boleh dikatakan setiap hari ada-ada saja pengunjung ke kem berkenaan. Yang datang menurutnya bukan saja pengujung ke Batam tetapi mereka yang pernah menghuni di kem berkenaan 30 tahun lalu juga sering kali datang melawat perkampungan mereka untuk mengenang nostalgia lampau.

Di antara yang dipamirkan di muzium berkenaan ialah kerja tangan yang dihasilkan oleh penghuni kem berkenaan, ini termasuk juga peralatan-perlatan yang digunakan untuk keperluan mereka seharian selama berada di kem itu.

Selain itu segala macam data atau rekod mengenai butiran penghuni juga sebahagiannya turut dipamirkan, seperti kad pengenalan, tarikh pendaratan dan sebagainya. Turut sama direkodkan oleh nama-nama mereka yang terlibat dengan pembukaan kem itu dan juga mereka yang pernah berkhidmat sebagai guru, doktor bagi membantu memberi pendidikan kepada anak-anak pelarian dan menjaga kesihatan mereka.

Gambar-gambar yang menceritakan kisah pendaratan, kehidupan serta kunjungan pembesar terutama terlibat dengan UNHCR turut sama dipaparkan. Dari gambar itu dapat ditafsirkan betapa peritnya pelarian Vietnam yang terpaksa berhempas pulas berminggu malahan berbulan untuk sama di mana-mana dataran untuk berlindung.

Dua buah bot yang lebih layak dinamakan perahu yang pernah digunakan oleh pelarian untuk menghanyutkan diri mereka ke daratan Pulau Galang juga dipelihara dan diletakkan di persimpangan jalan untuk menuju ke muzium. Dari perahu itu dapat dihayati betapa para pelarian terpaksa menggai nyawa untuk menyelamatkan nyawa.

Tatakala melihat itu jauh di lubuk hati saya terbentik, mungkin nasib yang pernah dilaluan oleh rakyat Vietnam itu suatu hari akan dilalui juga oleh anak cucu cicitku di Malaysia. Ini tidak mustahil kalau negara sudah berada di ambang peperangan dan tidak selamat lagi, sesiapa pun terpaksa mengorak langkah mencari perlindungan hatta ke mana saja.

Justeru sementara kita terfikir untuk mengelakkan musibah itu, maka berfikirlah kita semua mengatasinya dan jangan apa yang dilaluan rakyat Vietnam itu turut sama dirasai oleh anak bangsa. [wm.kl.2:49 08/12/11]

Full content generated by Get Full RSS.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Program Gerbang Kerjaya <b>di</b> IKBN <b>Wakaf Tapai</b> <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2011 07:13 PM PDT

Oleh FAUZI MOHD

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, akan manganjurkan Program Gerbang Kerjaya dan Hari Bertemu Pelanggan pada 12 November ini.

Timbalan Pengarahnya, Khalib Umat, berkata program sehari di institut berkenaan bertujuan mendedahkan remaja mengenai kursus-kursus di IKBN di samping pelbagai maklumat mengenai kerjaya.

Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu, program yang turut melibatkan penyertaan pihak industri itu membolehkan pencari kerja melalui sesi temuduga yang akan diadakan.


Katanya, program itu turut diisi dengan pameran kursus IKBN, pameran syarikat swasta, ceramah peluang kerjaya dan permohonan kemasukkan ke IKBN Wakaf Tapai sesi 2012.

"Pengunjung juga berpeluang melawat ke bengkel kemahiran yang terdapat di IKBN Wakaf Tapai bagi memberikan gambaran kursus serta kemudahan yang ada di institut itu," ujar beliau.

Sehubungan itu, Khalib berharap belia di negeri ini tidak melepaskan peluang yang disediakan khusus buat mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Kerajaan Buka Kawasan Industri <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2012 12:16 PM PST

Kerajaan memberi tumpuan untuk membuka kawasan industri yang berpotensi di negeri ini apabila kawasan sedia ada sudah mencapai tahap maksimun bagi pembangunan baru.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Toh Chin Yaw berkata, kerajaan tidak berhasrat meluaskan kawasan perindustrian yang sudah mencapai tahap maksimun seperti di Gong Badak sebaliknya mencari tapak lain yang lebih berpotensi.

"Kawasan Peindustrian Gong badak mempunyai keluasan 109.73 hektar dan pada dasarnya sudah capai tahap maksimun untuk pembangunan baru namun masih ada ruang bagi mana-mana syarikat beroperasi di situ," katanya.

"Sekarang kita memberi tumpuan ke kawasan Batu Rakit sebagai tapak baru dalam industri pembangunan di samping dua kawasan industri lain iaitu di Bukit Kor dan Wakaf Tapai, Marang," katanya.

Tambahnya, mana-mana pelabur atau syarikat mempunyai pilihan, jika melibatkan kayu kayan kawasan Wakaf Tapai paling sesuai.

Katanya, kerajaan bersedia membantu mana-mana syarikat yang ingin membuat pelaburan di negeri ini asalkan ia membantu menawarkan pekerjaan kepada anak tempatan di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Teganukita

Full content generated by Get Full RSS.

Hari Raya &#39;idul Adha <b>di</b> Kg <b>Wakaf Tapai</b>

Posted: 14 Nov 2011 04:47 AM PST


 Mase hari raya qurban baru2 nie, aku balik la ke kg halaman iaitu Kg Tambak Baru, Wakaf Tapai yang terletak kira- kira 20 km dari Kuala Terengganu.. Kalau ikutkan, tokki suruh datang ke situ bersama dengan ma utk masak daging aqiqah sepupu saya..Tapi olaeh kerana ma sibuk dengan tugasan membuat muffin dan cupcake utk orang kawen, maka, aku, abah n semua adik beradik sahajalah yang pergi ke sane..hehe.. Pada awal2 sampai, aku memang agak bosan berikutan xdek kerja yang nak dibuat..Angah tolong abah dekat dapur, menyiang daging yang telah disembelih bersama dengan bapa saudara kami..huhu..sebelum tu, tokki dan abah la yang menyiang daging tu tapi oleh kerana ade orang datang, abah menyuruh angah menggantikan tempatnye.. Oleh kerana belum ade lagi tugasan utk aku, maka kucing nilah yang menjadi mangsa pertama utk koleksi gambar aku..hehehe..

           Gambar kat sebelah ni adelah gambar aku di sebuah perigi yang terdapat di rumah tokki..ni kat belakang rumah la,tempat aku n y lain2 memasak menggunakan dapur kayu..perigi ni memang telah dibuat oleh tokki aku mase2 mula2 die meneroka tanah kat sni...tokki aku tu dulu memang seorang yang handal la dalam membina perigi..biasenye kalau rumah orang lain perigi tak jadi, die la yang pergi tolong buat..hehehe..

Kat sebelah ni pulak mase aku snap mase tokki n abah siang daging..nampak tak kaki lembu kat dlm gmbr tuh?? hehe


  Gambar kat atas nie mase tokki start menumis segala rempah2 n bahan2 utk menggulai daging...aku jaga kat bahagian sup tulang..hehehe.. 

Kat atas ni gambar tok aku...die la yang jage adik aku mase kat Sarawak dulu...naik kapal terbang tuh..hehehe...


 Dah penat2 memasak, sekarang mase untuk berehat pulak..hehehe.. rehat di bawah pohon ape ntah..aku pon tak igt dah..hehehe
       Gambar kat atas ni pulak aku snap mase tgh masak gulai daging tuh..hehehe...menggunakan kayu api, menyangga periuk menggunakan ketulan batu-bata yang terdapat di sekitar rumah..hehehe



muShrOOm : begitu la sedikit sebanyak entri aku di Wakaf Tapai smpena hari raya..hehehe

Full content generated by Get Full RSS.

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Giant <b>di Kijal</b> tidak mempunyai tunggakan hutang

Posted: 07 Dec 2011 08:38 PM PST

Oleh: Suriati Ali

Kerajaan negeri menolak dakwaan pembangkang yang menyatakan pengusaha atau pemilik Pasar Raya Giant di Bandar Baru Kijal, Kemaman tidak mampu membayar sewa dan mempunyai tunggakan hutang yang tinggi.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, dakwaan wakil pembangkang YB Mohd Wahid Endut (Wakaf Mempelam-Pas) adalah tidak benar sama sekali dan hanya ingin mengelirukan rakyat.

"Kerajaan negeri menerima bayaran sewa secara bulanan dan apa yang membanggakan pengusaha pasar raya itu sudah membayar sewa bagi bulan November pada 3 haribulan melalui RHB Bank Berhad bernombor 505874.


"Sambutan pelanggan terhadap pasar raya itu semakin menggalakkan sehingga mampu mencatatkan jualan RM500,000 sehari," katanya dalam sidang DUN hari ini.

Katanya, Pasar raya Giant itu merupakan cawangan ketiga di negeri ini setakat ini selepas kewujudan Giant di Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan pasar raya TMC di Mesra Mall Kerteh.

"Giant Bandar Baru Kijal merupakan penyewa terbesar di lokasi yang bakal dibangunkan sebagai pusat tekstil itu.

"Pembangunan di tanah seluas kira-kira 160 hektar itu yang membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM100 juta, turut menarik perhatian sebuah gedung tekstil terkenal untuk membuka cawangannya di lokasi ini," katanya.


Full content generated by Get Full RSS.

Family Day Office Daddy @ Awana <b>Kijal</b> ~ Dinner <b>di</b> Restoran <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2012 12:00 AM PST

Selesai mandi Pool & laut.. Kami lepak jap kat dalam bilik.. Dania pula dah segar, sibuk tengok Upin & ipin kat iPad.. Nasib baiklah sebelum pergi dapat download terus dalam iPad.. Boleh Dania tengok bila-bila die suka..
Sepanjang kami kat sini, makanan telah ditaja.. Lengkaplah dari hari sampai hingga balik nanti.. Kalo dah tak cukup sangat, pandai-pandailah beli kat kedai yang ada nie.. Itu pon kena beli sebelum pukul 7 malam kalo tak silap.. Nak keluar jauh tue kalo takder kereta.. Tapi rasanya makan malam sytle buffet kat Restoran Kampung nie dah cukup mengenyangkan pon..
Kalo tengok pada iklan Buffet kat Restoran nie RM48++ untuk dewasa.. Wah.. mahalnya.. Nasib baik free... huhu..Makanan kat sini memang sedap.. Cute Mum memang berseleralah makan.. Dah makan nasi, makan kebab sampai dua.. Pastue makan buah.. Dania pula makan mee sup.. Kalo ikotkan banyak lagi makanan yang ada, Cute Mum tak larat nak try semua.. Tak muat perut.. huh..
Sementara menunggu Cute Mum makan, Dania layan Upin & Ipin sambil makan Betik.. Buah fav Dania.. Ada pula kawan yang nak join sekali.. Adalah geng Dania..
Tengoklah geng ofis Daddy pon berselera makan..
Lepas makan, kami plan nak jalan kaki pergi kedai kat area luar.. Bila tanya waiter kata kedai banyak dah tutup terus tak jadi.. Kami cuma pusing-pusing jer kat lobi sambil ambil gambar..
Dah pukul 10 malam, kami pon tak tahu nak buat apa, jom masuk bilik.. Tengok tv ker..
Sampai jer bilik ingatkan nak layan bola... Selangor lawan.. Daddy kat katil sebelah.. Cute Mum baring katil lagi satu dengan Dania sambil BF.. Tup tup sedar dah pagi... Sorry Daddy tak temankan Daddy tengok bola.. Katil nie empuk sangat dan bilik sejuk buat mata mummy layu.. huhu..
Full content generated by Get Full RSS.

waRna-wArnA PeLanGi: 9 Januari 2012 <b>di</b> awana <b>kijal</b>~~

Posted: 18 Jan 2012 07:00 AM PST

Alhamdulillah, sudah 27 tahun aku melihat dunia... banyak pengalaman yang aku lalui samada pahit, manis, masam dan masin.. Pada tarikh itu pada tahun ini adalah lebih gembira dari tahun lepas yang aku lalui walaupun aku berada di awana kijal di atas sebab tugasan kerja.. semoga kegembiraan aku ini berterusan di samping aku tidak lupa bersyukur pada-Mu... Di hari itu juga, buat pertama kali dia menyanyikan lagu besday kepada aku =)... aku sangat hepi walaupun dia tiada di sisi... dia tidak romantik tapi kalau ada kejutan, mmg membuatkan aku tak tidur malam sambil tersenyum~~
"Happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to s*ggg, happy birthday to youuu"



p/s : thanks wak hadiah yang tak di sangka  itu =)... Terima kasih kepada kawan2 yang wish besday... doakan semoga aku berbahagia dan murah rezeki~~
Full content generated by Get Full RSS.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


300 Unit Pangsapuri Kos Rendah <b>di Kuala Besut</b> Jika <b>...</b> - Teganuku..

Posted: 16 Jan 2012 08:38 AM PST

Sebanyak 300 unit pangsapuri kos rendah akan dibina di Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam Pilihan raya Umum (PRU) Ke 13 akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika BN mencapai kemenangan Kerajaan Negeri akan membina rumah kos rendah mampu milik untuk penduduk di sini.

Menurutnya, ia sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membina sebanyak 1,000 unit rumah kos rendah seluruh negeri pada tahun ini dan 10,000 untuk lima tahun akan datang.

"Keutamaan membina rumah kos rendah di kawasan Dun Kuala Besut kerana ia mengalami masalah kekurangan tanah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang bantuan kepada 48 mangsa air pasang dan ombak besar di penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap dan Dana Bantuan Pakaian Sekolah di Kuala Besut, kelmarin (Sabtu).

Hadir sama Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Pengerusi Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar, Adun Hulu Besut Nawi Mohamad, Adun Jabi, Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut A Rahim Jusoh.

Ahmad Said turut membuat pengumuman rasmi meluluskan pembinaan 50 buah unit rumah pangsa kos rendah secara percuma kepada penduduk Penempatan PPRT Pangkalan Atap yang terlibat dengan masalah ombak besar itu di lokasi baru yang lebih selamat.

Beliau berkata, pada tahun ini juga akan dibina sebanyak 150 rumah pangsa kos rendah di Pulau Perhentian yang menelan belanja RM27 juta.

Pada masa sama beliau turut menempelak manifesto yang baru diumumkan Pas Terengganu.

"Rakyat jangan terpengaruh kerana dia hendak gula-gulakan rakyat sahaja. Jangan kerana hendak untung secupak tapi rugi segantang misalnya kononnya mereka hendak beri 20 meter padu air percuma kepada rakyat, tetapi apa guna jika timbul masalah paip air bocor seperti masalah air di Selangor sekarang.

"Apa yang kita boleh beri kita beri, yang tak boleh beri kita tak berilah. Kita beri bantuan RM500 kepada rakyat walaupun tidak ada manifesto kita pun," katanya.

Sinar Harian

Full content generated by Get Full RSS.

Teganuku..segalanya di sini..: Penduduk <b>di Kuala Besut</b>, Kampung <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2012 05:24 AM PST

Kesemua rumah yang didirikan secara haram di Kampung Geliga Besar, Kemaman termasuk 14 buah yang terjejas teruk akibat kejadian ombak besar baru-baru ini akan dirobohkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya juga akan memastikan tidak ada lagi penduduk yang akan dibiarkan tinggal di situ dan tapak serta rumah baru akan dibina untuk mereka berpindah.

"Sebelum ini ada sesetengah penduduk yang kita bagi tanah tetapi mereka jual. Ada juga yang berpindah tapi rumah sedia ada mereka sewakan. Tetapi selepas ini kita akan pastikan tidak akan ada lagi penempatan di situ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat kanak-kanak mangsa langgar lari di Kampung Kebor Besar, Manir dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, menurutnya, tindakan sama turut dilakukan kepada 46 keluarga yang menetap di Kuala Besut, Besut yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

"Bezanya mereka tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan kita akan pindahkan mereka ke sebuah rumah flat yang mempunyai 50 unit rumah bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya.

Namun katanya, projek pembinaan itu mungkin mengambil masa enam hingga lapan bulan untuk disiapkan.

Dalam pada itu, menurut Ahmad, mengenai keadaan jalan di kawasan peranginan Teluk Lipat, Dungun yang rosak akibat kejadian sama jelasnya, peruntukan sebanyak RM350 juta diperlukan bagi membina benteng pemecah ombak.

"Sebelum kejadian ini, perancangan dan kajian telah dibuat namun kerajaan negeri tidak mampu dan terpaksa bergantung pada kerajaan pusat. Apabila keadaan ini berlaku, kita perlu ambil tindakan segera.

"Mungkin ada projek terpaksa dikorbankan," katanya.

Beliau juga melahirkan kerisauan jika kejadian itu merebak hingga ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun.

Namun jelasnya, kerja-kerja penambakan sedang dilakukan namun ia melibatkan peruntukan kecil yang tidak dapat membaik pulih keselu­ruhan kerosakan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

T E G A N U K I TA: 196 mangsa ombak besar <b>di Kuala Besut</b> <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2011 01:01 AM PST

Oleh: Mohammad Ishak


Anggota bomba dan penyelamat menyembur air pacutan

WALAUPUN peristiwa ombak besar yang memecah benteng dan air pasang memasuki rumah penduduk di penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pengkalan Atap,Kuala Besut, malam kelmarin masih menghatui fikiran mereka namun penghuni terbabit dibenarkan pulang hari ini selepas dua malam berada di pusat pemindahan

Mereka seramai 169 mangsa daripada 41 keluarga dibenarkan pulang kira-kira jam 10 pagi selepas pihak berkuasa berpuas hati dengan keadaan cuaca yang sudah pulih dan dalam keadaan normal hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung terbabit, Abdul Aziz Mahmood berkata, penduduk yang mengambil keputusan untuk pulang hari ini menghabiskan waktu dengan menjalankan kerja membersih rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap akibat kejadian air pasang malam kelmarin.

Malah, nasib malang penduduk terbabit turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk keadaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat,kakitangan Pejabat Daerah Besut, Sukarelawan Jabatan Kemajikan Masyarakat, Sukarelawan Jabatan Belia dan Sukan serta penduduk setempat bergotong royong membersih kawasan penempatan berkenaan.

Kira-kira 100 peserta menyertai gotong royong anjuran JKKK Kampung itu dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut.


Penduduk bergotong royong membersih sampah sarap

Penduduk yang kembali semula ke rumah masing-masing meskipun gembira namun mereka masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang kejadian sama akan berulang semula dalam tempoh terdekat.

Sementera itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Nazri Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara, dijangka melakukan lawatan kerja untuk menemui penduduk kampung itu pada 14 Disember ini (esok).

Full content generated by Get Full RSS.

ads