13 di kuala besut - Google Blog Search |
- 300 Unit Pangsapuri Kos Rendah <b>di Kuala Besut</b> Jika <b>...</b> - Teganuku..
- Teganuku..segalanya di sini..: Penduduk <b>di Kuala Besut</b>, Kampung <b>...</b>
- T E G A N U K I TA: 196 mangsa ombak besar <b>di Kuala Besut</b> <b>...</b>
300 Unit Pangsapuri Kos Rendah <b>di Kuala Besut</b> Jika <b>...</b> - Teganuku.. Posted: 16 Jan 2012 08:38 AM PST Sebanyak 300 unit pangsapuri kos rendah akan dibina di Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam Pilihan raya Umum (PRU) Ke 13 akan datang. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika BN mencapai kemenangan Kerajaan Negeri akan membina rumah kos rendah mampu milik untuk penduduk di sini. Menurutnya, ia sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membina sebanyak 1,000 unit rumah kos rendah seluruh negeri pada tahun ini dan 10,000 untuk lima tahun akan datang. "Keutamaan membina rumah kos rendah di kawasan Dun Kuala Besut kerana ia mengalami masalah kekurangan tanah," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang bantuan kepada 48 mangsa air pasang dan ombak besar di penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap dan Dana Bantuan Pakaian Sekolah di Kuala Besut, kelmarin (Sabtu). Hadir sama Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Pengerusi Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar, Adun Hulu Besut Nawi Mohamad, Adun Jabi, Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut A Rahim Jusoh. Ahmad Said turut membuat pengumuman rasmi meluluskan pembinaan 50 buah unit rumah pangsa kos rendah secara percuma kepada penduduk Penempatan PPRT Pangkalan Atap yang terlibat dengan masalah ombak besar itu di lokasi baru yang lebih selamat. Beliau berkata, pada tahun ini juga akan dibina sebanyak 150 rumah pangsa kos rendah di Pulau Perhentian yang menelan belanja RM27 juta. Pada masa sama beliau turut menempelak manifesto yang baru diumumkan Pas Terengganu. "Rakyat jangan terpengaruh kerana dia hendak gula-gulakan rakyat sahaja. Jangan kerana hendak untung secupak tapi rugi segantang misalnya kononnya mereka hendak beri 20 meter padu air percuma kepada rakyat, tetapi apa guna jika timbul masalah paip air bocor seperti masalah air di Selangor sekarang. "Apa yang kita boleh beri kita beri, yang tak boleh beri kita tak berilah. Kita beri bantuan RM500 kepada rakyat walaupun tidak ada manifesto kita pun," katanya. Sinar Harian Full content generated by Get Full RSS. |
Teganuku..segalanya di sini..: Penduduk <b>di Kuala Besut</b>, Kampung <b>...</b> Posted: 04 Jan 2012 05:24 AM PST Kesemua rumah yang didirikan secara haram di Kampung Geliga Besar, Kemaman termasuk 14 buah yang terjejas teruk akibat kejadian ombak besar baru-baru ini akan dirobohkan. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya juga akan memastikan tidak ada lagi penduduk yang akan dibiarkan tinggal di situ dan tapak serta rumah baru akan dibina untuk mereka berpindah. "Sebelum ini ada sesetengah penduduk yang kita bagi tanah tetapi mereka jual. Ada juga yang berpindah tapi rumah sedia ada mereka sewakan. Tetapi selepas ini kita akan pastikan tidak akan ada lagi penempatan di situ," katanya. Beliau berkata demikian ketika melawat kanak-kanak mangsa langgar lari di Kampung Kebor Besar, Manir dekat sini, kelmarin. Sementara itu, menurutnya, tindakan sama turut dilakukan kepada 46 keluarga yang menetap di Kuala Besut, Besut yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. "Bezanya mereka tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan kita akan pindahkan mereka ke sebuah rumah flat yang mempunyai 50 unit rumah bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya. Namun katanya, projek pembinaan itu mungkin mengambil masa enam hingga lapan bulan untuk disiapkan. Dalam pada itu, menurut Ahmad, mengenai keadaan jalan di kawasan peranginan Teluk Lipat, Dungun yang rosak akibat kejadian sama jelasnya, peruntukan sebanyak RM350 juta diperlukan bagi membina benteng pemecah ombak. "Sebelum kejadian ini, perancangan dan kajian telah dibuat namun kerajaan negeri tidak mampu dan terpaksa bergantung pada kerajaan pusat. Apabila keadaan ini berlaku, kita perlu ambil tindakan segera. "Mungkin ada projek terpaksa dikorbankan," katanya. Beliau juga melahirkan kerisauan jika kejadian itu merebak hingga ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun. Namun jelasnya, kerja-kerja penambakan sedang dilakukan namun ia melibatkan peruntukan kecil yang tidak dapat membaik pulih keseluruhan kerosakan tersebut. Full content generated by Get Full RSS. |
T E G A N U K I TA: 196 mangsa ombak besar <b>di Kuala Besut</b> <b>...</b> Posted: 13 Dec 2011 01:01 AM PST Oleh: Mohammad Ishak Anggota bomba dan penyelamat menyembur air pacutan Full content generated by Get Full RSS.WALAUPUN peristiwa ombak besar yang memecah benteng dan air pasang memasuki rumah penduduk di penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pengkalan Atap,Kuala Besut, malam kelmarin masih menghatui fikiran mereka namun penghuni terbabit dibenarkan pulang hari ini selepas dua malam berada di pusat pemindahan Mereka seramai 169 mangsa daripada 41 keluarga dibenarkan pulang kira-kira jam 10 pagi selepas pihak berkuasa berpuas hati dengan keadaan cuaca yang sudah pulih dan dalam keadaan normal hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung terbabit, Abdul Aziz Mahmood berkata, penduduk yang mengambil keputusan untuk pulang hari ini menghabiskan waktu dengan menjalankan kerja membersih rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap akibat kejadian air pasang malam kelmarin. Malah, nasib malang penduduk terbabit turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk keadaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat,kakitangan Pejabat Daerah Besut, Sukarelawan Jabatan Kemajikan Masyarakat, Sukarelawan Jabatan Belia dan Sukan serta penduduk setempat bergotong royong membersih kawasan penempatan berkenaan. Kira-kira 100 peserta menyertai gotong royong anjuran JKKK Kampung itu dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut.
Penduduk yang kembali semula ke rumah masing-masing meskipun gembira namun mereka masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang kejadian sama akan berulang semula dalam tempoh terdekat. Sementera itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Nazri Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara, dijangka melakukan lawatan kerja untuk menemui penduduk kampung itu pada 14 Disember ini (esok). |
You are subscribed to email updates from di kuala besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan