Rabu, 1 Februari 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


<b>Rantau Abang</b> | Blues Riders

Posted: 06 Dec 2011 07:00 PM PST


Setiap tahun antara bulan Jun hingga September, Rantau Abang akan dipenuhi oleh orang ramai seakan-akan wujudnya satu pesta besar-besaran. Kerana inilah musim penyu mendarat untuk bertelur. Ia merupakan satu tarikan kepada para pelancong baik dari luar mahupun dari dalam negeri Terengganu untuk berkunjung dan melihat dengan lebih dekat lagi.

Adalah menjadi idaman setiap pengunjung untuk melihat sendiri dengan mata kepala akan realiti penyu dan telur-telur yang dikeluarkan.

Menurut sejarah dan cerita beberapa orang tua yang berasal dari sini, memang pada asalnya di sini terdapat dua ketul batu besar yang betul-betul menyerupai penyu. Adalah dipercayai bahawa batu yang berbentuk penyu itu merupakan 'ibu penyu' (raja) bagi segala penyu. Oleh sebab itu, maka pada setiap tahun (Jun - September) penyu-penyu dari seluruh dunia datang mendarat di pantai ini bagi menghormati 'ibu' mereka.

Adalah dipercayai sehingga sekarangpun masih wujud 'ibu penyu' ini (warna hitam), satu terdapat di dalam air di tepi pantai tersebut dan dipercayai juga hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang dapat melihat pada waktu-waktu yang tertentu. Manakala satu lagi terletak di atas bukit tidak jauh dari pantai (berwarna putih).

Begitulah adanya cerita orang-orang tua yang lama tinggal di situ mengenai sebab musabab mengapa penyu-penyu di seluruh dunia bertumpu ke Pantai Rantau Abang. Wallahualam.
Penyu-penyu di sini adalah di bawah kawalan atau jagaan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu. Penyu-penyu yang terdapat di sini adalah dari jenis Belimbing, Lipas, Karah, Agar dan Tutong Laut.

Penyu merupakan satu tarikan para pelancong untuk mengunjungi negeri Terengganu. Penyu juga pernah menjadi logo Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) dan juga logo Hotel Pantai Primula di Kuala Terengganu.


Rantau Abang adalah satu tempat yang paling unik kerana telah menjadi pusat pendaratan penyu daripada segenap lautan di dunia dan menjadi satu-satunya tempat pendaratan Penyu Belimbing.

Dalam keghairahan pengunjung dari seluruh dunia hadir untuk menyaksikan telatah reptilia itu dan penduduk tempatan berpesta apabila tiba musimnya setiap tahun, hanya segelintir sahaja yang sedar bahawa spesis yang paling unik ini berada dalam bahaya kepupusan.

Menyedari hakikat ini, Jabatan Perikanan telah mengambil langkah dengan menetas, menternak dan seterusnya melepaskan kembali anak-anak penyu ke laut dari semasa ke semasa sebagai langkah menghadapi ancaman kepupusan penyu itu.


Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan satu enakmen di Dewan Undangan Negeri untuk mewartakan Pantai Rantau Abang sebagai kawasan perlindungan kepada semua jenis penyu yang mendarat di pantai itu. Dengan harapan semua telur yang diperolehi akan dieram dan dipelihara. Apabila cukup waktu yang ditetapkan, anak-anak penyu akan dilepaskan ke laut supaya dalam jangka waktu yang tertentu anak-anak penyu tadi akan dewasa dan kembali bertelur.

Sejenak di Rantau Abang amat membanggakan dan semoga ianya tetap menjadi pilihan bagi penyu-penyu mendarat dan kekal sebagai tempat tarikan para pelancong.

Keindahan Pantai Rantau Abang juga telah digambarkan dalam lirik lagu "Rantau Abang" dendangan Allahyarham Datin Rafeah Buang.



Hamparan permaidani indah
Lirik melirik permata nilam

Bintang bertabur mengapa suram
Moral Value: And when it rains on your parade, look up rather than down. Without the rain, there would be no rainbow.
Full content generated by Get Full RSS.

Life is a Journey: Family Day 2011 - <b>Rantau Abang</b>, Terengganu

Posted: 25 Jan 2012 09:11 PM PST

Salam...!!

Kali ni nak cite tentang jalan2 ke Terengganu on Chinese New Year. As I told before, destinasi kali ini ke Rantau Abang. Sebelum 2, my hubby n I singgah di Cherating dulu. Kat Cherating, tak pergi mana pun. Sampai petang, dalam pukul 3, rehat2kan badan yang crammed sebab duduk punya lama dalam kereta. Then, sesi berborak-borak dengan akak n my mum plus, my mum's bibik. Hehe... my mum ada bibik okeh... Oh, before gerak ke Cherating, I ke Nilai dulu untuk fetch my mum di rumah akak I. Disebabkan kereta I je yang kosong, so, kitaorangla yang bawak my mum n bibik ke lokasi family day. Hehe... Back to Cherating. Memanglah lokasi untuk tido je sebab dari sampai petang Jumaat, hinggalah nak bertolak ke Rantau Abang pagi Sabtu, my hubby tak bawak I kemana - mana pun. Ada tak ada pun, round2 jalan besar utk carik breakfast pagi Sabtu 2. Pantai Cherating pun tak jejak walaupun dah dekat sangat. Huhu.... kadang2 sedih jugak bila pikirkan tak dapat pergi pantai. Bukan nak mandi sangat pun, saja nak amik mood romantic kat tepi pantai 2.... Haha, ayat tak boleh blah langsung.

Pagi Sabtu, kitaorang konvoi 4 kereta ke Rantau Abang. Perjalanan sejauh 4 jam semalam, disambung lagi 2 jam pagi sabtu. Aduh... patah pinggang makcik. Jauh gila.. Nasib baik scenery sepanjang jalan quite ok, so, tak adalah boring sangat. And... I sangat impressed bila nampak loji pemprosesan minyak Petronas di... mana ek? Entah, tak ingat.. Hehe.. Yang pasti dah dekat dengan Dungun dah. Sepanjang jalan memang penuh dengan pelantar minyak dan menara yang mengeluarkan api. Ok, I jadi jakun sekejap. Tapi, I'm really2 impressed. Dari situ, ada dekat sejam jugak nak sampai tempat penginapan kitaorang - Dahimah Guesthouse. My comment on this chalet? Quite ok, tapi masih banyak yang boleh diperbaiki. Paling tak boleh terima bila dijanjikan chalet kitaorang ada TV but ended up, tak ada TV. Alasan, TV rosak kena petir the other day. Huh, okey, I terima. But then, lampu chalet berkelip - kelip bila ditutup. Dengan bau nak terbakarnya. Buat I jadi takut. Malam 2 jugak, dalam 11.30, I pergi tekan loceng reception suruh diaorang tengokkan apa yang tak kena. Nasib baik lepas dibaiki, takde apa masalah. The rest is ok. Makanan pun boleh tahan sedap. Sebab tahun ni makanan cater je, jadi banyak masa terluang. Sukaneka plak tak banyak acara. Memang banyak rehatlah kitaorang tahun ni.

Hari Ahad, acara sukaneka. as I said, acara tak banyak. Dalam tengahari dah settle semua. Cuma acara ibu bapa je yang tinggal sebab ada bapa2 yang dah masuk chalet.... membuta. Faham, penat perjalanan semalam tak habis lagi. Ditambah lagi dengan faktor usia dan kesihatan. Hehe... Ok, sambung cerita.. Sebelah petang, kitaorang gerak ke K.T. - Pasar Payang. Horeyy!! Shopping!. Tapi kali ni, I pergi dengan anak buah, kakak yang sulung n husbandnya. Husband I, membuta kat chalet. Tak mahu pergi. Tak apa, asalkan I dapat shopping. Tak kisahlah dia tinggal pun. Hehe.... jahatnya I kan. Sampai Pasar Payang dah jam 4. Pusing2 tingkat 1 utk cari baju batik, dah makan masa 2 jam. Bila turun tingkat bawah untuk beli keropok, most of the kedai dah tutup.
OMG!
Cepatnya kedai kat sini tutup. Tak ada can nak menghabiskan duit lagi.. HAHA(sila gelak jahat - macam banyak je duit I).. Kena lupakan keinginan untuk beli dodol untuk di bawa ke ofis. Oh, I habis dalam RM300 sepetang tu. Beli baju batik je dah berapa. Lari budget untuk bulan ni (dahlah gaji bulan 2 lambat lagi). Balik dari cuti ni, kena ikat perut...

Isnin, hari bertolak balik. Pagi lepas breakfast, kitaorang adakan meeting untuk next family day pulak. Then ada rancangan lain pulak, tapi yang itu I cerita lain kali. Lepas settle meeting dan bayar hutang, time untuk berkemas. Masa tu, semua akak2 n abang2 dah ada macam2 plan nak menyambung cuti. I? Entah, sekejap my hubby cakap nak menyinggah, sekejap cakap nak balik terus. N tahu apa keputusannya? Hehe.... figure it up yourself.....

Okey, by for now. Next entry, I akan cuba upload gambar2 masa di Rantau Abang. Tak banyak sangat gambar yang diambil sebab dah malas nak jadi fotografer... HEHE.....

Bye then....

Full content generated by Get Full RSS.

Lebih 12000 Pelawat Kunjungi Pusat Penerangan Penyu <b>Rantau</b> <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2011 04:43 PM PST

KUALA TERENGGANU, 19 Dis (Bernama) — Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, seramai 12,830 pelawat mengunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang di Dungun.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Zakaria Ismail berkata daripada jumlah itu, 11,799 orang adalah pelawat dalam negara manakala bakinya dari luar.

"Setiap pelawat yang datang ke situ dapat melihat pemeran tuntung hidup di samping diberi penerangan mengenai hidupan penyu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Isnin.

Katanya sesetengah pelawat itu turut dibawa bermalam di pusat penetasan penyu di Ma', Kerteh.

Terengganu mempunyai 11 pusat penetasan penyu yang dikendalikan pelbagai pihak termasuk Jabatan perikanan, badan bukan kerajaan dan Dana Hidupan Liar Sedunia Malaysia.

Zakaria berkata bagi pusat penetasan yang dikendalikan Jabatan Perikanan, telur penyu yang dierami itu diperolehi di kawasan rezab kerajaan ataupun melalui pembelian daripada pemajak.

Sepanjang tahun ini, jabatan itu mengeramkan hampir 94,000 biji telur dan daripada jumlah itu kira-kira 66,000 berjaya ditetaskan serta dilepaskan ke laut.

– BERNAMA

Advertisement
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads