13 di besut - Google Blog Search |
- ZilaKasim Quilt Blog » Kelas <b>di Besut</b> trengganu
- KELAB GREENBOC: Rumah Terbakar <b>Di Besut</b> - Empat Lari <b>...</b>
- Banjir <b>di Besut</b> pulih sepenuhnya | Darul Iman
ZilaKasim Quilt Blog » Kelas <b>di Besut</b> trengganu Posted: 26 Dec 2011 07:01 PM PST Tuesday, December 27, 2011 11:01 Full content generated by Get Full RSS.Aku confirm akan adakan kelas di besut pada cuti raya cina nanti… tarikh aku akan update nanti selepas confirm ngan peserta ekkk… sbb ada akak sorang tu nak g bercuti kat langkawi…. so sesiapa yg berminat boleh join or ambik package… harga tahun depan akan naik yaaaa…. jom jom jom jahit bersama zilakasim You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. Both comments and pings are currently closed. |
KELAB GREENBOC: Rumah Terbakar <b>Di Besut</b> - Empat Lari <b>...</b> Posted: 28 Dec 2011 08:07 PM PST Empat lari bertempiaran BESUT - Empat bersaudara bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila sebuah rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian ketika hari hujan di Kampung Lak Lok Dalam dekat Alor Selising, Jertih, di sini semalam. Mangsa, Siti Hasmah Taji Mohamad, 25, berkata, kejadian jam 7.30 pagi semalam itu berlaku ketika dia bersama seorang anak saudara dan dua sepupunya sedang tidur di dalam dua bilik berasingan di dalam rumah terbabit. Menurutnya, dia terhidu bau hangit seperti sesuatu terbakar di bahagian dapur rumah dan selepas diperiksa mendapati penjuru dapur yang menempatkan ruang yang ditutup dengan almari telah terbakar. "Sebaik menyedari kejadian itu saya terus mengejutkan anak saudara saya, Aqil Qayyim Ramadan Azwan, 4, dan dua sepupu Syazaliani Shamsuddin, 15 serta Mohd Said Ismail, 21, yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri. "Kami keluar sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting," katanya. Siti Hasmah berkata, ketika kejadian dua sepupunya tidur di rumah berkenaan untuk menemaninya kerana ibunya, Siti Mariam Ab Fatah, 55, tidak ada di rumah kerana melawat saudara yang sakit di Bachok, Kelantan. Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan sebuah motosikal milik bapanya yang bekerja di Kuala Lumpur musnah, termasuk beberapa set pelamin milik kakaknya untuk disewakan. Siti Mariam berkata, dia redha dengan kejadian itu walaupun rumahnya musnah, kerana yang paling penting nyawa anak, cucu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu selamat. Dia menganggarkan kerugian yang dialami melebihi RM100,000. Sementara itu menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Zuzuki Safei, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.39 pagi lalu menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian. Kata beliau, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 10 minit selepas bomba tiba di tempat kejadian dan 90 peratus rumah kayu itu musnah. "Punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya. Dalam pada itu pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan antaranya sumbangan Ahli Parlimen Besut dan Adun Jertih melalui wakilnya. -SH Full content generated by Get Full RSS. |
Banjir <b>di Besut</b> pulih sepenuhnya | Darul Iman Posted: 02 Jan 2012 09:46 PM PST KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pasir Puteh, Kelantan semakin pulih manakala di Terengganu, daerah Besut telah pulih sepenuhnya daripada banjir dan situasi di Setiu masih bertahan. Dalam pada itu, sesi persekolahan baru terganggu bagi ribuan pelajar di daerah Rantau Panjang dan Gua Musang berikutan sekolah mereka dinaiki air. Di KELANTAN, menurut laman web rasmi kerajaan negeri, jumlah mangsa di dua pusat pemindahan di Pasir Puteh sehingga pukul 8 pagi ini ialah 73 orang daripada 19 keluarga. Mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dan Sekolah Kebangsaan Kamil, manakala pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nara ditutup sejak petang semalam. Dua buah sekolah itu yang dijadikan pusat pemindahan sementara bagaimanapun dibuka untuk sesi persekolahan baru hari ini. Semalam, Pengarah Pelajaran Kelantan Hussain Awang berkata lebih 5,000 pelajar di 11 sekolah — sembilan di Rantau Panjang dan dua di Gua Musang — tidak dapat memulakan sesi persekolahan hari ini akibat banjir. Dalam pada itu, Penyelia Kanan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Rantau Panjang, Mukhtar Mustafa berkata 50 Tabika Kemas termasuk sembilan yang baru di Rantau Panjang, dibuka seperti biasa hari ini walaupun lapan daripadanya masih digenangi air. Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di atas paras bahaya dengan bacaan 9.72 meter (bahaya 9 meter) pada 8 pagi. Bagaimanapun, ia dilaporkan surut secara perlahan berikutan cuaca yang terus baik di Kelantan dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan. Di TERENGGANU, menurut portal banjir kerajaan negeri, 23 mangsa terakhir di Besut dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi apabila keadaan banjir di daerah itu pulih sepenuhnya. Semua pusat pemindahan di Besut ditutup malam tadi. Sehingga pukul 9 pagi, bilangan mangsa di Setiu berjumlah 189 orang, dengan 64 ditempatkan di Surau Kampung Nyatoh, Dewan Sivik Desa Jaya (13), Masjid Guntong Luar (73) dan Sekolah Kebangsaan Kampung Besut (39). Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di Segamat berkurangan kepada 54 orang dengan dua pusat pemindahan masih dibuka setakat pagi ini. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, setakat pukul 10 pagi, sembilan keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di balai raya Kampung Batu Badak dan balai raya Kampung Pogoh 2. — BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan