Khamis, 27 September 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


PAPISMA Terengganu Berkhidmat <b>Di Marang</b> - BULETIN PAPISMA <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2012 06:49 AM PDT

(Biro IT)
21 September 2012, Jumaat - Alhamdulillah PAPISMA Terengganu telah berjaya menyumbangkan khidmat baktinya hari ini kepada lebih 98 orang di perkarangan surau Sg. Kerak, Marang.

Seramai sembilan orang petugas SMART PAPISMA telah meringankan tulang untuk berbakti kepada masyarakat setempat. Sambutan daripada masyarakat setempat yang terdiri dari pelbagai peringkat taraf hidup dan pekerjaan itu sangat menggalakkan.

Pengerusi surau berkenaan yang menyampaikan ucapan aluan berintisarikan konsep kebajikan sangat berbangga kerana para doktor sanggup memilih tempat ini di antara puluhan tempat lagi yang menjadi alternatif.

Ceramah 2K (Kesedaran Kesihatan) telah disampaikan oleh Dr. Norhigrayati, Pakar Mata dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang bertajuk Kesihatan Mata.

Selesai program kira-kira pukul 11.40 pagi, semua petugas telah dijamu dengan pelbagai jenis juadah.

Semoga khidmat yang sedikit ini akan mendatangkan manfaat kepada masyarakat setempat dalam menambahkan ilmu dan kesedaran agar mereka dapat bersama memainkan peranan dan tanggungjawab terhadap kesihatan yang merupakan nikmat terbesar kepada jasmani manusia.

Bagi para petugas PAPISMA Terengganu, pastinya mereka merasakan suatu kepuasan apabila dapat berkhidmat kepada masyarakat yang merupakan amal jariah dan menyebarkan ilmu kesihatan yang akan menjadi bekal amalan sehingga hari akhirat. Hanya keikhlasan yang akan menggerakkan aktiviti seumpama ini dan mudah-mudahan Allah akan menerima amalan kita semua.

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


ariffin deraman: Ceramah <b>di</b> Kg Tok Kah <b>Rantau Abang</b>

Posted: 04 Sep 2012 12:00 AM PDT

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Loji Pemprosesan Gas <b>di Paka</b> Meletup

Posted: 10 May 2012 03:28 AM PDT

Loji pemprosesan Gas di Paka meletup? Berita terkini mengenai loji pemprosesan gas di Paka dikhabarkan meletup pada kira-kira pukul 3 petang tadi.

Tempat proses gas Paka

Seramai 10 orang cedera selepas Loji Pemprosesan Gas 3 (GPP3) dalam Kompleks A milik Petronas di Paka. Empat daripada mangsa yang parah itu dilaporkan mengalami kecederaan terbakar peringkat empat.

Agak teruk juga letupan yang berlaku sehingga ada yang parah. Semua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Walaubagaimanapun, dua jentera bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian berjaya memadamkan kebakaran kira-kira jam 3.20 petang

Kami doakan mangsa yang cedera itu terselamat. Punca loji pemprosesan Gas di Paka yang meletup ini masih disiasat.

Connect Facebook

5.0

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


BLOG USANG: Duda mati dibunuh kejam <b>di Besut</b> Terengganu

Posted: 31 Aug 2012 12:08 PM PDT

KAKITANGAN Hospital Besut dan anggota polis mengusung mayat Faiza yang ditemui mati dibunuh dalam keadaan lututnya hampir putus dipercayai ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Gong Manok, Kuala Besut, Besut kelmarin.


BESUT – Misteri kehilangan seorang duda anak satu sejak Rabu lalu terjawab kelmarin apabila dia ditemui mati dibunuh secara kejam dengan kedua-dua lututnya hampir putus ditetak manakala betis dan pinggangnya turut dilibas senjata tajam.
Mayat Faiza Jaafar, (gambar kecil) 27, ditemui dalam keadaan terduduk pada pukul 2.40 petang di kawasan sawah Kampung Gong Manok, Kuala Besut, dekat sini oleh bapa saudaranya yang keluar mencari mangsa.
Difahamkan, mangsa tidak pulang ke rumah sehari sebelum mayatnya ditemui hingga menimbulkan kerisauan kepada ahli keluarganya.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, siasatan awal mangsa dipercayai dibunuh oleh lebih daripada seorang suspek antara pukul 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu menggunakan senjata tajam seperti kelewang atau pedang.
"Kita sedang menyiasat motif sebenar pembunuhan dan polis telah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai boleh membantu siasatan," katanya yang menyiasat kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya bagi urusan pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kuala Besut dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Sementara itu, ibu saudara mangsa, Normala Sulaiman, 55, memberitahu, mangsa yang tinggal di Kampung Beris Lampu, tidak jauh dari tempat kejadian, menunjukkan perubahan beberapa hari lalu.
"Dua hari sebelum itu, mangsa menunjukkan rasa berat hati apabila ibunya, Rohani Sulaiman, 48, menyatakan hasratnya untuk ke ibu negara dengan memberitahu mereka tidak akan berjumpa lagi," ceritanya ketika ditemui.
Tambah Normala, mangsa menetap bersamanya sejak kecil dan membantunya menguruskan kawasan tempat letak kereta dan perkhidmatan bot bagi pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian.
"Mangsa pernah berkahwin dengan gadis sekampung dan dikurniakan seorang anak yang kini berusia tujuh tahun tetapi bercerai pada 2008," katanya lagi.

Kilang Pemprosesan Vitato <b>Di Besut</b> Mula Beroperasi Bulan Depan <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2012 11:57 PM PDT

Kilang Pemprosesan Vitato Di Besut Mula Beroperasi Bulan Depan

September 7, 2012

KUALA TERENGGANU, 1 Sept – Kilang pemprosesan "Vitato", varieti baharu ubi keledek yang diperkenalkan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), bernilai hampir RM5 juta di Kampung Tembila, Besut, dijangka memulakan operasi awal bulan depan.

Vitato, mula mendapat perhatian dan diusahakan para petani di Terengganu dan Kelantan apabila tanaman ini didapati menjana pendapatan lumayan bagi menggantikan tembakau sebagai sumber utama.
Pengurus Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) Sawalludin Ahmad berkata kilang yang dirancang kira-kira tiga tahun lepas oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu dijangka mampu memproses empat tan Vitato segar sehari atau 120 metrik tan sebulan.

"Kita telah mengambil beberapa langkah dan memberi tumpuan terhadap tanaman ubi Vitato sebagai komoditi terpilih untuk dimajukan oleh petani memandangkan ia mampu memberi pendapatan lumayan.
"Dengan siapnya kilang ini, ia bakal menjadi tempat memproses Vitato untuk pelbagai kegunaan seperti bahan makanan selain ramuan kecantikan," katanya ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Hari Raya PPNT di sini hari ini.

– BERNAMA

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


TAJUK 286: <b>GONG KEDAK</b> AIR BASE - Coretan dari Baka Skot TJP37

Posted: 16 May 2012 12:51 AM PDT


Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan (Kod IATA/ICAO: WMGK) adalah sebuah merupakan salah satu pangkalan udara yang termuda dalam TUDM dan merupakan lapangan terbang tentera yang yang unik kerana lokasinya yang terletak di dalam dua buah negeri di Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu. 70% dari keseluruhan kawasan pangkalan terletak dalam daerah Pasir Putih dalam negeri Kelantan tetapi alamat rasminya di Jerteh dalam Daerah Besut, negeri Terengganu.  PU Gong Kedak, Kelantan merupakan pangkalan udara yang tercanggih milik TUDM dan menempatkan No. 11 Skuadron (pesawat Su30MKM.
Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan ditubuhkan secara rasmi pada 13 Februari 1998, mula beroperasi sepenuhnya pada bulan November 1998. 

Sejarah Pangkalan Udara Gong Kedak bermula dengan kewujudan sebuah landasan kapal terbang sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi di sini yang dibina pihak Tentera Udara British. Landasan ini (menurut satu sumber) juga digunakan oleh tentera udara Jepun untuk mendaratkan pesawatnya masuk ke Tanah Melayu dalam Kempen Malaya dari arah udara. Pada awal tahun 1960-an, landasan ini masih lagi digunakan oleh Tentera Udara British di samping Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bermula awal tahun 1970-an sehingga tahun 1989, landasan terbang ini hanya digunakan oleh ATM sebagai kawasan latihan khasnya bagi Latihan Payung Terjun sahaja. 
Pada tahun 1993, lokasi ini telah dibangunkan dengan penempatan sebuah unit TUDM dan telah beroperasi pada awalnya dikenali sebagai Skuadron 321 Bukit Peteri. Pada bulan Mac 1993, pangkalan ini telah bermula dengan unit kecil dinamakan Tim Pendahuluan Skuadron 321 TUDM Bukit Peteri. Keseluruhan kawasan kem TUDM Bukit Peteri ini terletak dalam negeri Terengganu. Pada tahun 1995, projek pembangunan Pangkalan Udara Gong Kedak telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia. Seterusnya Pangkalan Udara Gong Kedak telah ditubuhkan pada 13 Februari 1998 dan mula beroperasi pada bulan November 1998. 
Di peringkat awal penubuhannya, pangkalan ini menempatkan sementara Pusat Latihan Terbang III dengan pesawat PC7 yang dipindahkan dari Pangkalan Udara Kuantan.  Dengan ketibaan pesawat Su30MKM, kesemua pesawat PC7 di PULTIBANG III digabungkan dengan PULATIBANG I di Pangkalan Udara Alor Setar.

Di atas tujuan pembesaran dan memperkasakan lagi pertahanan negara khususnya TUDM, kerajaan telah memulakan proses pengambilan tanah (sekitar kampung Gong Kedak, Gong Badak, Kelantan dan kini kawasan telah meluas ke beberapa kampung sekitar iaitu Kampung Gong Tengah, Kampung Gong Manak di daerah Pasir Puteh, Kelantan dan Kampung Beris Pak Abu daerah Besut, Terengganu) untuk pembinaan Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan dan prosesnya dijalankan oleh Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1981 dan berakhir pada tahun sekitar 2000


Keunikan PUGK adalah dapat 'enjoy' cuti hari kelepasan untuk dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu (dan sudah tentu cuti am Persekutuan). 

Masjid PUGK bersebelahan dengan MQ (Bukit Petri)
Senarai Komander Pangkalan
  1. Lt Kol Mohd Salleh bin Ahmad TUDM(1998 - 2000)
  2. Lt Kol Abdul Malek bin Zakaria TUDM (2000 - 2002)
  3. Lt Kol Ahmad Zainuddin bin Ahmad Zakaria TUDM (2002 - 2005)
  4. Lt Kol Abdul Razak bin Ahmad TUDM (2005 - 2007)
  5. Lt Kol Shamsuri bin Alias TUDM (2007 - 2008)
  6. Kol Shamsuri bin Alias TUDM (2008 - 2009)
  7. Kol Mohd Fauzi bin Hj Ahmad TUDM (2009 - 2011)
  8. Brig Jen Mohd Fauzi bin Hj Ahmad TUDM 92011 - kini)


PUGK merupakan pangkalan pertama dalam TUDM yang mendapat perjawatan rasmi yang meng'upgrade'kan jawatan Ketua Cawang Materiel ke pangkat Lt Kol TUDM.

PELUANG KE PUGK

Kali pertama aku sampai ke pangkalan ini ialah di awal tahun 90an ketika itu hanya ada TUDM Bukit Peteri.  Aku (masa itu berpangkat Mejar)  bercuti bersama keluarga ke pantai timur melalui Lebuhraya Timur-Barat dari Grik, Perak.
Perancangan awal, dari KL aku menginap satu malam di sebuah chalet di Teluk Muruh (Lumut, Perak) kemudian menuju ke utara dengan niat untuk ke Langkawi.  Tapi tiba di Kuala Kangsar, aku mengubah fikiran serta-merta, batalkan Langkawi menuju ke Kota Bharu. Aku mengubah haluan ke arah Grik dan memasuki Lebuhraya Timur-Barat (LTB).  Pengalaman pertama (sekali itu sahaja setakat ini) melalui lebuhraya yang menggerunkan itu.  Hutan sepanjang jalan, melalui cerun perbukitan, senyap (tidak banyak kenderaan).  Sentiasa risau jika bertemu kawanan gajah atau Pak Belang.  Kereta aku pun bukanlah elok sangat. Akhirnya dengan izin Allah dapat keluar di Jeli sebelum ke Kota Bharu.  Memandu kereta Proton Saga 1.3, WBK 1718.
merentasi jambatan Tasik Temenggor
papan tanda yang menggerunkan pengguna LTB

Setelah bermalam di sebuah hotel kelas rendah (masa tu mana ada duit) di KB, aku meneruskan perjalanan ke arah Terengganu melalui Pasir Putih dan singgah di Bukit Peteri. Aku menumpang tidur di Mes Pegawai 321 Skn.  Untuk dijadkan cerita, aku terkandas di sana selama 2 malam.  Hujan lebat selama dua hari tanpa berhenti-henti. Dan malam tersebut, isteriku dikejutkan dengan gangguan misteri di tengah malam.  Aku yang kepenatan memandu jarak jauh memang tidur mati.  Katanya, tengah malam, ada orang ketuk pintu di luar bilik.  Bila dibuka, tiada siapa.  Beberapa kali macam itu.  Alhamdulillah, abis macam itu sahaja.

Malam pertama di sana, KCM Mej Rusli Ibrahim (coursemate basic course) sekeluarga belanja kami makan di sebuah resoran di pekan Jertih.

Sambung tadi mengenai hujan lebat.  Masuk hari ke3 di sana, aku pun dah tak larat nak tunggu, maklumlah keadaan di sana bukan macam sekarang, nak cari makan jauh, kena keluar ke pekan Jertih. Dah lah tu, siang malam hujan. Tak boleh bergerak.  Aku buat keputusan untuk meneruskan perjalanan. Dalam hujan lebat, membulatkan fikiran memandu menuju ke arah Terengganu.  Jalan ke arah jambatan di pekan Kuala Besut sudah dinaiki air hampir satu kaki.  Aku memberanikan hati mengikuti belakang lori menyeberangi jambatan itu. Meneruskan perjalanan melalui Setiu ke arah Kuala Terengganu.  Tidak bermalam di KT tetapi aku singgah bermalam di Awang Motel, di pantai Rantau Abang. AKu tak pasti, motel ini ada lagi atau tidak.


Ada dua peristiwa ngeri semasa aku bermalam di motel ini. Pertama.  Masa itu ujung tahun- musim tengkujuh, ombak tinggi.  Aku memang tak berani mandi laut dan tak membenarkan anak-anak aku mandi.  Petang-petang kami hanya berjalan-jalan di gigi air pantai.  Tiba-tiba satu ombang yang agak besar menghempas pantai, lampiasan ombak tersebut melepasi kami dan semasa air serpihan itu mengalir semula ke laut, ia menarik sekali pasir yang kami pijak.  Nasib baik aku pegang anak aku Atikah. Kalau tidak pasti ia ditarik oleh air ke arah lautan.  Pucat lesi aku dan isteriku. Kami bergegas pulang ke chalet.
Peristiwa kedua ialah malam semasa kami menginap.  Dalam jam 1 atau 2 pagi, kami terdengar lain macam sahaja di luar chalet kami.  Anak aku Hafeez tidur dibilik sebelah mengetuk bilik aku dan menunjuk ke arah tingkap. Dari cermin sebelah atas tingkap, kami ternampak tangan manusia memanjat melalui tingkap. Isteri aku menjerit.  Penceroboh itu melompat dan lari.
Keesokan paginya aku meneruskan perjalan meninggal pelbagai kenangan bercuti ke Pantai Timur menuju ke Kuantan (melalui jalan pantai- Marang-Kemaman-Cherating).  Aku tidak menginap di Kuantan tetapi terus pulang ke KL.

SELEPAS ITU........

Itulah tadi kali pertama aku menjejakkan kaki ke tanah Gong Kedak/Bukit Peteri.  Sejak PUGK dibuka secara rasmi pada tahun 1998, aku berpeluang ke sana antara 4 atau lima kali. Pertama mengikuti lawatan staf SISMAT (2004), lawatan kerja Panglima Logistik Udara (2009), perbarisan perpisahan Tan Sri Azizan (2011), lawatan sempena LSM/TCG Sukhoi/MiG (Mac 2012) dan yang terbaru ialah lawatan kerja bersama staf MOF (budget screening) pada 16 Mei 2012.

Bukit Peteri dari pelantar pemerhati

landasan terbang Gong kedak

bersama Kol Dr Zaki (Pengarah Kejuruteraan)









.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Resepi Azeef_Azfar: Singgah <b>Pulau Kapas</b> kejap :)

Posted: 23 Sep 2012 12:37 AM PDT

Assalamualaikum semua...apa khabar..?? Lama jugak rasanya tuan punye belog ni tak jenguk sini. Mood nak snap gambar & update blog resepi ni kelaut abiss...
Sementara menunggu mood untuk cite-citi bab masak-memasak ni datang balik, jom la kita layan kejap suasana di pulau...PULAU KAPAS!! 
Rasanya ramai di antara kita suka bercuti merehatkan badan dan minda di pulau kan..? 
Alhamdulillah aritu saya sempat singgah kejap di Pulau Kapas, Terenggganu. 
Ekceli kitaorang bertolak dari Paka, Terengganu. Perjalanan dari Paka ke jeti Marang ada la dalam sejam. Oleh kerana ni percutian yang tak dirancang, saya tak sempat pun search kat internet apa2 pasal pulau kapas ni. Kira redah je la ni.  
Dah sampai jeti Marang, en. suami pun tanya la kaunter kat jeti tu pasal parking, bot & penginapan di sana. Alhamdulillah semua takde masalah sebab bukan time cuti sekolah. Untuk ke pulau kapas kami naik speedboat dan tak sampai 15 minit kami dah sampai di PULAU KAPAS.
Air laut kat sana kaler terquoise tau (hahaha jakun sikit)...cantiknye ciptaan Allah, jernih yang amat air laut kat sana sampai boleh nampak ikan2 berenang di tepi2 pantai. Anak2 dah tak sabar nak mandi-manda dengan ikan :)
Jom la layan serba sikit gambar2 ni...enjoyyyy!!!






Ni lah serba sikit percutian tak dirancang kami ke Pulau Kapas. Mana2 tempat percutian kalau semua ahli keluarga sihat dan happy, pastinya percutian tu akan BEST!!! Tak kisah la tempat mahal or murah kan..??

Saje nak share je ni...food kat Pulau Kapas agak mahal tau. Nasik goreng rm8 paling murah. Air teh ais rm4. Kalau sesapa nak singgah kat pulau ni kalau nak jimat bab makan, better bawak siap2 dari "darat" (contohnye roti, maggi cup, bubur segera,). Bole beli siap2 sebelum naik bot ke pulau. Tapi kalau tak sempat or tak kisah tentang harga makanan/minuman bole je kalau nak rasa food kat sana. Dari segi rasa & presentation ok jugak la makanan kat sana.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Mrs Red: <b>KETENGAH JAYA</b>- Penjenayah pecah masuk rumah <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 09:55 PM PDT


KETENGAH JAYA – Seorang pemuda yang cuba berjinak-jinak dengan aktiviti pecah rumah bukan sahaja tidak sempat menikmati hasil curi, malah terpaksa meringkuk di lokap selepas aktivitinya berjaya dihidu polis.

Perbuatan jenayah pemuda berusia 25 tahun itu mula dikesan polis selepas suspek dikatakan menawarkan barangan elektrik termasuk komputer riba dengan harga murah kepada penduduk sekitar yang tinggal di kawasan rancangan Felda.

Berikutan itu, satu serbuan dilakukan kira-kira jam 3.45 pagi semalam dan polis berjaya menahan suspek selain turut menemui sejumlah barangan elektrik seperti televisyen, kamera, komputer riba serta alat pembesar suara.

Siasatan awal mendapati barangan tersebut dipercayai milik kakitangan syarikat petrokimia yang dilaporkan hilang di Kerteh, Kemaman 15 September lalu.

Ketua Polis Daerah, Dahlan Mohd Noor mengesahkan, pihaknya menahan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Kita sedang menyiapkan kertas siasatan dan akan mendakwa suspek di mahkamah sebaik mendapat arahan daripada timbalan pendakwaraya," katanya.

BADUT RAKYAT: HOT NEWS !!! HIMPUNAN HIJAU !!! @AZALINA <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2012 05:00 AM PDT


walaupun isu ini kelmarin,tetapi saya rasa isu ini harus di pandang oleh pembaca Badut Rakyat kerana pakatan haram tengah menipu rakyat berkenaan dengan isu pengerang ini.menurut sumber,hari ahad ini satu perhimpunan akan di adakan kononnya nak bela rakyat pengerang dan mengatakan projek itu bahaya.ingat lynas ker ??? pasal minyak tu,kenapa tak pertikaikan loji minyak petronas di terengganu ??? saya ceritakan sedikit tentang kerteh.Terdapat beberapa buah kampung didalam Mukim Kerteh iaitu Kg Labohan,Kg Tengah,Kg Telaga Papan,Kg Gelugor,Kg Kuala Opis(Bandar Baru sekarang),Kg Baru(mula didiami dalam tahun awal 1970'an melalui pemberian tanah kepada penduduk dizaman Dato' Sulong bin Mahmood menjadi wakil rakyat),Kg Chabang,Kg Pengkalan Ranggon,Kg Bukit Pahang,Kg Batu Puteh,Kg Darat Kolam,Kg Mat Ikal,Kg Lama,Rasau Kerteh dan Ketengah Jaya.Kerteh membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.Pelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di Kerteh.Antaranya ialah Kawasan Perindustrian Petronas,Pelabuhan Kerteh,Loji Penapis Minyak Terengganu,Rantau Petronas,Sekolah Rantau Petronas dan lain-lain.Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT.Terdapat banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu. 

gambar di atas kononnya nak bela rakyat.kalau nak bela,kenapa isu tumpahan minyak di sungai rengit tak bela ??? kata himpunan hijua ni terdiri dari NGO ???
Ahli Parlimen Pengerang,Datuk Seri Azalina Othman menjelaskan bahawa tanah bagi menempatkan rancangan projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PIPC) telah dikenalpasti sebagai lokasi strategik bagi kapal dagang untuk berlabuh.Justeru katanya tidak timbul isu tentang bantahan oleh penduduk seperti yang dibangkitkan oleh pemimpin PAS.Sambil menyifatkan tuduhan Naib Presiden PAS,Salahudin Ayub tidak berasas,jom kita saksikan video,sumber dari Kl Pos di bawah


RENUNG-RENUNGKAN

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Rumah ADUN <b>Ajil</b> musnah dalam kebakaran <b>di</b> Hulu Terengganu

Posted: 08 Aug 2012 12:04 AM PDT

HULU TERENGGANU: Rumah kediaman ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.
Rosol berkata, ketika kejadian kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya, Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini.

"Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata, ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang; ADUN Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam.

- BERNAMA

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


PAKEJ PERCUTIAN <b>DI</b> TERENGGANU / MAS /AIR ASIA / FIREFLY

Posted: 26 Aug 2012 05:07 PM PDT


Hari Pertama
- Jemput di Lapangan Terbang
- Melawat  Terengganu
          - Air Panas LA Hot Spring Besut
          - Lata Tembakah
          - Pantai Bukit Keluang Besut
          - Air Terjun Sekayu
          - Pantai Penarik / Pantai Merang
          - Kerepok Lekor

Hari Ke Dua
- Melawat Sekitar Kuala Terengganu
          - Menaiki Bot dari Seberang Takir ke Kuala Terengganu
          - Pasar Payang
          - Muzium Negeri
          - Batik di Chendering
          - Pantai Batu Buruk
          -Taman Tamaddun Islam
          - Pulau Wan Man/ Taman Warisan
          - Sekitar Kuala Terengganu
- Hantar Ke Lapangan Terbang

Pakej Keluarga sahaja 2 Hingga 4 Orang
Penginapan RM 150.00/ Malam
Pengangkutan RM 150.00 /Sehari (kereta bersama pemandu)
Tidak termasuk harga makanan

2 Hari 1 Malam = RM 450.00 (Kapasiti Maksima 4 Orang)
3 Hari 2 Malam = RM 600.00 (Kapasiti Maksima 4 Orang)

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Isu Kahwin: Anak Datuk K Temui Rozita Che Wan | MyNewsHub

Posted: 23 Sep 2012 06:47 PM PDT

PETALING JAYA – Salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertemu pelakon Rozita Che Wan secara peribadi untuk mengetahui adakah benar wanita itu mahu mengahwini bapanya.

Rozita, 38, berkata, dia terkejut apabila seorang lelaki datang menemuinya di sebuah majlis baru-baru ini bertanyakan kebenaran gosip berkenaan.

"Saya tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan," katanya kepada portal redcarpet.net.my.

Rozita sebelum ini pernah dikaitkan dengan Datuk K dan mereka kononnya dikatakan telah berkahwin secara senyap.

Dalam pada itu, Rozita memohon semua media dan penulis blog di negara ini menghentikan spekulasi melibatkan dirinya dengan Datuk K kerana tidak mahu melukai hati penyanyi Siti Nurhaliza.

"Saya tidak mahu menyakiti hati Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar sebegini tambahan pula saya memang tidak berminat dengan lelaki yang sudah berkahwin," ujarnya.

Sementara itu, Rozita menjelaskan dia kini selesa hidup sendirian dan akan lebih berhati-hati mencari cinta selepas rumah tangganya hancur sebelum ini.

Rozita berkata, dia sentiasa mengambil pengajaran daripada kegagalan perkahwinannya yang lalu dan mengakui cerewet apabila melibatkan lelaki.

Malah jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan duda, dia akan memastikan lelaki tersebut tidak mempunyai anak kerana tidak mahu bergaduh dengan anak-anak tirinya.

"Saya cuma akan berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak kerana saya tidak mahu anak-anaknya menghadapi masalah dengan saya.

"Saya tertarik kepada lelaki yang baik, tidak ego dan dapat menjaga rumah tangga dengan sempurna walaupun dia tidak sekaya mana," katanya.

Tambah Rozita, paling penting lelaki yang ingin mendampinginya mestilah boleh menerima dua anak lelakinya yang telah meningkat usia remaja.

"Anak-anak tidak meletakkan kriteria calon suami saya kerana paling penting lelaki itu dapat mengembirakan saya dan menyayangi mereka seperti anak sendiri," ujarnya. – mStar Online

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Suka Lelaki Muda, Lebih Dengar Kata! - Rozita

Rozita Che Wan Kesal Dituduh Tidak Sedar Diri

Rozita Rela Kahwin Lelaki Tidak Berharta

Keluarga Nafi Datuk K Kahwini Rozita Che Wan

Anak Tahu Siapa Saya, Kata Rozita Che Wan

Kanta Lekap Penyeri Rozita Che Wan

Gaya Turban Ala Rozita Che Wan

Rozita Mahu Lelaki Kacak Tak Banyak Kerenah

Rozita Bakal Kahwin Ahli Perniagaan November Ini?

Rozita Che Wan Sudah Ada Facebook

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


AQILAHAIQAL : OurPrideOurJoy: expo <b>di Kuala Berang</b>

Posted: 16 Jun 2012 08:31 AM PDT

Weekend kalau x pegi mana2 memanglah boring sangat2
so, petang tadi ibu ajak ayah ke Kuala Berang sebab ada expo
dah seminggu pun expo tu, cuma ibu je xtau..
Kak G (anak sedara) yang bagitau...
Lepas asar kita bertolak ke Kuala Berang...
Sampai2 je, big wheel yang along & farah nampak dulu..
terus kata nak naik big wheel tu...
nak naik, kena beli token..1 token berharga RM3 
So, ibu, along & farah naik kena charge RM9..
nampak kecut je kan muka along masa round pertama naik atas
 adik pun takut jugak
ibu pun sama
tingginya...seram gak masa mula2 naik..

lepas 2,3 round x takut dah..

 siap nyanyi pulak..

pas naik big wheel, nak naik train pulakkk...another 2 token..

ayah menunggu anak2 naik train
ibu shoot tudung2 kat belakang tu sebenarnya
anak2 ibu yang sihat dan bulattt

 
pas naik train, nak naik benda ala ni pulakkk...another 2 token.. along naik motor 
adik naik kuda

basikal pun ada jual kat expo nih..
berkenan sungguh ayah kat basikal2 nih...
tp nak beli x boleh sbb anak2 x pandai main lagi...
sabar ye ayah....
 mainan apa ntah lagi...
jumpa lak permainan nih...another RM6 untuk 2 orang..





penat main, nak mainan lak..bukannya nak air..haisshh..
siap testing tuh..akhirnya dapat gak mainan telepon nih..
itu dia mainan along...
adik pun dapat gak...
 sampai umah, sambung main..mandi x lagi...
ibu pun x lepas peluang cari2 yang berkenan...RM50 sehelai..ok la..saje nak try pakai..
tengok orang pakai canteekk...


 juga tudung bawal patern baru ni...RM15 sehelai..

lepas maghrib, anak2 pun keletihan dan tido sudah.....
sekian....

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Jenazah Hanisah Selamat Dikebumikan <b>Di Dungun</b> | MyNewsHub

Posted: 07 Sep 2012 08:19 PM PDT

DUNGUN – Jenazah Hanisah Muhd Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia Ahad lepas, selamat dikebumikan pada 7.55 pagi tadi di tanah perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek di sini Sabtu.

Suasana pilu menyelubungi anggota keluarga dan jiran serta kenalan yang mula berkumpul sebelum subuh lagi di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah di kampung tersebut.

Jenazah Hanisah, 22, pelajar tajaan Mara tiba di sini pada 6.53 pagi terus dibawa ke masjid tersebut untuk disembahyangkan selepas solat subuh sebelum terus dikebumikan dengan dihadiri lebih 100 kenalan.

Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) 10.05 malam Jumaat dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Adzreen Dimyati.

Manakala jenazah Adzreen, 22, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)disemadikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya 12.40 tengah malam Jumaat.

Dalam kejadian tersebut, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi rakannya yang juga pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van selepas mereka baru kembali ke negara itu memulakan pelajaran semesta baru.

Kesemua mereka adalah pelajar tahun 5 Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

2 Penunggang Maut Nahas Motosikal Bertembung

28 Maut Pesawat Terhempas Di New Guinea

Wanita Maut, Suami Parah Nahas Di LPT

Maut Ketika Tonton Perlawanan Bola Sepak

Pelajar Politeknik Maut Nahas Jalan Raya

Hasrat Bertunang Tidak Kesampaian

Pemilik Restoran Maut Tertikam Pisau

Rakyat Bangladesh Maut Dihempap Timbunan Besi

Isteri Tegur Suami Malas Maut Ditikam

Wanita Indonesia Maut Selepas Bertengkar

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Buletin Online: Siasat dan Hukum Mereka Yang terlibat Membunuh <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2012 04:49 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/muhyidin%20lawat%20mangsa.jpgMARANG – PAS melahirkan simpati kepada keluarga seorang peniaga kedai runcit yang terbunuh dalam kejadian tembakan pada jarak dekat di Kampung Bukit Cempedak, Wakaf Tapai, Marang  pada 27 ogos la

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata Badan Perhubungan PAS Terengganu dan PAS Kawasan Marang bersama merasa kesedihan yang dialami oleh keluarga Mat Keya Jusoh.

"Bagi pihak Badan Perhubungan dan PAS Kawasan Marang, saya melahirkan simpati dan bersama-sama keluarga Allahyarham meraikan kesedihan,

"semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga ini, supaya tabah dan bersabar ,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga terbabit pada Ahad 30 Ogos.

Beliau juga berharap pihak berkuasa polis dapat membuat siasatan rapi dan seadil-adilnya  dan dapat mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian bunuh itu.

"Kita harap pihak polis dapat membuat siasatan yang adil dan rapid an mengenalpasti mereka yang terlibat dan meghukum mereka yang bersalah,"jelasnya.

Dalam Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa pembunhan, Mat Keya Jusoh, 54, sedang bermain dam berhampiran kedainya bersama seorang rakan, Allias Lemas, 51, sebelum didatangi sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki tiga suspek.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, Perodua Viva berwarna putih itu berhenti antara jarak lima meter sahaja dari tempat mangsa bermain dam sebelum salah seorang daripada mereka memberitahu ingin mencari 'Pok Mat'.

"Salah seorang suspek bertanyakan kepada mangsa adakah dia 'Pok Mat' dan mangsa yang sememangnya dikenal dengan nama itu dalam kalangan rakan serta orang kampung mengiakan sahaja.

"Bagaimanapun, hanya beberapa saat selepas mangsa mengaku yang dia adalah 'Pok Mat', dua das tembakan dilepaskan oleh salah seorang suspek menyebabkan mangsa terus rebah sebelum mereka memecut kereta meninggalkan lokasi kejadian," katanya.

Manoharan berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian rusuk dihantar penduduk kampung ke Hospital Kuala Berang untuk mendapatkan rawatan susulan.

Turut bersama beliau menziarahi keluarga mangsa adalah Pengarah Majlisn Tindakan Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria .

Justeru, Haji Muhyiddin menyeru kepada semua pihak untuk mkembali kepada Islam dan kerajaan menguatkuasakan undang-undang Hudud dan Qisas bagi membendung kadar jenayah yang semakin meningkat.

Beliau berkata hanya dengan Islam dapat menyelamatkan manusia sekiranya kembali kepada Islam.

"masalah jenayah, masalah dadah, gejala sisal dan masalah akhlak akan dapat diselesaikan sekiranya kita kembali kepada Islam,

"samada dari segi perundangannya, dari segi pendidikannya dan hubungan sesame masyarakatnya, kita sangat yakin akan selesai (sekiranya Islam dilaksanakan),"tambahnya

ads