Khamis, 27 September 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


BLOG USANG: Duda mati dibunuh kejam <b>di Besut</b> Terengganu

Posted: 31 Aug 2012 12:08 PM PDT

KAKITANGAN Hospital Besut dan anggota polis mengusung mayat Faiza yang ditemui mati dibunuh dalam keadaan lututnya hampir putus dipercayai ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Gong Manok, Kuala Besut, Besut kelmarin.


BESUT – Misteri kehilangan seorang duda anak satu sejak Rabu lalu terjawab kelmarin apabila dia ditemui mati dibunuh secara kejam dengan kedua-dua lututnya hampir putus ditetak manakala betis dan pinggangnya turut dilibas senjata tajam.
Mayat Faiza Jaafar, (gambar kecil) 27, ditemui dalam keadaan terduduk pada pukul 2.40 petang di kawasan sawah Kampung Gong Manok, Kuala Besut, dekat sini oleh bapa saudaranya yang keluar mencari mangsa.
Difahamkan, mangsa tidak pulang ke rumah sehari sebelum mayatnya ditemui hingga menimbulkan kerisauan kepada ahli keluarganya.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, siasatan awal mangsa dipercayai dibunuh oleh lebih daripada seorang suspek antara pukul 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu menggunakan senjata tajam seperti kelewang atau pedang.
"Kita sedang menyiasat motif sebenar pembunuhan dan polis telah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai boleh membantu siasatan," katanya yang menyiasat kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya bagi urusan pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kuala Besut dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Sementara itu, ibu saudara mangsa, Normala Sulaiman, 55, memberitahu, mangsa yang tinggal di Kampung Beris Lampu, tidak jauh dari tempat kejadian, menunjukkan perubahan beberapa hari lalu.
"Dua hari sebelum itu, mangsa menunjukkan rasa berat hati apabila ibunya, Rohani Sulaiman, 48, menyatakan hasratnya untuk ke ibu negara dengan memberitahu mereka tidak akan berjumpa lagi," ceritanya ketika ditemui.
Tambah Normala, mangsa menetap bersamanya sejak kecil dan membantunya menguruskan kawasan tempat letak kereta dan perkhidmatan bot bagi pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian.
"Mangsa pernah berkahwin dengan gadis sekampung dan dikurniakan seorang anak yang kini berusia tujuh tahun tetapi bercerai pada 2008," katanya lagi.

Kilang Pemprosesan Vitato <b>Di Besut</b> Mula Beroperasi Bulan Depan <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2012 11:57 PM PDT

Kilang Pemprosesan Vitato Di Besut Mula Beroperasi Bulan Depan

September 7, 2012

KUALA TERENGGANU, 1 Sept – Kilang pemprosesan "Vitato", varieti baharu ubi keledek yang diperkenalkan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), bernilai hampir RM5 juta di Kampung Tembila, Besut, dijangka memulakan operasi awal bulan depan.

Vitato, mula mendapat perhatian dan diusahakan para petani di Terengganu dan Kelantan apabila tanaman ini didapati menjana pendapatan lumayan bagi menggantikan tembakau sebagai sumber utama.
Pengurus Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) Sawalludin Ahmad berkata kilang yang dirancang kira-kira tiga tahun lepas oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu dijangka mampu memproses empat tan Vitato segar sehari atau 120 metrik tan sebulan.

"Kita telah mengambil beberapa langkah dan memberi tumpuan terhadap tanaman ubi Vitato sebagai komoditi terpilih untuk dimajukan oleh petani memandangkan ia mampu memberi pendapatan lumayan.
"Dengan siapnya kilang ini, ia bakal menjadi tempat memproses Vitato untuk pelbagai kegunaan seperti bahan makanan selain ramuan kecantikan," katanya ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Hari Raya PPNT di sini hari ini.

– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads