Khamis, 27 September 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


PAPISMA Terengganu Berkhidmat <b>Di Marang</b> - BULETIN PAPISMA <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2012 06:49 AM PDT

(Biro IT)
21 September 2012, Jumaat - Alhamdulillah PAPISMA Terengganu telah berjaya menyumbangkan khidmat baktinya hari ini kepada lebih 98 orang di perkarangan surau Sg. Kerak, Marang.

Seramai sembilan orang petugas SMART PAPISMA telah meringankan tulang untuk berbakti kepada masyarakat setempat. Sambutan daripada masyarakat setempat yang terdiri dari pelbagai peringkat taraf hidup dan pekerjaan itu sangat menggalakkan.

Pengerusi surau berkenaan yang menyampaikan ucapan aluan berintisarikan konsep kebajikan sangat berbangga kerana para doktor sanggup memilih tempat ini di antara puluhan tempat lagi yang menjadi alternatif.

Ceramah 2K (Kesedaran Kesihatan) telah disampaikan oleh Dr. Norhigrayati, Pakar Mata dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang bertajuk Kesihatan Mata.

Selesai program kira-kira pukul 11.40 pagi, semua petugas telah dijamu dengan pelbagai jenis juadah.

Semoga khidmat yang sedikit ini akan mendatangkan manfaat kepada masyarakat setempat dalam menambahkan ilmu dan kesedaran agar mereka dapat bersama memainkan peranan dan tanggungjawab terhadap kesihatan yang merupakan nikmat terbesar kepada jasmani manusia.

Bagi para petugas PAPISMA Terengganu, pastinya mereka merasakan suatu kepuasan apabila dapat berkhidmat kepada masyarakat yang merupakan amal jariah dan menyebarkan ilmu kesihatan yang akan menjadi bekal amalan sehingga hari akhirat. Hanya keikhlasan yang akan menggerakkan aktiviti seumpama ini dan mudah-mudahan Allah akan menerima amalan kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads