Khamis, 27 September 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Mrs Red: <b>KETENGAH JAYA</b>- Penjenayah pecah masuk rumah <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 09:55 PM PDT


KETENGAH JAYA – Seorang pemuda yang cuba berjinak-jinak dengan aktiviti pecah rumah bukan sahaja tidak sempat menikmati hasil curi, malah terpaksa meringkuk di lokap selepas aktivitinya berjaya dihidu polis.

Perbuatan jenayah pemuda berusia 25 tahun itu mula dikesan polis selepas suspek dikatakan menawarkan barangan elektrik termasuk komputer riba dengan harga murah kepada penduduk sekitar yang tinggal di kawasan rancangan Felda.

Berikutan itu, satu serbuan dilakukan kira-kira jam 3.45 pagi semalam dan polis berjaya menahan suspek selain turut menemui sejumlah barangan elektrik seperti televisyen, kamera, komputer riba serta alat pembesar suara.

Siasatan awal mendapati barangan tersebut dipercayai milik kakitangan syarikat petrokimia yang dilaporkan hilang di Kerteh, Kemaman 15 September lalu.

Ketua Polis Daerah, Dahlan Mohd Noor mengesahkan, pihaknya menahan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Kita sedang menyiapkan kertas siasatan dan akan mendakwa suspek di mahkamah sebaik mendapat arahan daripada timbalan pendakwaraya," katanya.

BADUT RAKYAT: HOT NEWS !!! HIMPUNAN HIJAU !!! @AZALINA <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2012 05:00 AM PDT


walaupun isu ini kelmarin,tetapi saya rasa isu ini harus di pandang oleh pembaca Badut Rakyat kerana pakatan haram tengah menipu rakyat berkenaan dengan isu pengerang ini.menurut sumber,hari ahad ini satu perhimpunan akan di adakan kononnya nak bela rakyat pengerang dan mengatakan projek itu bahaya.ingat lynas ker ??? pasal minyak tu,kenapa tak pertikaikan loji minyak petronas di terengganu ??? saya ceritakan sedikit tentang kerteh.Terdapat beberapa buah kampung didalam Mukim Kerteh iaitu Kg Labohan,Kg Tengah,Kg Telaga Papan,Kg Gelugor,Kg Kuala Opis(Bandar Baru sekarang),Kg Baru(mula didiami dalam tahun awal 1970'an melalui pemberian tanah kepada penduduk dizaman Dato' Sulong bin Mahmood menjadi wakil rakyat),Kg Chabang,Kg Pengkalan Ranggon,Kg Bukit Pahang,Kg Batu Puteh,Kg Darat Kolam,Kg Mat Ikal,Kg Lama,Rasau Kerteh dan Ketengah Jaya.Kerteh membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.Pelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di Kerteh.Antaranya ialah Kawasan Perindustrian Petronas,Pelabuhan Kerteh,Loji Penapis Minyak Terengganu,Rantau Petronas,Sekolah Rantau Petronas dan lain-lain.Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT.Terdapat banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu. 

gambar di atas kononnya nak bela rakyat.kalau nak bela,kenapa isu tumpahan minyak di sungai rengit tak bela ??? kata himpunan hijua ni terdiri dari NGO ???
Ahli Parlimen Pengerang,Datuk Seri Azalina Othman menjelaskan bahawa tanah bagi menempatkan rancangan projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PIPC) telah dikenalpasti sebagai lokasi strategik bagi kapal dagang untuk berlabuh.Justeru katanya tidak timbul isu tentang bantahan oleh penduduk seperti yang dibangkitkan oleh pemimpin PAS.Sambil menyifatkan tuduhan Naib Presiden PAS,Salahudin Ayub tidak berasas,jom kita saksikan video,sumber dari Kl Pos di bawah


RENUNG-RENUNGKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads