Khamis, 9 Jun 2011

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Makan Sup <b>Di Paka</b> | Yunus Badawi

Posted: 26 Feb 2011 05:42 AM PST

Sup daging yg aku order

Bila kita melancong ke mana2 destinasi, antara aturcara ialah makan. Kalau tak melancongpun memang kita akan makan bila dah lapar.

Jadi bila melancong kita akan mengambil peluang utk mencuba makanan yg sedap atau femes di tempat2 tersebut.

Hari ini aku dan famili ke Terengganu dan bermalam di Paka. Asyik pergi tempat yg popular apa salahnya ke tempat kurang terkenal pula. Kami menginap di Rumbia Resort, Paka.

Bila tiba masa nak makan malam, kami tak tahu tempat yg femes kat sini. Masa aku tanya LiNda Semuanya Manis yg tinggal di sini diapun tak sure. Akhirnya kami main bantai aje. Org kata kalau ramai pelanggan, makanan di situ sedap.

Maka operasi mencari restoran yg ramai orgpun dilakukan. Kami bergerak ke arah Kertih. Toleh kiri, toleh kanan kebanyakan kedai makan mcm tak meriah aje. Nak kata org sini tak makan di luar, semua baru dapat gaji. Mesti lebat sbb ramai yg kerja dgn sykt berkaitan minyak di sini.

Tiba2 emak Adam nampak restoran yg meriah dgn pengunjung. Rupa2nya restoran Cina!

Jalan punya jalan dah nampak api di kilang Petronas. U turn.

Tak lama lepas tu nampak satu restoran yg agak terang dari luar lagi. Anak aku Hazwan turun dulu utk riki keadaan di dlmnya.

"Tak ramai sgt org kat sini," katanya memberi laporan.

"Macamana? Nak makan kat sini atau nak cari tempat lain?" tanyanya.

Sedang kami berbincang2 samada nak ke Dungun utk cari restoran lain, dtg 2 buah kereta sarat dgn 8-9 pemuda.

"Eh dah mula ramai org ni! Jom kita makan kat sini aje sebelum org bertambah ramai." saran Hazwan sambil disokong oleh anak2ku yg lain.

Kiranya rezeki kami di restoran ini.
Sent via BlackBerry from Maxis

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Ini Cerita Tentang Kami: Trip to <b>Pulau Kapas</b>

Posted: 25 May 2011 10:33 PM PDT

Pada hari jumaat, kami bertolak ke Marang. Cuma 40 minit dari Kuala Terengganu. Survey-survey macam mana nak ke Pulau Kapas. Jadi kami buat keputusan bermalam di Hotel Sri Malaysia sahaja dan esok day trip ke Pulau Kapas. Kami dinner kat area hotel aja. Ada food court berhampiran dataran di muara nearby.
Esoknya hari Sabtu, ada market antara jeti dan hotel, so jalan short cut ditutup. Heaven nampak marketnya macam market Seberang Jaya yang ada banyak gerai2 jualan selain barang basah. Tak sempat nak p meninjau sebab keluar pun pkl 11am, boat 11.30. Hehe.. Siap tertinggal hp lagi so kena patah balik hotel. Jarah hotel dan jeti cuma 5 minit naik kereta.

Ok, parking keta rm7 untuk daytrip. Masa dah return baru dia collect. Return tiket ke Pulau Kapas, rm40, trip ke tempat snorkeling beserta savefy jacket dan google rm20. Jadi RM60. Penjalanan ke Pulau Kapas dalam 20 minit sahaja. Nazhan 3 tahun 4bulan dan Iris 1 tahun 3 bulan ok ja. Tak la melambung2 naik boat tu. Smooth aja, Alhamdulillah.

Di Pulau Kapas, ibu dan abah gilir p snorkeling. Anak- anak main di tepi pantai. Main pasir dan bermanja-manja dengan air laut. Makanan kami dah tapau dari market Marang. Bekalan air dan snack pun dah beli dari stesen minyak berdekatan. Orang lain, siap berperiuk la. Rajin masak..Bagus2x. Di area snorkeling tak ada jual-jualan makanan or sourvenier.

Pukul 2pm, boat datang ambil untuk ke area lain pula. Kononya ingat ada kemudahan la. Toilet belum siap or memang separuh jalan sahaja. Dekat sini banyak boat parking dan beberapa chalet dan restoran. Adik tidur so kami menumpang teduh disebuah restoran. Selamat tak kena halau. Sebab kami guna khidmat boat kenalan diorang. Nazhan masih lagi nak mandi walaupun matahari cacak di atas.


So, ibu pilih spot yang bawah jambatan. Fuuh..ikan kat sini lebih mesra rupanya. Compare dengan tempat snorkeling yg kena pergi ke tengah lautan(cewah). Best2..ibu sememangnya gayat nak ke tengah2 lautan so dapat tengok ikan kenit2 ja. Kali ni Nazhan pun dapat menikmati even tak bersnorkeling.

Pukul 5pm, kami pun bergerak pulang ke hotel. Nazhan dan abah terlelap dah di atas boat.
Lepas balik hotel, jamak takhir, keluar makan sotong goreng tepung dan tapau dinner. Risau budak2 pakat tidur tak sempat nak keluar dinner.

Pulau Kapas Best. Short and Cheap Gathaway on Beach!


Ahad, kami bertolak balik ke Kuala Terengganu dan check in di Primula Beach Resort pulak. Cik hubby ada lagi 3 hari kursus. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


PERJALANAN PERTAMA KE <b>AJIL</b>...

Posted: 21 Mar 2011 07:08 PM PDT

"Kelopak, Jantung, Kelopak, Jantung, Kelopak, Jantung.. Kelopak, Kelopak, Kelopak, Jantung, Jantung, Jantung... Kelopak! Kelopak! Jantung, Kelopak! Kelopak! Jantung, Kelopak! Kelopak! Jantung.. KELOPAK!"

Haa.. pandai2 lah lagukan supaya bunyi kompang ye..

Sudah lama betul aku menantikan saat2 aku boleh menjejakkan kaki ke Ajil atas sebab2 yang sangat munasabah - Majlis perkahwinan Abe Gmie!

Abe Gmie ni adalah rakan sekerja aku dan sememang nya dah lama aku menantikan saat2 seorang gadis terpikat kepada Abe Gmie. Akhirnya, pada tanggal cuti sekolah yang lalu.. termeterai lah ikatan sah antara Abe Gmie dan Diyana.

***

Bila aku dengar berita yang Abe Gmie nak menikah, aku automatik jadi teruja! Pernah tahun lepas, aku dan cik puan kpp nak cuba kenen2 kan Abe Gmie dengan seorang kawan cik puan kpp.. namun, langkah Abe Gmie lebih pantas. Abe Gmie menggunakan kaedah FACEBOOK!

Ye.. Abe Gmie "mengorat" isterinya melalui FACEBOOK.. woooohooooo!

***

The day before majlis, aku dan cik puan kpp dah sediakan apa yang patut. Itenari dan Peta perjalanan pun aku dah sediakan berdasarkan panduan jangka masa sampai ke sesuatu tempat.  Sebab peta terlalu besar.. aku copy google maps dan save dalam laptop. Dengan laptop2 sekali aku angkut. Hotel pun aku dah booking. Dan, macam biasa, tugasan cik puan kpp adalah mengemas baju dan segala mak-nenek kelengkapan yang perlu

"OK Yang, plan nya macam gini", aku tulis atas kertas sambil explain sikit2. Lagipun, cik puan kpp bukan nya nak dengar sangat pun.

5:00 pagi : Bertolak daripada rumah

6:30 pagi : Berhenti di BHP selepas tol Gombak

8:30 pagi : Rehat di R&R Temerloh

10:00 pagi : Rehat dan tukar baju di R&R Gambang

10:30 pagi : Masuk jalan Jabor-Al Muktafi Billah (selepas tol Jabor)

1:00 tengahari : Sampai Ajil - Rumah Abe Gmie

2:30 petang : Bertolak ke BGRC (Bukit Gambang Resort City)

5:30 petang : Check-in Hotel dan rehat

Malam : Dinner di BGRC

Esok paginya selepas sarapan : Water Park

Macam gitu lah lebih kurang..

Amazingly, perjalanan kami was almost an identical one.. to the one yang aku tuliskan atas kertas. Cuma, ada adjustment here and there especially untuk tempat2 persinggahan tersebut. The timing almost perfect! Kagum pula aku. 

Problem aku cuma satu, hari nak bertolak tu lah aku kena cirit-birit! Aduh, memang terseksa jiwa raga den! 

Perjalanan yang sangat panjang tu memang memenatkan. Hendak2 pula kena ikut jalan "lama" dimana kiri kanan nya penuh dengan kepala sawit. Di tambah pula dengan isu jalan yang berlubang2. Sekejap gedegup sana, gedegup sini. Memang tak tenteram. Ditambah lagi, bila nak memotong... tiba2 depan ada lubang. Memang haru!

Skill memandu di jalan lama sangat penting. Skill yang paling diperlukan ialah kebolehan mengagak distance kereta daripada arah bertentangan dan judgment untuk memotong. Kena sentiasa alert sebab ada kala nya orang yang cuba memotong tu tak celus dan mereka akan mula menghimpit kenderaan disebelah untuk masuk semula ke dalam lane. So, kena sentiasa memandang cermin dan gunakan guts feeling dalam sebarang tindakan. Agak2 tak confident untuk memotong, jangan... diulangi JANGAN memotong! Silap2 haribulan.. na'uzubillah..

OK, sepanjang perjalanan alhamdulillah tidak ada saat2 yang mencemaskan dan akhirnya kami berjaya sampai ke Ajil dengan selamat. 

Dah sampai, aku terus parking. Terserempak dengan beberapa orang rakan2 ofis yang on the way balik dah. Aku pun menuju ke khemah orang kahwin. Abe Gmie sedang sibuk melayan tetamu2 yang hadir.. kebanyakkan nya datang daripada jauh - ada rakan sekerja, ada ex-U dan ramai lagi lah. Aku suspek, semua orang sama teruja nya dengan aku atas perkahwinan Abe Gmie ini! Memang telah lama dinantikan.

Makanan ala buffet. Memang simple sahaja. Semuanya berasaskan daging lembu. Sup tulang, Gulai kawah daging, Labu masak lemak air, Ikan masin, Sambal belacan, Air sirap (air wajib orang kahwin) dan Nasi Putih. Memang sangat simple. Tapi, rasanya sangat compliment each other. Provided that, kena ambil semua lauk dan mesti ambil ikan masin serta sambal belacan tu. Memang best!

Cuma, tak boleh la aku nak melantak banyak sangat disebabkan oleh problem perut yang aku sebutkan tadi. Sekejap2 cik puan kpp akan jeling2 manja.. suruh aku stop dan beringat2kan perut yang mengelodak itu.

Lepas berborak2 dengan kawan2 lain yang ada.. aku gi bergambar dengan pengantin dalam rumah. Pengantin perempuan memang dok dalam rumah aje. Aku tak tau lah samada adat di Ajil macam gitu ke, atau pengantin perempuan malu nak mingle2 dengan kawan2 Abe Gmie. Kata cik puan kpp.. "Mungkin adat kat sini macam itu agaknya. Pengantin perempuan dok dalam rumah je". Entahlah.. wallah hu'alam..

Orang nya lawa.. pandai Abe Gmie memilih di Facebook ye!! hehe..

Oleh itu, aku ucapkan..

SELAMAT PENGANTIN BARU ABE GMIE & DIYANA

SEMOGA BERBAHAGIA!

AMIINNN..

Jam 2:00 petang, aku pun mengorak langkah untuk ke BGRC...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Sekolah Kebangsaan <b>Ketengah Jaya</b> II: Jenis-Jenis Dadah

Posted: 27 Apr 2011 11:33 PM PDT

Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya II: Jenis-Jenis Dadah

Jenis-Jenis Dadah

Heroin  

Definasi  

-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk

Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain 

Big H , Dope , Smack , TNT

Cara Penggunaan

Menguntik , Menghidu

Ciri-ciri penagih

Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul

Definasi

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda '999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk

Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama lain

M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Cara Penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

Definasi

Dihasilkan daripada buah popi muda .

Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .

Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .

Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .

Jenis /Bentuk

Candu mentah , candu masak , tahi candu

Nama lain

Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , "O" , Tar

Cara penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

Definasi

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis/Bentuk

Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain

Grass , pot , Marijuana , weed

Cara penggunaan

menghisap

Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

Definasi

Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .

Jenis/Bentuk

Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas

Nama lain

Ice

Cara penggunaan

Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih

Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

Definasi

Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .

Jenis/Bentuk

Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain

Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA

Cara penggunaan

Menelan , campur dan minuman

Ciri-ciri penagih

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

Definasi

Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .

Jenis/Bentuk

Serbuk putih , kristal , cecair , pil

Nama lain

"K" , Special K , Vitamin K , Kit Kat

Cara penggunaan

Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih

Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Pemuda Bersamamu v3: Menjelang PGU2; Jemput makan jamuan rakyat <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2011 01:56 AM PDT

BESUT - Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali ke-2 (PGU2) yang diadakan di Jerteh, Besut 18 dan 19 Mac ini bakal menyaksikan sekali lagi kebangkitan rakyat Terengganu untuk menolak Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Pengarah Persiapan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata persiapan bagi menyediakan semua prasarana bagi PGU2 sudah masuk ke peringkat akhir dan InsyaAllah dapat diselesaikan petang esok, Khamis, 17 Mac.

Menurutnya, walaupun cuaca agak 'muram' sejak beberapa hari lalu, namun para petugas turun padang bagi memastikan semua kelengkapan disiapkan dan akan dapat menampung kehadiran sekurang-kurang 15,000 pengunjung.

"AlhamduliLlah, semua persiapan sudah masuk ke fasa akhir, lapangan himpunan, sebuah pentas utama, 30 buah khemah untuk peserta berteduh, InsyaAllah sudah dibangunkan, sekarang sedang menyiapkan 80 tapak gerai, yang masih lagi tidak putus-putus perminaannya,"ujarnya ketika ditemui skuad BO

Menurutya, sebagaiman tentatif yang telah diedarkan, PGU2 akan bermula dengan ceramah Pra-PGU2 dengan penceramah-penceramah handalan; haji Mohamad Sabu, Dato' Husam Musa dan YB Saifuddin Nasution.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


JeMaRi AsMaRa: Malang Yang Dicari @ Membunuh Diri?

Posted: 03 Jun 2011 12:16 AM PDT

Assalamualaikum wbt..

Bersiaran dari Kuala Terengganu.. Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke3 kami di kampung halaman ayah. Memulakan perjalanan pada pagi Rabu dan selamat tiba di Pulau Bahagia pada petangnya..

Semalam, seharian kami berada di majlis perkahwinan sepupu En Ayah. Tahniah buat Fadhilah @ Ismalini dan suami yang kini telah bergelar suami dan isteri, semoga kebahagian milik kalian hingga ke hujung hayat.

Opps, tajuk di atas tiada kaitan dengan majlis perkahwinan semalam ya.. Majlis semalam berjalan dengan lancar walau ada sedikit cerita lucu berkaitan 'kasut'. hehe.. hanya mereka yang mengiring pengantin perempuan menyambut pengantin lelaki yang lucu.

Tajuk di atas sebenarnya ada kaitan dengan kisah perjalanan kami menuju Terengganu. Seperti biasa lalauan kami Shah Alam - Lebuhraya Karak - LPT - Jabor - Kuala terengganu.

Perjalanan sehingga penghujung LPT seperti biasa tiada masalah. Kesabaran mula teruji di jalan Jerangau Jabor kerana banyak lori yang pemanduannya sangat perlahan.  Alhamdulillah, sepanjang ibu mengenali En Ayah, dia adalah pemandu yang sabar.

Kami mengekori lori di atas, lebih setengah jam. Bila jalan clear, double line lah pula.. bila jumpa single line, jalan tak clear lah pula.


 

Lihatlah sikap pemandu itu.. banyak lagi kejadian yang menggetarkan jiwa. Tapi hanya satu yang ibu dapat snap. Ada satu lagi kejadian, dua kereta hampir bertembung.. gara-gara cubaan memotong sedangkan sah-sah ada kereta dari arah hadapan.

Ibu hairan, mereka itu mencari malang atau cuba membunuh diri sendiri?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Penduduk Kampung <b>Di Dungun</b> Gempar Terserempak Harimau | Darul Iman

Posted: 01 Jun 2011 04:17 PM PDT

DUNGUN, 1 Jun (Bernama) — Penduduk Kampung Jambu Bongkok di sini, yang gempar dan bimbang dengan penemuan seekor harimau bersama anaknya di belakang sebuah klinik desa di situ semalam, memohon pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Efendi Husin, 39, yang terserempak harimau betina itu pada 6 petang ketika mencari daun kayu untuk kambingnya, berkata beliau tidak berani lagi untuk ke situ.

Seorang lagi penduduk, Jusoh Awang, 45, berkata sejak penemuan itu, penduduk kampung sudah tidak berani menggunakan jalan di situ.

"Ini kerana sudah lebih 15 ekor lembu mati dibaham harimau. Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera," katanya.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said turut menyatakan kebimbangannya dan berharap Jabatan Perlindungan Kehidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan proaktif.

Pengarah Jabatan Perhilitan Terengganu Yusoff Shariff berkata mereka akan memasang perangkap haiwan itu petang ini.

– BERNAMA

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


DEZAMAN COTTAGE: <b>Pulau Bidong</b> " A Boat People Legacy"

Posted: 20 May 2011 06:54 AM PDT

 Hari nie tengah aku online sambil membaca aku terjumpa satu post dalam satu forum yang menarik hati aku untuk berkongsi bersama-sama ngan semua pembaca cerita "ORANG HANYUT" ke perairan Malaysia satu masa dulu.....maybe ramai yang tak tahu sejarah kisah nie......jadi aku amik detail post dari forum berkenaan khas untuk tatapan korang semua......

Orang Hanyut merupakan orang yang menjadi pelarian (orang vietnam) semasa negara mereka mengalami pergolakan dan

krisis komunis.

Peristiwa ini dikatakan berlaku sekitar tahun 1950-an dan berlarutan selepas beberapa tahun berikutnya.

Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa peristiwa hitam ini bermula pada tahun 1975. Pelarian vietnam mula mendarat di Pulau Perhentian,Terengganu apabila sekumpulan pelarian yang berjaya tiba dari vietnam. Pulau Bidong juga menjadi sebuah tempat pelarian vietnam pada masa itu

Ia kemudiannya diikuti oleh beberapa siri pendaratan lain sehingga meningkat kepada 1,400 pelarian pada 1977. Pada Ogos 1978, melalui pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan pulai Bidung sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam.

Orang Hanyut ini juga dikatakan mula mendarat di Pantai Seri Tujoh,Tumpat pada tahun 1950-an. Ini diperkuatkan lagi dengan pembinaan tugu peringatan pelarian vietnam yang terdapat di sini

Pada masa itu,mereka melarikan diri melalui jalan darat dan jalan laut. Kebanyakannya mereka menaiki tongkang,dan bot nelayan kecil untuk sampai ke negara-nagara lain termasuk Malaysia. Jumlah pelarian paling tinggi pada sesuatu pelayaran adalah pendaratan kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang pada November 1978 dengan sejumlah 2,400 pelarian di atasnya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEDATANGAN
ORANG HANYUT

-kejatuhan kerajaan demokratik vietnam

yang disokong oleh Amerika ke tangan

komunis vietnam utara pada tahun 1975.

-kehidupan rakyat menjadi kucar-kacir.

-disebabkan kehidupan tidak terurus,mereka

sanggup merantau ke negara lain untuk membina

hidup baru di sana.

-pergolakan yang besar berlaku di negara mereka menyebabkan ratusan nyawa terkorban.

-mereka yang terselamat telah meninggalkan negara sendiri untuk menyelamatkan nyawa

KESAN KEPADA NEGARA

Pulau Bidung telah diisytiharkan sebagai 'pulau larangan.'

Negara kita menerima lebih banyak pendatang tanpa izin setiap tahun nelayan tidak dibenarkan menggunakan perairan Pulau Bidung untuk menjalankan kegiatan mereka.

Di antara 1978-1990 jumlah pendaratan pelarian Vietnam ke Malaysia adalah 252,390 dan seramai 4,535 bayi

direkodkan kelahirannya.

Pulau Bidong dikosongkan sepenuhnya pada 1991.

tinggalan pelarian Vietnam di Pulau Bidong

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Pemandu Lori Didakwa Bunuh Penganggur <b>Di Kuala Berang</b> | Darul Iman

Posted: 25 May 2011 05:38 PM PDT

HULU TERENGGANU, 25 Mei (Bernama) — Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Rabu terhadap tuduhan menyebabkan kematian seorang penganggur tanpa niat membunuh di Kampung Sungai Ular, Kuala Berang, pada 11 Mei lepas.

Zulkifli Mt Ali, 27, dari Kampung Tajin, Kuala Berang, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Maznong Omar, 39, dari Kampung Kuala Akob juga di Kuala Berang, bersama beberapa orang lagi yang masih bebas pada 10 malam hari berkenaan.

Majistret Siti Faraziana Zainuddin kemudian menetapkan 27 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan Zulkifli melantik peguam dan menunggu hasil ujian patologi.

Beliau juga menetapkan ikat jamin sebanyak RM8,000.

Pendakwaan dijalankan oleh Insp Mahadi Mohd Yusof.

– BERNAMA

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>: PGU 100K DIBANDAR TRENGGANU

Posted: 23 Apr 2011 05:54 AM PDT

Saturday, 23 April 2011 08:15 Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/pcpgu100k%20021.jpgKULA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Terengganu akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) Kali Ke-3, yang di sifatkan sebagi PGU 'klimaks' menjelang pilihanraya umum ke-13

Menurut Pengarah PGU Kali Ke-3, Ustaz Satiful Bhri Mamat,  dua PGU lalu yang diadakan di Chukai dan di Jerteh, mendapat sambutan hangat dari seluruh rakyat negeri Terengganu.

"Kita  Badn Perhubungan PAS negeri Terengganu akan mengadakan PGU kali yang ke-3 dan kita anggap ini merupakan PGU 'klimaks' yang kita menjangkakan (dapat) menghimpunkan 100,000 rakyat Terengganu menghadiri(nya),

"kita telah adakan (PGU) yang pertama di Chukai dan yang kedua di Jerteh, sepanjang dua program lalu, sambutan rakyat bersama PAS untuk menggantikan Umno (memerintah negeri Terengganu) amat menggalakkan,"ujarnya kepada pihak media selepas mesyuarat induk program tersebut di Kuala Ibai, Khamis 21 April.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, PGU kali ke-3 yang diadakan di kawasan tengah melibatkan empat tuan rumah iaitu, (PAS Kawasan) Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Marang.

PGU kali ini juga, katanya, akan melibatkan semua kaum termasuk bukan Islam dengan salah satu agendanya adalah Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS peringkat negeri Terengganu yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Setiausaha Panitia Induk PGU Kali Ke-3, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


CDM Salha Zain turun ke <b>Kerteh</b> memberi tunjuk ajar kepada kami - FREE

Posted: 02 Jun 2011 10:58 PM PDT

Baru-baru ni, 24 mei 2011 CDM Salha Zain turun ke Kerteh met up with Aida's Group yang terdiri daripada Sales Manager (SM) Nozi sendiri, SM Kak Nonie, SSM Akmal dan SM Hanim. Sorang lagi team member kami (SM Ily) tak dapat hadir. Tapi, kami akan kongsikan bersama nanti. Pada waktu ni CDM Salha Zain membuat briefing iaitu penjelasan satu persatu tentang strategi buat bisnes Premium Beautiful. Pelbagai tips dan saranan yang terbaik diberikan kepada kami. Memang semangat sangat kami belajar daripada beliau kerana penjelasannya yang begitu jelas.

Our Mentor, Senior Sales Manager (SSM) Aida juga tidak ketinggalan memberikan tunjuk ajar dan beliau memang leader yang terbaik buat kami di Kerteh. Beliaulah yang berjaya mewujudkan team Kerteh dalam masa sebulan sahaja. Mempunyai pendirian yang tetap dan bertanggungjawab dalam memastikan team ini berjaya.

Ini adalah photo kami ketika perjumpaan kedua kami di Kerteh pada 24 Mei 2011.

Dari kiri (Aida, Nozi, Kak Nonie, Salha, Hanim, Akmal dan salah seorang bakal biz partner kami)

Begitu akrab hubungan kami satu group dan kami saling berkongsi pengalaman dalam menjayakan bisnes Premium Beautiful ni.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana untuk memulakan bisnes Premium Beautiful, sila hubungi Nozi. InsyaAllah, Nozi akan terangkan sebaik mungkin.

Anda diberi pilihan, sama ada membiarkan peluang ini pergi begitu sahaja, ataupun berjumpa kami tanpa sebarang bayaran untuk mengetahui peluang pernigaan yang bakal memberikan anda pendapatan lumayan setiap bulan sehingga ke 4-5 angka ke atas.

CALL ME NOW, GRAB This Opportunity!

NOZI
012-9518850 or 010-3340904
email: erpuzy159@yahoo.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Siri 1/2011 Kini Bermula [Dun <b>Bukit Besi</b> Siri 1) | Blog Bakti <b>...</b>

Posted: 26 May 2011 07:35 PM PDT

Umno Marang Bersatu - Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Amirullah Othman Kehadiran penuh saf kepimpinan Umno Bahagian Marang dan ketua-ketua sayap parti itu serta lebih 1,000 orang d...

3 beberapa blan yang lalu

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads