Khamis, 9 Jun 2011

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Makan Sup <b>Di Paka</b> | Yunus Badawi

Posted: 26 Feb 2011 05:42 AM PST

Sup daging yg aku order

Bila kita melancong ke mana2 destinasi, antara aturcara ialah makan. Kalau tak melancongpun memang kita akan makan bila dah lapar.

Jadi bila melancong kita akan mengambil peluang utk mencuba makanan yg sedap atau femes di tempat2 tersebut.

Hari ini aku dan famili ke Terengganu dan bermalam di Paka. Asyik pergi tempat yg popular apa salahnya ke tempat kurang terkenal pula. Kami menginap di Rumbia Resort, Paka.

Bila tiba masa nak makan malam, kami tak tahu tempat yg femes kat sini. Masa aku tanya LiNda Semuanya Manis yg tinggal di sini diapun tak sure. Akhirnya kami main bantai aje. Org kata kalau ramai pelanggan, makanan di situ sedap.

Maka operasi mencari restoran yg ramai orgpun dilakukan. Kami bergerak ke arah Kertih. Toleh kiri, toleh kanan kebanyakan kedai makan mcm tak meriah aje. Nak kata org sini tak makan di luar, semua baru dapat gaji. Mesti lebat sbb ramai yg kerja dgn sykt berkaitan minyak di sini.

Tiba2 emak Adam nampak restoran yg meriah dgn pengunjung. Rupa2nya restoran Cina!

Jalan punya jalan dah nampak api di kilang Petronas. U turn.

Tak lama lepas tu nampak satu restoran yg agak terang dari luar lagi. Anak aku Hazwan turun dulu utk riki keadaan di dlmnya.

"Tak ramai sgt org kat sini," katanya memberi laporan.

"Macamana? Nak makan kat sini atau nak cari tempat lain?" tanyanya.

Sedang kami berbincang2 samada nak ke Dungun utk cari restoran lain, dtg 2 buah kereta sarat dgn 8-9 pemuda.

"Eh dah mula ramai org ni! Jom kita makan kat sini aje sebelum org bertambah ramai." saran Hazwan sambil disokong oleh anak2ku yg lain.

Kiranya rezeki kami di restoran ini.
Sent via BlackBerry from Maxis

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads