Jumaat, 10 Jun 2011

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Syarikat Vietnam minat majukan <b>Pulau Bidong</b>

Posted: 05 Jun 2011 08:37 PM PDT

Oleh: Kamarudin Mat Akib


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Dato' Rahin Mohd Said.

Sebuah syarikat dari Vietnam berminat untuk memajukan Pulau Bidong sebagai kawasan pelancongan, terutama bagi mereka yang meminati kesan-kesan peninggalan sejarah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Dato' Rahin Mohd Said, berkata kerajaan negeri sedia menimbang permohonan syarikat tersebut sebagai salah satu usaha 'mengembalikan' kegemilangan Pulau Bidong.


"Sebelum ini Pulau Bidong terkenal di seluruh dunia sebagai kawasan penempatan pelarian dari negara Vietnam," katanya ketika ditemui kelmarin.

Pulau Bidong mula menjadi penempatan 'Orang Hanyut' yang merupakan pelarian dari negara Vietnam akibat kezaliman pemerintahan negera tersebut.

Sejak 1978 hingga 1991 lebih daripada 250,000 orang, termasuk kanak-kanak ditempatkan di pulau tersebut sementara menunggu negara ketiga mengambil mereka bagi memberi perlindungan tempat tinggal.

Sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan untuk memajukan pulau tersebut sebagai salah satu destinasi pelancongan tetapi pada masa yang sama, ia mahu mengekalkan keadaan semula jadi sekitar kawasan tersebut.

Pada masa ini terdapat banyak bangunan berunsur sejarah peninggalan masyarakat Vietnam, termasuk bangunan tempat tinggal, sekolah dan pelbagai tugu yang dibina mereka.

Dato' Rahin berkata, pihaknya akan mengkaji cadangan syarikat tersebut dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum sebarang keuputusan dibuat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Budak Ganu Kite...: ZoOM in: <b>Pulau Bidong</b> Trip 2011

Posted: 02 Jun 2011 09:32 AM PDT

Assalam.. Cuti ni Mie berkesempatan bersama keluarga ke Pulau Bidong di Terengganu. Pulau ni terletak tidak jauh dari daratan. Hanya memakan masa lebih kurang 30 minit untuk sampai dari jeti ke Pulau Redang di Merang. Namun pulau ini bukanlah sebuah pulau peranginan. Hanya sebagai tempat persinggahan nelayan-nelayan untuk berlindung daripada ribut di laut.

Pulau ini juga menyimpan sejarah di mana telah diduduki oleh pelarian Vietnam pada tahun 70-an dahulu. Hari ini, kesan pendudukan tu masih ada dan kadang-kala dilawati oleh bekas pelarian yang pernah tinggal di situ. Pelbagai kisah berkaitan pendudukan pelarian Vietnam masih meniti di bibir-bibir bagi mereka yang biasa dengan tempat ini seperti kisah terserempak dengan hantu mangsa pelarian yang mati di laut dan sebagainya. Namun kisah-kisah itu tidak diketahui sama ada benar atau sekadar rekaan.

Alhamdulillah, sepanjang dua hari berada di sana, ok je semua. Ni sedikit kenangan yang dapat Mie rakam.. Jom, layan... (^_^)


















Oklah..sini saje.. (^_^)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads