Rabu, 24 Oktober 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Kawat Juara Karnival Sukan Media-Petronas

Posted: 23 Oct 2012 06:48 PM PDT




























Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) mengungguli Karnival Sukan Media-Petronas Pantai Timur apabila muncul sebagai juara keseluruhan sekali gus merangkul piala pusingan pada kejohanan edisi pertama.

Pada kejohanan yang berlangsung di Terengganu Equesterian Resort (Ter) pada 20 Oktober 2012, Kawat memenangi acara badminton dan ping pong manakala tempat kedua dalam acara tenpin boling serta tempat ketiga dalam acara futsal.

Karnival anjuran Kawat dengan penaja utama Petronas menawarkan hadiah wang tunai lebih RM11,000 itu membabitkan penyertaan hampir 150 atlet daripada empat kontinjen yang mengambil bahagian itu Kawat, Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Kelab Media Pahang (KPM) dan Petronas.

Sebanyak empat acara dipertaruhkan pada karnival itu yang menyaksikan naib juara menjadi milik KMP dan tempat ketiga, Kemudi manakala Petronas di tempat keempat.

Majlis penyampaian hadiap disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, YB Tuan Haji Khazan Che Mat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Dato' Wan Hisham Wan Salleh, Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah, Presiden Kawat, Ayob Mamat dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Hajah Azizah Awang. -utusan/shuhaimi-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Mai Tengok! Jenazah Hanisah selamat dikebumikan <b>di Dungun</b> <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2012 10:09 PM PDT

Jenazah Hanisah selamat dikebumikan di Dungun pagi tadi

DUNGUN – Jenazah Hanisah Muhd Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia Ahad lepas, selamat dikebumikan pada 7.55 pagi tadi di tanah perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek di sini hari ini.

Suasana pilu menyelubungi anggota keluarga dan jiran serta kenalan yang mula berkumpul sebelum subuh lagi di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah di kampung tersebut.

Jenazah Hanisah, 22, pelajar tajaan Mara tiba di sini pada 6.53 pagi terus dibawa ke masjid tersebut untuk disembahyangkan selepas solat subuh sebelum terus dikebumikan dengan dihadiri lebih 100 kenalan.

Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) 10.05 malam tadi dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Adzreen Dimyati.

Manakala jenazah Adzreen, 22, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disemadikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya 12.40 tengah malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi rakannya yang juga pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van selepas mereka baru kembali ke negara itu memulakan pelajaran
semesta baru.

Kesemua mereka adalah pelajar tahun 5 Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku.

Sementara itu, bapa Allahyarham Hanisah, Mohd Shah Salleh, 62, berkata mereka redha dengan kehilangan anak bongsu daripada empat beradik itu.

Menurut Muhd Shah pemergian selama-lamanya anak itu ibarat pengorbanan murni kerana menuntut ilmu bagi menabur bakti kepada negara meskipun hasrat anaknya itu tidak kesampaian.

"Sedih memang sedih, namun kami redha dengan ketentuan ini. Saya harap anak bangsa yang lain dapat meneruskan impian Allahyarham untuk berbakti pada negara," katanya kepada pemberita selepas pengebumian jenazah di tanah
perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek di sini pagi tadi.

Muhd Shah dan isterinya Rokayah Mohd, 61, yang sebelum itu memberitahu hatinya sangat sedih dan tidak sanggup menatap wajah arwah anaknya Hanisah akhirya berubah fikiran dengan mencium jenazah anaknya untuk kali terakhir sebelum pengebumian itu.

Jelasnya, beliau dan isterinya sebelum itu tidak mahu berbuat demikian kerana mahu menjadikan kenangan manis wajah keceriaan anaknya sepanjang dua bulan bercuti di Kampung serta saat perpisahan di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA), pada 2 Sept lalu kekal dalam memori sanubari mereka.

Sementara itu Pengarah Mara di Rusia, Suhaimi Zainuddin serta beberapa pegawainya yang lain turut hadir pada upacara pengebumian itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Muhd Shah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Mara yang menguruskan dan memberikan kerjasama yang baik untuk pengurusan membawa balik jenazah anaknya.



Source : Sinar Harian

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Terengganu</b> - Okt 2012

Posted: 22 Oct 2012 11:30 AM PDT

JAWATAN:
1. PEMBANTU PERTANIAN
2. RENJER HUTAN
3. PENGAWAS HUTAN

IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON ONLINE:
http://spn.terengganu.gov.my/v4/index.php?lang=bm

Tarikh Tutup : 12 November 2012

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Salahuddin Ayub Tak Setuju Cadangan PKR Pindah Projek RAPID <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 02:09 AM PDT

alt

 

KUALA LUMPUR 8 Okt - Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub tidak berhasrat untuk memindahkan Projek Penapisan dan Intergrasi Petrokimia (RAPID) ke Kertih, Terengganu.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberi jaminan projek RAPID Petronas itu boleh meneruskan operasinya untuk pembangunan Pengerang atau mana-mana tempat di negeri Johor.

"Tidak timbul isu nak memindahkan RAPID ini ke tempat yang lain ataupun kita menolak projek ini. Kita tidak pernah menolak pembangunan di pengerang dan saya memberi jaminan bahawa RAPID Petronans boleh meneruskan pembangunannya."

Salauddin Ayub menegaskan, negeri Johor adalah negeri yang luas dan bukan negeri kecil seperti Melaka, Perlis dan Kuala Lumpur yang tiada ruang untuk menyediakan tanah.

"Saya sekali lagi ingin menyatakan secara rasminya akan menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Johor supaya adakan satu sesi perbincangan terbuka."

"Jika tidak mahu berdebat, kalau fobia sangat berdebat itu tidak mengapa. saya bersedia untuk datang (berdialog)...mungkin dengan beberapa orang yang memiliki kepakaran dalam bidang pembangunan hartanah dan industry minyak dan gas."

Tegas Salahuddin lagi, pembangunan di Pengerang itu dapat mencapai objektif pembangunan yang lestari, bijak dan tidak memangsakan penduduk tempatan.

"Saya tetap dengan prinsip saya, Projek RAPID Petronas boleh menjadikan Pengerang sebagai hub industri minyak dan gas di rantau ini.

"Tetapi dengan satu syarat iaitu 10 kampung itu jangan di hapuskan dan tidak sesekali mengambil perkampungan tradisi rakyat di Pengerang itu."

Tambah beliau, di kalangan pemimpin pakatn bersetuju pembangunan itu di adakan di Johor bukan di Kerteh, Terengganu.

Kenyataan Salahuddin itu susulan daripada cadangan Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR Wong Cheng yang mahu memindahkan dan memperkecilkan skala perlaksanaan daripada cadangan asal yang diluluskan pihak Kerajaan Pusat.

 

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Ribut Rosakkan Kedai Di R & R <b>Bukit Besi</b> | MyNewsHub

Posted: 28 Aug 2012 11:13 PM PDT

DUNGUN – Fenomena pusaran angin kencang selama lima minit menyebabkan lima kedai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi di sini, rosak teruk dalam satu kejadian petang Selasa.

Pusaran angin yang berlaku pada pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan beberapa batang pokok besar yang menjadi tempat kegemaran pengguna jalan raya berteduh, tumbang.

Menurut seorang peniaga kedai runcit, Zainun Awang, 50, angin kencang itu menerbangkan khemah serta kerusi dan meja milik beberapa peniaga makanan di R&R berkenaan.

"Kejadian itu amat pantas disusuli hujan lebat dan mak cik ketika itu sempat melaungkan azan selepas takut menghubungi suami di rumah kerana bimbang menggunakan telefon bimbit akan disambar petir," katanya ketika ditemui Bernama, di sini Rabu.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana ketika kejadian tidak ramai pengunjung ada di R&R terbabit.

"Ini kejadian ribut kuat pertama yang pernah saya saksikan, malah ribut kuat yang berlaku pada 1995 pun tidak sekuat ini," katanya yang tinggal di Kampung Bukit Besi sejak kecil.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati kesan ribut itu telah dibersihkan dan peniaga berniaga seperti biasa. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

ads