Rabu, 24 Oktober 2012

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Mai Tengok! Jenazah Hanisah selamat dikebumikan <b>di Dungun</b> <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2012 10:09 PM PDT

Jenazah Hanisah selamat dikebumikan di Dungun pagi tadi

DUNGUN – Jenazah Hanisah Muhd Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia Ahad lepas, selamat dikebumikan pada 7.55 pagi tadi di tanah perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek di sini hari ini.

Suasana pilu menyelubungi anggota keluarga dan jiran serta kenalan yang mula berkumpul sebelum subuh lagi di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah di kampung tersebut.

Jenazah Hanisah, 22, pelajar tajaan Mara tiba di sini pada 6.53 pagi terus dibawa ke masjid tersebut untuk disembahyangkan selepas solat subuh sebelum terus dikebumikan dengan dihadiri lebih 100 kenalan.

Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) 10.05 malam tadi dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Adzreen Dimyati.

Manakala jenazah Adzreen, 22, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disemadikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya 12.40 tengah malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi rakannya yang juga pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van selepas mereka baru kembali ke negara itu memulakan pelajaran
semesta baru.

Kesemua mereka adalah pelajar tahun 5 Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku.

Sementara itu, bapa Allahyarham Hanisah, Mohd Shah Salleh, 62, berkata mereka redha dengan kehilangan anak bongsu daripada empat beradik itu.

Menurut Muhd Shah pemergian selama-lamanya anak itu ibarat pengorbanan murni kerana menuntut ilmu bagi menabur bakti kepada negara meskipun hasrat anaknya itu tidak kesampaian.

"Sedih memang sedih, namun kami redha dengan ketentuan ini. Saya harap anak bangsa yang lain dapat meneruskan impian Allahyarham untuk berbakti pada negara," katanya kepada pemberita selepas pengebumian jenazah di tanah
perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek di sini pagi tadi.

Muhd Shah dan isterinya Rokayah Mohd, 61, yang sebelum itu memberitahu hatinya sangat sedih dan tidak sanggup menatap wajah arwah anaknya Hanisah akhirya berubah fikiran dengan mencium jenazah anaknya untuk kali terakhir sebelum pengebumian itu.

Jelasnya, beliau dan isterinya sebelum itu tidak mahu berbuat demikian kerana mahu menjadikan kenangan manis wajah keceriaan anaknya sepanjang dua bulan bercuti di Kampung serta saat perpisahan di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA), pada 2 Sept lalu kekal dalam memori sanubari mereka.

Sementara itu Pengarah Mara di Rusia, Suhaimi Zainuddin serta beberapa pegawainya yang lain turut hadir pada upacara pengebumian itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Muhd Shah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Mara yang menguruskan dan memberikan kerjasama yang baik untuk pengurusan membawa balik jenazah anaknya.



Source : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads