Sabtu, 12 Januari 2013

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


RuMAh Teres <b>di PAka</b> berhampiran kawasan perindustrian <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2013 08:31 PM PST

Publish date: January 13, 2013 4:31 am
Contact Name: yus
Price: RM1000
Region: Terengganu
Location: kuala terengganu
Phone: 012 9863732
Tags:

salam semua..

saya ada sebuah rumah teres di paka untuk disewakan

-keutamaan kepada student praktikal di kawasan kerteh/paka-
-juga kepada staff2 syarikat-
- kemasukan disember 2012 / januari 2013-
-rumah tersebut mempunyai, tv, mesin basuh dan peti sejuk-

berminat, boleh call saya… 012 9863732 / 016 421 2409- yus

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


[Video] Eksesais Angsa (Eks ANGSA) 7/2012

Posted: 19 Sep 2012 09:31 AM PDT

Kuala Lumpur – Eksesais ANGSA Siri 7/2012 (Eks ANGSA) merupakan eksesais tahunan yang membabitkan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). ANGSA adalah singkatan Angkasa dan Samudera yang merupakan gabungan dua eksesais utama TUDM dan TLDM.

Bermula daripada tahun 2006 ia telah dilaksanakan secara CPX dan FTX serta dihoskan secara bergilir-gilir antara TUDM dan TLDM di mana dalam eksesais kali ini Pangkalan Udara Butterworth telah dipilih untuk menjadi lokasi utama eksesais yang dianjurkan oleh TUDM.

Dalam edisi kali ini, buat pertama kalinya Command Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX) dilaksanakan secara serentak yang membabitkan penumpuan kepada STAFFEX dan pelaksanaan CPX menggunakan sistem JTLS manakala FTX tertumpu kepada pelaksanaan secara bersama diperingkat taktikal dan menggunakan kaedah SOE Driven.

Seramai 442 orang dari tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam eksesais kali ini.

Majlis Pembukaan eksesais ini telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara, di Markas Tentera Udara pada 19 September 2012 bertempat di Kementerian Pertahanan yang mana pelaksanaan majlis ini telah dilakukan melalui Video Tele Conference yang turut disaksikan oleh warga TUDM dan TLDM di No 1 dan No 2 Div Udara, Pangkalan Udara Butterworth dan Pangkalan Udara Gong Kedak dan di Markas Armada, Lumut.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar – Panglima Tentera Laut, Jeneral Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin – Panglima Tentera Darat, Lt Jeneral Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara dan selaku Pengarah Eks ANGSA serta Laksamana Madya Dato' Abd Hadi bin A. Rashid – Panglima Armada.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Am : Tiga Sekolah Masih Ditutup <b>Di Hulu Terengganu</b> - Pendekar <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 12:41 AM PST

KUALA TERENGGANU, 2 Dis (Bernama) -- Tiga buah sekolah masih ditutup di negeri ini ekoran ditenggelami air sementara 28 buah lagi yang ditangguhkan penggal persekolahan baharu semalam telah dibuka Rabu.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Rozelia Aisya Abd Razak: Perkhemahan 2011 <b>di</b> SMK <b>Ketengah Jaya</b>

Posted: 24 Jun 2011 08:11 PM PDT






























































 ini pulak adalah pasukan pertahanan awam.pasukan ini baru ditubuh pada tahun ini.













































 mesti seronok dapat tidur dengan kawan-kawan,tapi malam pertama memang tak dapat tidurlah sebab nak bersembang je kijenya..hahaha













kesimpulannya,aktiviti seperti ini haruslah diteruskan kerana dapat melahirkan generasi yang berdisiplin,mahir,cekap dan berdikari,serta semangat berpasukan sewaktu berkhemah ni la.semoga saya dapat jadi cikgu dan turut membantu pelajar dalam menjalani perkhemahan.amin...

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Puisiku ~Tinta Hati Menitip Kata~: Sedetik <b>di Kemasik</b>

Posted: 20 Dec 2012 08:45 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya. Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya. Tiada sempadan tiada rahsia. Semua insan diundang membaca.

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Lapan sekolah <b>di</b> Hulu <b>Besut</b> ditutup hari ini

Posted: 31 Dec 2012 09:43 PM PST


Sekolah Kebangsaan Pasir Akar antara yang ditutup

Oleh: Mohammad Ishak 

Lapan buah sekolah termasuk dua sekolah menengah yang kebanyakannya di Hulu Besut tidak dibuka untuk sesi persekolah penggal pertama 2013 sebaliknya  ditutup ekoran berlakunya banjir gelombang kedua yang melanda daerah ini sejak petang semalam sehingga pagi ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Ab Halim Hassn berkata, tiga daripada sekolah berkenaan ditutup kerana dinaiki air, tiga lagi dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir dan dua sekolah menengah ditutup iaitu SMK Putra dan SMK Bukit Payong kerana jalan menuju ke sekolah berkenaan ditenggelami banjir yang tidak boleh dilalui kenderaan ringan pagi ini.

Katanya, pihaknya telah menghubungi dan memantau keadaan banjir yang berlaku di sekolah-sekolah terbabit dan mendapati ianya terpaksa ditutup demi keselamatan pelajar dan murid.

" Semua pentadbir sekolah berkenaan telah diminta untuk menganti hari cuti persekolahan yang diambil pada hari ini pada satu hari yang akan mereka tentukan kemudian", katanya

 Menurutnya, seramai 3,026 murid telah mendaftar memasuki Tahun 1 di daerah Besut bermula sesi persekolah tahun ini dengan seramai 620 di kawasan Jerteh, 855 di Kota Putera, 458 di Hulu Besut, 602 di Kuala Besut dan 491 di kawasan Jabi.

Bagaimanapun, dari jumlah yang mendaftar hanya 2554 hadir pada hari ini ekoran banjir yang masih melanda daerah Besut hari ini.

Katanya, bagi kelas Pra-sekolah pula seramai 1837 telah mmendaftar pada tahun ni dengan 491 di kawasan Jabi, 381 di kawasan Kota Putera, 349 di Jerteh, 266 di Hulu besut dan 350 di Kuala besut.

Sementara itu bagi Tingkatan 1 pula seramai 3672 pelajar telah mendaftar membabitkan 1401 di sekolah-sekolah dalam kawasan Kota Putera, 779 Jertih, 552 Kuala Besut 507 Hulu Besut dan 463 di Jabi. .

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


I&#39;m bluewendy: <b>Pulau Bidong</b>

Posted: 15 Sep 2012 01:18 AM PDT

Salam sejahtera smua rakyat jelata..
Beta harap smuanya sehat-sehat belaka... Setelah sekian lama beta berangkat ke Pulau Bidong, baru sekarang beta dapat berkongsi cerita dengan tuan hamba smua kisah beta bertemu dengan seorang Putera Raja, bukan Putera Katak okies.. 
Maka, bermulalah kisah pemergian beta selama 2 purnama ke Pulau Bidong itu.. Untuk pengetahuan tuan hamba smua, Pulau Bidong itu terletaknya di wilayah Merang, Terengganu.. Klu tuan hamba nak lebih tau tentang Pulau Bidong ini, beta sarankan tuan hamba smua search kat Google.. ;)
Hatta, purnama yang lepas, beta telah berlayar ke sebuah Pulau yang di beri nama Pulau Bidong.. Di situ, tak de orang wess.. iyelah, Pulau tuh adalah Pulau empunya UMT.. So, beta pon pergi jek lah menjalankan tugas beta yang dimana masa uh, betakan ngah praktikal.. So, pada hari-hari praktikal uh, beta ditugaskan untuk pergi memastikan yang Pulau itu dibersihkan supaya rakyat jelata beta boleh berada di sana dengan aman dan damai..

Maka berangkatlah beta dengan semua dayang-dayang beta, hulubalang dan penasihat beta... Apabila smua barang dan kelengkapan di pungah masuk kedalam bot.. Maka kami pon belayar lah selama 20 minit ke Pulau Bidong itu..


Rindu mereka smuaa.... =(
Penasihat beta merangkap supervisor beta.. =P
Setelah meredah lautan luas, membelah ombak dah melawan angin.. akhirnya kami selamat sampai ke Pulau Bidong itu.. Waaahhhh!! Beta sangat kagum dengan keindahan Alam ciptaan Allah SubhanaAllah Taala ini.. Kerana Pulau Bidong itu ternyata sangat-sangat lah chantek... Air nya yang menghijau kebiruan.. Pasir nya putih bak salji..
Setelah menjamah santapan yang di tapau iaitu Nasi Goreng dan keropok lekor, beta dan smuanya menjalankan tugas untuk membersihkan Pulau tersebut...

Itu daun kering kita kasi blow saja.. hehehe.. senang kerja zaman skang kan.. klu zaman dulu-dulu mai kutip satu2..=.="
Water jet jek smua lumut dan kotoran kat dinding, lantai dan tiang uh.. Smua kuma n lumut pasti dapat di musnahkan.. hehehe.. 
Dan salah seorang hulubalang beta.. yang gagah perkasa memotong smua rumput di Pulau Bidong uh.. =.="
Sempat agi pakcik nih nak posing kan.. layankan jek lah..hehehe
Setelah penat bekerja.. Apa lagi, bersiap sedia untuk bersantaplah smua.. Sepanjang berada di sana, menu-menu santapan smua sedap-sedap.. (^_^) Macam-macam lauk kami masak.. bak kata orang, peroot tak sempat nak lapar, dah kenyang balik dah.. hehehehee..

haaa..salah satu hidangan yang di sajikan.. Sotong celup tepung.. Sedap wooo.. Bila malam plak, kami wat bbq skit, tapi nak wat macam mana, malam uh Pulau uh dilanda ribut plak.. angin punya lah kuat sampai terbang tudung2 periuk..=.="

So, niat nak ber BBQ uh terpaksa dibatalkan.. tapi nasib bek, sempat masak ikan bakar kami.. hehehehe..

Keesokkannya, kami meneruskan keje kami dan bila dah petang uh, maka pulanglah kami ke darat...Sangat rindu darat owh..kerana kat situ line phone semput-semput jek dan wifi dan bekalan elektrik hanya ada pada waktu malam..=.="


PEACE daripada Kapten beta.. hehehe.. Pakcik gedik owhh... Time kaseh sudi menemani kami.. hehehe

Eh, cite sal Putera Raja yang beta jumpa kat Pulau uh.. Yup, sangat hensem.. dan beta hanya mampu bercakap sepatah dua kata jek ngan dia dan hanya mampu bermain mata.. Last-last, beta tak dapat pon no. telepon die, coz beta taknak smua orang dengki ngan beta.. hahaha

Akhir kata, beta ucapkan terima kasih kat korang smua coz, sudi membaca titah kurnia beta yang mengarut mengaban nih.. Pengalaman beta sepanjang menjalani praktikal uh sangat bermakna, coz beta banyak belajar tentang... banyak lah, tak terkira ilmu yang diperolehi uh.. Alhamdulillah...

Dimana pon kita berada, ingat pesan-pesan orang tua dan saling hormat menghormati antara kita.. yang tua di hormati yang muda di sayangi.. OH! Sila sayang saya.. coz saya muda ag..=P

Okies lah, adios korang.. Love u All~

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN <b>KUALA BERANG</b>: Pertukaran Guru <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 02:36 AM PST

Puan Aminah binti Ismail, memulakan perkhidmatan beliau sebagai Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang pada tahun 2009.  Sepanjang berada di SK Kuala Berang, pelbagai aktiviti telah dirancang dan direncanakan oleh beliau demi memajukan SK Kuala Berang dan demi menaikkan nama SK Kuala Berang di mata semua.  Dikenali sebagai seorang yang agak tegas dan serius sewaktu melaksanakan tugas, beliau tetap seorang yang mudah didekati.  Beliau adalah seorang GPK yang mudah dibawa berbincang dan seorang yang sangat tidak berkira dari segala segi.  Beliau disenangi oleh semua guru dan kakitangan kerana beliau merupakan seorang yang tegas tetapi bertempat.  Kerja menjadi mudah dengan pendekatan yang beliau gunakan.
SK Kuala Berang merasa satu kehilangan apabila pada tanggal 16 September 2012, beliau diarahkan untuk memulakan tugas beliau sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis.  Pada mulanya, pertukaran beliau adalah sesuatu yang sukar diterima oleh semua warga SK Kuala Berang, namun demi masa depan beliau, pertukaran itu direlakan.  Buat Puan Aminah binti Ismail, selamat menjalankan tugas baru dan semoga terus cemerlang dengan amanah baru.
Di bawah adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan pada hari terakhir Puan Aminah binti Ismail berada di SK Kuala Berang.  Sesi bersalaman bersama semua murid dan semua guru mengakhiri tugas beliau di SK Kuala Berang.  Terima kasih sekalung budi..jasamu tetap di hati..




Menggantikan tempat beliau adalah Puan Norizan binti Daud yang dinaikkan daripada GPK Ko Kurikulum kepada GPK 1 dan SK Kuala Berang menerima GPK Ko Kurikulum baru iaitu Encik Mohd Norman bin Ibrahim dari SK Kua.  Kedua-duanya diterima dengan hati terbuka dan selamat bekerjasama...
En. Mohd Norman bin Ibrahim

ads