Rabu, 5 Oktober 2011

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


River Ranger SMK Paka: Kajian Pencemaran Sungai <b>di Paka</b>

Posted: 30 Aug 2010 12:00 AM PDT

TARIKH : 30 OGOS 2010 (ISNIN)
TEMPAT : SUNGAI PAKA
ANJURAN : JABATAN ALAM SEKITAR

Peserta bergambar sebelum memulakan kajian.



Mengambil sampel air sungai Paka yang hendak dikaji

Adakah tahap pencemaran Sungai Paka masih terkawal? Berapakah kadar kemasinan / PH di sungai Paka? Ingin mengetahui jawapannya, bolehlah merujuk terus kepada peserta terlibat. Kenal kan???

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


<b>Pulau Redang</b> Tutup Empat Bulan Mulai Oktober

Posted: 07 Sep 2011 01:13 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Segala aktiviti pelancongan ke Pulau Redang, sebuah pulau peranginan yang terindah di negeri ini akan ditutup selama empat bulan mulai pertengahan Oktober ini.

Setiausaha Persatuan Pengurusan & Operator Kepulauan Redang Terengganu Lorenz Law berkata ini berikutan musim tengkujuh di Pantai Timur pada waktu itu.

"Segala aktiviti pelancongan akan ditangguh sementara dan semua chalet dan resort juga akan menggunakan tempoh itu untuk menjalankan pengubahsuaian," katanya kepada Bernama Rabu.

Lorenz berkata kesemua 16 resort di Pulau Redang akan menyambung semula operasi mereka selepas 1 Mac 2012. – BERNAMA

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Penduduk <b>Batu Rakit</b> terima geran tanah, pelajar <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 02:29 AM PDT


Oleh: Kamarudin Mat Akib

Seramai 154 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menerima geran tanah bagi lot kediaman dan pertanian, dalam satu majlis yang disempurnakan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, hari ini.

Daripada jumlah itu, 114 orang menerima hak milik lot rumah manakala 44 orang lagi diberi hak milik tanah pertanian bagi membolehkan mereka mengusahakan pelbaagi jenis tanaman secara komersil.

Menteri Besar berkata, lebih ramai penduduk di negeri ini akan diberi hak milik tanah kediaman dan lot pertanian tidak lama lagi di mana proses bagi tujuan tersebut sedang giat dilakukan.


"Kerajaan negeri telah membuat dasar bahawa setiap keluarga yang layak akan diberi sama ada lot kediaman atau rumah kos rendah.

"Bagi mereka yang telah diberi rumah kos rendah tidak akan diberi lot kediaman kerana kita mahu setiap kelurga berpendapatan rendah sama ada mendapat rumah kos rendah atau lot kediaman," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan e-Book kepada murid Tahun 4 bagi DUN Batu Rakit dan geran tanah kepada penduduk kawasan berkenaan di Dewan Sivik Maras, hari ini.


Hadir sama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco), YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dan YB Haji Kazan Che Mat; Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Encik Razali Daud dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Nawawi Wan Ismail.

Menteri Besar berkata, sebelum akhir tahun ini kira-kira 300 permohonan pemilikan tanah haram akan diselesaikan di mana peneroka tanah berkenaan akan diberi hak milik tanah masing-masing.


Sementara itu, 454 murid Tahun 4 di kawasan DUN Batu Rakit menerima e-Book masing-masing daripada Menteri Besar hari ini.

Pada sebelah petang Menteri Besar akan mengagihkan e-Book kepada pelajar Tahun 4 bagi DUN Langkap di Dewan Sivik Sungai Tong.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 12:00 AM PDT


Persatuan Belia <b>Felda Jerangau</b>: Majlis Penutup PRAGMA 2011

Posted: 25 Jun 2011 06:03 AM PDT

Gambar Kenangan...Semua peserta dan keluarga angkat bergambar kenangan sebelum berangkat pulang

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Begitulah juga dengan peserta Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat (PRAGMA 2011) dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) yang berpisah dengan keluarga angkat setelah 3 hari berkampung di Felda Jerangau. Walaupun 3 hari merupakan tempoh yang singkat namun hubungan yang terjalin akan tetap di kenang sebagai satu rantaian pahit manis kehidupan.Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB dato' Haji Din bin Adam, ADUN Bukit Besi ini turut dihadiri oleh Penolong Kanan SESTER, En. Jamil bin Sakmim, Timbalan Pengerusi JKKR, En. Ramly bin Ibrahim. Kami warga Felda Jerangau mengucapkan terima kasih di atas kesudian menjadikan kampung kami sebagai destinasi program yang bermakna ini. Besar harapan kami agar program yang murni seperti ini akan terus dapat dijalankan untuk masa-masa yang akan datang

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Politeknik <b>Hulu Terengganu</b> tetap diteruskan

Posted: 04 Oct 2011 05:54 PM PDT

Oleh FAUZI MOHD

Projek pembinaan kampus Politeknik Hulu Terengganu (PHT) yang tergendala sejak lebih tiga tahun lalu tetap diteruskan pembinaannya di daerah itu.

Ketika ditanya pemberita, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, projek berharga RM184 juta itu tertangguh pembinaan berikutan masalah teknikal dan tapak asal yang tidak sesuai.

Menurut beliau, pihaknya telah bangkitkan masalah berkenaan dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin yang berkunjung ke Terengganu baru-baru ini.


"Walaupun mengalami kelewatan, politeknik itu tetap akan dibina. Tidak dipindahkan ke daerah lain, tetap dibina di Hulu Terengganu.

"Kita tidak dapat memaklumkan bila ia akan mula dibina kerana usaha untuk menyelesaikan masalah itu sedang berjalan antara kerajaan negeri dan persekutuan," katanya selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun baru-baru ini.

PHT yang menyewa bangunan milik Majlis Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang kini mempunyai kira-kira 200 pelajar dengan menawarkan dua program pengajian iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan.

Tambah Ahmad Razif, pihaknya turut mengambil kira cadangan beberapa pihak untuk membina kampus itu di kawasan padang ragut Tersat di Kampung Tanjung Putat atau berhampiran Padang Astaka Kuala Berang.

"Pembinaan kampus berkenaan cukup penting bagi memastikan penduduk di kawasan itu menerima pendidikan dengan lebih baik, selaras dengan perancangan asalnya," ujarnya.

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Kanak-kanak berumur lima tahun maut selepas disengat tebuan <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 06:18 PM PDT

Posted on September 27, 2011, Tuesday

BESUT: Seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut selepas disengat tebuan ketika membonceng motosikal bersama ibu dan adiknya di Kampung Pengkalan Nyireh di sini pada jam 1 petang kelmarin.

Menurut ibunya, Rakiah Ismail, 31, kejadian itu berlaku ketika beliau mengambil mangsa, Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar dari Tadika Tanjung Demong yang tidak jauh dari rumahnya.

"Allahyarham membonceng di belakang saya manakala adik perempuannya berumur dua tahun berada di bahagian hadapan motosikal dan apabila menghampiri rumah, saya melalui sebuah sarang tebuan yang telah lama bersarang di dahan sebatang pokok.

"Tanpa dijangka, scara tiba-tiba ratusan tebuan menyerang kami dan walaupun dalam kesakitan saya menyuruh Hafizul lari menyelamatkan diri ke rumah jiran saya," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ketika Hafizul berlari untuk menyelamatkan diri ke arah rumah jiran, tebuan terus menyengat di badan dan kepalanya, kata Rakiah.

Beliau bersyukur kerana seorang lagi anaknya tidak mengalami kecederaan teruk walaupun disengat 10 ekor tebuan kerana bertudung manakala dirinya sendiri disengat tiga ekor tebuan di bahagian tangannya.

Jiran menghantar mereka ke Hospital Besut di Jerteh, bagaimanapun, Hafizul meninggal dunia jam 5 petang dengan 50 kesan sengatan tebuan di seluruh badan dan kepala, kata Rakiah.

Ketika kejadian, suaminya, Tengku Anuar Tengku Hussin, 34, yang bekerja sebagai nelayan tidak berada di rumah kerana menangkap ikan di laut.

Rakiah berkata jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Tawar pada jam 10 pagi semalam. — Bernama

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


~MaSjId KrIsTaL~ | Ceria Sokmo

Posted: 29 Sep 2011 06:38 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Assalamualaikum..Bersua lagi Di next trip…MASJID KRISTAL..lokasi di pulau wan man..Kalau dari pasar cabang 3..belok kanan..nanti akan jumpa muzium losong Feri..Terus jer nanti akan jumpa masjid ne..masuk x yahbayar pun.kawasan ...

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Waduh... Banyaknya Kes Khalwat <b>Di Dungun</b> <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2011 01:20 AM PDT

Sekotak kondom jadi bukti

Dungun - Alasan sepasang kekasih berkhalwat kerana membuat persediaan untuk mendirikan rumah tangga selain akan melangsungkan pertunangan dalam masa terdekat ketika mengemukakan rayuan kepada mahkamah tidak dapat mengubah ketegasan seorang hakim syarie menjatuhkan hukuman.

Justeru, masing-masing didenda RM2,500 selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan persediaan melakukan persetubuhan di sebuah hotel, dekat sini.

Selain itu, pasangan terbabit diarahkan dipenjarakan dua bulan jika gagal menjelaskan denda dikenakan apabila mahkamah diadili Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah mendapati kedua-duanya bersalah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Hukuman ditetapkan selepas mendengar fakta pertuduhan, pengakuan bersalah dan mengambil kira rayuan kedua-dua tertuduh.

Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah pagi semalam menyaksikan tertuduh, Hafiz Ibrahim, 22, dari Marang, Terengganu dan pasa-ngannya, Nurul Afifah Hussein, 21 dari Alor Tembesu, Dungun, menghadapi dakwaan kesala-han jenayah syariah selepas mereka ditahan sepasu-kan anggota Penguat Kuasa Syariah ketika berada di sebuah sebuah hotel di Jalan Paka, Dungun Terengganu pada jam lebih kurang 1.35 pagi, 25 Julai 2011.

Berdasarkan kepada fakta kes, ketika serbuan tersebut dilakukan, pintu bilik dibuka oleh seorang lelaki (tertuduh lelaki).

Hasil pemeriksaan oleh anggota penguat kuasa mendapati seorang perempuan sedang tidur atas katil sambil berselimut dan kedua-duanya setelah disoal siasat tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim yang sah.

Sementara itu, sehelai seluar dalam lelaki milik tertuduh yang bekerja sebagai juruteknik mekanikal dan sehelai seluar dalam perempuan milik tertuduh perempuan yang bekerja kerani, baju T, sekotak kondom termasuk dua daripadanya sudah digunakan turut dirampas sebagai bahan bukti serta dibawa ke mahkamah untuk mensabitkan kesalahan ke atas kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, pasangan terbabit bernasib baik daripada menjadi penghuni tirai besi selepas kedua-duanya menjelaskan bayaran RM2,500 kepada mahkamah sebagai hukuman yang dijatuhkan untuk membolehkan kedua-duanya dibebaskan.

2. Pegawai JPAM dituduh berkhalwat, keluar tingkap elak dicekup

Seorang Pembantu Pertahanan Awam, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) didenda RM2,000 atau dua bulan penjara selepas didapati bersalah berkhalwat dengan pasangannya, seorang kerani di sebuah bilik penginapan pada 13 November 2010.

Dalam prosiding berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, tertuduh lelaki, Ridzuan Che Yahya, 27 yang beralamat di Kampung Delong, Dungun didakwa mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Dia didapati berkhalwat dengan pasangannya Noor Shafira Mohd Yusof, 23 yang turut menghadapi pendakwaan bersama selepas ditahan di sebuah bilik bernombor C-28 Six Villa Inn, Jalan Paka Dungun kira-kira jam 1.00 pagi, November lalu.

Menurut fakta kes dibentangkan Pendakwaraya Syarie, Wan Abdul Hakim Wan Khairul Anwar, ketika bilik tersebut diserbu, salah seorang anggota penguat kuasa melihat seorang lelaki meloloskan diri melalui tingkap bilik lalu melarikan diri ke dalam semak.

Bagaimanapun, selepas pintu bilik dibuka tiga minit kemudian oleh seorang wanita, selain pasangannya, pihak penguat kuasa turut menemui barangan serta pakaian lelaki dan wanita.

Wanita terbabit mengakui lelaki yang keluar dari bilik tersebut adalah tunangnya lalu penguat kuasa bertindak menahan wanita itu sebelum dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut.

Akhirnya, pada jam 4.25 pagi, pasangan lelaki melarikan diri itu hadir menyerah diri dan soal siasat mendapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim.

Sebaik mendengar fakta kes yang dikemukakan dan selepas ditanya beberapa kali oleh Hakim Syarie sama ada ingin mengaku salah atau lawan bicara, kedua-dua tertuduh yang kini sudah bergelar suami isteri itu bagaimanapun membuat pilihan dengan sukarela mengaku salah dan bersedia menerima hukuman bakal dijatuhkan.

Bagaimanapun, Hakim Syarie selepas mendengar rayuan kedua-dua tertuduh yang memohon agar diringankan denda memandangkan mereka sudahpun berkahwin manakala tertuduh wanita kini sedang mengandung. Hakim telah membuat teguran kerana pasangan yang disabitkan kesalahan itu ketika mengemukakan hujah rayuannya didapati tidak menunjukkan rasa keinsafan atas keterlanjuran dilakukan.

Selepas mengambil kira hujah pendakwaraya serta menimbang rayuan tertuduh, akhirnya Hakim Shamsuddin Ngah memerintahkan agar kedua-duanya membayar denda RM2,000 sebagai hukuman dan pengajaran atas kesalahan dilakukan, jika tidak kedua-duanya bakal dipenjarakan dua bulan.

Tertuduh lelaki yang berpakaian serba hitam bersama pasangannya yang berbaju kurung ketika hadir untuk prosiding perbicaraan itu bagaimanapun menjelaskan denda untuk membolehkan mereka dibebaskan mahkamah.

3. Dituduh berkhalwat dengan bakal ipar

Tindakan seorang tukang rumah menginap di rumah tunangnya membawa padah apabila dia dicekup anggota Penguat Kuasa Syariah.

Bagaimanapun nasib malang menimpanya kerana ketika ditahan, yang ada di dalam rumah itu bukanlah tunangnya, sebaliknya bakal adik ipar perempuannya.

Walau apapun, kesalahan dilakukan di rumah di Taman Kenangan, Balai Besar 14 April 2011 jam 10.05 pagi itu menyebabkan mereka dihadapkan ke Mahkamah Syariah tudu-han berkhalwat mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Selepas melalui prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Shamsudin Ngah, tertuduh lelaki yang dikenal sebagai Mohd Zam Hussain, 34 dan pasangannya Nurfarsheila Abdul Rasheed yang juga seorang pelajar kolej didenda RM1,800 atau satu bulan penjara jika gagal menjelaskan denda. -SH

Ulasan GB

Warga Dungun, bersiap-siaplah...

Ada hadith yang perlu jadi renungan:

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata..." -HR. Ahmad

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Arkib Rakam Dan Dokumentasi <b>Pulau Bidong</b> | Darul Iman

Posted: 02 Aug 2011 05:08 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 2 Ogos (Bernama) — Arkib Negara Cawangan Terengganu menyiapkan rakaman dan dokumentasi Pulau Bidong, di Laut China Selatan untuk simpanan dan rujukan generasi akan datang.

Pengarah Arkib Negara Cawangan Terengganu Mohd Nasir Ismail berkata penggambaran yang mengambil masa dua hari mulai 29 Jun lepas sangat mencabar kerana pulau yang penuh dengan sejarah itu berbukit serta dipenuhi semak samun.

"Gugusan Pulau Bidong mengandungi enam pulau dan rakaman dibuat meliputi dari arah laut dan daratan yang curam serta semak dengan tumbuhan meliar.

"Apa yang menarik tentang pulau itu ialah mengenai peninggalan sejarah silam kepada negara khususnya Terengganu apabila ia dijadikan penempatan pelarian Vietnam selama lebih 15 tahun bermula 1975 hingga 1991," katanya ketika ditemui Bernama di sini Selasa.

Mohd Nasir berkata pulau milik kerajaan Terengganu itu pernah dipinjamkan kepada kerajaan persekutuan pada Ogos 1978 dan diwartakan sebagai penempatan kem pelarian di bawah kawalselia serta pengurusan Pesuruhjaya Tinggi Bagi Orang Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Mohd Nasir berkata apabila kumpulan terakhir pelarian Vietnam keluar dari pulau itu pada 1991, Pulau Bidong diserah kembali kepada kerajaan negeri tetapi terus ditutup kepada orang ramai sehingga tahun 1999.

Beliau berkata sejarah pulau yang tidak berpenghuni itu hampir dua dekad berlalu dan kini hanya kelihatan sisa-sisa runtuhan binaan seperti rumah panjang, sekolah, kedai, klinik dan bengkel.

Bangunan usang lain yang masih kelihatan ialah tokong, gereja, kubur di mana sebahagian binaan konkrit seperti ukuran dan replika patung kelihatan masih utuh, namun kurang jelas kerana diseliputi semak samun yang meliar.

Mohd Nasir berkata pendokumentasian pulau itu melibatkan empat krew dari Arkib sendiri yang diketuai Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan dan Pengembangan Wan Hussin Wan Mohd dengan kerjasama jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

Beliau berkata Arkib juga bercadang meneruskan kerja mendokumentasikan pulau-pulau lain di sekitar perairan negeri itu seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol, Pulau Lang Tengah, Pulau Gemia dan tempat-tempat strategik di sepanjang jajaran pantai Terengganu.

Rakaman yang akan dibuat dari semasa ke semasa itu sebagai satu langkah mengumpul koleksi bahan arkib sebelum aktiviti pembangunan menjarah ke kawasan berkenaan, katanya.

– BERNAMA

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 03 Oct 2011 11:18 AM PDT


PAS ajak rakyat tukar kerajaan "BN"

Posted: 02 Oct 2011 07:09 PM PDT


KEMAMAN: PAS Terengganu khususnya kepada rakyat dan pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai dipelawa menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sinonim dengan jolokan  kerajaan "Barang Naik".
Kerajaan BN adalah kerajaan 'Barang Naik' (BN) dan PAS menyarankan agar rakyat dan pengundi seluruhnya menukar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat berkata rakyat dan pengundi di Terengganu ini wajar menghantar 'signal' awal bagi menukar kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.
Menurutnya, senario pemikiran rakyat hari ini di seluruh negara mahukan perubahan bagi menjamin masa depan Malaysia.
"Sekarang ini harga barang-barang semakin naik dan kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak cakna rakyat.
"Pemimpin-pemimpin mereka (Umno-BN) kaya-raya tetapi rakyat masih dibelenggu kemiskinan dan kesusahan dengan kenaikan harga barang.
"Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, untuk pastikan harga barang turun kita (rakyat) kena beri 'signal' (amaran) kepada kerajaan dan tukar mereka (BN) dalam PRU ke-13, Insya'Allah," tegasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Mesra Rakyat PAS Dun Chukai di perkarangan Markaz PAS Kampung Tengah, Chukai, 30 Oktober lalu.
Hadir sama memeriahkan majlis tersebut Yang Dipertua PAS Kemaman, Ismail Harun, mantan Exco Kerajaan PAS Terengganu, Ustaz Awang Dagang @ Yusuf serta pimpinan PAS kawasan Kemaman dan MTD Chukai.
Hanafiah mendakwa rakyat Terengganu telah bosan dan benci kepada kerajaan Umno-BN yang korupsi serta banyak melakukan pembaziran harta rakyat.
Katanya, kerajaan BN Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said gagal membela rakyat dengan baik.
Menurutnya, pelbagai isu pembaziran, penyelewengan dan tidak berlaku adil terhadap rakyat di negeri ini.
"Setiap tahun berbilion bajet negeri diluluskan tetapi hasil yang dinikmati oleh rakyat terlalu sedikit melainkan untuk memperkayakan kroni-kroni pemimpin Umno tertentu sahaja," jelasnya.
Justeru itu, katanya PAS bersama rakan Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat dan pengundi di Terengganu suatu pemerintahan yang adil dan saksama.
Menurutnya, pemerintahan berdasarkan Islam yang menjadi asas kepada Negara Berkebajikan menjamin keselamatan, keamanan dan keadilan untuk semua rakyat.
"PAS sejak ditubuhkan tahun 1951, kita sudah 60 tahun berada di tengah masyarakat. Kita (PAS) tawarkan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada rakyat.
"Dasar Islam kita menjadi asas sebuah Negara Berkebajikan yang akan menjamin keselamatan, keamanan dan keadilan kepada semua rakyat di Malaysia," ujarnya.
Inilah, katanya peluang bagi rakyat dan pengundi menentukan masa depan negeri dan negara melalui pilihan raya akan datang.
Tinjauan Harakah mendapati hampir 5,000 orang mengunjungi majlis anjuran MTD Chukai tersebut yang diadakan buat kali keduanya di tempat yang sama pada tahun 2010 yang lalu.
Pelbagai jenis makanan disediakan termasuk acara selingan membelah kek sempena ulang tahun ke-60 penubuhan PAS di negara ini yang telah mengadakan sambutannya di peringkat pusat di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sejarah yang dinantikan golongan muda

Posted: 02 Oct 2011 06:12 PM PDT

- Menobatkan Dr. Burhanuddin dengan gelaran 'Pahlawan Umat'.

Cebisan sejarah yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS telah membuka pintu hati sejarahwan untuk menukilkan semula ingatan masa lampau yang telah digelapkan oleh penjajah dan dipanjangakn melalui lidah Umno dan Barisan Nasiona (BN).

Ini terbukti setiap kali sambutan merdeka ianya seolah-olah perayaan Umno. Amat malang rakyat Malaysia yg berketuakan Umno/BN dalam kehidupan seharian.

Ledakan konflik sejarah pejuang melayu Islam telah menjadi diskusi samada diperingkat akademik, propesional, teknokrat, koperat, politikus, kelas menengah malah rakyat marhaen.

Yang akirnya mengambil kata sepakat bahawa Dr Burhanuddin alHelmy, Phlawan Umat, antara yg terkedepan mengepalai sebuah parti yang berjuang bagi mencapai kemerdekaan hakiki.

Maka sewajarlah disaat rakyat sudah hilang roh merdeka akibat dilalaikan dengan kemajuan jasmani sambil di iringi alunan irama penoh kayalan, maka PAS bangun ditengah masyarakat menobatkan Dr Burhanuddin alHelmy dengan gelar 'Pahlawan Umat.

Inilah  kehebatan pimpinan PAS dibawah pimpinan Dato' Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang  yang bukan sahaja menyanggah pemikiran melayu Umno tetapi sekaligus menabalkan pimpinan PAS sebagai seorang pahlawan yang menerajui kemerdekaan di alam Melayu Raya ini.

Syabas buat pimpinan kerana sejarah inilah yang sedang dinanti oleh golongan muda.

ads