13 di batu rakit - Google Blog Search |
T E G A N U K I TA: Penduduk <b>Batu Rakit</b> terima geran tanah, pelajar <b>...</b> Posted: 03 Oct 2011 02:29 AM PDT Seramai 154 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menerima geran tanah bagi lot kediaman dan pertanian, dalam satu majlis yang disempurnakan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, hari ini. Daripada jumlah itu, 114 orang menerima hak milik lot rumah manakala 44 orang lagi diberi hak milik tanah pertanian bagi membolehkan mereka mengusahakan pelbaagi jenis tanaman secara komersil. Menteri Besar berkata, lebih ramai penduduk di negeri ini akan diberi hak milik tanah kediaman dan lot pertanian tidak lama lagi di mana proses bagi tujuan tersebut sedang giat dilakukan. "Kerajaan negeri telah membuat dasar bahawa setiap keluarga yang layak akan diberi sama ada lot kediaman atau rumah kos rendah. "Bagi mereka yang telah diberi rumah kos rendah tidak akan diberi lot kediaman kerana kita mahu setiap kelurga berpendapatan rendah sama ada mendapat rumah kos rendah atau lot kediaman," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan e-Book kepada murid Tahun 4 bagi DUN Batu Rakit dan geran tanah kepada penduduk kawasan berkenaan di Dewan Sivik Maras, hari ini. Menteri Besar berkata, sebelum akhir tahun ini kira-kira 300 permohonan pemilikan tanah haram akan diselesaikan di mana peneroka tanah berkenaan akan diberi hak milik tanah masing-masing. Pada sebelah petang Menteri Besar akan mengagihkan e-Book kepada pelajar Tahun 4 bagi DUN Langkap di Dewan Sivik Sungai Tong. |
You are subscribed to email updates from di batu rakit - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan