Rabu, 5 Oktober 2011

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 03 Oct 2011 11:18 AM PDT


PAS ajak rakyat tukar kerajaan "BN"

Posted: 02 Oct 2011 07:09 PM PDT


KEMAMAN: PAS Terengganu khususnya kepada rakyat dan pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai dipelawa menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sinonim dengan jolokan  kerajaan "Barang Naik".
Kerajaan BN adalah kerajaan 'Barang Naik' (BN) dan PAS menyarankan agar rakyat dan pengundi seluruhnya menukar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat berkata rakyat dan pengundi di Terengganu ini wajar menghantar 'signal' awal bagi menukar kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.
Menurutnya, senario pemikiran rakyat hari ini di seluruh negara mahukan perubahan bagi menjamin masa depan Malaysia.
"Sekarang ini harga barang-barang semakin naik dan kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak cakna rakyat.
"Pemimpin-pemimpin mereka (Umno-BN) kaya-raya tetapi rakyat masih dibelenggu kemiskinan dan kesusahan dengan kenaikan harga barang.
"Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, untuk pastikan harga barang turun kita (rakyat) kena beri 'signal' (amaran) kepada kerajaan dan tukar mereka (BN) dalam PRU ke-13, Insya'Allah," tegasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Mesra Rakyat PAS Dun Chukai di perkarangan Markaz PAS Kampung Tengah, Chukai, 30 Oktober lalu.
Hadir sama memeriahkan majlis tersebut Yang Dipertua PAS Kemaman, Ismail Harun, mantan Exco Kerajaan PAS Terengganu, Ustaz Awang Dagang @ Yusuf serta pimpinan PAS kawasan Kemaman dan MTD Chukai.
Hanafiah mendakwa rakyat Terengganu telah bosan dan benci kepada kerajaan Umno-BN yang korupsi serta banyak melakukan pembaziran harta rakyat.
Katanya, kerajaan BN Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said gagal membela rakyat dengan baik.
Menurutnya, pelbagai isu pembaziran, penyelewengan dan tidak berlaku adil terhadap rakyat di negeri ini.
"Setiap tahun berbilion bajet negeri diluluskan tetapi hasil yang dinikmati oleh rakyat terlalu sedikit melainkan untuk memperkayakan kroni-kroni pemimpin Umno tertentu sahaja," jelasnya.
Justeru itu, katanya PAS bersama rakan Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat dan pengundi di Terengganu suatu pemerintahan yang adil dan saksama.
Menurutnya, pemerintahan berdasarkan Islam yang menjadi asas kepada Negara Berkebajikan menjamin keselamatan, keamanan dan keadilan untuk semua rakyat.
"PAS sejak ditubuhkan tahun 1951, kita sudah 60 tahun berada di tengah masyarakat. Kita (PAS) tawarkan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada rakyat.
"Dasar Islam kita menjadi asas sebuah Negara Berkebajikan yang akan menjamin keselamatan, keamanan dan keadilan kepada semua rakyat di Malaysia," ujarnya.
Inilah, katanya peluang bagi rakyat dan pengundi menentukan masa depan negeri dan negara melalui pilihan raya akan datang.
Tinjauan Harakah mendapati hampir 5,000 orang mengunjungi majlis anjuran MTD Chukai tersebut yang diadakan buat kali keduanya di tempat yang sama pada tahun 2010 yang lalu.
Pelbagai jenis makanan disediakan termasuk acara selingan membelah kek sempena ulang tahun ke-60 penubuhan PAS di negara ini yang telah mengadakan sambutannya di peringkat pusat di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sejarah yang dinantikan golongan muda

Posted: 02 Oct 2011 06:12 PM PDT

- Menobatkan Dr. Burhanuddin dengan gelaran 'Pahlawan Umat'.

Cebisan sejarah yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS telah membuka pintu hati sejarahwan untuk menukilkan semula ingatan masa lampau yang telah digelapkan oleh penjajah dan dipanjangakn melalui lidah Umno dan Barisan Nasiona (BN).

Ini terbukti setiap kali sambutan merdeka ianya seolah-olah perayaan Umno. Amat malang rakyat Malaysia yg berketuakan Umno/BN dalam kehidupan seharian.

Ledakan konflik sejarah pejuang melayu Islam telah menjadi diskusi samada diperingkat akademik, propesional, teknokrat, koperat, politikus, kelas menengah malah rakyat marhaen.

Yang akirnya mengambil kata sepakat bahawa Dr Burhanuddin alHelmy, Phlawan Umat, antara yg terkedepan mengepalai sebuah parti yang berjuang bagi mencapai kemerdekaan hakiki.

Maka sewajarlah disaat rakyat sudah hilang roh merdeka akibat dilalaikan dengan kemajuan jasmani sambil di iringi alunan irama penoh kayalan, maka PAS bangun ditengah masyarakat menobatkan Dr Burhanuddin alHelmy dengan gelar 'Pahlawan Umat.

Inilah  kehebatan pimpinan PAS dibawah pimpinan Dato' Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang  yang bukan sahaja menyanggah pemikiran melayu Umno tetapi sekaligus menabalkan pimpinan PAS sebagai seorang pahlawan yang menerajui kemerdekaan di alam Melayu Raya ini.

Syabas buat pimpinan kerana sejarah inilah yang sedang dinanti oleh golongan muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads